|
[Tempatan]
Update 18/9: Akhirnya Lepas 60 Hari Mati, Mayat Dikebumi.. Jihad Bapa Berakhir..
[Copy link]
|
|
redha je lah....dah anak awak tu yg pecah rumah org....nak disimpan lg mayat tu buat apa. sedih agaknya roh anak dia tgk kubur takde lg... |
|
|
|
|
|
|
|
smlm dlm berita ckp,yg lebam2 kt badan effect dr dadah yg diambil magsa,bkn sb dipukul... |
|
|
|
|
|
|
|
Mahkamah tolak bedah siasat semula mayat anak tersepit
IPOH 11 Sept. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan seorang bapa supaya mayat anak lelakinya yang ditemui mati tersepit pada palang besi tingkap dapur ketika cuba menceroboh masuk rumah jirannya pada Julai lalu dibedah siasat buat kali kedua.
Perkembangan terbaru itu sekali gus menyebabkan urusan pengebumian Sherol Aizam, 27, kekal tertangguh sehingga hari ini meskipun telah 54 hari disimpan dalam Bilik Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainon (HRPB) di sini.
Hakim Datuk Zainal Adzam Abd. Ghani memutuskan demikian setelah mendapati permohonan Mohd. Damanhuri Mohd. Fuat, 50, yang diwakili peguam, Mohd. Fitri Asmuni tidak mempunyai asas yang kukuh untuk dipertimbangkan.
Kata beliau, ini kerana Mohd. Damanhuri berbuat demikian hanya kerana ingin mengetahui punca kesam lebam yang terdapat pada badan anaknya sedangkan perkara itu telah direkodkan dalam laporan bedah siasat pertama yang dibuat pakar perubatan HRPB.
''Dalam laporan tersebut juga telah dinyatakan kematian mangsa bukan sahaja berpunca kerana sesak nafas akibat tersepit malahan kesan daripada tiga jenis dadah yang ditemui dalam badan dan air kencingnya.
''Oleh itu, persoalannya jika dilakukan bedah siasat kedua atau ketiga sekalipun adakah doktor dapat mengetahui punca dan siapa yang telah menyebabkan kesan lebam berkenaan?
''Kalau tidak boleh, kenapa perlu buat. Oleh itu permohonan ini tidak boleh dibenarkan kerana kalau dibuat ia hanya urusan sia-sia,'' kata Hakim Zainal Adzam.
Beliau sebelum itu turut menegur tindakan Mohd. Fitri yang berkali-kali dalam hujahannya menyebut mengenai 'cakap-cakap' yang didengarnya serta keluarga mangsa yang mendakwa punca kematian Sherol Aizam berunsur jenayah.
Sambil membidas tindakan tersebut, Hakim Zainal Adzam berkata, 'hearsay' (dengar cakap) tidak boleh diterima di mahkamah sebagai bukti kerana mereka terikat dengan undang-undang mengikut Akta Keterangan.
''Sebagai peguam kamu harus bagi nasihat yang tepat kepada anak guam. Jangan ikut emosi sahaja dan buat permohonan sesuka hati hanya kerana dengar-dengar cakap orang. Ini mahkamah, bukannya kedai kopi.
''Jangan terus melatah. Sepatutnya bagi penerangan jelas bahawa hanya melalui siasatan polis dan inkues sahaja punca lebam itu dapat diketahui dan bukannya melalui permohonan ini,'' tegas Hakim Zainal Adzam.
Pada 27 Julai lalu, Mohd. Damanhuri membuat laporan polis di Balai Polis Manjoi di sini kerana tidak berpuas hati dengan siasatan kematian anaknya dan menuntut supaya siasatan dan bedah siasat kedua dilakukan.
Menurutnya, keraguan itu berpunca selepas dia melihat keadaan mayat Sherol Aizam yang terdapat beberapa kesan kecederaan pada badan.
Dalam kejadian 20 Julai lalu, tindakan Sherol Aizam yang cuba menceroboh masuk sebuah rumah jiran berakhir apabila dia ditemui mati tersepit di celah palang besi tingkap dapur kediaman itu di Taman Saz di sini kira-kira pukul 12.15 tengah malam.
Mangsa yang merupakan anak sulung dipercayai masuk dengan membuka tingkap di bahagian sinki dapur rumah jenis teres setingkat itu yang terletak selang beberapa buah dari kediaman keluarganya.
Sementara itu, Mohd. Damanhuri ketika ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau akan berbincang dengan Mohd. Fitri berkenaan tindakan lanjut yang akan dilakukan dalam kes anaknya itu.
Mohd. Fitri pula memberitahu, beliau akan berbincang dengan anak guamnya sama ada untuk merayu atau membuat permohonan supaya satu inkues dibuat bagi mengetahui punca kesan lebam tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Terdapat tiga jenis dadah...
Nak berprasangka baik ke tak nih...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah kata dlm bdn anak ada dadah..so nak buktikan apa laginya..?
Inkues bukan makan masa sejam dua, or sehari seminggu...
Makin terseksalaaa jenazah anak tu..
Urm..
|
|
|
|
|
|
|
|
udah lah tu bapaknya...
kalau akulah.... ada budak pakai spender masuk umah...aku mmg sesah dgn penyapu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Perangai anak cerminan perangai bapaknya
Yg seksa... roh anaknya
Yg aib pon... arwah & dia sundri
Lantak kau lah |
|
|
|
|
|
|
|
Beliau sebelum itu turut menegur tindakan Mohd. Fitri yang berkali-kali dalam hujahannya menyebut mengenai 'cakap-cakap' yang didengarnya serta keluarga mangsa yang mendakwa punca kematian Sherol Aizam berunsur jenayah.
Sambil membidas tindakan tersebut, Hakim Zainal Adzam berkata, 'hearsay' (dengar cakap) tidak boleh diterima di mahkamah sebagai bukti kerana mereka terikat dengan undang-undang mengikut Akta Keterangan.
''Sebagai peguam kamu harus bagi nasihat yang tepat kepada anak guam. Jangan ikut emosi sahaja dan buat permohonan sesuka hati hanya kerana dengar-dengar cakap orang. Ini mahkamah, bukannya kedai kopi.
''Jangan terus melatah. Sepatutnya bagi penerangan jelas bahawa hanya melalui siasatan polis dan inkues sahaja punca lebam itu dapat diketahui dan bukannya melalui permohonan ini,'' tegas Hakim Zainal Adzam.
loyer ni grad mana????
|
|
|
|
|
|
|
|
mesti dah pecah perut,
mesti dah busuk.. hazab nye anak tuu |
|
|
|
|
|
|
|
aku cadang bapak dia bawak balik mayat anak dia and wat mummy
tengok muka bapak dia nih dah tau jenis manusia gangster ego tinggi.
dahler anak mati cukup mengaibkan
bapak tambah lagi aib kat anaknye sebab ego
Ya Allah...Balasan kat budak tu kat dunia even dah mati pon sungguh azab.
Wallahualam lah apa yg di buat si mati time he was alive.
|
|
|
|
|
|
|
|
kodokke posted on 12-9-2013 08:25 AM
oh anak die nie penagih dadah.
kan dah keluar lagi satu keaiban....
|
|
|
|
|
|
|
|
dia nak tunggu mana2 menteri masuk campur ke? |
|
|
|
|
|
|
|
satu jek aku nak cakap
BAPAK JAHIL |
|
|
|
|
|
|
|
gila..ada jugak pangai mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
ish ish dah lama sangat dah nie...
gilerr la bapak ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
udah2 ler tuh bapaknya. cuba sian skit kat arwah tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
yayah8989 posted on 12-9-2013 10:30 AM
mesti dah pecah perut,
mesti dah busuk.. hazab nye anak tuu
dok dalam peti ais x kan kot pecah perot dah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Zaman sekarang ni ramai perempuan yg bertudung kepala saja tapi bukan menutup aurat.
Pakai tudung bonggol unta, baju pula ketat ya ampun, jalan lenggang lenggok bersidai kat shopping mall.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|