CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chetaton

Diana Rafar & Zamarul Hisham bermasalah??

[Copy link]
Post time 3-10-2013 12:26 PM | Show all posts
            Diana Rafar Tepis Rumah Tangga Bergoyang         
                      Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)
        Diana dan Zamarul masih lagi bahagia dalam rumah tangga mereka.
PETALING JAYA: Pelakon Diana Rafar  menepis tuduhan  rumah tangga yang dibinanya bersama aktor Zamarul Hsiham, 42, menghadapi krisis sehingga menyebabkan mereka jarang dilihat keluar bersama.
Diana atau nama sebenarnya Adriana Abd. Rafar, 31, berkata, hubungan mereka tidak menghadapi sebarang masalah sebaliknya Zamarul terlalu sibuk di lokasi penggambaran mengakibatkan pelbagai andaian timbul.
"Hubungan kami memang ‘renggang’ kerana kesibukan Zamarul di mana jadualnya penuh dengan penggambaran drama.
"Saya pun tak tahu bila masanya tidak sibuk tetapi macam mana pun kami masih lagi bersama," katanya yang dihubungi mStar Online.
Diana mengakui ada kalanya dia berasa hati terhadap Zamarul yang jarang mempunyai masa untuk bersama dan mereka pernah membincangkan perkara tersebut.
Bagaimanapun kata Diana, dia harus memahami kesibukan suaminya itu merupakan satu pengorbanan terhadap keluarga.
"Biasalah bila pergi ke majlis tanpa suami, orang mulalah bertanya dan memberi pelbagai andaian. Malah wajah Zamarul tiada dalam Instagram saya pun orang tertanya-tanya kenapa?
"Tapi nak buat macam mana, nak ambil gambar bersama pun tak sempat," tuturnya.
Hasil perkahwinan Diana dan Zamarul pada 16 Mei 2009, pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki  iaitu Kashfi Haikal yang kini berusia tiga tahun.
Zamarul pula mempunyai seorang anak daripada perkahwinan terdahulu iaitu Izzat Haikal, 14.
Dalam pada itu  Diana berkata dia berhasrat untuk membuat kemunculan semula dalam bidang lakonan selepas spa yang dimilikinya di Shah Alam sejak tujuh tahun lalu ditutup kerana kekurangan pelanggan.
"Sekarang ini saya sibuk dengan mempromosikan produk kecantikan saya Maixara  selain menjadi duta kepada produk Sumber Ayu,” jelasnya.
         

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 04:49 PM | Show all posts
Budak-budak dalam gambar tu kiut aje..semoga diorang happy selalu!

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 08:38 AM | Show all posts
Diana Rafar selalu sendiri, tapi masih bahagia


HUJUNG minggu lalu dalam sebuah akhbar mingguan terdapat khabar angin yang mengatakan rumah tangga pelakon Zamarul Hisham dan Diana Rafar yang dibina pada tahun 2009 itu sedang bergolak.

Semuanya gara-gara Diana yang dilihat sering bersendirian apabila menghadiri acara hiburan termasuklah persandingan pelakon Fouziah Gous baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, menurut khabar angin yang bertebaran, Zamarul dikatakan terlalu sibuk dan sudah lama tidak pulang ke rumah menjenguk isteri dan anaknya, Kashfi Haiqal, 3 tahun. Diana pula sering lihat berada di rumah ibunya di Shah Alam, Selangor.

Bagi mendapatkan pengesahan mengenai khabar angin ini, Kosmo! menghubungi Diana semalam dan ternyata dia cukup terkejut dengan khabar angin terbaharu itu. Bagaimanapun, Diana tidak menafikan dia sering bersendirian sejak kebelakangan ini.

Kosmo!: Benarkah rumah tangga Diana dan Zamarul sedang bergolak?

DIANA: Perkara itu tidak betul dan saya nafikan khabar angin tersebut. Kami masih bahagia dan rumah tangga saya berada dalam keadaan baik. Sebenarnya saya sendiri terkejut apabila tiba-tiba sahaja keluar berita seperti ini.

Sejauh manakah kebenaran yang mendakwa anda sering dilihat bersendirian tanpa suami menghadiri majlis-majlis hiburan?

Saya tidak nafikan memang saya selalu bersendirian ke mana-mana majlis hiburan dan majlis rasmi. Saya tidak boleh elak untuk keluar rumah sendirian kerana saya juga ada kerja yang harus diselesaikan, takkan kerana suami saya sibuk saya tidak boleh keluar rumah.

Khabar angin mendakwa, Zamarul sudah lama tidak pulang ke rumah manakala anda pula sering berada di rumah ibu di Shah Alam, Selangor. Benarkah?

Walaupun sibuk sehingga 3 pagi, suami saya tetap pulang ke rumah setiap hari. Kalau orang selalu lihat saya di rumah ibu, sebenarnya rumah saya, ibu serta kakak-kakak saya semuanya berdekatan. Kebetulan anak saya bersekolah dekat dengan rumah ibu, apa salahnya saya melawat ibu setiap hari.






Jika kalian bahagia, bagaimanakah isu pergolakan rumah tangga ini boleh timbul?

Mungkin sebab memang orang selalu lihat saya sendirian dan kemuncaknya apabila saya hadir ke majlis persandingan Fouziah Gous seorang diri. Ramai rakan artis dan media bertanya di mana suami saya? Memanglah waktu itu, kami bercadang untuk hadir bersama tetapi terpaksa dibatalkan kerana dia terikat dengan penggambaran. Mahu tidak mahu saya hadir seorang diri, memenuhi jemputan rakan saya.

Adakah kalian sudah berbincang mengenai khabar angin ini?

Setakat ini kami belum sempat berbincang lagi kerana cerita ini keluar secara tiba-tiba. Suami saya juga sibuk dengan kerja, cuma keluarga ada bertanya hal ini kepada saya, mereka juga terkejut tetapi selepas diterangkan keadaan sebenarnya mereka faham.

Isu rumah tangga bukan perkara yang remeh. Adakah anda tertekan dengan khabar angin ini?

Saya akui memang agak tertekan sebab saya tahu cerita ini pun daripada orang. Bila saya keluar tiba-tiba banyak mata yang memandang serong dan bertanyakan hal rumah tangga kepada saya. Sekarang saya masih kuat, saya takut jika khabar angin ini berlarutan, saya jadi tidak kuat.

Apakah perkembangan terbaharu kerjaya seni anda?

Sekarang memang saya perlahankan kerjaya seni untuk beri tumpuan kepada keluarga tetapi saya masih berlakon dalam banyak telefilem. Jika tidak ada aral melintang, selepas ini saya akan terlibat dalam penggambaran drama bersiri untuk slot Samarinda. Selebihnya saya sibuk dengan urusan perniagaan dan tugas sebagai duta produk kecantikan Sumber Ayu dan Maixara.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 2.htm#ixzz2gzZVz7GL
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 08:49 AM | Show all posts
terjawap dah persoalan tt
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 10:21 AM | Show all posts
pompuan nie kan yg kantoi pic sex tue???
scary !
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.055287 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list