CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tapibukanaku

Hazama putus cinta setelah 7 tahun-(Hazama tak paksa kekasih peluk Islam- page10

[Copy link]
Post time 6-10-2013 03:38 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 6-10-2013 03:07 AM
selera exotic..

apa exoticnya Hazama tuh? katik ada lah.

tengok dia nyanyi live pun aku tak berkenan.

tak mungkin meka kawin. takat syok2 je nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2013 03:58 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 30-9-2013 07:58 PM
tak bleh lah uols. tak dapat lagi sumber nya
7 tahun bercinta, tapi tak boleh trace gf mamat ni

aku google nama sheol. Noor Inarah Sidek. dapatan aku adalah sheol siap jadi member FC Hazama lagi. dalam ni ada sebut nama sheol; nampaknya banyak sheol buat untuk Hazama.

dan,

ni musti sheol kan?

http://www.hometuitionbest.com/tutor_detail.asp?ttid=10297&h=t





budak pandai bercinta dengan rempit. erm. tipikal gadis nerd suka bad boy kah?

sheol memang budak Keramat kan?

kalau menurut blog ni lah;

http://owlkieranaa.blogspot.com/2011/06/aku-macam-nak-maki-orang.html


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2013 04:01 AM | Show all posts
chazey posted on 6-10-2013 03:58 AM
aku google nama sheol. Noor Inarah Sidek. dapatan aku adalah sheol siap jadi member FC Hazama lagi ...

ni mesti cam Lan kristal dan bini dia. bercinta sejak sekolah. budak keramat gak.
tapi kekal sampai beranak pinak. yg jama ni setakat itu je lah jodoh depa
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 04:15 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 6-10-2013 04:01 AM
ni mesti cam Lan kristal dan bini dia. bercinta sejak sekolah. budak keramat gak.
tapi kekal samp ...

Tuhan sudah tetapkan Hazama rempit tak sesuai dengan Inarah. dari segi keputusan SPM pun mungkin sudah nampak tidak sekufunya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2013 01:52 PM | Show all posts
chazey posted on 6-10-2013 04:15 AM
Tuhan sudah tetapkan Hazama rempit tak sesuai dengan Inarah. dari segi keputusan SPM pun mungkin s ...

budak pandai dgn rempit?..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 03:21 AM | Show all posts
Hazama Tidak Paksa Kekasih Peluk Islam
Selepas percintaan lebih enam tahun dengan seorang gadis biasa menemui jalan noktah, penyanyi popular, Hazama kini dalam proses mengenali hati budi pemuzik tanah air, Genervie Kam. Walaupun perbezaan umur mereka empat tahun, namun ia tidak menjadi isu buat jejaka berusia 29 tahun ini untuk mendekati wanita berusia 33 tahun itu.

“Kami baru berkawan dalam enam bulan dan masih dalam proses untuk mengenali dengan lebih rapat. Kami tengah mencari keserasian dan Alhamdulillah, proses berjalan lancar. Dia seorang yang sangat memahami dan saya selesa bersamanya kerana kami ‘sekepala’. Kami banyak berbincang mengenai kerja dan ia menjadikan hubungan kami menjadi semakin rapat. Bidang kami juga sama dan ia membuatkan kami berdua saling memerlukan,” ujar pelantun lagu ‘Relakan Jiwa’ ini kepada GUA.

Ketika ditemui, Hazama turut memberitahu perbezaan agama dan bangsa tidak menjadi penghalang buatnya dan Genervie yang juga merupakan salah seorang anggota The Royale FT Force untuk menjadi lebih rapat. Malah, dia bersyukur kerana kedua-dua belah keluarga menerima hubungan mereka.

“Saya pernah jumpa keluarga dia secara santai dan saya sendiri pun pernah bawa dia berjumpa dengan keluarga saya. Setakat ini keluarga boleh menerima hubungan kami. Kami pernah berbincang mengenai isu agama dan dia seorang yang berfikiran terbuka. Apa-apa soal mengenai agama yang saya tahu, saya akan cuba jawab.

Walau bagaimanapun, isu ini agak sensitif dan saya tidak paksa dia untuk peluk Islam. Kalau dia hendak peluk Islam biarlah dari hati, bukan sebab cinta. Bagi saya, dia seorang yang sangat baik dan perlahan-lahanlah kita doakan,” ujar Hazama menyerahkan soal jodoh kepada Allah.

“Ikutkan hati memang nak kahwin cepat memandangkan umur saya dah nak masuk 30 tahun. Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin tapi masa tidak sesuai lagi kerana buat masa sekarang, saya nak fokus terhadap album dahulu. Lagipun, saya baru nak mula bertapak dalam industri ini dan banyak lagi yang perlu saya tempuhi.

Saya mahu berada lama dalam industri ini dan mahu dikenali seperti Amy Search dan Ramli Sarip. Perkahwinan mungkin akan membataskan karier saya kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi namun, saya serahkan semuanya kepada jodoh,” luah Hazama lagi.




Dominasi Top 5 AIM 20

Dalam perkembangan lain, Hazama yang ditemui ketika majlis pengumuman Top 5 Anugerah Industri Muzik, petang Khamis turut melahirkan rasa syukur kerana menjadi penyanyi yang paling banyak dicalonkan dalam edisi ke-20 itu iaitu sebanyak lima pencalonan.

Antara kategori tersebut ialah Persembahan Vokal Terbaik (Lelaki), Kulit Album Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Album Terbaik serta Persembahan Vokal Duo/ Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu yang menyaksikan kolaborasinya dengan kumpulan Sleeq.

“Saya tak sangka tercalon bagi lima kategori kerana saya jangka akan tercalon untuk satu kategori saja iaitu vokal. Saya rasa orang dalam industri dah mula nampak usaha saya. Ini merupakan pencapaian saya yang paling tinggi dan saya rasa puas hati sangat walaupun belum menang lagi.

Alang-alang tecalon, siapa tak nak menang kan, tapi saya tak letak harapan yang tinggi. Jika boleh saya nak album saya menang kerana ia merangkumi kesemua hasil usaha saya. Namun, tak menang pun tak apa sebab calon-calon akhir pun hebat-hebat belaka,” ujar Hazama mengakhiri perbualan.


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-10-2013 03:25 AM | Show all posts
Hazama Enggan Paksa Kekasih Peluk Islam Kerana Cinta

KUALA LUMPUR: Penyanyi Hazama Ahmad Azmi menjelaskan tidak pernah memaksa kekasihnya Genervie Kam, 33, untuk mendalami dan memeluk agama Islam semata-mata untuk berkahwin denannya.

Hazama, 29, berkata, dia mahu wanita itu yang ketika ini beragama Kristian mendekati Islam dengan hati terbuka dan keinginan tersebut datang bukan kerana terpaksa.

"Saya tidak mahu memaksa dia untuk mendalami Islam dan memaksa dia untuk memeluk agama Islam semata-mata kerana saya.

"Kalau boleh biar dia sendiri yang memilih untuk mempelajarinya untuk diri dia sendiri. Namun apa yang saya lihat dia banyak bertanya tentang Islam dan budaya kita," katanya kepada mStar Online, ketika ditemui di Hotel Istana di sini, Khamis.

Hazama mengakui sedang mengenali hati budi seorang wanita yang juga pemuzik dan pemain biola terkenal.

Kata Hazama, dia selesa berkawan dengan wanita itu apatah lagi mereka selesa untuk berbincang mengenai muzik dan kerjaya masing-masing.

"Kami banyak berbincang tentang kerja dan dia seorang yang matang selain banyak mengajar saya tentang muzik. Bukan hanya bercinta sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Hazama berkata, kedua-dua belah keluarga sudah mengetahui hubungan mereka dan tidak menghalang.

"Keluarga saya sudah kenal dia dan saya juga sudah bertemu keluarga dia, bagi pihak keluarga saya tiada apa-apa masalah," katanya.

Bagaimanapun dia masih belum bersedia untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

"Saya belum bersedia lagi untuk berkahwin, kalau boleh buat masa ini saya ingin fokus kepada kerjaya terlebih dahulu," katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 06:57 AM | Show all posts
erkkk so confirm la diorang ni???? adik ak kate genervie tu makcik kepada kawan diee..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2013 08:14 AM | Show all posts
oooo..ada aku kesah awek ko tu hazama? masuk islam ke tak kalau perangai after convert pun mcm bahbi bagus tak pyh convert  

macam kurang sj perempuan seagama dengan ko hazama nak ko pilih, sengal
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
rosasa posted on 26-10-2013 08:14 AM
oooo..ada aku kesah awek ko tu hazama? masuk islam ke tak kalau perangai after convert pun mcm bahbi ...

Hammbooiiiii mokcikkk...habis power ayat...tp betul jugak mokcik kabo tu..hikhik
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 08:42 AM | Show all posts
digitizer posted on 26-10-2013 08:37 AM
Hammbooiiiii mokcikkk...habis power ayat...tp betul jugak mokcik kabo tu..hikhik

geram la ai ustaz

macam dah takda pilihan lain dah kat mesia ni... dia ingat ni indon nak kawin agama tak sama?? by means dia tak serius pun nak bw hubungan dia ngan gf dia ni ke peringkat kawin , lelaki tak guna !!! <-- yuna cakap
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka jer tgk hazama ngan ahmoi gifted nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
rosasa posted on 26-10-2013 08:42 AM
geram la ai ustaz  

macam dah takda pilihan lain dah kat mesia ni... dia ingat ni indon nak k ...

Haha....setujuk 100 persen
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 09:34 AM | Show all posts
tak paksa kekasih masuk Islam.. habis tu bila nye nak kawen tu.. haha.. yang 6 tahun susah sama ditinggal kan.. semoga bahagia la hazama..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 11:23 AM | Show all posts
cantik dan pintar awek hazama ni...amOi plak tu..ok la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 01:46 PM | Show all posts
rosasa posted on 26-10-2013 08:14 AM
oooo..ada aku kesah awek ko tu hazama? masuk islam ke tak kalau perangai after convert pun mcm bahbi ...

tak bersedia nak kawin sebab nak fokus kerjaya nyanyian
7 tahun yg lepas camtu gak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2013 01:49 PM | Show all posts
rosasa posted on 26-10-2013 08:14 AM
oooo..ada aku kesah awek ko tu hazama? masuk islam ke tak kalau perangai after convert pun mcm bahbi ...

halooo makcikk baawak mengucap sudah. iols rasa kalau ada jodoh kawin lah diorang. tak perlu sampai cakap macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 02:08 PM | Show all posts
ainfarsyae posted on 26-10-2013 01:49 PM
halooo makcikk baawak mengucap sudah. iols rasa kalau ada jodoh kawin lah diorang. tak perlu sampa ...

halooo nak..

astagfirullah
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 02:09 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 26-10-2013 01:46 PM
tak bersedia nak kawin sebab nak fokus kerjaya nyanyian
7 tahun yg lepas camtu gak...

kan... kesian perempuan..next 7 years ngan perempuan lain lagi la kot...since yg ni pun tak nmpak usaha nak bw hubungan ke tahap lebih serius
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 02:15 PM | Show all posts
rosasa posted on 26-10-2013 02:09 PM
kan... kesian perempuan..next 7 years ngan perempuan lain lagi la kot...since yg ni pun tak nmpak  ...

yg ni mmg susah lah nak bawak ke serius. ambil masa. setakat 'sekepala' selagi tak terikat dgn komitmen, mmg lah seronok uols
enjoy tanpa batasan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.059632 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list