CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: qqOfficial

[Edisi Penafian]3 @ 4 Anak TS Jins Shamsudin??-wajah terbaru TJS makin uzur #643

  [Copy link]
Post time 11-2-2015 12:13 PM | Show all posts
hensem2012 replied at 10-2-2015 01:54 PM
terkezut tgk name kite ade..hi hi hi

wahhh..mana satu namaaaaaaaa tu eh?
hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2015 12:37 PM | Show all posts
hensem2012 replied at 11-2-2015 01:04 AM
Cik qq blh PM x ur FB ID..jap kite nk tgk ade request ke..

dan2 nak approve
baidewei, gambar chuols ke posing kat hutan tuh
akak tepek kat sini nakkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 01:44 PM | Show all posts
cik_tonggek replied at 11-2-2015 12:37 PM
dan2 nak approve
baidewei, gambar chuols ke posing kat hutan tuh
akak tepek kat sini nak ...

akak tonggek..yes itu my pic..tp jgn ler share kt sini..maluuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 01:54 PM | Show all posts
guesswho09 replied at 10-2-2015 11:16 PM
Dlm fb tuah ada gmbr beliau & mom

yang ni kan? dia punya FB tak private . tuah ni masa muda sikit hensem betul lah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
nia_salina replied at 11-2-2015 01:54 PM
yang ni kan? dia punya FB tak private . tuah ni masa muda sikit hensem betul lah

Aah.. Dia ikut muka mak dia kan
Her mom ni dulu i ingat la
Penah tgk mak dia berlakon
Mmg sexy la.. Tak da la jelita sgt
Tapi attractive, ada daya penarik
Namun, betapa masa merubah segalanya
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 02:37 PM | Show all posts
nia_salina replied at 11-2-2015 01:54 PM
yang ni kan? dia punya FB tak private . tuah ni masa muda sikit hensem betul lah

nie la dia S.ZAMILA..pelakon wanita paling seksi mase awal 70-an...byk berlakon watak pembantu je..satu filem je watak utama, BONEKA PERMATA tahun 1975..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2015 02:43 PM | Show all posts
nia_salina replied at 11-2-2015 05:54 AM
yang ni kan? dia punya FB tak private . tuah ni masa muda sikit hensem betul lah

kenape akak tengok muka heols mcm diva AA versi jantan tulen
ampunkan akak @missmilo akak tak bemaksud mempersoal
tahap kejantanan kwn chuolss
tapi kawan chuols nih belum kawen lagi khuennnn
errrr agak moskil akak disitu
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 09:10 AM | Show all posts
Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsuddin (lahir 5 November 1935) merupakan seorang pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta senator Malaysia. Atas bimbingan Tan Sri P. Ramlee, beliau telah berjaya menjadi seorang pelakon yang terkenal pada tahun '50-an dan '70-an. I Dilahirkan sebagai Mohamed Zain B Shamsudin di Taiping, Perak, nama Senator Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsuddin kini terpahat sebagai legenda yang masih gigih menyumbangkan usaha dan tenaganya dalam pembangunan industri filem Melayu sehingga hari ini.

Shamsuddin melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dari 1970 hingga 1972 dan dianugerahkan Diploma dalam Teknologi Filem (Motion Picture Technology) dengan Kepujian Kelas Pertama.

Sejak 1956, Jins mula melibatkan diri dalam 40 filem :

mendukung watak utama dalam pementasan drama "Mencari Kedamaian";
menjadi watak utama filem arahan P. Ramlee, "Pancha Delima" (1957);
memegang watak utama sebagai ejen perisik Jefri Zain dalam siri filem Hong Kong ala James Bond.
Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula apabila menjalani uji bakat yang diadakan oleh P. Ramlee, di mana beliau diterima sebagai pelakon tambahan. Dari pelakon tambahan, beliau sedikit demi sedikit menimba pengetahuan dari P. Ramlee . P.Ramlee amat sukar untuk menerima tawaran belakon daripada pengarah-pengarah yang lain. Tetapi penghormatan ini telah diberikan kepada Jins Shamsuddin untuk berlakon di dalam filem 'Bukan Salah Ibu Mengandung.'

Perkahwinannya yang pertama bersama seniwati Allahyarham Rahmah Rahmat di Singapura pada 6 Februari 1961 dikurniakan dengan seorang putera bernama Mohamed Jefri yang kini menetap di Singapura.

Namun, jodoh mereka tidak lama apabila kedua-duanya sepakat membawa haluan masing-masing pada tahun 1963

Sedekad selepas itu, dia bertemu dengan pilihan hatinya, Jamilah Sukor berasal dari Keluang Johor dan hasil perkahwinan keduanya itu juga memberikan Jins seorang lagi anak lelaki yang diberi nama Hang Tuah @ Shazrin, yang merupakan bekas juruterbang di penerbangan tambang murah Air Asia.

Shamsuddin berkahwin kali ketiga dengan Puan Sri Halijah Abdullah dan dikurniakan dua orang anak lelaki, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.

Anak anak beliau adalah :- Jefri Zain (Isteri Pertama), Hang Tuah @ Shazrin (Isteri Kedua) dan Hang Jebat/Hang Nadim (Isteri Ketiga)

Isteri Beliau adalah :- Rahmah Rahmat (Isteri Pertama), Jamilah Sukor (Isteri Kedua) dan Puan Sri Halijah (Isteri Ketiga) sehingga sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2015 10:17 AM | Show all posts
si jebat ni tetap besar badannya sama macam sekolah dulu. tak sangka dulu masa SK classmate ngan anak dato jins, ngan dato yusof Haslam.bile dah besar sek men baru tau..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 02:12 PM | Show all posts
woww..woww... kalau yg baju biru muda tu jd pelakon, kompem meletop walopom lakonan so so aje.. yela nama bapaknya saje dah kemain kan. hehehe.. takde ke org nk ambik dia blakon dalam akasia?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 02:24 PM | Show all posts
guesswho09 replied at 10-2-2015 03:39 PM
Mungkin tak dia org tak penah kawin?
Ye lah org dulu2 kan
Sekadar bertanya

errkkk....aku pun tepikir camtu gak....kehkehkeh....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 02:30 PM | Show all posts
soraya replied at 12-2-2015 02:24 PM
errkkk....aku pun tepikir camtu gak....kehkehkeh....

kalau nk kata sbb harta
yg peliknya puan sri tak nafikan pulak
anak dgn isteri pertama
napa tuah dia nafikan?





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2015 06:10 PM | Show all posts
cik_tonggek replied at 11-2-2015 12:37 PM
dan2 nak approve
baidewei, gambar chuols ke posing kat hutan tuh
akak tepek kat sini nak ...

kacak abam hensem ni @cik_tonggek ... hehee

i like masa dia pakai baju melayu warna oren tu....eyh...ke merah...sbb bwh chy lampu ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2015 09:53 AM | Show all posts
qqOfficial replied at 12-2-2015 10:10 AM
kacak abam hensem ni @cik_tonggek ... hehee

i like masa dia pakai baju melayu warna oren  ...

dah add ker
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2015 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira nya jamilah ni seksi seksa berprinsip. Menjadi orang anak nya. Dia pun teruskan kehidupan org biasa, cari rezeki halal sambil tunggu masa di panggil. Kira dia level headed la dia balik kluang besarkan anak
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 09:21 PM | Show all posts
Copy paste from Bharian - 10 April 2015

Saya anak Jins Shamsudin - Hang Tuah Oleh Mohd Aizat Shamsuddin mohdaizat@bh.com.my KUALA LUMPUR: Ekoran satu kenyataan yang menyatakan Tan Sri Jins Shamsudin, hanya mempunyai tiga orang anak, seorang anaknya tampil memperbetulkan fakta terbabit. Hang Tuah @ Shazrin Mohd Zain, 41, yang namanya tidak disebut isteri Jins, Puan Sri Halijah Abdullah, 56, ketika mengeluarkan kenyataan itu, mendakwa beliau adalah anak kepada Jins, 80, hasil daripada perkahwinan kedua seniman terbabit dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Jamilah Sukor. Kenyataan mengenai anak Jins itu dikeluarkan oleh Halijah, isteri ketiga kepada Jins, dalam sebuah akhbar. Beliau mendakwa suaminya hanya mempunyai tiga orang anak hasil daripada dua perkahwinan dan ia tidak termasuk Hang Tuah. "Kenyataan yang dikeluarkan oleh Halijah adalah tidak tepat. Sidang akhbar ini diadakan untuk memberi penjelasan yang tepat memandangkan bapa saya tidak sihat dan tidak berupaya menjelaskan fakta yang sebenar," katanya pada sidang media yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota, sebentar tadi. Kata Hang Tuah, beliau memiliki bukti yang jelas berdasarkan perakuan surat beranak dan surat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta juga buku biografi, Suria Kencana, yang secara jelas beliau adalah anak kepada seniman terbabit. "Dengan penjelasan dan bukti yang kukuh ini, saya berharap isu yang ditimbulkan oleh Halijah akan selesai. Saya tiada niat sekalipun untuk memanjangkan perkara ini tetapi ia demi kebaikan semua," katanya yang ditemani dua peguam, Saiful Adli Mohd Arshad dari Tetuan Saiful Arshad & Co dan Abdul Malik Mokhtar dari Tetuan Abdul Malik Zamri & Co.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2015 09:44 PM | Show all posts
From Utusan online


Saya juga anak Jins Shamsudin - Hang Tuah
Oleh HASZRUL MOHAMAD

KUALA LUMPUR 10 April - Cerita sebenar berapa jumlah anak Tan Sri Jins Shamsudin menjadi lebih menarik apabila hari ini, seorang lelaki bernama Hang Tuah @ Shazrin Mohamad Zain, 41, tampil dan mendakwa beliau juga anak seniman tersebut.

Sehubungan itu, Hang Tuah turut menafikan laporan-laporan media yang memetik isteri Jins, Puan Sri Halijah Abdullah bahawa anak pelakon veteran tersebut tiga orang sahaja.

Hang Tuah yang ditemani dua orang peguam, Abdul Malik Mokhtar dan Saiful Adli Mohd. Arshad mendakwa, sebenarnya Jins mempunyai empat orang anak dan bukannya tiga orang.

"Saya adalah anak Jins Shamsudin. Ibu saya bernama Jamilah Shukor dan saya ada dokumen pengesahan bahawa saya ini anak Jins Shamsudin, " katanya pada sidang media di sini petang tadi.

Cerita mengenai jumlah sebenar anak Jins bermula apabila media seperti Utusan Malaysia menyiarkan artikel berdasarkan kenyataan isteri seniman Jins, Halijah Abdullah pada Februari lalu bahawa anak Jins hanya tiga orang.

Hang Tuah berkata, satu lagi bukti kukuh yang menyokong dakwaan beliau adalah juga anak Jins ialah berdasarkan buku biografi Jins berjudul Suria Kencana yang ditulis oleh Mohd. Zamberi A. Malek dan dicetak oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam siri Memoir UKM pada 1998.

Hang Tuah mengakui, beliau tidak rapat dengan Jins mahupun ibu kandungnya, sebaliknya beliau dibesarkan oleh ibu saudaranya yang juga kakak Jins bernama Hazizom Samsudin, 82.

"Sejak kecil saya dipelihara dan dibesarkan oleh ibu saudara yang saya panggil mak. Saya dibesarkan di kampung iaitu di Taiping, Perak.

"Cuma 10 tahun ke belakang ini baharulah saya rapat dengan ibu kandung saya," katanya yang pernah berkhidmat sebagai juruterbang syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia X selama 10 tahun tetapi berhenti setahun yang lalu dan beralih pula ke bidang hartanah.

Menjawab soalan pemberita, Hang Tuah berkata, kali terakhir beliau berjumpa dengan Jins, yang kini menghidap penyakit alzheimer, ialah pada tahun 2011.

"Selama empat tahun saya tidak bertemu beliau dan saya ada sebab peribadi yang tidak perlu saya kongsikan di sini mengapa saya tidak mengunjungi beliau.

"Saya juga sibuk dan itu salah satu daripada sebab mengapa saya tidak bertemu dengannya," jelasnya.

Hang Tuah menambah, beliau didesak oleh keluarga dan kawan-kawan yang mahukan beliau tampil memberitahu umum bahawa beliau juga salah seorang anak seniman filem Melayu klasik itu.

"Itulah sebabnya saya mengambil masa sebelum mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan kenyataan Puan Sri Halijah itu tidak benar dan laporan yang dikeluarkan dalam akhbar pada awal tahun ini juga tidak tepat," katanya.

Hang Tuah berkata, beliau mahukan haknya sebagai anak Jins diterima oleh ibu tirinya dan tidak lagi dipersoalkan tentang perkara itu pada masa akan datang. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Hang Nadim pun turut hadir dlm pc tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Oic.tgk kt paper tp sepintas lalu shj..
Kesian kan dinafikn sbg anak kandung...
Mcm cerita jepun aku tgk masa kecik2 pulak Akantare:zz
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Jebat bukan pilot lah dia buat production tp tak menjadi pun
Jebat ni classmate masa uitm.pernah jumpa juga dgn si tuah ni dulu masa open house ke doa selamat kat rumah TSJS ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.239565 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list