Dalam video arahan Azma Aizal Yusoof ini, ia menampilkan gandingan Neelofa dengan pelakon dan model kelahiran Malaysia yang kini mencipta nama di Indonesia, Miller Khan. Kempen berkonsepkan True Love itu memaparkan Neelofa dan Miller menjayakan watak sepasang kekasih yang hangat dilamun cinta. “Sebenarnya, nama Miller memang dicadangkan produksi untuk kempen raya pada tahun lalu, tapi agendanya padat ketika itu. “Namun, hasrat saya kesampaian untuk bekerjasama dengan Miller dalam kempen raya tahun ini. Miller juga memberikan kerjasama yang bagus sepanjang penggambaran video ini,” katanya. Mengenai pembikinan lagu tema pula, kata Neelofa, dia bekerjasama dengan penyanyi dan komposer terkenal Aizat Amdan selain Neelofa turut bertindak sebagai penerbit eksekutif lagu itu. “Semuanya bermula apabila Aizat menghantar demo dan saya terus jatuh cinta dengan lagu True Love ini. “Aizat juga beritahu lagu True Love memang sesuai dengan jalan cerita yang saya mahukan dalam tema cinta kali ini. “Pemilihan Dani daripada band Indonesia Kata Hati juga tepat kerana vokalnya yang lantang sesuai untuk menyanyikan lagu True Love ini,” katanya. Dalam perkembangan lain, Neelofa juga akan berlepas ke Makkah pada 8 Jun ini untuk menjayakan rakaman program bercorak travelog di sana. -Ramlah Zainal (Metro 18 may)
#congrats Lofa NH Raya Campaign Truelove 411K+ view in 3 days, 10k+ likes
|