CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: freakyskinny

[V22]#FAZURA - Kisah Yellowish #Fattzura di Primavalet. #PG66 #heroseorangcinder

 Close [Copy link]
Post time 11-6-2017 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mnbv replied at 11-6-2017 07:29 PM
Heloknyaaaaaa deyolsss niii

Chinese kat blkg tgok je theyols..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2017 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduradura replied at 11-6-2017 08:28 PM
Biceps si pattah besar sgt, faz tak dpt bersandar..

Antara 3 colot dorang pki sedondon..suka dorang pakai baby pink ni..nampak cantek gleee kat dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduradura replied at 11-6-2017 12:15 PM
Haah , iolls salah , mmg apple watch ...sbb ade button tepi tuu..tp kecik eh faz punya apple wat ...

faz nye size kecik 38mm, fath punye size besor 42mm. tak slh iols la. dulu penah nak beli n check size.

butbutbut, tgk faz pki mcm nak beli terusss je skrg ni ..      
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Fimie replied at 11-6-2017 08:22 PM
siapakah jejaka bertuah ituuuu   yg penting harta dan pangkat tidak menjamin kebahagiaan katanya.. ...

Suruh kucing ping ping tu jawab..dia tahu deserve better kakak faz...     
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Teemah88 replied at 11-6-2017 08:37 PM
Suruh kucing ping ping tu jawab..dia tahu deserve better kakak faz...

     siapakah jejaka yg layak ye dok.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Teemah88 replied at 11-6-2017 08:37 PM
Suruh kucing ping ping tu jawab..dia tahu deserve better kakak faz...

hahahah...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2017 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_kaer replied at 11-6-2017 08:28 PM
Pendapat iols pasal dak bedua ni,
Fattah sgt compose. Fazura bisik2 gak berckp, tp fatah tenang je ...

gigih chuolss skodenh perut fattah eh          
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Teemah88 replied at 11-6-2017 08:37 PM
Suruh kucing ping ping tu jawab..dia tahu deserve better kakak faz...

hahahahaha amek kucen  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2017 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Teemah88 replied at 11-6-2017 08:37 PM
Suruh kucing ping ping tu jawab..dia tahu deserve better kakak faz...

Hahahahahhaha..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka jwpn fazzy dlm newspaper tu..

Klu nak kejar glamour, 5-6 drama dia boleh blakon setahun..very agree with her statement..

Bila muncul sekali skala la yg org dok tunggu2
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
minahsleepy replied at 11-6-2017 07:56 PM
Sejujurnya aku suka kaler baju melayu si fa nih..pink soft eh org panggil..boleh la cadangkan kat ba ...

Klo bakal laki chuol putih cm fatah teruskan.. klo hitam manis cm fikri tu i dont think so warna tu sesuai  
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
riy replied at 11-6-2017 06:41 PM
ye baju ni mmg ketat. kalo kaka faz selimpang dua2 belah. mmg saksi cuolsss

Bahagian bonbon quite sexy to me   
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols suka je fattah faz happy2 padahal kat ig org kutuk depan belakang dua2 ni.

As long as u both stay in good terms am happy already. Tak kisah apa jadi lepas ni. Pedulik org kata apa okeh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Weiii manis nye 2 ketoi ni..kaler ni kena sgt dgn depa..adoiiii bertambah epot aku..sape kah gerangan laki yg kt faz tgh knl tu..bertuah badan..btw iols suka statement x kejar glamer and rating tu..best actress mmg fikir kualiti
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 08:55 PM | Show all posts
ezzerina replied at 11-6-2017 08:21 PM
Fattah ni pakai baju warna apa je lawo masalahnyaa..dia jns pki baju terletak..mmg bdn molek.patot ...

kaka mom prefer dia take off jer baju.....ooopsss dah berbuka puasa yachh... lagi pun coti tak gi tarawih malam ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
mir_rae replied at 11-6-2017 08:37 PM
faz nye size kecik 38mm, fath punye size besor 42mm. tak slh iols la. dulu penah nak beli n check  ...

Aduhhh ni nk ajk shuben bli apple watch jgk ni biar sedondon raya ni arghhhh   .... rs cm nk bbnu blk la suma nk sedondon...   ... gtau kt husben trus  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2017 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Jajabeans replied at 11-6-2017 08:46 PM
Klo bakal laki chuol putih cm fatah teruskan.. klo hitam manis cm fikri tu i dont think so warna t ...

Itu la yg iols risau..kalo jadik bakal laki iols tu memang ala2 si fikri pun kaler kulit  

Mungkin iols kena simpan ja angan2 iols dlm lemari nak tgk laki iols pakai baju kaler  pink tu d sebabkan tuntutan keje beliyau  

Tp x terlambat jugak untok iols carik jejanz  laen kulit ala2 FA supaya angan2 iols jd kenyataan  
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 08:55 PM | Show all posts


NORHASLIZA MOHD SHAFI FOTO: KOLEKSI GMK DAN KOLEKSI PERIBADI FAZURA 11 JUN 2017

FIGURA yang menyandang nama Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Fazura bukanlah nama kerdil dalam industri hiburan tempatan. Tidak sekadar memiliki kecantikan yang bakal mencairkan hati sesiapa yang memandang, aktres ini juga ‘didatangkan’ lengkap dengan bakat dalam dunia lakonan, pengacaraan mahupun nyanyian.

Ya! Tiada siapa mampu menidakkan kejelitaan dan bakat semula jadi yang dimiliki oleh Fazura. Kelebihan inilah yang membuatkan empunya diri mampu bertahan dan berada dalam kelasnya yang tersendiri. Berkat kesungguhan, kerja keras serta semangat dalam diri pelakon yang berjaya meraih anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM17) menerusi filem sulungnya Bicara Hati ketika menginjak usia 21 tahun, Fazura terus mara menggapai kegemilangan.

Tidak dapat dinafikan, kemunculan Fazura sering mencuri perhatian. Sekian lama bergelumang di pentas seni, wanita ini bijak mengatur stail dan kerjayanya. Paling ketara daripada segi penampilan diri. Gaya yang dibawanya tidak pernah canggung dan sentiasa memberi impak tersendiri. Anugerah demi anugerah dan penghargaan yang telah dirangkulnya memahat kukuh nama Fazura di persada seni tanah air.

Selepas empat tahun tidak berlakon dalam mana-mana drama, Fazura kembali ke layar kaca dengan bergandingan bersama Fattah Amin menerusi drama 24 episod bertajuk Hero Seorang Cinderella arahan Michael Ang. Kali terakhir Fazura berlakon drama adalah pada tahun 2013 menerusi drama Kisah Cinta lakonannya bersama Shaheizy Sam.

Gandingan Serasi

“Tahun 2017 saya lebih aktif dalam dunia lakonan. Ia satu permulaan yang baik untuk perkembangan kerjaya saya. Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan pencapaian diri saya setakat ini. Hingga kini saya masih punya peminat yang sentiasa setia menyokong perjalanan kerjaya seni saya.

“Pengalaman shooting di Amsterdam memang seronok bersama team Hero Seorang Cinderella. Penggambaran yang mengambil masa selama lapan hari itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Saya seronok shooting di sana. Cuaca pun baik-baik sahaja, menjadikan shooting berjalan dengan sempurna,” ungkap Fazura memulakan bicaranya.

Bergandingan dengan Fattah Amin yang memegang watak sebagai Tengku Ian Uzzam dan Fazura sebagai Nura Medina di dalam drama Hero Seorang Cinderella, Fazura dan Fattah Amin dilihat cukup serasi. Banyak scene romantik dilakonkan di sana setelah Tengku Ian Uzzam berkahwin dengan Nura Medina.

“Tiada scene bersentuhan dan adegan di atas katil seperti kelazimannya yang selalu dipertontonkan apabila melibatkan watak suami isteri. Bercakap tentang keserasian antara saya dan Fattah Amin, kami masih boleh menunjukkan kemesraan hubungan suami isteri tanpa bersentuhan. Sebenarnya, inilah keistimewaan yang ada pada drama Hero Seorang Cinderella.

“Watak Nura Medina cukup ‘dekat’ dengan diri saya. Seperti Nura Medina, saya juga seorang yang tegas dan lembut hati. Jujur saya katakan bahawa saya suka dengan watak Nura Medina. Apabila Michael Ang memberikan tawaran untuk saya melakonkan watak Nura Medina, saya sangat gembira. Ini kerana watak Nura Medina bukan seperti watak klise Cinderella, selain ia diadaptasi daripada novel,” ujar Fazura.

Dalam drama Hero Seorang Cinderella, Fazura turut mengenakan hijab. Mungkinkah Fazura akan tergerak hati untuk memakai hijab? Tatkala diajukan soalan ini, Fazura hanya tersenyum sambil menyusun kata-kata.

“Apabila sudah tiba masanya, saya akan berhijab tetapi saya tidak mahulah mengheboh-hebohkan tindakan saya. Biarlah ia datang daripada hati saya yang tulus. Jika berhijab pun, saya berhijab bukan kerana orang lain tetapi atas kerelaan hati saya sendiri,” terang Fazura yang sudah hampir 13 tahun bertapak dalam industri hiburan tempatan.

Sekarang ini pun sudah ada hashtag Fattzura dan sudah ada peminat yang seolah-olah ingin ‘menjodohkan’ Fazura dengan Fattah. Ditanya tentang pendapat Fazura tentang isu itu, jelas Fazura kemesraan yang wujud antara dirinya dan Fattah Amin hanyalah untuk lakonan drama tersebut sahaja.

“Kemesraan yang dipamerkan bertujuan untuk menghidupkan serta menjiwai watak-watak yang kami lakonkan. Saya sendiri tidak tahu siapa jodoh saya dan saya hanya berserah kepada Allah. Soal jodoh saya terima dengan hati terbuka,” ungkap Fazura ringkas.

Lakonan dan nyanyian seiring

Tatkala ditanya tentang pendapatnya jika gandingan dirinya dan Fattah Amin mencetuskan fenomena seperti yang berlaku ketika Fattah Amin digandingkan dengan Neelofa, ini jawapan Fazura.

“Apa yang penting ialah lakonan saya memberikan kesan kepada penonton dan bukan kerana alasan-alasan lain. Hal glamor dan juga trending tidak penting bagi saya. Apa yang saya mahukan ialah lakonan kami meninggalkan impak kepada penonton kerana kami bekerja kuat untuk Hero Seorang Cinderella.

“Saya tidak mengejar glamor semata-mata kerana jika saya mahu mengejar glamor, saya boleh sahaja melakonkan lima atau enam drama untuk setahun. Yang saya tekankan ialah kualiti dan mutu lakonan saya.

“Keutamaan saya ialah untuk menjadi pelakon yang hebat. Jika kita terlalu mengejar glamor semata-mata untuk menaikkan nama, ia hanyalah sementara sahaja. Saya juga tidak mahu terlalu menonjolkan diri. Mereka yang tidak mengenali saya tentu akan ingat saya seorang yang urban. Namun drama Hero Seorang Cinderella memperlihatkan saya sebagai seorang gadis yang sederhana,” jelas pelakon Gol & Gincu ini.

Menyentuh tentang bidang nyanyian, walaupun mendapat kritikan, ia tidak mematahkan semangat aktres jelita ini untuk serius dalam dunia nyanyian. Tambah Fazura, setelah selesai penggambaran Hero Seorang Cinderella, fokusnya akan lebih terarah kepada dunia nyanyian. Dalam masa yang sama, Fazura juga akan ‘terbang’ ke Indonesia untuk berlakon dalam sebuah filem di sana.

“Buat masa kini saya sangat sibuk dengan shooting drama Hero Seorang Cinderella menyebabkan fokus kepada penghasilan album sedikit tertangguh. Jika tiada aral melintang, saya akan menyiapkan album tersebut selepas raya. Alhamdulillah lagu saya untuk tema drama Hero Seorang Cinderella berjudul Cinderella duet bersama Fattah Amin juga disukai peminat. Ternyata ia satu perkembangan yang baik

“Menyentuh tentang kritikan yang saya terima, daripada satu sudut ia merupakan satu kebaikan. Saya menganggap ia sebagai pembakar semangat untuk saya berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh.

“Perancangan saya dalam dunia nyanyian ialah untuk mengembangkan karier saya dalam bidang ini secara berperingkat-peringkat. Paling utama, saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dan selebihnya saya hanya mampu bertawakal kepada Allah,” ujar Fazura yang bakal melancarkan dua lagi single solo terbaharu sedikit masa lagi.

Dunia bisnes

Berkisar tentang dunia bisnes, Fazura kini sibuk dengan koleksi pakaian hari raya. Terbaharu, Fazura turut mengadakan kolaborasi dengan Go Shop memandangkan sambutan yang begitu menggalakkan terutamanya untuk koleksi kurung Pahang yang diketengahkannya.

“Di House of Doll, kami menyediakan 10 jenis baju raya dalam pelbagai rekaan. Semua koleksi House of Doll dijual secara atas talian, selain ia juga boleh didapati di butik kami di Kota Damansara.

“Selalunya ramai pelanggan gemar membeli secara atas talian. Jadi sempena bulan Ramadan ini, House of Doll turut mengeluarkan koleksi tudung terbaharu kerana ramai yang minta kami keluarkan koleksi tudung,” jelas Fazura apabila ditanya tentang perkembangan bisnesnya.

Selain House of Doll, Fazura juga turut mengeluarkan tiga rangkaian haruman badan di bawah nama Mystical by Fazura. Semangat juang yang ada pada diri Fazura dalam dunia perniagaan telah melayakkannya untuk terpilih sebagai The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2016 by Entrepreneur Insight.
“Sebenarnya banyak perancangan telah diatur untuk bisnes yang saya usahakan namun biarlah ia berlaku secara perlahan-lahan. Antara perancangan yang bakal dilaksanakan ialah mengeluarkan body mist dengan haruman yang mengambil inspirasi watak Nura Medina dalam drama Hero Seorang Cinderella.

“Sebelum ini, Mystical by Fazura tampil dengan tiga jenis haruman iaitu I Love Me (bauan Chamomile Honey), Berry Beautiful (Berry Mix) dan Spotlight (campuran variasi buah-buahan). Wangian ini berada di bawah label syarikat, Doll Domination, yang dilancarkan pada tahun 2015,” ujar Fazura yang bakal sibuk dengan KL Fashion Week tidak lama lagi.

Meniti usia 34 tahun, seperti gadis-gadis lain, Fazura juga tidak terlepas diajukan tentang persoalan jodoh. Tatkala ditanya tentang status dirinya, akui Fazura dia kini sedang mengenali hati budi seseorang.

“Apa yang boleh saya katakan ialah saya dalam fasa untuk ‘mendekatkan’ diri dengan si dia. Untuk serasi dengan seseorang kita perlu mengambil masa untuk proses menyesuaikan diri. Bukan soal harta dan pangkat yang menjadi keutamaan kerana ia belum tentu menjamin kebahagiaan,” akhiri Fazura menutup butir bicaranya.

Ciri-ciri calon suami idaman Fazura

1. Lelaki yang berpendirian teguh dan tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain.

2. Beriman dan boleh membimbing serta memimpin saya.

3. Penyayang, merendah diri dan boleh menyayangi saya tanpa syarat.

4. Seorang yang bijak dan sentiasa berfikiran positif.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 08:58 PM | Show all posts
primadonia replied at 11-6-2017 08:46 PM
Suka jwpn fazzy dlm newspaper tu..

Klu nak kejar glamour, 5-6 drama dia boleh blakon setahun..ver ...

kannnn sebab tu lepas bersusun kontroversi nama fazura tetap gah gitu. cuma sayangi dirimu je agak spoil sikit
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
melnanzz replied at 11-6-2017 08:55 PM
NORHASLIZA MOHD SHAFI FOTO: KOLEKSI GMK DAN KOLEKSI PERIBADI FAZURA 11 JUN 2017

FIGURA yang m ...

Pelakon yg comitted ialah pelakon yg pentingkan quality... bkn yg nak temporary fame... hats off fazura... tak rugi i minat u dr zmn gol & gincu.. wpun bnyk hencapan.. u gaduh, kimk.. or whatsoever.. i mmg xpenah amik port.. org mengata i buat bodoh je... i xmalu nak mengaku i mmg peminat u... u are the best!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.742930 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list