|
MENTERI JAGA JAKIM KATA BOLEH GUNA KHIDMAT BOMOH .. SEBENTAR TADI JAKIM KATA TIDAK BOLEH KERANA HARAM DAN BERTENTANGAN DENGAN ISLAM.
Semalam Menteri Jaga JAKIM, Jamil Khir Baharom kata tidak salah guna khidmat bomoh nak cari pesawat MH370 yang hilang, hari ini JAKIM sendiri kata kaedah cara menggunakan bomoh itu adalah salah dan bertentangan dengan Islam.
Pergh!! Ini sudah kes anak buah belasah bos .. ini sudah kes anak buah ajar bos tak reti buat kerja .. sepatutnya Jamil Khir Baharom rasa malu sebab tak reti hukum hakam mengenai peraturan yang ditetapkan oleh JAKIM walaupun diri itu Menteri Jaga JAKIM.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak.
"Jakim telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my.
"Walaupun kita amat sedih dengan ujian yang sedang menimpa kita," kata Othman dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, tatkala pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa dan dengan pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara ini dan dari negara luar yang menghulurkan bantuan," kita masih menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh tiga hari ini".
"Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus memohon pertolongan Allah swt," katanya.
Menurutnya, dalam satu mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan.
"Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa raja bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam.
"Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat," katanya.
Sehubungan itu, Othman mengingatkan semua msyarakat khasnya umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau mengamalkan upcara perbomohan yang jelas bertentangan dengan Islam.
"Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah swt.
"Umat Islam harus menyakini bahawa Allah swt adalah sebaik-baik tempat bergantung dan bertawakkal," tambahnya.
Menurutnya, setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan "maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa bermohon kepada Allah yang maha Kuasa".
"Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izinNya jua," tambah Othman.
Semalam, bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu.
Sambil menyifatkannya "satu kerja bodoh", Asri berkata, amalan “khurafat dan tahyul” itu tidak boleh diterima sama sekali kerana bertentangan dengan akal waras.
“Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam.
Tidak salah guna khidmat bomoh - Jamil Khir
SHAH ALAM 11 Mac - Kerajaan mengalu-alukan segala bentuk bantuan yang diberikan oleh rakyat termasuk khidmat pengamal perubatan tradisional dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, mendoakan kebaikan kepada misi mencari dan menyelamat itu amat diperlukan namun mestilah berlandaskan syarak yang ditetapkan oleh Islam.
"Segala cara dan ikhtiar amat diperlukan ketika ini bagi mencapai matlamat dalam menemukan pesawat dan sejumlah penumpang yang terlibat dalam kehilangan pesawat terbabit.
"Kita harap semua pihak dapat mendoakan agar semuanya segera selesai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program menghafaz al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-35, di sini hari ini
Semalam tiga pengamal perubatan tradisional menawarkan diri membantu mengesan pesawat MH370.
Mereka ialah Mohd. Rodhi Ahmad, 74, atau dikenali sebagai Tok Janggut Bomoh Tauhid dan rakannya, Zainal Hamid, 54, dikenali sebagai Bomoh Warisan dari Permatang Binjai, Butterworth, Pulau Pinang.
Seorang lagi ialah Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang mendakwa pesawat MH370 yang dilaporkan hilang masih tergantung di atas paras Laut China Selatan berhampiran Vietnam.
Jamil Khir turut menggalakkan orang ramai supaya mendoakan yang terbaik dalam insiden berkenaan dan tidak menimbulkan pelbagai spekulasi.
"Perbuatan menimbulkan spekulasi dan komen negatif tidak wajar dibuat kerana hanya akan menggores perasaan ahli keluarga mangsa," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
ocho posted on 13-3-2014 09:19 AM
fishy juga freescale nih ..
macam tak logik je..takkan la freescale nak letak ramai2 staff dia dlm tu..kalau nak test pun..cukup la setakat letak 2-3 org je..ni sampai 20 org.. 20 org tu mmg boleh effect tau company tu sbb dlm tu semua jawatan tinggi2..
|
|
|
|
|
|
|
|
Syayang posted on 13-3-2014 09:19 AM
Hari ni pc pukul brape eh?
Last edited by JabbaWokeez on 13-3-2014 09:26 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
idakamaruddin posted on 13-3-2014 09:02 AM
Malas dah nak pikir dr segi teknikal kenapa la xleh detect awal la sbb dh nmpk imej la..mcm2 la haih ...
yup... mcm Kapten Norudin cakap la
beyond technology dah benda ni..
kita taksub kat teknologi sampai lupa memohon dgn rendah diri kat Allah swt
Allah maha mengetahui
|
|
|
|
|
|
|
|
berusjamban posted on 13-3-2014 07:12 AM
boleh ke on hp masa flight tgh terbang?
oooo sebelum terhempas mungkin passanger tu sempat on hp
...
Aku selalu on saja tp silent... waktu take off dan mula pusing nak landng tu baru aku off kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
fifie_olin posted on 13-3-2014 09:09 AM
capt huzlan ni sape lak
Ex pilot MAs..ada pengalaman lebih 30 thn dgn Mas |
|
|
|
|
|
|
|
gogo2 posted on 13-3-2014 07:40 AM
Itu gambar 9hb. Harini dah 13hb. Mungkin dah hanyut ke Singapura, Indonesia, Filipina etc.
tak sangka China pun lembab mcm malaysia.....jgnlah nak ek sgt |
|
|
|
|
|
|
|
katak_pisang posted on 13-3-2014 09:21 AM
Yeap, i tgk kat tv3 smlm kapten huzlan x bertugas dgn Mas lg tp wifenya masih bertugas dgn Mas sbg ...
As what I understand masih
Tpi dia bawa MAS chartered flight
Klu x silap dia jaga satu department
Handle penumpang haji dan umrah juga |
|
|
|
|
|
|
|
nolya posted on 13-3-2014 09:19 AM
nak buat latihan perang/war drill boleh aje tapi budgetnya dari mane? Nak perang dgn scorpene pak ...
klu takde bajet nak buat latihan, beli scorpene tuh naper yer?
|
|
|
|
|
|
|
|
(Gambar) Staff MAS di China dimaki, dibaling botol air oleh keluarga mangsa MH370
Sekurang-kurangnya tiga botol air dibaling dalam satu perjumpaan yang diadakan di Beijing di antara syarikat penerbangan MAS, pegawai kedutaan dan sebahagian kaum keluarga daripada 153 penumpang warga China yang berada di dalam pesawat MH370 yang hilang itu.
Kaum keluarga mendesak pihak kakitangan MAS memberitahu maklumat terperinci daripada Tentera Malaysia mengenai kehilangan pesawat tersebut.
"Beritahu kami yang benar!" Jeritan beberapa kaum keluarga dalam perjumpaan itu.
Namun, kakitangan MAS tidak dapat menjawab permintaan tersebut. Akibat berang perkara itu enggan dibincangkan, beberapa botol air berterbangan ke arah kumpulan kakitangan dan pegawai kedutaan.
Tidak cukup dengan itu, kata-kata makian turut dilemparkan oleh beberapa kaum keluarga mangsa.
Kedua-dua pihak sememangnya berada dalam tekanan berikutan kedudukan pesawat MH370 masih belum diketahui sehingga kini. Semoga semua yang terlibat bersabar terhadap dugaan berat yang menimpa mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Anden posted on 13-3-2014 08:51 AM
Baca kat dlm satu forum yg pilot2 dan org2 yg terlibat dlm boeing..
Depa sepakat kata masalah dip ...
Yu..apa punca oksigen kurang tu..? |
|
|
|
|
|
|
|
gals2 posted on 13-3-2014 09:23 AM
macam tak logik je..takkan la freescale nak letak ramai2 staff dia dlm tu..kalau nak test pun..cuk ...
Setuju dgn hang. Yg kita diberitahu dorg p kursus. Bg aku normal je company anto pi kursus luar negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Syayang posted on 13-3-2014 09:19 AM
Hari ni pc pukul brape eh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Anden posted on 13-3-2014 08:51 AM
Baca kat dlm satu forum yg pilot2 dan org2 yg terlibat dlm boeing..
Depa sepakat kata masalah dip ...
boleh share link tak u?
|
|
|
|
|
|
|
|
biggirlduncry posted on 13-3-2014 09:24 AM
yup... mcm Kapten Norudin cakap la
beyond technology dah benda ni..
sebenarnya bukan beyond teknologi. Masalahnya berikut:-
a) seperti kata ResellerMaxis, takde org jaga radar
b) Boeing kata Msia tak install systemnya yg backup maklumat terkini kedudukan dan maklumat dlm kapal terbang
c) MAS takde buat SAR cepat2.
Inilah masalahnya tak guna teknologi dengan berkesan.
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyrock posted on 13-3-2014 09:25 AM
tak sangka China pun lembab mcm malaysia.....jgnlah nak ek sgt
kan dah kata seluruh dunia bermasalah.
Interpol pun kata semua negara takda check info interpol.
Semua cuai.
|
|
|
|
|
|
|
|
gogo2 posted on 13-3-2014 09:26 AM
klu takde bajet nak buat latihan, beli scorpene tuh naper yer?
beli scorpene supaya bolej jawab bila ada yg bertanya, "aku ada, enko ada?". Jawabnya "ada".
|
|
|
|
|
|
|
|
harithzakuan posted on 13-3-2014 07:27 AM
one thing aku puji western media,diorg tak cuba teka apa yg berlaku pada flight tp cuba cari mana ai ...
Media upstream US mmg la tak sebut sbb nanti kredibiliti terjejas dan kalau konspirasi skalipun mmg tuju kat kerajaan diaorang ie US tp cuba baca media sosial dia.... mcm mcm keluar, sama mcm kita jugak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|