CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hijau88

NUR KASIH[PART IX]

   Close [Copy link]
 Author| Post time 10-4-2011 11:02 PM | Show all posts
alamak. itu kena tanya Filmscape ngan gb la ni.
wakkakaka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2011 11:05 PM | Show all posts
i dah borong kotak tisu berkaton2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2011 11:06 PM | Show all posts
Reply  supbunjut

yup sneak preview kamis lepas

Nur Kasih the movie will make u tear up right ...
Yen_Aireena Post at 10-4-2011 23:03



demmit...arhhhhgggg...stressed weiiii...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2011 11:08 PM | Show all posts
wah. aku bleh rsa tu perasaan tu. bila tgk trailer, tgk MV. bleh rasa weh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2011 11:12 PM | Show all posts
tu ar... tgk trailer dah rasa sedih...
membuak2 nk tau ape yg jadi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2011 11:21 PM | Show all posts
kan. tak sbr. tak sbr. skrg ni pun mood NKTM. lagu NUR KASIH ngan TANPAMU mmg sentiasa aku dgr la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2011 01:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by supbunjut at 11-4-2011 01:36

Lantang, Tegas Karakter Remy Ishak
Oleh FERIDE HIKMET ATAK




HARI INI, genaplah usia 29 tahun hero Malaya kesayangan ramai, Remy Ishak.

Sempena hari lahirnya itu, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak hanya berdoa agar perjalanan kehidupan serta kariernya berjalan dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini.

“Ya, saya hanya berazam untuk lebih maju dalam bidang seni dan memperkukuhkan lagi mutu kerja,” ujar Remy ringkas.

Tidak terlalu memikirkan tentang peningkatan usia, anak kelahiran negeri adat pepatih (Negeri Sembilan) itu merasakan kepantasan masa membuatkan dirinya terkejar-kejar mahu mencapai misi dan pengalaman yang diinginkan.

Baginya juga, usia terlalu subjektif untuk ditakrifkan kerana angka umur itu adalah sebuah perbandingan untuk meletakkan rasa hormat kepada seseorang.

“Apabila bercakap tentang usia, ia hanya meletakkan rasa hormat pada orang yang lebih tua atau yang lebih muda, cuma pengalaman hidup yang banyak memainkan peranan sebenarnya.

“Oleh itu, kita perlu merancang perjalanan hidup kita kerana hidup tanpa sasaran seperti orang yang tiada wawasan dan tiada hala tuju, lantas ia merugikan masa,” katanya.

Melihat sisi lain karakter pelakon ini, dirinya agak santai apabila berbicara tetapi setiap kata-kata yang dinyatakan penuh dengan takrifan prinsip yang menunjukkan Remy juga seorang lelaki bersifat tegas.

Ditanya tentang hal sedemikian, pelakon yang sering dikaitkan dengan aktres jelita, Tiz Zaqyah dan Maya Karin ini mengakui tentang personalitinya itu.

Malah Remy juga mempunyai sifat lantang bersuara jika ada perkara yang membuatkan dirinya tidak selesa dengan sesebuah keadaan.

“Ya, saya seorang yang serius. Walaupun orang nampak saya ramah, ada masa-masanya, saya boleh bertukar menjadi seorang yang sangat tegas dan serius.

“Kalau ada sesuatu yang tidak kena atau orang cuba mengambil kesempatan, saya akan lantang bersuara. Lagipun, menyimpan sesuatu perkara di dalam hati boleh membuatkan jiwa kita kacau.

“Bagaimanapun, pada masa sama, saya juga seorang yang happy go lucky,” katanya tersenyum.




Singkirkan teman

Cuba membongkar lagi tentang karakter serius pelakon filem Cun! ini, kata Remy, ketegasannya itu juga boleh ke tahap dia mampu menyingkirkan seseorang yang pernah menjadi temannya jika terdapat perkara yang kurang disenangi tentang teman tersebut.

“Saya seorang yang sangat berhati-hati dan memilih untuk berkawan kerana mereka juga mampu mempengaruhi diri kita.

“Jadi, ia merupakan kesalahan diri sendiri jika kita salah pilih kawan. Saya pernah menyingkir kawan sendiri. Lebih merimaskan jika seseorang itu jenis yang cakap tak serupa bikin.

“Bagaimanapun, saya hanya akan menjadi garang dengan orang tertentu sahaja. Kiranya, hanya orang yang rapat tahu tentang sifat saya ini,” ujarnya.

Ternyata jiwa Remy agak kental dan tidak pernah rapuh bila melalui dugaan. Lantas ditanya pernahkah dirinya mengeluarkan air mata sepanjang berada dalam industri hiburan, kata Remy ringkas: “Saya masih kuat lagi.”




“Kunci” hal peribadi

Biasanya, setiap pengalaman buruk yang berlaku pasti menjadi pengajaran besar untuk seseorang itu menjadi lebih berhati-hati supaya ‘pisang tidak berbuah dua kali’.

Begitu juga dengan Remy, pengalaman berkongsi kisah cinta dengan bekas kekasihnya, Ummi Nazeera memberi kesedaran buatnya agar tidak bercerita sewenang-wenangnya kepada umum tentang hal peribadi.

Prinsipnya kali ini, tuah menjadi insan seni popular tidak semestinya kerana hasil cerita cinta yang dihebahkan. Sebaliknya, bakat yang dimiliki dalam diri menjadi keutamaan sehingga berjaya melakar nama pada ‘dinding’ industri lakonan.

Seperti tidak lengkap jika tidak bertanya tentang hubungan cintanya dengan Tiz, walaupun pernah disoal banyak kali sebelum ini, Remy masih lagi senang menutup mulut daripada bercerita tentang hal peribadi kepada umum.

“Sekarang ini saya lebih selesa untuk tidak menceritakan tentang hal hubungan cinta. Bila hubungan itu menjadi, ia akan menjadi isu, tidak menjadi pun, ia tetap jadi isu.“Bab-bab isi hati, memang saya tak mahu kongsi. Kadang-kala bila baca balik artikel, terasa sakit hati,” katanya.



Minat fotografi

Tutup buku tentang hal cinta Remy, pelakon ini sebenarnya bukan sekadar memiliki bakat berlakon. Sebaliknya, dia juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang seni lukis dan fotografi.

“Apa sahaja yang berkaitan seni, saya pasti akan menyukainya. Saya suka melukis serta bidang fotografi. Jika ada masa terluang, saya akan meluangkan masa untuk kedua-dua perkara itu.

“Selain itu, saya amat meminati muzik-muzik tradisional. Salah seorang penyanyi kegemaran saya ialah Abdullah Chik,” ujarnya.

eventho xdok perkataan nur kasih..den nak tepek jugakksss...nak kasi rempit ini rumah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2011 01:38 AM | Show all posts
aiseh. rsanya Tiz dlu yg menampkan minat terhadap lukisan dan fotografi kan. bleh la share idea ni kan. tp tak penah lak tgk lukisan remy ni. kalu pics tu ada la.
hehek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2011 01:44 AM | Show all posts
Remy mmg sukar dijangka ek?
Psl hal cinta??ermmm..tggu je la kad jmputan
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 01:50 AM | Show all posts
Reply 2409# irsuzie


    lerrrrr...bila nak sampai kad jemptn nihhh...posmen yg lambatkahh...or...tuan bdn yg lembabbb!...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 01:57 AM | Show all posts
Reply 2410# supbunjut

Posmen cuti!!!tu pn klu ade laaa..insyaalah.amiiin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2011 02:05 AM | Show all posts
aiks. bkn dah ke? kat dlm NUR KASIH kan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 02:42 AM | Show all posts
aiseh. rsanya Tiz dlu yg menampkan minat terhadap lukisan dan fotografi kan. bleh la share idea ni k ...
hijau88 Post at 11-4-2011 01:38


a'ah.. yang aku tau fotography konpom.. tapi tiz pon beli gak dslr gak kan, tapi melukis tu mmg dulu tiz sorang gak.. nanti kita tengok, kot2 tetibe remy minat seni rekaan dalaman hiasan rumah lak... haahhhh, konpom pengaruh rakan sebaya ni (errr, sebaya ke??)
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 09:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by kejora10 at 11-4-2011 09:40

Rakan Sebaya tak semestinya sebaya. Minat melukis ni tiba2 je, kah mmg terpendam selama ni. Yang mmg melukis ala2 Picasso tu yg perempuan. Kan dia mmg pandai melukis esp.
'the eyes that penetrate the soul.'

These two have got too many hidden meanings. Yang I baca kat paper tu, Nur kata belum ada 'ikatan' cinta
doesn't mean tak ada cinta betul tak?? Ikatan coming soon kot.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 09:42 AM | Show all posts
Happy Birthday Remy Ishak aka Adam Hasan
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 09:49 AM | Show all posts
EKSTRA!

TENGOK WAYANG
Cun! memukau kerana Bedah Tonggek dan Manis

Oleh
Haryani Ismail
DAYA tarikan Remy Ishak sebagai Atan, pemuda kampung selekeh yang jujur hatinya, lebih-lebih lagi dalam bercinta, memang tidak dapat dinafikan.

Kecantikan Maya Karin sebagai Luna Latisya, yang menyejukkan pandangan mata dan keletahnya sebagai pengacara program gosip, sudah diakui mempesona.

Namun, apa yang membuat Cun! cukup 'cun' dan menyeronokkan untuk ditonton ialah barisan pelakon pembantunya yang tidak putus-putus mencetus gelak tawa.

Hingga ke saat ini, watak-watak seperti Bedah Tonggek (janda pemilik Bedah Bistro yang gilakan Atan); Tom, pembantu peribadi Luna yang jambu tetapi berbual bak bertih digoreng; dan Manis, adik Atan yang kurang cerdas, segar di ingatan saya.

Dialog-dialog seperti 'Muka macam jamban tak siap...' sekali-sekala dicedok, menjadi gurauan di kalangan teman-teman rapat.

Setelah sekian lama rindukan filem komedi ala Ali Setan yang tidak jemu ditonton berulang kali, rindu di hati akhirnya terubat juga dek kehadiran Cun!

Kisah cinta Atan dan Luna bermula setelah Luna putus cinta dengan Ryan Hidayat, pelakon popular yang main kayu tiga dengan 'pasangannya' dalam filem seram cinta. Ryan kemudian ingin kembali ke pangkuan Luna dan buat kecoh di kampung Atan, sehingga melunturkan kepercayaan Atan terhadap kekasih barunya itu.

Cun! membawa anda menjelajah dunia glamor artis yang sebenarnya bak main sembunyi-sembunyi dengan wartawan 'pemburu' gosip panas.

Kisah artis main kayu tiga dan disergah pegawai pencegah maksiat memang sudah biasa kedengaran.

Mungkin, Jehan Miskin dan Ning Baizura tampak over dengan pakaian, mekap dan gerak bicara yang tidak kelakar tetapi menimbulkan rasa meluat penonton (mungkin itulah motif pengarah, Osman Ali).

Sungguhpun begitu, lupakan mereka seketika dan biarkan jiwa yang penat dengan masalah harian dihiburkan dengan humor Luna, Atan dan teman-teman mereka.

Filem ini memberikan kita harapan bahawa 'Hero Malaya' alaf baru, Remy Ishak, cukup versatil dengan keupayaan membawa watak-watak komedi, selain sebagai hero yang 'mencairkan jiwa' (sebagaimana yang kita kenali dalam drama 'berhantu' Nur Kasih).

Loghat Kedahnya juga bersahaja walaupun beliau anak sejati Melaka.

Apa komen saya tentang cinta yang diuar-uarkan media seberang Tambak sebagai 'hidup' dan 'bermaya' antara Remy dan Maya? Betul ke mereka macam benar-benar bercinta?

O.k.-lah... biasa-biasa sahaja. Bagi saya yang sudah terbiasa menonton kesepadanan Remy dan Tiz Zaqyah dalam Nur Kasih, rasanya cinta Atan dan Luna tidak sehebat kasih Adam dan Nur Amina.

Nantikan sahajalah Nur Kasih The Movie, pada 19 Mei ini, jika ingin menghayati erti cinta sebenar.

NILAI TONTON: 4/5

title clipping ni  mmg off topic...tapi part last mmg ada kene setepek ngan NKTM and sesaper yg dok royansss ReTiz...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2011 10:15 AM | Show all posts
Well..well..well
A very subtle way indeed to say that there are actresses who gamble on their looks instead of talent and eventho' you have been there long, you need  substance to compete.
And without the supporting elements, there's nothing to look forward to. As artists, don't feel too easy in your skin, you need to learn and move forward.
As for the main casts of NKTM do I detect the writer's double meanings where the so called chemistry has been much debated on and off screen?
Sorry if I read too much of the hidden semantics. Peace.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 11:27 AM | Show all posts
dengar2nya today MTV untuk OST Nur Kasih, Bertemu Cinta by Mila Jirin akan release... x sabar nak tgk. its a total flashback video Nur Kasih

credit twitter: hafizhamidun‎
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2011 12:01 PM | Show all posts
yay. Tiz masi muda, perjalanan masi panjang kan. kita tunggu dan lihat je la k.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2011 12:02 PM | Show all posts
dengar2nya today MTV untuk OST Nur Kasih, Bertemu Cinta by Mila Jirin akan release... x sabar nak tg ...
supbunjut Post at 11-4-2011 11:27


yay. tak sbrnya. yes. tp release kat mana ek?
mmm.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.478324 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list