Post Last Edit by cmf_anisss84 at 27-2-2012 09:48
UJIAN PERCUBAAN PENGGAL PERTAMA
SOALAN BOCOR - PENDIDIKAN KHAS DARJAH ENAM
MODUL BERSEPADU PERSATUAN GURU MAJLIS DAERAH
SILA JAWAB SEMUA SOALAN
1. Sebuah rumah mempunyai 8 sisi. Semua sisi menghala ke arah selatan. Jika seekor beruang dan seekor kuda masuk ke dalam rumah tersebut, apakah warna beruang dan kuda tersebut? Jawapan aniss: Kedua-duanya berwarna Putih. Rumah yang mempunyai 8 sisi menghala ke selatan itu berada di atas kutub utara.
2. Seorang bayi yang berusia 8 bulan di dapati terjatuh dari bangunan 20 tingkat. Tapi ianya masih selamat tanpa sebarang kecederaan? Kenapa?
Jawapan anisss : Kerana bayi tersebut hanya terjatuh dari atas ribaan pengasuh beliau yang ketika itu berada di dalam bangunan yang mempunyai 20 tingkat.
3. 10 orang pelajar boleh lari sejauh 1 kilometer dalam masa 5 minit. Berapakah masa yang diambil oleh 20 orang pelajar untuk lari sejauh itu?
Jawapan anisss: 5 minit juga
4. Seorang lelaki memandu kereta dengan laju di samping isterinya. Ia berhenti berhenti di sebuah bangunan lalu masuk ke dalamnnya. Bila ia kembali ke keretanya, ia menjumpai isterinya telah meninggal di samping seorang lelaki yang sedang menangis... Kenapa?
Jawapan aniss: isterinya meninggal ketika melahirkan anak ketika suaminya masuk ke dalam bangunan hospital untuk meminta pertolongan. lelaki yang menangis di samping isterinya ialah bayi lelaki mereka yang baru lahir.
50 markah
Hantar sebelum 12 tengahari 27/2/2012.
|