4 hari 3 malam free and easy Hong Kong.
Kami berempat sempat berada di Hong Kong pada 7 sept hingga 10 sept lepas. Sebenarnya destinasi sebenar kami bukan lah Hong Kong tapi kami sebenarnya ada urusan di Xiamen. Jadi kami ambil kesempatan utk singgah di Hong Kong.
So, kami berlepas dari KL via MH072 pkl 9.25 pagi dan mendarat di HKD pukul 1.10 ptg dgn pesawat A380 yg masih baru. Tak ramai penumpang melayu, ada dua tiga orang termasuk 2 family. Dapat seat di upper deck.
Sebelum mendarat dapat tahu melalui rakaman TV yg HKG strict dengan tobacco. Rokok tidak dibenarkan masuk kecuali yg telah dibuka dan at least kurang sebatang. So, something has to be done before passing thru the custom, sebab kami bawak 1 carton, dan kalau kantoi tak berbaloi. So first thing yg kita orang buat ialah, rokok2 yg kami bawa kena dibakulsampahkan dan tinggalkan sorang sekotak yg telah dibuka.
Hampeh, bila sampai kat kastam, depa tak check pun. Tetapi don’t ever take the risk, kita datang HKG utk bercuti bukan untuk dijel.
Selepas immigration dan custom clearing, kami beli Octopus Card HKD250 seorang. Kami terus ke bus station untuk naik A11 City Flyer Bus, dan setelah 5 minit bus pun sampai, then we embark.
It’s a double decker bus, very comfortable, ada special luggage compartment, so tak perlu risau kalau bawak beg yg besau2, free WIFI.Kami pilih upper decker seat utk view yg lebih jelas. Tambang HKD40 seorang from Airport to our hotel at Ibis North Point. Kami guna Octopus Card yg baru beli tadi, just touch on the pad beside the driver.
Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam 20 minit, walaupun agak lama tapi tak terasa kerana pemandangan sepanjang perjalanan daripada Chap Li Kok ke North Point penuh panaroma.
Gambar yg sempat kami snap guna hanphone dari atas bus.
Bus A11 ini melalui jalan-jalan utama dan area menarik diHong Kong termasuk Hennesy Road ygsentiasa sibuk.
Bus ini berhenti di North Point Ferry Pier Station merupakan end of route of the bus, yg kebetulan terletak di seberang jalan berhadapan dengan hotel yg akan kami duduki iaitu Ibis North Point.
Hotel ini kami tempah melalui Booking.com dgn hargaHKD1,670.00 utk 3 malam utk 2 bilik. Agak competitive utk bandaraya yg serba mahal seperti HKG. Berhenti sahaja bus kami terus capai bagasi kami dan berjalan menyeberang Java Road menuju ke hotel utk check in. Sampai di hotel kami terpinga-pinga mencari reception untuk check in, rupanya reception ditingkat 1. Proses checking in agar efficient, reception staff diorang memang cekap dan friendly dan boleh berbahasa English. Dan kami terus ke bilik hotel utk melepaskan lelah dan mengemas kain baju apa yg patut. Biliknya amat bersih tapi sedikit kecil. Ada kemudahan buat kopi/the. WIFI boleh daripada bilik dan free. It’s a typical budget hotel but clean. Stesyen MRT terdekat ialah MRT North Point, stesyen TRAM pun dekat jugakdi Marble Road. Terdapat banyak groceries dan pharmacy berdekatan termasuk 7-Eleven. Bus pun banyak Nampak lalu lang kat sini, tapi kita orang banyak gunaMRT dgn ding dinng Tram.
Setelah agak hilang penat, kami pun bergerak utk mencari tempat makan halal, kebetulan memang lapar gila. Kami naik MTR dari North Point Station dan turun di Causeway Bay dan berjalan menuju kearah SOGO dan jalan terus sepanjang Henessy Road sehingga berjumpa restoran Rumah Makan Sedap Gurih, sebuah restoran halal Indonesia.
Kat sini ada jual gado-gado, lontong, bakso, satay dan ayam penyet.
bersambung..... kalau rajin lah.!!
Last edited by jerambatu on 29-9-2013 08:24 PM
|