|
lepas nak ke bandung plak demer nih....
bunick.. takder sambongang kah...
minta email.. nak a ...
cmf_honeysweet Post at 3-9-2010 11:53
akak, x smpt nk sambung
br abis majlis khatam quran
bunick dh pm dh email add kt akak |
|
|
|
|
|
|
|
lepas nak ke bandung plak demer nih....
bunick.. takder sambongang kah...
minta email.. nak a ...
cmf_honeysweet Post at 3-9-2010 11:53
Erk...boleh search je guna nama AttOkz Dikulgai. Gmbr avatar sama mcm kat WR ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
kami plan je, tp x buat apa2 pon lg
sng lah attokz nak g cna ko dh ada tempat menginap
kami ...
bunick Post at 3-9-2010 12:01
Rasanya kalau nak ke sana dah senang. ble amek pakej je. Kat ruangan Percutian & Melancong ada tips-tips terperinci, tempat makan, tempat shoping, tempat tido, supir semua ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas nak ke bandung plak demer nih....
bunick.. takder sambongang kah...
minta email.. nak a ...
cmf_honeysweet Post at 3-9-2010 11:53
dah pm kak... |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu bunick
xde n3 lg ker.....
akak dah gian ni nak tau pasai korang berempat ni
hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
ko amik jek kaler hijo pucuk pisang tu.. hijo pucuk paku pun bole jugak..
mikoodette Post at 3-9-2010 09:13
hampeh.. pucuk paku plak tetibe.. pucuk pisang ok la beb.. ok setel..
yg pihak ustaz warna krim peach.. huhuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2428# Kia_picanto
pssst , rindu dgn kiaa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Kia_picanto
pssst , rindu dgn kiaa
jingga007 Post at 3-9-2010 21:58
laaa... jgn la nangis.. i miss u tooo three four |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2430# Kia_picanto
dah lama xmenggedik manja dgn uols
|
|
|
|
|
|
|
|
la... kiranye tak jadi la ke sini gamaknye bunick???
aish.. ingatkan leh jejalan same korang ke ...
Kia_picanto Post at 3-9-2010 18:38
kami lepas tiket pegi je kia, tiket balik x mampu nk beli
nt x psl2 kami kena jd pati plak kt tmpt ko tuh |
|
|
|
|
|
|
|
hampeh.. pucuk paku plak tetibe.. pucuk pisang ok la beb.. ok setel..
yg pihak ustaz warna krim ...
Kia_picanto Post at 3-9-2010 18:34
advance nye ko kia, dh siap booking kaler belah ustaz dah
aku rasa umah ustaz xde majlis kot, maklumlah golongan muqarrabbin ni nk ke wat majlis yg grand?
silap2 mak pak ustaz ni antar pisang sesikat je kat masjid |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Kia_picanto
dah lama xmenggedik manja dgn uols
jingga007 Post at 3-9-2010 22:37
laa... iye ker... takde seposen la mek jing |
|
|
|
|
|
|
|
kami lepas tiket pegi je kia, tiket balik x mampu nk beli
nt x psl2 kami kena jd pati pla ...
bunick Post at 3-9-2010 22:42
adoii.. sedih plak aku dengar.. tak pe la... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bunick at 7-9-2010 16:34
Setelah menempuh perjalanan sejauh hampir 500km, Bunick dan Alex tiba juga di Kelantan dengan selamat. Berbaur rasa dalam hati Bunick. Namun, dia tetap bersahaja di depan Alex, tidak mahu lelaki keturunan Inggeris itu perasan tentang kegusaran didalam hatinya. Mudah-mudahan ayah tak marah bila tengok Alex nanti.
“Ariff, stop the car…” Bunick menjerit bila dia terjaga dari lena.
Dengan pantas Alex menekan brek dan Bunick terdorong ke hadapan bila kereta itu berhenti secara mengejut. Namun dengan pantas juga tangan Alex menahan dahi Bunick dari terhantuk ke dashboard kereta.
“Sorry Bunick, are you okay? Is it hurt?” Alex membelek dahi Bunick manakala Bunick masih tercengang-cengang dengan insiden itu.
“I’m okay Ariff. My fault….” Bunick menolak tangan Alex yang masih melekap di dahinya.
“Why you asked me to stop the car Bunick?”
“Dah terlepas dah rumah I.” Bunick terus tukar bahasa. Takut tersasul-sasul cakap bahasa penjajah tu dalam rumah nanti. Sarjan pencen tu cukup pantang kalau anak-anak dia nak cakap omputih kat rumah.
“Sudah sampai?” Alex pun dah terikut-ikut dengan Bunick cakap Bahasa Melayu. Walaupun kedengaran sedikit pelik, namun dia tetap berusaha nak cakap Bahasa Melayu. Alah bisa tegal biasa, lama-lama nanti tererlah….
“Yup, you kena reverse sikit. Rumah I kat belakang tu,” Bunick pusing kepalanya 90 darjah ke belakang dan menunjukkan rumahnya kepada Alex.
Alex menganggukkan kepala dan menukar gear kepada R dan kereta itu bergerak perlahan ke belakang.
“Okey Ariff, you boleh parking kat sini.” Bunick bagitau Alex bila Alex memberhentikan keretanya di bawah pokok rambutan. Di hadapan rumah bersusun kereta kakak dan abang Bunick yang telah sampai lebih awal lagi.
“Bunick….”
Bunick tak jadi keluar dari kereta bila dengar perlahan je suara Alex panggil dia. “Why Ariff? Are you nervous?”
“A little bit….”
“Don’t scare, my mum won’t eat you.”
“Hah?!” terkejut Alex bila dengar mak Bunick tak akan makan dia. Ishhh… diorang ni kanibal ke?
“Come Ariff, before my dad come and ask you to come in, better we go inside by ourselves.” Bunick dah keluar dari kereta. Tidak dipedulikan Alex yang masih cuak.
“Is that yor dad Bunick?” Alex bisik kat Bunick bila tengok seorang lelaki yang sudah terpacak di beranda rumah. Makin gusar hati Alex bila tengok muka lelaki yang bermisai itu.
“Yeah, he’s my dad. Ariff, can I ask you something?”
“Named it dear…” romantis je Alex bersuara.
Bunick ketap bibir, time ni la si Alex ni nak ber dear-dear. Dengar dek ayah, mampus aku! “Ariff, I hope you can speak Malay when you talk to my parents. My dad not so fluent in English.” Aha! Alasan yang munasabah. Takkan nak bagitau Alex yang ayah tak suka kat orang putih pulak kan.
“Oh…I’ll try. I dah boleh cakap Melayu sikit-sikit. But no so fluent as yours….”
“Its ok, as long as you try to talk in Malay.” Bunick dah sampai di kaki tangga dan dia memberikan salam kepada ayahnya yang masih tegak berdiri ibarat Tugu Negara. Ayah ni, taulah dulu kerja tentera, takkan nak jadi Tugu Negara kat beranda ni pulak.
“Apa khabar pakcik?” Ariff menghulurkan tangan kepada Haji Hussin.
“Khabar baik, masuklah…” tak mesra langsung suara Haji Hussin di pendengaran Alex. Dia memandang sayu ke arah Bunick.
“He was an army long time ago. So, he is very strict and not so sweet like me….” Bunick bisik kat Alex sambil sengih. Namun tetap dalam keadaan berjaga-jaga takut tiba-tiba sarjan pencen tu berpaling ke a rah mereka berdua.
“Yeah, you’re so sweet.” Sempat lagi Alex balas cakap Bunick sebelum mereka melangkah ke dalam rumah.
“Ni ke kawan yang Bunick cakap tu?” sapa Hajjah Asiah sebaik sahaja mempersilakan Alex duduk.
“Ha ah mak, ni kawan Bunick. Nama dia Ariff.” Bunick jawab soalan ibunya sambil senyum malu.
“Ariff dah lama ke tinggal kat Malaysia ni?” Hajjah Asiah dah start sesi temuduga terbuka dengan Alex.
“Almost…..errrr dah hampir tiga tahun makcik.” Ariff cakap sambil gosok kedua belah tangannya. Hampir tersasul nak cakap bahasa Inggeris pulak dengan mak Bunick ni.
“Baguslah tu, dah pandai cakap Melayu dah ni….” Puji Hajjah Asiah. Kagum bila tengok orang bangsa asing macam Alex ni boleh cakap Bahasa Melayu walaupun kedengaran agak pelik. Tak macam orang Melayu yang terhegeh-hegeh nak cakap orang putih walaupun berterabur. Semua dah terbalik dah sekarang ni.
“Bunick, tunjukkan bilik Alex. Ayah nak pergi masjid. Dah nak masuk waktu Zuhur ni,” Haji Hussin tetap dengan suara seriusnya.“Siah, nanti ambilkan kain pelikat dengan baju melayu abang bagi kat Alex ni.” sambung Haji Hussin lagi.
“Pakcik, saya dah bawak kain pelikat dengan baju melayu sendiri. Kalau saya nak ikut pakcik pergi masjid boleh tak?” lambat-lambat Alex mengatur kata.
“Huh, kalau nak ikut cepat sikit. Pakcik tunggu kamu kat depan.” Tanpa memandang Alex, Haji Hussin terus berlalu ke luar rumah.
Bunick terus menunjukkan bilik kepada Alex. Tidak lupa ditunjukkan sekali bilik air yang terletak di bahagian dapur rumah separuh papan dan separuh batu itu kepada Alex.
Bunick seolah-olah terpukau bila melihat Alex yang baru keluar dari bilik tetamu. Mana tidaknya, Alex yang berbaju melayu cekak musang dan berkain pelikat kelihatan begitu tampan sekali.
“Ariff, pakcik dah tunggu kat depan tu.” Tiba-tiba sahaja Hajjah Asiah menganggu konsentrasi Bunick yang begitu leka memerhatikan Alex.
Bunick baru hendak melangkahkan kakinya ke ruang dapur bila terdengar suara kedua orang tuanya saling bertingkah antara satu sama lain. Alex sudah lena di dalam bilik tetamu, mungkin kepenatan yang teramat sangat setelah mengharung perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan.
“Saya tak suka Bunick bawak balik orang putih tu…” Keras sekali suara Haji Hussin.
“Alah bang haji, dia kan tetamu kita. Siapa pun dia, orang putih ke, orang hitam ke, dia tetap tetamu kita tau. Takkanlah kita nak halau dia balik pulak.” Hajjah Asiah menyanggah cakap suaminya itu.
“Saya tau lah, si Bunick ni pun satu. Pandai-pandai bawak balik budak tu ke mari. Kalau Lebai Dollah tau dia cakap apa pulak…”
Bunick terus memasang telinga, tak pasal-pasal dia dah jadi macam Nora Zain dah. Tapi apa kena mengena dia bawak balik Alex dengan Lebai Dollah pulak…..
“Yang awak sibuk dengan Lebai Dollah tu kenapa pulak? Bukannya Bunick bawak si Ariff tidur kat rumah dia….” Hajjah Asiah juga serupa dengan Bunick. Tidak dapat mengetahui apa kaitannya Ariff dengan Lebai Dollah.
“Hisshhh awak ni, buat-buat tak faham pulak. Lebai Dollah kan nak kahwinkan anak dia si Solihin dengan Bunick. Kalau dia tau Bunick balik bawak orang putih tu, nanti dia ingat kita tak sudi nak berbesan dengan dia pulak.”
Bunick terkedu bila dengar ayah dia cakap pasal perkahwinan dia dengan Solihin, ustaz yang baru balik dari Mesir tu. Sungguh dia tidak tau apa-apa pun tentang rancangan ayanhnya itu. Tak boleh jadi ni….
“Bunick tak nak kahwin dengan Solihin tu ayah….” Bunick terus terjah kedua orang tuanya yang begitu leka berbual.
“Amboi anak dara ni, sejak bila pulak jadi telinga lintah ni. Orang tua bercakap kamu menelinga ye…” bebel Haji Hussin pada anak bongsunya itu.
“Mana ada ayah, Bunick terdengar je tadi.” Cepat-cepat Bunick bela diri sendiri.
“Kalau kamu dah dengar baguslah, tak payah ayah nak cakap banyak kali dengan kamu.” Tegas Haji Hussin pada Bunick.
“Tapi Bunick tak suka kat Solihin tu ayah.”
“Hah eloklah tu, orang alim macam Solihin tu kamu tak suka. Orang putih yang jahil macam si Ariff tu jugak yang kamu nak.” Marah benar Haji Hussin kali ni.
“Ayah, cakap perlahan sikit boleh tak? Kalau Ariff dengar mesti dia kecik hati.” Bunick dah nak menangis dah.
“Yelah abang haji, tak elok kalau Ariff tu dengar.” Hajjah Asiah sudah berpihak kepada Bunick. Kadang-kadang dia merasakan sikap tegasnya suaminya itu tidak sesuai dengan semua situasi.
“Siah, abang ni dah berjanji dengan Lebai Dollah. Malu abang kalau kita mungkir janji dengan dia.”
“Ayah dah janji dengan Lebai Dollah nak jodohkan Bunick dengan Solihin tu? Ayah tak patut buat macam tu….”
“Bunick, apa yang tak patutnya kalau seorang ayah nak kahwinkan anak dia dengan seorang yang alim. Ayah yang akan jadi wali kamu, jadi ayah berhak nak kahwinkan kamu dengan sesiapa pun.” Haji Hussin sudah bercekak pinggang.
“Ayah janji tanpa tanya saya dulu, ayah yang salah. Bunick tak kira, Bunick takkan kahwin dengan Solihin. Apa nak jadi pun jadilah.” Bunick sudah menangis. Dia terus keluar dari dapur dan meninggalkan kedua orang tuanya yang saling berpandangan antara satu sama lain.
Namun, langkahnya terhenti bila perjalanannya di hadang oleh Alex. Pasti Alex dah dengar semuanya. |
|
|
|
|
|
|
|
aisey bunick...
aku baca ni jek pon aku dah taku dengan keseriusan karakter ayah ko...
sian epal hijo....
mesti di kecik ati bila dengar kan....aku rasa nak nangis bagi pihak dia... |
|
|
|
|
|
|
|
arif...tabahkan hati...ni semua nya dugaan...
bunick...ko tak setuju ngan solihin tu dah ada calon lain ker? |
|
|
|
|
|
|
|
hai chengkeh.. hai bunick.. selamat hari raya.. hari ni nak kuar umah carik ikan makerel..
nak belajar buat nasi dagang...
buncik.. ko nak wat sad ending ker kat skandal cinta epal hijo ko nih... jgn gitu.. dah la realiti tak dapat.. dalam citer biarla happy ending.. betul tak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|