CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Soal Jawab Agama

   Close [Copy link]
Post time 26-4-2015 03:35 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum,

Saya nak tahu, adakah saya masih menanggung saham dosa di atas gambar lama saya yang tidak menutup aurat yang berada di Internet?

Saya telah berikhtiar untuk meminta mereka yang menyebarkan gambar tersebut untuk remove gambarnya, ada yang sukar dihubungi kerana ia merupakan post yang lama. Alhamdulillah ada yang berjaya dibuang, tapi masih terdapat saki-baki jika membuat carian nama saya. Dan saya berasa sangat sesal dan sedih kerana gambar tersebut masih berada di Internet. Saya sangat khuatir dek kerana foto-foto tersebut saya masih menanggung dosa kerana tidak menutup aurat.

Harap dapat membantu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2015 10:50 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 26-4-2015 11:00 PM
tuahayam replied at 25-4-2015 11:33 PM
salam.. maaf jika pertanyaan ini tidak sesuai disini.. tp amat memerlukan pertolongan dari anda

Salam....

nak tanya pasal ejaan nama bayi

sahabat yang dijanjikan syurga.. ejaan sebenar macam mana

talhah Atau tolhah.. sebab macam tolhah tp bile google macam byk keluar talhah..

Ini masalah bila huruf Arab di-'Rumi'-kan.

طلحه  dalam ejaan rumi di Malaysia kadang ditulis Talhah, kadang Tolhah. Kalau di sebelah eropah kadang ditulis 'Talha' kerana huruf 'Ha' (ه) yang pada hujung kalimah  seakan tidak berbunyi. Memang susah untuk buat transliterasi dengan tepat bila huruf ح dan ه kedua-duanya diganti dengan bunyi 'ha' dalam rumi.

Apabila tiada kaedah transliterasi yang standard, maka cara penggantiannya bergantung kepada bagaimana huruf ط digunakan dalam transliterasi ke dalam bahasa lain. Huruf ط, jika berbaris atas (طَ) maka kadang ditulis 'Ta', kadang 'To'. Ada sesetengah orang guna 'Tho' atau 'Tha' untuk membezakan dengan تَ yang juga biasa digunakan sebagai 'Ta' dalam rumi.

yang kedua pasal perawi hadis..
tirmizi atau tirmidzi

lagi satu kena letak al- atau at- tak sebelum perkataan tu.. perlukan pertolongan saudara

Ini pun masalah yang sama. Dalam ejaan Arab: الترمذي biasanya ditulis At-Tirmizi

Huruf ذ kadang ditulis guna z, kadang dz, kadang dh. Imbuhan At- atau Al- tiada masalah, sebab dalam tulisan Arab ditulis alif lam (ال), tapi bila sebut ia berbunyi 'at' sebab lepas huruf lam (ل) ada huruf ta (ت). Kalau dari segi hukum tawjid, ia disebut Alif Lam Syamsiah.

Imbuhan Alif Lam (Al-) tu merupakan kata nama yang bersifat khusus...  gelaran At-Tirmizi (Al-Tirmizi) merujuk khusus kepada seorang Imam Hadith yang terkenal, dikenali dengan gelaran yang thabit dengan nama tempat asalnya/kelahirannya. Beliau dilahirkan di Termez (Tirmiz). Nama penuhnya Abu 'Isa Muḥammad ibn 'Isa as-Sulami aḍ-Ḍarir al-Bughi at-Tirmizi.

Sama seperti Imam Bukhari, juga dikenali sebagai Al-Bukhari, ada kaitan dengan nama tempat. Tetapi Imam Muslim tidak pula disebut dengan Al-, kerana nama gelarannya bukan diambil sempena nama tempat dan nama 'Muslim' sememangnya kata nama walaupun bukan bermula dengan Al-.

Gelaran Al-Hasan dan Al-Husain, digunakan khusus merujuk kepada cucu Nabi Muhammad SAW, Hasan dan Husain (R.Anhuma).

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tuahayam at 26-4-2015 11:03 PM

Jadi masih konfius ni..

Adakah perlu sy letakkan at-tirmizi atau sekadar tirmizi shj..

Sebabnya takut kalu letak tirmizi tnpa at- nanti xde maksud plak..
Yg kedua.. Sy mmg nak letak tolhah.. Tp semua jd cm pelik sbb diorg kata talhah.. Cr sebutan kalu dlm arab mcmana.. Tol ke Tal?

Kalu anda nak letak eja camne nama ni..
Talhah @tolhah
Tirmizi @ at-tirmizi

Tkut tersalah eja xde sebarang makna.. Padahal nama dua tokoh islam yg terkenal
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 11:17 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 26-4-2015 11:31 PM
tuahayam replied at 26-4-2015 11:00 PM
Jadi masih konfius ni..

Adakah perlu sy letakkan at-tirmizi atau sekadar tirmizi shj..

Terpulang.... tetapi pada pandangan saya tak perlu letak At- kerana kekhususan itu telah digunapakai kepada Imam At-Tirmizi berdasarkan tempat kelahirannya.

Sebabnya takut kalu letak tirmizi tnpa at- nanti xde maksud plak..

Kenapa tiada maksud? Tirmiz itu nama tempat. Imbuhan At- hanya menunjukkan kekhususan kepada Imam Tirmizi. Bila beri nama  Tirmizi, itu merupakan nama sempena seorang Imam Hadith yang terkenal. Dah sampai maksud beri nama yang baik.... sempena nama seorang Ulama hadith....

Yg kedua.. Sy mmg nak letak tolhah.. Tp semua jd cm pelik sbb diorg kata talhah.. Cr sebutan kalu dlm arab mcmana.. Tol ke Tal?

Boleh.... yang mana-mana.... asalkan kita tahu asalnya huruf ط bertemu ل

Kalau tulis 'tol' pun tak tepat kalau disebut macam bunyi pada sebutan 'plaza tol'.

'tal' pun tak tepat kalau bunyi macam pada sebutan 'tali'

Dah dijelaskan.... yang jadi pelik tu mungkin sebab tak tahu tulisan Arabnya... atau dah jadi kebiasaan digunakan di Malaysia dengan cara tulisan macam tu (Talhah). Di Eropah biasanya tulisan Talha.... Masalah ni timbul sebab kalimah Arab di-transliterasikan ke dalam bahasa lain. Sebutan yang sebetulnya طلحه  TAK BOLEH DITULIS DENGAN TEPAT DALAM BAHASA LAIN kerana bukannya setiap huruf Arab itu ada huruf yang setara dalam bahasa lain. Ia 'dihampirkan' dengan bunyi yang seakan-akan sama.

Sebab tu juga Musa dalam bahasa Arab... disebut Moses dalam bahasa lain. Isa... = Jesus atau Yisas... Dawud... = David disebabkan dalam sebutan bahasa masing-masing ada kekekokan...

Kita sebut 'Jepun'... di Eropah sebut 'Japan'... di Jepun sebut apa? 'Nippon'... 'Nihon'?



Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 11:39 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 26-4-2015 11:43 PM
tuahayam replied at 26-4-2015 11:00 PM
Kalu anda nak letak eja camne nama ni..
Talhah @tolhah
Tirmizi @ at-tirmizi

Tkut tersalah eja xde sebarang makna.. Padahal nama dua tokoh islam yg terkenal

Kalau takut sangat, tulis dalam tulisan Arabnya.... hanya yang tahu sebut cara yang betul saja dalam bahasa Arab yang dapat sebut dengan betul. Kalau tulis dengan tulisan rumi, confirm tak dapat 100% tepat macam tulisan Arab (dah dijelaskan) kalau tak tahu tulisan asalnya (dalam bahasa Arab).

Tak timbul isu salah eja sampai jadi tiada makna kerana disebabkan TIADA KAEDAH STANDARD untuk transliterasi dari satu bahasa ke bahasa lain.

Nama Muhammad pun ada macam-macam variasi... Mohd, Muhd, Muhammad, Muhamad, Mohamad, Mohammad, Mohammed, Mohamed...

Adakah semua di atas tu jadi takde makna? Yang paling hampir cara sebutannya dalam kaedah rumi ialah Muhammad.... tu pun sebutan 'ha' dalam rumi tak dapat nak jadi sama dengan huruf Arab ح dalam kalimah محمد, melainkan yang tahu sebut saja akan sebut dengan betul.



Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 11:54 PM | Show all posts
ariatumrawam replied at 26-4-2015 03:35 AM
Assalamu'alaikum,

Saya nak tahu, adakah saya masih menanggung saham dosa di atas gambar lama saya ...

Salam...

Saya nak tahu, adakah saya masih menanggung saham dosa di atas gambar lama saya yang tidak menutup aurat yang berada di Internet?

Saya telah berikhtiar untuk meminta mereka yang menyebarkan gambar tersebut untuk remove gambarnya, ada yang sukar dihubungi kerana ia merupakan post yang lama. Alhamdulillah ada yang berjaya dibuang, tapi masih terdapat saki-baki jika membuat carian nama saya. Dan saya berasa sangat sesal dan sedih kerana gambar tersebut masih berada di Internet. Saya sangat khuatir dek kerana foto-foto tersebut saya masih menanggung dosa kerana tidak menutup aurat.

Harap dapat membantu.

Jika dah bertaubat dan berikhtiar keluarkan gambar.... dan kesan saki-baki gambar yang masih ada di internet tu bukanlah atas keinginan diri untuk disebarkan, maka itu tidak menjadi dosa. Teruskan usaha untuk mengeluarkan gambar (setakat yang mampu)... atau ketika bila terjumpa...

Memang patut sesal, kerana atas kesalahan terdahulu, kesannya mungkin berterusan dalam jangka masa yang panjang... namun ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun... maka mohonlah pada Allah moga-moga saki-baki gambar itu lama-kelamaan akan lenyap....

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2015 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalu macam tu lega la saya..

Saya nak eja nama ank talhah tirmizi.. Sbb kalu tolhah mcam pelik sgt bunyinya dan ejaan.. N mmg sy google semua tulis talhah@ talha @ thalhah je.. Takde yg tulis tolhah..

Terima kasih sbb membantu..

Comments

tidak ada masalah saudara yg mana2 pun selagi ia bukan nama yg buruk.... nak bagi nama yang sedap bunyinya pun tak salah...kerana siapa tidak mahu nama yg cantik dan sedap??  Post time 17-5-2015 07:25 PM
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 05:08 PM | Show all posts
Salam,
sy nak tanya kalau isteri langgar taklik di beri isteri di anggap tak bau syurga ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2015 03:56 PM | Show all posts
Kenapa tiada pencerahan dari sesiapa??
bagaimana pandangan seorang janda (yg meminta fasakh atau melnggar
taklik nya bukan menjanda sebab di ceraikan suami) di sisi islam
dan si janda ketika di syurga?? jika si janda tak berkahwin lain.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 02:34 PM | Show all posts

Syukran jazilan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2015 11:45 PM | Show all posts
arynna replied at 29-5-2015 03:56 PM
Kenapa tiada pencerahan dari sesiapa??
bagaimana pandangan seorang janda (yg meminta fasakh a ...

Pertama minta aaf sebab lambat respon...

kedua , minta maaf lagi, tolong ulang soalan sebab tak jelas la...

ok.

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 03:30 PM | Show all posts
ussopp replied at 2-6-2015 11:45 PM
Pertama minta aaf sebab lambat respon...

kedua , minta maaf lagi, tolong ulang soalan sebab tak ...

mcm ni bagaimana keadaan seorg janda ketika di syurga nati (jika dia menjanda seumur hdup)?
dia menjanda bukan di ceraikan suami tapi meminta cerai dgn cara fasakh atau
melanggar taklik yg di beri suaminya contoh kmu balik rumah org tua kmu
jatuh talak dan isteri melanggarnya. bukan ke islam mengatakan isteri memnta cerai
takkan bau syurga? tapi isteri memnta cerai atas dasar rsa diri memudaratkan dia.

lagi satu soalan apa hukum nya kita berkira dgn suami dgn duit gji kita sb duit tak
cukup utk pbnjaan rumah? lgpun suami tak bagi nafkah
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 07:33 PM | Show all posts
arynna replied at 3-6-2015 03:30 PM
mcm ni bagaimana keadaan seorg janda ketika di syurga nati (jika dia menjanda seumur hdup)?
dia m ...

ok2....sat na....sy tidak boleh jawap dengan senang2...kena rujuk org...maaf...lewat

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 04:19 PM | Show all posts
ussopp replied at 4-6-2015 07:33 PM
ok2....sat na....sy tidak boleh jawap dengan senang2...kena rujuk org...maaf...lewat

takpe amik masa awak yg penting soklan sy terjawab

1 soklan lagi

apa hukum baca surah kat internet sb kdg tgh keje ada masa free
buka surah dan baca. kat rumah x sempat nak ngaji ada anak kecik
mcm2 hal nak buat dan penat kdg setel suma trus tido
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 08:19 PM | Show all posts
arynna replied at 5-6-2015 04:19 PM
takpe amik masa awak yg penting soklan sy terjawab

1 soklan lagi

maaf sy jawap soalan yg latest tu dulu sebab tu sy tahu...

baca surah di internt adalah sama seperti baca surah di Quran kerana, ayatnya sama dan tidak berubah dan tiada beza dengan Quran yg betul...

yg berbeza cuma skrin dan kertas saja....tapi ayatnya sama....

dan pahalanya insyaAllah tiada beza.......dengan anda memegang kitab tersebut...

wallahua'lam....

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 08:45 AM | Show all posts
ussopp replied at 5-6-2015 08:19 PM
maaf sy jawap soalan yg latest tu dulu sebab tu sy tahu...

baca surah di internt adalah sama se ...

tima kasih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2015 04:59 PM | Show all posts
arynna replied at 3-6-2015 03:30 PM
mcm ni bagaimana keadaan seorg janda ketika di syurga nati (jika dia menjanda seumur hdup)?
dia m ...

Dalam beberapa masaalah, isteri memang ada hak untuk meminta cerai.

Dan apa yang saya baca, cik dilarang pergi ke rumah ibubapa.  Ini sangat tak wajar.  Kenapa ada larangan jumpa ibubapa?

Dan ....  pendapat yg menyatakan isteri minta cerai tak akan bau syurga perlu ada pencerahan sedikit.  Boleh berikan rujukan dan contoh-contoh?

Sebab semasa zaman Nabi s.a.w. ada para sahabat (wanita) yang minta cerai dan Nabi s.a.w. membenarkan.  Tak ada pula Nabi s.a.w. bagitau kat wanita tu dia tak akan bau syurga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 03:59 PM | Show all posts
ibnur replied at 16-6-2015 04:59 PM
Dalam beberapa masaalah, isteri memang ada hak untuk meminta cerai.

Dan apa yang saya baca, cik ...

mtk maaf sy dah salah faham berkaitan mtk cerai tak bau syurga tu
di tuju pada isteri yg meminta cerai tnpa sebab huhuhu..
suami ada konflik yg agak teruk dengan keluarga mertua
sebab tu di beri taklik sebegitu.
bgaimana dgn soklan sy berkaitan gaji isteri berkira dgn suami
atau ada duit apa2 di sorokkan tnpa pengetahuan suami
di sorok bukan untuk kegunaan sndri atau suka2 tapi utk urgent case
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 10:16 PM | Show all posts
Edited by zamkumis at 5-7-2015 10:18 PM
ntah_sape replied at 30-1-2015 04:43 PM
Maaf nak Tanya lagi...

Apakah ada kaedah menghafal dgn mudah ? saya skrg sdg menghafal al-mulk...

Maaf nak Tanya lagi...

Apakah ada kaedah menghafal dgn mudah ? saya skrg sdg menghafal al-mulk...





Saya guna kaedah hafal dan faham/hafal juga maknanya dalam setiap ayat. Dengan cara ini saya lebih mudah hafal dan dapat menghayati makna bacaan. Memahami jalan cerita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 10:44 PM | Show all posts
arynna replied at 3-6-2015 03:30 PM
mcm ni bagaimana keadaan seorg janda ketika di syurga nati (jika dia menjanda seumur hdup)?
dia m ...

1- Dia melanggar perintah suaminya itu supaya tidak balik ke rumah org tuanya adalah satu DOSA.. Dia meminta cerai kerana perbuatan itu pun adalah satu dosa.. Namun disana si suami juga perlu disiasat diteliti kenapa dia berbuat begitu.. apakah kerana kebencian dia kpd keluarga mertua dia..? Jika begitu, dia juga berdosa kerana menjauhkan perhubungan sorang anak dgn keluarga..Adapun bagaimana keadaan si janda tersebut di akhirat, itu dibawah kekuasaan ilmu Allah..

kita tidak perlu risau tentang keadaan di syurga JIKA telah masuk syurga kerana semuanya menyenangkan...yg penting masuk syurga dulu


Wallahu a'lam...

2- 'Berkira' itu dibenarkan syarak kerana si suami gagal menunaikan amanah sebagai seorang suami.. Wallahu A'lam

ada tak faham boleh  tanya lagi ya

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.070634 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list