|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
ya maulana dah kuar kan @ladyfinger12
hari tu nampak kat MPH |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 7-5-2014 11:45 AM
Itu tahun lepas punya cerita maa! 2014 cerita rahul!
amponnnnn... lupa plak pasal rahul tuh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Sorry bebanyak sebab up kan balik benang zaman paleolitik ni....
Calling @NaylaArisha @cmf_conan @ladyFinger12 @UsuFie @sarizu @sellie003 terutamanya.
Uols... iols nak mohon bantuan. Boleh tak bagi pendapat utk following Blurp:
Sofea Raihana atau Fifi, gadis periang dan manja. Satu-satunya anak gadis Tan Sri Yusuf, ahli korporat ternama di Malaysia dan ditatang bagai minyak yang penuh. Hidupnya berubah kelam setelah kecundang cinta pertama. Lebih malang lagi apabil dia ternoda dan berbadan dua. Mahu menutup malu, Tan Sri Yusuf menikahkan Sofea Raihana dengan Affandi, pemuda yang dikenalinya secara tak sengaja.
“Saya bukan perempuan baik. Saya dah terlanjur. Saya mengandung anak luar nikah. Saya tak layak, nak kahwin dengan lelaki macam awak.” - SOFEA RAIHANA
Fandi, menikahi Fifi dengan agenda tersendiri. Ganjaran wang sebanyak seratus ribu ringgit dan tawaran bantuan untuk mencari adiknya yang hilang menyebabkan Fandi bersetuju. Fifi dinikahi walau tanpa rasa cinta. Syarat-syarat di dalam kontrak dipatuhi dengan rela. Dan tanpa sedar, simpati yang dirasa ketika awal perkahwinan mula bertukar menjadi sayang.
“Kalau awak sudi, izinkan saya temankan awak dalam terang ataupun dalam gelap.” - FANDI
Kehadiran Shah yang mahukan Fifi kembali kepadanya dan juga Alya, bekas teman wanita Fandi menjadi penyebab kepada pasang-surut hubungan mereka. Di saat cinta semakin mekar, agenda sebenar Fandi menikahi Fifi terbongkar. Fifi tersalah tafsir. Pertengkaran besar berlaku.
Tiada sesiapa yang menjangka, Shah sebenarnya seorang penjenayah. Shah, atau lebih dikenali sebagai Shark dalam dunia gelap, adalah samseng yang terlibatdalam kes-kes penyeludupan dadah dan pelacuran. Shah atau Shark adalah anak buah kepada Jedi. Geng Jedi merupakan kumpulan penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis.
Namun, kewujudan Jedi umpama satu misteri. Jedi seperti bayang-bayang di malam hari. Tiada seorang pun tahu identiti sebenar Jedi malah, tiada siapa yang tahu wajah sebenar Jedi. Ianya menjadi teka-teki, bukan saja dikalangan orang-orang Shark malah, kepada pihak polis sendiri. Atas sebab tertentu, Shark juga tidak pernah membuka mulut tentang siapa sebenarnya Jedi. Tekad pihak polis untukmenjatuhkan Geng Jedi semakin membara. Shark dijadikan umpan untuk memaksa ketua kumpulan penjenayah itu keluar dari bayang-bayangnya.
Penglibatan Shark dengan jenayah telah memakan diri. Shark telah dikhianati oleh orang-orangnya sendiri. Hidupnya menjadi porak-peranda. Shark menjadi buruan bukan sahaja oleh pihak polis, dia juga sedang diburu oleh orang-orang Jedi. Keseorangan dan terdesak untuk melarikan diri, Shark akhirnya menjadikan Fifi sebagai tebusan.
Bagaimanakah nasib Shark? Siapa sebenarnya Jedi? Berjayakah Nabilah ditemui? Dapatkah Fifi diselamatkan? Mampukah Fandi mempertahankan mahligai yang di bina?
Maafkan aku kerana pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal. Pergi ku ini bukan kerana benci, tetapi aku pergi kerana aku tak mampu mencintai… jika kau juga tidak mencintai aku. - FANDI
Mohon bantuan dan pendapat ye uols. Almaklumlah...iols budak baru belajar.... Last edited by Nicki_Meow on 20-8-2014 09:43 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ok je nicky bagi aku.. erkk.. cover kali ni ada gambor kucing ka? |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 20-8-2014 11:13 AM
ok je nicky bagi aku.. erkk.. cover kali ni ada gambor kucing ka?
Thanks. Boleh lah ek... pening lak nak buat ayat... huhuhuhu
Gambor kucing? Macam takde kena mengena dgn tajuk jer.... hahahaha
Psssttt... mintak tolong tag mereka yg berkenaan sat... entah apsal aku tag tak menjadik lak.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 20-8-2014 11:17 AM
Thanks. Boleh lah ek... pening lak nak buat ayat... huhuhuhu
Gambor kucing? Macam takde kena me ...
ko nak tag.. kene ikut ejaan nick dorg betui2..
hurup besor hurup kecik sume kene betui..
satu hurup salah, tak menjadik ler..
cer nicky edit balik, tgk jadi tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
calling @ladyFinger12 (xjadi gak tak tau laaaa) |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 20-8-2014 09:40 AM
Salam,
Sorry bebanyak sebab up kan balik benang zaman paleolitik ni....
Wsalam Nicki...
Tak rasa terlalu panjang ke?
Ni untuk sinopsis kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 20-8-2014 11:34 AM
Siap kopipes terus ha... takde taip sebijik-sebijik...
Nama ko je yg okay, nama org lain tak me ...
Nama komersial ...?
x nak guna nama Nicki tu ke
|
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 20-8-2014 11:37 AM
Wsalam Nicki...
Tak rasa terlalu panjang ke?
Tulah Nay...rasa mcm panjang.
Tapi kalau tak letak gitu, takleh nak hint watak Jedi lak. Jedi pun elemen penting dalam cerita ni...
Ni untuk wordings kat kulit belakang buku....
|
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 20-8-2014 11:39 AM
Nama komersial ...?
x nak guna nama Nicki tu ke
Terfikir gak...
NICKI aje gitu... okay ke? Ke nak kena gabung dgn satu lagi nama bagi bergabung meletop gitu...
Nicki Neelofa? (puuikkkkkkss... )
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 20-8-2014 11:41 AM
Tulah Nay...rasa mcm panjang.
Tapi kalau tak letak gitu, takleh nak hint watak Jedi lak. Jed ...
Tak apa... tunggu apa kata Lady dulu..
dia dah ada pengalaman bab yang ni
|
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 20-8-2014 11:48 AM
Macam janggal lah pulok
nak nama yang senang di ingat...
Nicki Lee? Catchy tak? Senang sebut? Ke over sangat?
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|