CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Soal Jawab Agama

   Close [Copy link]
Post time 28-7-2015 01:22 PM | Show all posts
Assalamualaikum. Mohon pencerahan.
Ada kah jatuh talak sekiranya suami menghantar sms yg tertulis " now you go your own way"
Tqvm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 02:37 PM | Show all posts
skysnack replied at 28-7-2015 01:22 PM
Assalamualaikum. Mohon pencerahan.
Ada kah jatuh talak sekiranya suami menghantar sms yg tertulis " ...

Menjatuhkan talak boleh dilafazkan dgn niat soreh atau kinayah. Lafaz soreh itu jelas dgn maksud yg mantap untuk menceraikan, tetapi kalau lafaz kinayah, ianya bagai sindiran, tergantung kpd niat suami di dlm hatinya.  
'Now u can go on your own way' boleh saja bermaksud suami tak ingin ambil peduli hal ehwal isteri, secara halus juga ada pernyataan "I too shall go on my own way n do not disturb me".  Pendek kata saling tak mahu memperduli walaupun boleh kekal sbg suami-isteri.  Isteri perlu minta suami perjelaskan maksud dia sebenarnya di sebalik kata2nya trs. Mungkin saja suami berkata begitu kerana marah. Kalau dikaji, ada amaran di situ. Apapun maksud suami harus ada ketegasan pada apa yg dia niat.  Wallah hu wa'lam



Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 03:46 PM | Show all posts
nolya replied at 28-7-2015 02:37 PM
Menjatuhkan talak boleh dilafazkan dgn niat soreh atau kinayah. Lafaz soreh itu jelas dgn maksud y ...

Terima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2015 02:09 PM | Show all posts

Lafaz kinayah seperti yang awak katakan itu mesti dirujuk balik kepada suami samada dia berniat cerai atau tidak.

Lafaz kinayah tak boleh ditafsir maksudnya oleh orang lain selain si-suami tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 04:42 PM | Show all posts
Assalammualaikum,

ok cam ni. sy nak ke mahkamah syariah, tapi tak minta izin suami utk kesana. adakah saya akan dikira keluar tanpa kebenaran.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 09:50 PM | Show all posts
watie_na replied at 5-8-2015 04:42 PM
Assalammualaikum,

ok cam ni. sy nak ke mahkamah syariah, tapi tak minta izin suami utk kesana. ad ...

wslm.

keluar ke Mahkamah Syariah atas urusan penting bukanlah berdosa keluar tanpa izin suami.

Contohnya ke mahkamah untuk tuntut taklik dr suami yang suka pukul etc.

Wallahua'lam...............


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2015 01:58 PM | Show all posts
Salam...

Nak tanya apa hukum org perempuan tayang gambar tapi tutup aurat la
kat wechat ke wasap ke fb ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 09:46 PM | Show all posts
arynna replied at 29-8-2015 01:58 PM
Salam...

Nak tanya apa hukum org perempuan tayang gambar tapi tutup aurat la

susah nak jawap soalan ni....

tapi nampak jawapannya macam kurang menyenangkan.....

tetapi perlu kajian mendalam juga....

panjang cerita.... asalnya perempuan boleh menampakkan bahgian yg bukan aurat....

tapi utk ditatap mata-mata...hmmm......susah...nak bg jawapan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2015 11:10 AM | Show all posts
arynna replied at 3-6-2015 03:30 PM
mcm ni bagaimana keadaan seorg janda ketika di syurga nati (jika dia menjanda seumur hdup)?
dia m ...

Mohon maaf atas pertanyaan saya ni.....  saya memohon pencerahan.

Boleh tak bagi rujukan dari Al-Quran atau hadith yang menyatakan perempuan minta cerai, langgat taklik atau sedemekian tu semua tak akan bau syurga.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2015 11:13 AM | Show all posts
Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad

Timbalan KW IKRAM Johor

Soalan:

Ustazah, apakah hukumnya seorang isteri meminta cerai daripada suaminya kerana sudah tidak tahan hidup bersama dengan lelaki yang buruk akhlak.
Terima kasih.

Isteri Kecewa.


Jawapan;

Kebahagiaan dalam perkahwinan adalah impian bagi semua pasangan yang berkahwin. Namun kadangkala kebahagiaan yang diimpikan bertukar menjadi mimpi ngeri, bilamana suatu saat seorang isteri harus meminta cerai dari suaminya lantaran berbagai sebab. Di sini akan dihuraikan beberapa pendapat ulama’.



Seorang isteri yang meminta cerai dari suaminya tanpa sebab adalah haram hukumnya.Terdapat sabda Nabi SAW (bermaksud); "Mana-mana wanita (isteri) meminta cerai dari suaminya tanpa ada suatu desakan, haram ke atasnya mencium bau Syurga (yakni akan ditegah dari mencium bau Syurga)" (HR Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dari Tsauban RA. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan. al-Jami' as-Saghier, no. hadis; 2944).

Dari hadis di atas kita memahami bahawa; sengaja meminta penceraian dari suami hukumnya adalah haram dan berdosa.

Namun jika ada ada desakan atau sebab yang munasabah, hukumnya adalah harus. Menurut ulama’; contoh desakan ialah; suami yang zalim, suka mendera isteri, tidak memberi nafkah dan mengabaikan tanggungjawab atau sebagainya. Atau isteri merasakan tidak upaya lagi menunaikan tanggungjawab kepada suami jika kekal bersama. Kerana itu, diharuskan meminta ditalaqkan atau meminta khulu' (tebus talak) iaitu isteri meminta suami menceraikannya dan berjanji memberinya suatu bayaran atau mengembalikan mas kahwinnya.

Ibnu 'Abbas RA menceritakan; Isteri kepada Tsabit bin Qais telah datang kepada Nabi SAW (untuk menyatakan hasratnya meminta cerai dari suaminya). Ia berkata kepada Nabi SAW; "Ya Rasulullah SAW, aku ingin meminta cerai dari Tsabit (suamiku) bukan kerana aku mencela agamanya dan akhlaknya, akan tetapi aku bimbang menjadi kufur (engkar)(yakni kufur dalam pengertian engkar hak/kewajipan terhadap suami atau memilih untuk kufur (murtad) supaya terfasakhnya nikah)". Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya; "Sanggupkah kamu mengembalikan tanah kebun yang ia berikan kepadamu sebagai mas kawin ketika perkahwinan kamu dulu?". Ia menjawab; "Ya, aku sanggup". Ia pun mengembalikan tanah kebun itu. Rasulullah lalu berkata kepada Tsabit; "Ceraikanlah dia". (HR Imam al-Bukhari. Soheh al-Bukhari, 5276).

Zahir hadis menunjukkan Rasulullah membenarkan seorang isteri meminta cerai meskipun suaminya tidak memiliki masalah dari aspek akhlak dan agama. Akan tetapi hakikat sebenar tidaklah sedemikian. Isteri Tsabit adalah seorang yang mulia, beliau tidak mahu mendedahkan aib Tsabit kepada Rasulullah atau orang lain. Namun apa yang sebenarnya berlaku antara beliau dan Tsabit dapat diketahui melalui sebuah riwayat lain:

Daripada al-Rubayi’ binti Mu‘awwidz, bahawa Tsabit bin Qais memukul isterinya hingga tangannya patah. Isterinya (bernama) Jamilah binti Abdullah bin Ubay.

Kemudian datanglah saudara lelaki (Jamilah) kepada Rasulullah mengadu berkenaan sikap suami tersebut (Tsabit). Maka Rasulullah mengutus seseorang kepada Tsabit…… [Shahih Sunan al-Nasaie, no: 3497]

Berdasarkan riwayat di atas, kesalahan Tsabit bin Qais memang diakui syarak lagi munasabah untuk Jamilah (isterinya) meminta cerai daripadanya. Meskipun Jamilah ingin menutupi aib suaminya di depan Rasulullah, baginda sudah pun mengetahui tentang kesalahan Tsabit setelah dikhabarkan oleh saudara lelaki Jamilah. Oleh itu Jamilah tidak meminta cerai daripada Tsabit tanpa apa-apa sebab yang syar’ie atau munasabah.

Kesimpulannya, seorang isteri boleh minta cerai daripada suaminya jika dia memiliki sebab yang sah dari sudut syarak, kuat lagi munasabah. Namun hendaklah ingat bahawa ini adalah jalan keluar yang terakhir, bukan solusi yang awal. Semua perkahwinan akan menghadapi konflik dan cabaran, tidak ada yang terlepas daripadanya. Apa yang membezakan di antara satu perkahwinan dengan perkahwinan yang lain ialah usaha yang dilakukan oleh kedua-dua pasangan untuk saling memperbaiki suasana dan belajar dari kesilapan masing-masing.

Wallahu ‘aklam.

Ust.Shahidah Sheikh Ahmad

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 12:55 PM | Show all posts
ibnur replied at 4-9-2015 11:10 AM
Mohon maaf atas pertanyaan saya ni.....  saya memohon pencerahan.

Boleh tak bagi rujukan dari A ...

Maaf ye buat awak keliru dgn soalan sy.
sy yg keliru.
sbnrnya di bolehkan mtk cerai jika bersebab.
ok skg sy faham. TQ
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
apakah hukum bagi seseorang peniaga esp pniaga online la... skrg ni klu kita tgk berbagai benda dijual dgn hrga2 yg brbeza.
sy keliru dgn caj pos yg dikenakan slps gst. ada pniaga yg caj  rm6.40, ade yg rm6.50 & kbnykan pniaga seakan mngambil ksempatan dgn caj rm7 sdgkan caj poslaju sbnar cuma rm6.35
apakah haram kpd pniaga ke atas baki yg dicaj kpda pembeli?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 11:21 AM | Show all posts
kuawanashima replied at 7-9-2015 10:48 AM
apakah hukum bagi seseorang peniaga esp pniaga online la... skrg ni klu kita tgk berbagai benda diju ...

Caj pos tu ada yang kira termasuk 'pembungkusan', jadi ada yang caj lebih sikit sebab pembungkusannya mungkin lebih baik dengan kos yang lebih. Ada yang kira pos semata-mata tak caj pembungkusan. Mungkin ada yang juga ambil kesempatan untuk untung lebih melalui caj pos yang lebih tinggi.

Peniaga dan pengguna boleh nilaikan sendiri... dalam berniaga tentu nak keuntungan kan? Cumanya cara meletakkan iklan tu mungkin boleh mengelirukan, kalau memang niat nak kelirukan atau nak untung lebih, sebab cara berniaga online orang tak nampak...



Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
assalamualaikum..
nak tanya...sy akn buat korban raya hj ni
so xleh nak potong kuku n rmbut kan sampai korban tu dibuat..mula dr 1 zulhijah
tp lama kan..dlm 10 hari..
so saya rasa sgt x selesa berkuku pjg..
mcamana ye..sbb sy ade baca hadis yg iya makruh yg berat iaitu da hmpir kpd haram.mohon pencerahan
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 10:48 PM | Show all posts
mongoose_kidz replied at 15-9-2015 06:04 PM
assalamualaikum..
nak tanya...sy akn buat korban raya hj ni
so xleh nak potong kuku n rmbut kan sa ...

benar......

boleh usahakan sebentar......akan hal itu...

kerana sifat dunia ini memang ujian......

memang hakikat ujian itu 'SUSAH'.....

jadi tiada salah anda melaluinya sebentar....kerana , dunia ini ujian....tidak dapat dinafi...

semoga kesabaran, ketabahan anda berbalas....

sebenarnya insyaAllah akan dibalas kerana itu janji Tuhan...

wallahua'lam...

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 11:36 PM | Show all posts
Assalamualaikum ...hello....  

kita ada satu soalan nak tanya.. I confuse bila tengok terjemahan surah Al-Fatihah, part Ar-Rahman Ar-Rahim..




yang terjemahan Ar-Rahman tu I jumpa dua terjemahan ,satu Yang Maha Pengasih, dan satu lagi Yang Maha Pemurah... boleh kita tahu Pengasih dengan Pemurah tu sama maksud ke ye? huhu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2015 11:55 PM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 21-9-2015 11:36 PM
Assalamualaikum ...hello....  

kita ada satu soalan nak tanya.. I confuse bila tengok ...

ya btul tafsiran ini mengelirukan....

Ar-Rahman -- Maha Pemurah---ini agak tepat

Ar-Rahim -- Maha Penyayang ada, Maha Pengasih/Mengasihani pun ada....

jadi daripada sini, kita boleh selesaikan untuk Ar-Rahim, yang ad dua tiga makna itu dengan memahami bahawa maksud mereka sama ....sebab kasih dan sayang , benda yang samar-samar sama sahaja maksudnya kan....

wallhua'lam....

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 02:03 PM | Show all posts
ussopp replied at 21-9-2015 11:55 PM
ya btul tafsiran ini mengelirukan....

Ar-Rahman -- Maha Pemurah---ini agak tepat
Hello.. terima kasih untuk penerangan part Ar-Rahim itu..... bagaimana untuk Ar-Rahman pula ye.. sebab bila kita baca terjemahan untuk part



ada terjemahan tulis..Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

dan ada terjemahan tulis Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ... maknanya Ar-Rahman tu pun ada beberapa terjemahan ye?


Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 07:13 PM | Show all posts
Edited by ussopp at 22-9-2015 07:18 PM
Elle_mujigae replied at 22-9-2015 02:03 PM
Hello.. terima kasih untuk penerangan part Ar-Rahim itu..... bagaimana untuk Ar-Rahman pula ye.. se ...

maksud yang paling banyak dipakai adalah Maha Pemurah...
pakailah yg ni utk selamat....

tapi pengasih pun tidak lari jauh....

sebab Tuhan tu pemurah, dan pemurah itu lambang sayang, kasih dan lain2.....jadi ia bukan juga masalah besar...

biasanya buku2 lama pakai pengasih....

rasanya yang up to date pakai Maha Pemurah....wallahua'lam...

kalau kita google pun akan dapat Maha Pemurah untuk ar-Rahman....

wallahua'lam....

kedua2 ar-Rahman dan Ar-Rahim membawa maksud yang agak dekat tetapi ada beza...
untuk penerangan khusus bg perbezaan antara Ar-Rahman dan Ar- Rahim....sy perlukan masa dan kalau saudari boleh bawakan dari sumber yang SAHIH, pun silakan....

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 09:27 PM | Show all posts
ussopp replied at 22-9-2015 07:13 PM
maksud yang paling banyak dipakai adalah Maha Pemurah...
pakailah yg ni utk selamat....
kita ada  google "apa perbezaan Ar-Rahman dan Ar-Rahim", jumpa website ni...http://myussoff.blogspot.my/2011/02/akidah-t2.html

Perbezaan antara sifat Ar Rahman dengan Ar Rahim:

(a)    sifat Ar Rahman:

·         untuk semua manusia sama ada Islam atau bukan Islam;
·         untuk nikmat di dunia saja seperti kesihatan, pangkat, harta kekayaan dan sebagainya.

(b)   sifat Ar Rahim:

·         khusus untuk orang yang beriman saja;
·         untuk nikmat di dunia dan di akhirat seperti nikmat Islam, iman, pahala, syurga dan sebagainya.


tapi takde mention pasal maksud,  masih keliru bab terjemahan tu...

kedua2 ar-Rahman dan Ar-Rahim membawa maksud yang agak dekat tetapi ada beza...
untuk penerangan khusus bg perbezaan antara Ar-Rahman dan Ar- Rahim....sy perlukan masa dan kalau saudari boleh bawakan dari sumber yang SAHIH, pun silakan....



okay..takpe..take your time....saya dahului dengan ucapan terima kasih...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.065009 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list