|
punya lah lama stop baca buku sebb bzakhirnya abis gak baca buku Daerah Beta dr Azizi Hj Abdullah
mmg best giler ...
nampak sgt sistem undang2 amat lemah
agaknyer disebbkan disogok
kene ada kematian baru ler bukak mata
kene ada mogok baru ler bukak mata
cuma kesian kat Aslee ... kehilanngan isteri tercinta, May
anak yg baru lahir cacat teruk disebbkan ibunya, May dah terkene radiasi
May keje di Kilang ARA, kilang proses bahan nuklear
nama anak Aslee, Mohamed Radiasi Beta ...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baru saja selesai baca buku Isabellanie bukan isabella amy search
nie isabella anak ketua padeari dari bandar cordova
penganut kristian yg setia, fanatik
namun persoalan ttg kristian timbul apabila mendengar perbincangan beberapa lelaki islam
sehingggalah isabella menulis surat n suruh kwn nyer menghantar pd umar lahmi
cabaran perdebatan ttg agama islam n kristian n hukum2 nyer diterima
namun perdebatan tidak temui jln penyelesaian
umar lahmi beri janji bahawa dia akan memeluk agama kristian
jika paderi2 dpt beri jawapan
tp smpai ke akhirnyer tiada jawapan
malah paderi2 memberi jawapan yg sama
isabella yg dgr perdebatan akhir nyer sedar bahawa agama yg benar adalah agama islam
tuhan hanyalah satu .... tiada dua atau tiga
secara senyap dia memeluk agama islam
namun perkara nie diketahui oleh org2 kristian
selebih nyer cari buku n baca ... :-)
kalau de masa cari lah buku nie
x mahal pun baru RM 16 ....
cuma nak tau ler watak isabella nie mmg betul wujud atau hanya rekaan semata-mata?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wow. been a long time since i've lurked in cari forum.
p/s: been trying to find the rules/regulations for the new forum. can we still use english/rojak in this part of mforum aka malay.forum? coz what's the difference btwn the malay and the english forum except perpahs that the english one is really really lacking in threads?
raeshad Post at 9-4-2010 07:03 AM ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
can use any language, doc...memartabatkan BM, memperkasakan BI...welcome home sweet home.. |
|
|
|
|
|
|
|
semlm dgn gigih bersengkang mata utk abiskan buku Harga Sebuah Maruahxsanggup nak delay lagi sebb geram nyer dgn company yg nak beli tanah sawah
ntah ler rasa cam rakyat diperbodohkan
nak amik tanah rakyat leh main akta itu ini
pastu byr pampasan ciput ajer x berbaloi
dah tu org2 kampung nak wat per bile tanah sawah dah diambil
paling x ske watak sulaiman
lupa daratan bahawa dia dibesarkan n disekolahkan hasil titik peluh sawah
udah keje kat KL tp x reti nak pandang belakang tgk mane asal usul nyer
1 relung tanah sawah dibeli dgn harga murah
xsetimpal dgn keringat petani yg mengerjakan tanah sawah
Harga Sebuah Maruah - Azizi Hj Abdullah |
|
|
|
|
|
|
|
dah bis bc Mini Shopaholichahaha kalau betul2 hayati mmg leh bantai sengih, gelak bile baca
tu ler ciri2 yg akan terjadi bile baca Shopaholic series
mmg x kering gusi
ske la dgn Rebecca "Becky" Brandon nee Bloomwood
ohh anak diorg Minnie Brandon .... mmg petah
pantang tgk barang yg lawa, comel
sume akan dikata nyer Mineeeeee .... Mineeee ....
hahahah ....
isk korang baca ler
xnak cite pjg ....
cepat2 beli thru online MPH
de diskaun 30% kalau beli online
murah tuh RM 23.03 ajer + delivery cas RM 7
tp beli buku lebih sket baru terasa berbaloi RM 7 delivery cas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Baru lepas baca Any Man Of Mine - Rachel Gibson
Pastu, cari previous sequal dier n jumpa
1. True Love & Other Disaster
2. Nothing But Trouble
Nampak gayanya...2-3 ari nie nak menghabiskan 2 novel nielah |
|
|
|
|
|
|
|
skang ni oreo tgh bce 7 hari mencintaiku..
bley x nak ckp naskah SR kali ni mengecewakan..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
baru lepas tgk cerita Laskar Pelangi.....bestler pulak...
kena baca nie - laskar cinta & sang pemimpi karya andrea hirarta
harap2 aku paham bahasa indon |
|
|
|
|
|
|
|
HANYA ADA KAMU~Naz Areesya Ameen (BUKU PRIMA)
HANYA ADA KAMU--Naz Areesya Ameen
Buku Prima
540 ms
MYR19.90
ISBN: ISBN 978-967-0184-31-9
Tarikh Terbit: 20 Mac 2011
Sipnosis :
Mukhriz membawa diri kerana menyangka Altisya tidak setia. Altisya menyepi kerana menduga cinta Mukhriz bukan lagi miliknya. Dan, bisanya kata-kata seorang mertua merobek hati serta menjauhkan cinta mereka. Mereka berkahwin bukan untuk berpisah, namun apabila si mertua menuntutnya untuk meninggalkan suaminya, Altisya rela berjauhan dengan Mukhriz walau sayangnya masih sekebal tembok besi. Sesungguhnya syurga Mukhriz tetap di sisi seorang wanita bergelar ibu walaupun lelaki itu berada di dalam dakapannya. Kerana itu, dia pasrah dan beralah.
"Kadang-kadang kita terpaksa lepaskan apa yang kita sayang. sebab yang kita sayang-sayangkan sangat itulah menyeksa hati kita." - Altisya
Kerana cinta dia rela menikahi gadis yang dibenci oleh ibunya dan terjerat di dalam sebuah perkahwinan rahsia. Hanya selepas bergelar suami isteri, barulah dia sedar bahawa tindakannya itu benar-benar menyeksa dan menghukum perasaannya.
"Kitalah yang akan memburu dan mencipta bahagia itu Isya. Yakinlah dengan cinta abang." _ Mukhriz
"Isya, apa sahaja yang awak hadapi, ingatlah bahawa saya akan selalu bersama awak. Andai awak tak nampak saya di depan mata awak, tolehlah ke belakang, saya akan selalu di sini." - Hedzri
Saya sedang membaca novel ini bila adik tu syorkan kat saya. Katanya, "Novel ni best kak." So saya pun ambillah.
Bila tengok sinopsisnya pun dah tau memang best.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tunjuk langit cinta - shahrizad shafian
mula baca kurang paham sampai satu tahap malas nak teruskan tapi paksa baca akhirnya berjaya abeskan...
kisah seri hanum yg hilang ingatan selepas kemalangan di luar negara...akibat kemalangan dia tak ingat apa2 pun termasuk diri sendiri...kiranya hanum ni lahir semula seperti bayi...bila dah baca sampai pertengahan, rasanya kemalangan ni adalah satu rahmat kat hanum sbb semasa dia diluar negara, dia sgt sosial...oleh itu dia mula belajar satu persatu tentang diri dia, kehidupan, agama dll...akhirnya dia tahu pasal kemalangan dan diri sebanrnya melalui diari yg dibawa pulang oleh pakwe dia...
kiranya hanum di beri peluang kedua untuk memperbaiki diri...lupa segala memori terdahulu...
3.5 bintang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2462# fly_in_d_sky
mijot pun dah baca buku isabella ni...
ok lah boleh...
mula2 sebelum baca ingat diorg akan berdebat mengenai al quran dan bible...
tapi buku ni cerita more pasal isabella...
bagaimana pada mulanya isabella tu dengar kaum muslim bercerita mengenai kristian, ajak berdebat, akhirnya isabella peluk islam...
masa baca terbandingkan bku ni dgn buku keluaran pts...
syahadah gadis ateis - imran haaz... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2472# mijot
hmmm buku tu da masuk dlm list buku |
|
|
|
|
|
|
|
SUATU PENANTIAN - ANTASYA BALKIS
Zarul… aku umpamakan kau seperti arca yang membalikkan semua kenanganku bersama si dia. Tanpa aku
sedari sebenarnya kita yang telah menciptanya bersama. Lamu aku mengenanginnya dengan air mata. Sesuatu yang telah terjadi kerana tohmahan dan juga kerana kumbang ain yang ingin memiliki diriku, aku diibaratkan kau seperti kisah semalam yang menyedihkan. Aku enggan memilikimu… Namun, di suatu hari yang indah aku tiba-tiba menyedari… suatu penantian yang telah lama menantiku, aku tiba-tiba telah jatuh cinta kepadamu…
Walaupun novel ni dah lama tapi aku baru membacanya bila orang mengatakan novel ni best.
Ia mengisahkan dua orang kembar Zahim dan Zarul dan Alissa. Pada mulanya Alissa berkawan dengan Zahim namun umur Zahim tak panjang. Akhirnya Alissa berkahwin dengan Zarul. Terjadi pula satu kemalangan apbila Zarul jatuh dari pokok dan koma selam sebulan. Masa tu baru Alissa tahu Zahim dan Zarul adalah kembar. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BAJU MELAYU HIJAU SERINDIT - SYUD
![](http://img860.imageshack.us/img860/6058/coverbajumelayuweb.jpg)
ceritanya biasa saja. tak banyak main emosi. tapi saya suka. sweet. |
|
|
|
|
|
|
|
Tuesdays with Morrie - interview seorg bekas murid dengan lecturernya menghadapi saat kematiannya dari penyakit. True account. Very sad. |
|
|
|
|
|
|
|
baru habis baca Kitab Cinta - Taufiqurrahman al-Azizy..
Tajuk : Kitab Cinta Yusuf Zulaikha
Penulis: Taufiqurraham Al-Azizy
Terbitan Global Aksara Communication SDN BHD
ISBN: 978-983-44092-0-3
Tahun: 2008
Asal terbitan Diva Press, Jogjakarta
Sinopsis Belakang Buku:
Novel Spiritual Cinta dan Iman berlandaskan Al-Quran
"Saya takut menjadi musyrik. Saya takut menyekutukan Cinta saya kepad Allah kerana cinta saya kepada Yusuf. Saya rindu untuk dikasihi Allah, tetapi hati saya dipenuhi kerinduan kepada Yusuf. Apakh saya sudah menjadi musyrik? Ustaz... tolonglah saya! Demi Allah, saya tiada kuasa untuk memilih satu cinta dari kerinduan ini.
Rintihan Zulaikha merobek angkasa malam. Cinta dan kerinduannya kepada Yusuf semakin mendalam. Inilah kitab cinta seorang wanita muslimah kepada Yusuf - seprang pemuda muslim yang diberkati wajah yang bercahaya. Mungkinkah takdir Yang Maha Kuasa membimbingnya menyatukan jiwanya dengan jiwa Yusuf, sekalipun jalan cinta yang harus dilalui oleh sepasang insan akan berliku? Cinta, keminanan, kerinduan, keindahan, mengamuk bersama menyalakan api kecemburuan, iri hati, kebencian, kekecewaan, kepedihan, nafsu dan amarah. Sangat menguji iman...
Inilah novel spiritual cinta dan iman berlandaskan kisah Al-Quran yang telah dieksporasi ked dalam kehidupan, pengalaman dan perilaku umat kontemporeri. Sebuah inspirasi hidup bagi kaum muslimin/muslimat dalam menjalankan ibadah, cinta dan obsesi hidupnya. Sebuah mahakarya novelis muslim terkemuka saat ini.
Ringkasan dari saya:
Novel ini pun saya cari sebab saya dah tengok satu episod Kitab Cinta- arahan Erma Fatima di tv astro al Hijrah channel 114, malam rabu-khamis jam 9 malam.
Dalam novel adalah kisah mengenai sekumpulan penuntut di universiti membuat kajian di desa Telagasari, tentang kehidupan masyarakat kampung. Zulaikha merupakan salah seorang penuntut yang terlibat. Manakala Yusuf pula seorang pemuda desa yang dibesarkan dengan serba kekurangan. Kematian ibunya sewaktu masih kecil. Dia dibesarkan oleh bapanya Yaakub, yang mendidiknya dengan penuh kasih sayang dan pendidikan Islam yang sempurna.
Yusuf membesar menjadi pengembala kambing ayahnya dilereng bukit, dan mempunyai wajah yang sangat menarik, serta tubuh yang seenaknya sebagai penduduk desa. Dia seringkali mendekatkan diri dengan Allah swt, dan sejak kecil diajar dengan budi pekerti yang mulia. Dia menjadi idaman gadis-gadis desa dengan perwatakan dan keterampilannya yang menarik. Umar pula sahabat baiknya, merupakan anak ketua kampung yang sedang belajar di universiti di kota. Umar akan sentiasa membelikan Yusuf buku-buku yang menarik, yang mana Umar sendiri tidak minat membacanya, cuma minat membelikannya untuk Yusuf, yang dia tahu tidak mampu membeli Kitab-kitab Islami yang menarik.
Yusuf, membaca dan mendalami ilmu dari bahan bacaan yang diperolehi, di samping mendengar cerita-cerita yang dikisahkan Umar setiapkali Umar pulang ke desa. Pertemuan antara Zulaikha dan Yusuf bermula di rumah Yusuf, apabila kumpulan Zulaikha datang ke rumah Yusuf untuk berbual mesra dengan penduduk kampung. Dari situ Zulaikha cuba menafikan hatinya yang sudah mula terpaut dengan hati budi serta wajah Yusuf. Manakala Yusuf pula hanya melayan secara biasa-biasa sahaja pada mereka.
Dalam pada yang sama, jiran Yusuf, rakan sepermainannya sewaktu kecil, Atikah pula menaruh hati pada Yusuf. Pada suatu malam, Atikah telah mencerobohi rumah Yusuf, dan memaksa Yusuf menyentuhnya. Yusuf berlari keluar, dan ayahnya mengusir Atikah dari rumah mereka. Keesokkan harinya tersebarlah fitnah dari keluarga Atikah mengenai insiden tersebut. Umar memujuk Yusuf untuk bersabar, tetapi Yusuf nekad untuk berhijrah ke kota, demi maruah diri dan ayahnya.
Dengan berbekalkan wang yang diberikan oleh Umar, Yusuf memohon restu dari ayahnya, lalu berhijrah ke kota. Bermulalah episod kesusahan Yusuf di kota. Hanya berserah kepada Allah swt dan bertawakkal kepadaNya, Yusuf menumpang di sebuah masjid, dan memohon kepada Imam dan penjaga masjid untuk tidur di situ. Imam dan penjaga masjid pada mulanya ragu-ragu dengan Yusuf, tetapi setelah melihatkan Yusuf yang bersolat jemaah setiap waktu serta mengaji dan taat dengan aturan di masjid, akhirnya Yusuf diberi peluang menjadi muazzin di situ.
Manakala Zulaikha pulang semula ke rumah, tetapi telah jatuh sakit. Dia meracau-racau menyebutkan nama Yusuf. Bapa Zulaikha memanggil Ustaz Iqbal untuk mengubati anaknya, ternyata penyakit Zulaikha adalah penyakit rindu pada Yusuf. Ustaz Iqbal menasihati Zulaikha untuk menyerahkan cintanya pada Allah swt. Dan mencadangkan pada bapa Zulaikha agar membenarkan anaknya itu mencari Yusuf di desa.
Sesampai sahaja Zulaikha di desa Telagasari, Yusuf sudahpun tiada di situ, di nekad menunggu kepulangan Yusuf. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, Zulaikha menumpang keluarga Atikah, walaupun penduduk kampung tidak menggalakkannya, bimbang dendam terhadap Yusuf masih bersisa. Ternyata memang betul. Keluarga Atikah merencanakan agar Zulaikha jatuh cinta dengan Umar, bergitu juga sebaliknya.
Sementara itu, di rumah Zulaikha, bapa Zulaikha telah menemui seorang pemuda yang sangat bijak di masjid. Setiap malam ada sahaja perbincangan tentang pelbagai masalah agama selepas solat Isya'. Lalu bapa Zulaikha meminta pertolongan tentang masalah yang dihadapi Zulaikha pada pemuda tersebut. Bapa Zulaikha yang kaya raya itu, terpikat dengan pemuda yang pandai mengaji, muazzin yang sedap dan tampan pula. Dia mula menaruh hati pada pemuda tersebut, lalu mengajaknya tinggal dirumah. Pemuda tersebut Yusuf, dengan pekerjaan sambilannya pengilat kasut di masjid, meninggalkan pekerjaannya lalu menjadi tukang kebun bapa Zulaikha.
Setelah hampir 4 bulan tanpa sebarang berita dari Zulaikha, ayahnya jatuh sakit. Mendengarkan berita tersebut, rakan Zulaikha yang sama-sama pergi ke desa Telagasari dahulu, Rindu datang ke rumahnya dan dia terkejut melihatkan Yusuf berada di situ. Lalu dia mengkhabarkan pada ayah Zulaikha bahawa Yusuf yang dicari Zulaikha itu adalah pemuda yang sama. Alangkah gembiranya ayah Zulaikha, dan penyakit yang dihidapinya mulai sembuh.
Rindu, Yusuf dan beberapa rakan yang lain, berpakat untuk kembali ke desa Telagasari, mencari Zulaikha. Setibanya di desa, orang-orang kampung mengkhabarkan pada Yusuf, yang Umar akan mengahwini Zulaikha.. Hati Yusuf hancur luluh mendengarkannya...
LAst.. kena baca sendiri... suspen juga..
Rating saya: **** (4/5 bintang) BEST~!BEST~!
ambil dari myblog http://novelmalay.blogspot.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk: Stanza Cinta
Penulis: NurullHalawati
Terbitan: Galeri Ilmu
Bil mukasurat: 406
Sinopsis Belakang Buku:
Amni Sorfina memerlukan seorang lelaki yang mampu membimbingnya, bukan lelaki yang dia perlu bimbing. Dalam masa yang sama, dia berasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus.
Perlukah dia mengorbankan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufiq, demi menunaikan sekeping janji dan amanah?
Berhadapan dengan saat paling sukar dalam hidupnya, Amni harus belajar tersenyum dalam derita dan bersangka baik dengan segala takdir Allah buatnya.Apakah ini bermakna dia harus melepaskan pergi sesuatu yang paling diinginkan, yang sejak sekian lama baru ditemui?
Sinopsis dari saya:
Kisah nya agak berbeza dengan yang di dramakan di TV3. Watak Auni tidak berapa menyerlah di dalam novel, sedangkan di dalam drama mungkin Auni budak tomboy yang meminati Amni Sorfina.
Amni seorang pelajar jurusan senibina, sibuk dengan tugasan untuk semester akhir dan dia pula dibayangi Irfan, pelajar jarak jauh dalam bidang kejuruteraan. Pertemuan secara tidak sengaja menyebabkan Irfan mula meminati Amni. Perhatian demi perhatian diberikan, namun Amni tegas dengan pendiriannya bahawa cintanya milik tuan punya tulang rusuknya, iaitu suaminya. Ketika bakal suaminya datang nanti hati nya akan terbuka untuk menerimanya bukannya menolak sepertimana perasaannya pada Irfan sekarang. Irfan bukanlah lelaki dambaan atau pujaan malahan jauh sekali dari lelaki anganannya yang bakal menjadi imam dalam keluarganya.
Hati Amni hancur luluh apabila mendapat tahu rakan paling baiknya, yang dia sayangi dan cintai kerana Allah, Umairah pergi menemui ilahi. Saat itu, Taufiq hadir memberi semangat padanya. Lelaki yang didambakan telah hadir dalam hatinya, cuma penghalangnya adalah jarak di antara mereka dan juga musyuarah jemaah di sebelah Taufiq berat untuk melepaskannya ke alam perkahwinan. Amni redha dengan ketentuannya, walaupun hatinya sudah berkobar-kobar untuk menerima Taufiq seadanya. Mahalan kedua ibu bapa Amni juga setuju, dan ibu sebelah Taufiq juga setuju. Cuma jemaah yang dianggotai Taufiq masih bimbang dengan status Taufiq yang baru sahaja kehilangan abinya dan masih baru dalam bidang pekerjaan.
Sekali lagi Amni merasakan hatinya luluh. Pernikahannya ditangguhkan, malahan tidak jadi. Tampil pula Irfan bertanyakan dirinya, lalu Amni tidak lagi membantah. Saat cinta baru sahaja ingin bersemi di hati Amni, Irfan pula ditimpa musibah dengan penyakit SLE, yang tiada ubatnya. Dia pula pergi menemui ilahi saat Amni sangat menyintainya. Inilah dugan dan ujian yang perlu ditempuhi Amni. Dia pasrah atas ketentuanNya. ....
Rating saya:
***** 5 bintang... sesuai dibaca dikalangan remaja wanita dan sangat membimbing ke arah kebaikan seorang muslimah sebenar. Thanks Nurull!!!!!!
p/s: sediakan tisu sekotak sekiranya ingin membaca sehari terus habis okay.... sangat meruntun hati saya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tuesdays with Morrie - interview seorg bekas murid dengan lecturernya menghadapi saat kematiannya da ...
can_i? Post at 15-6-2011 15:57 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
" u need other ppl when u were born
u need other ppl when u die
u need other ppl the most - in between" |
|
|
|
|
|
|
|
baru abis baca tiada noktah cinta
Tajuk : Tiada Noktah Cinta
Pengarang : Shahzy Hana
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 978-983-893-927-0
Aku kehilangan cinta demi kasih yang tidak ternilai. Kau kehilangan cinta kerana terasa diperdayakan. Lantas dalam sendu yang masih bersisa, kita diikatkan dalam satu ikatan yang amat suci. Setelah lafaz termeterai, dalam pasrah aku serahkan jiwa ini hanya untukmu. Namun, tahukah kau betapa pedih luka di hati tatkala kau mengakui si dia masih bertakhta di hatimu? Aku tahu kau terseksa. Tahukah kau aku juga menderita? Di hujung derita itu, aku tahu kita berdua serupa. Berkorban dan terkorban demi orang yang paling dicintai… paling dikasihi. Haikal Hakimi… Sara Ellyssa… dua jiwa tersandar kepiluan. Masihkah ada cahaya menyuluh jalan alam rumah tangga yang baru dilafazkan?
cite ni best sgt2....reen bagi 4 bintang dr 5 bintang
tak rugi akak kt cesb tu rekemen |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|