|
5 TOPIK YANG TIDAK PATUT DIBINCANGKAN DI HARI RAYA
Apabila tetamu datang ke rumah atau kita berkunjung ke rumah orang, pasti perlu berkomunikasi dan ada topik yang dibualkan. Tetapi bukan semua perkara boleh menjadi topik perbualan. Kita perlu lihat dengan siapa kita bercakap dan hadkan apa yang dibicarakan kerana dikhuatiri suasana hari raya yang meriah bertukar menjadi tragedi.
Ini 5 topik yang sensitif bagi sesetengah orang dan ia tidak patut dibicarakan di hari raya sama ada di rumah sendiri atau rumah orang.
1. Tentang perkahwinan
Bagi orang yang sudah berkahwin tetapi belum ada rezeki anak, jangan tanya bila nak mengandung dan ada apa tentang itu.
Bagi orang yang sudah berkahwin dan ramai anak, jangan tanya bila nak berhenti dan ada apa tentang itu.
Bagi orang bujang yang sudah capai umur patut kahwin, jangan tanya bila nak kahwin dan ada apa tentang itu.
2. Tentang politik
Berbicara hal politik dibolehkan tetapi dengan mereka yang sama wavelength sahaja. Jika ada orang-orang dari dua parti yang berbeza, elakkan berbicara tentang politik. Ia boleh menyebabkan pertembungan pendapat yang akhirnya mungkin akan menimbulkan pertengkaran atau bermasam muka.
3. Tentang bisnes
Sekiranya anda menjalankan bisnes sebagai satu sumber pendapatan, jangan berbicara secara hardselling dengan harapan orang yang mendengarnya menjadi pelanggan. Elak letak pengharapan dan berceritalah tentang bisnes dan pengalaman. Itu pun jika diminta oleh orang disekeliling. Follow the flow.
4. Tentang diri
Tidak perlu berbicara tentang diri jika tidak ada yang bertanya. Kemungkinan orang yang mendengar terasa annoying dan cop diri anda jenis bangga diri. Lebih penting jika anda tidak membanding-bandingkan diri dengan orang lain.
5. Tentang orang lain
Ini dah macam kes mengumpat. Tak elok bawa mulut dan menjaja cerita orang walaupun bukan di hari raya. Jika ada group mengumpat, jauhkan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
8 je lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
..............
Wanita Yang Bercinta
Rindu itu bisikan meronta
sengaja sembunyikan suara,
hanya hadir dalam getar
diam-diam mengalir
dari jiwa kepada cinta.
Meski airmata bukan kata-kata
yang mampu bercerita,
ia adalah doa
yang tahu jalan ke langit
mencari Tuhan.
Wanita selalu bermain rahsia
antara rindu dan airmata,
kerana hatinya terlalu naif
mahu membelah sukma lelaki
tanpa membuka diri sendiri
untuk dilukakan.
Rem Dambul
Sabandar
22 Julai 2015
|
|
|
|
|
|
|
|
mengelupor buat keja sekolah |
|
|
|
|
|
|
|
siapa yang menggelupor tu..
kenapa menggelupor
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa lagi.. esok dah nk balik |
|
|
|
|
|
|
|
jangan lupa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|