CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sepitsiput

[ALL ABOUT AF 2014 - V8] SLEEPOVER VIEWING PARTY KELAB BANTAL DI BANGLO PUAKA

 Close [Copy link]
Post time 29-10-2014 01:23 PM | Show all posts
lazim posted on 29-10-2014 01:00 PM
yang aku terperasan masa umum zarif tersingkir lepas nina, mak nina ala2 termngeluh terkejut gitu. ...

yer part tu iols perasan jgk... tapi memang nina ada bgtau yg family dia ada vote beberapa pelajar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 01:28 PM | Show all posts
bellamya posted on 29-10-2014 01:21 PM
tula...iols x rasa lagu rude tuh wishlist ewal even lagu tu best...sbb nampak ewal terkejut time d ...

mungkin jgk..ewal mcm so-so jek.. kalau betul wishlist dia mesti seronok banget..mcm dia dpt lagu jeritan batinku
kalau ewal betul2 berbakat dia akan memberi keadilan buat semua lagu yg dia nyanyi... harap2 minggu ni dia bg all out
even rude ni sgt2 simple...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
bellamya posted on 29-10-2014 01:21 PM
tula...iols x rasa lagu rude tuh wishlist ewal even lagu tu best...sbb nampak ewal terkejut time d ...

Uolls rasa ewal suka x lagu rude tuh?
Lagu rude ni x prlu vokal mantap tp attitude kna lebih ckit..
hrp ewal blh wat yg trbaik jgn jd mcm mahakarya cinta bohsan....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:32 PM | Show all posts
nyesal plak semalam  gi off decoder pastu tertido sampai pagi. kalau decoder on dpt la tgk diari rekod. ni aku cari2 jumpa pkl 8 pgi diari. aku on decoder pastu g keje. hrp2 xde sape off decoder dan paling penting jangan la ada kilat

tp abg aku rekod meletop separuh  .. sbb dia kata zizan nabil lawak sgt. dpt la tgk ramli ms ngn cikgu2 sikit. tapi terlepas la zarif
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
fredbok87 posted on 29-10-2014 10:51 AM
hahah... masuk page FB AF memang hazab tahap gaban...
penuh dengan caci ma ...

kan..saya pun stress..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:35 PM | Show all posts
aku nk bt perangai dengki blh tak


kenapa org asyik takut nuha tersingkir? aku rasa nuha bukak mulut mmg sedap sgt bila tang sedap tu la.. tp byk jugak  part yg cirit dlm satu lagu tu yg betul2 sedap masa mnggu pertama tu je

dari segi personaliti aku mmg suka. aku ulang byk kali tgk part dia bergyut then berdebuk. tp xulang pon part nyanyi sebab x sedap pon.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2014 01:37 PM | Show all posts
AF Serap, Siapa Pilihan Tenaga Pengajar?

Penyingkiran Muna pada konsert keempat Akademi Fantasia 2014 sebelum ini telah menjadi bualan ramai sehingga ada yang meluahkan perasaan tidak puas hati melalui laman sosial.

Ini kerana pelajar berusia 20 tahun itu menunjukkan prestasi memberangsangkan pada setiap minggu.

Selain Muna, Adel juga turut menerima nasib yang sama apabila dia menjadi mangsa penyingkiran di konsert ketujuh #AF2014 baru-baru ini.

Malah penyingkiran pelajar yang berasal dari Sabah ini juga telah mencetuskan fenomena apabila namanya menjadi trending di Malaysia dengan hashtag #AdelAF2014 dan #whyAdel di Twitter sebaik sahaja penyingkiran dilakukan.

Empat pelajar lain yang tersingkir iaitu Zarif, Nina, Ziha, Farez dan Wawa juga tidak kurang hebatnya kerana masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri.

Dengan ini, atas permintaan ramai, pihak #AF2014 telah bersetuju untuk menyerap kembali salah seorang bekas pelajar #AF2014 yang tersingkir.

AF serap ini tidak memerlukan undian penonton sebaliknya atas pemilihan tenaga pengajar dan pihak fakulti.

Berita mengenai AF masuk tekah diumumkan sendiri oleh pengetua #AF2014 Dato Hattan menerusi program Meletop malam tadi.

Menurut Dato’ Hattan, pemilihan pelajar dibuat dengan begitu teliti bersama semua tenaga pengajar.

“Kita tidak aka nada AF masuk tetapi sebaliknya AF serap… AF serap ini dibuat atas permintaan ramai dan akan dipilih sendiri oleh tenaga pengajar dan pihak fakulti.

“Dari segi pemilihan, kami harus harus bersikap seadil-adilnya dan ini bukanlah mudah bagi kami kerna kesemua pelajar adalah hebat-hebat belaka,” jelasnya.

Keputusan AF serap akan diumumkan di Konsert Separuh Akhir #AF2014 pada Ahad ini, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Maya HD (135).

Jadi, pelajar manakah yang akan dipilih oleh tenaga pengajar?

Jangan lupa untuk mengundi pelajar #AF2014 kegemaran anda dengan menaip:

AFUNDI (NAMA SINGKATAN PELAJAR) ke 32777 atau AFUNDI10 (NAMA SINGKATAN PELAJAR) KE 32777.

Saksikan Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam manakala Konsert Mingguan AF akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam.

Bagi merancakkan lagi musim ini, Konsert Pertama dan Minggu akhir #AF2014 akan ditayangkan secara serentak di tiga buah saluran iaitu Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

http://www.astrogempak.com.my/Ar ... enaga-Pengajar.aspx
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:37 PM | Show all posts
ada afmasok kaaa???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
santubung posted on 29-10-2014 01:08 PM
motip ko nak yang ke final aman, ziha, nina, & zarif

semuanya hauk2 kay wpun ada colourful.  ...

ya setuju..ini pertandingan nyanyian bukan competition kecomelan heehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:39 PM | Show all posts
final buat kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:40 PM | Show all posts
seroja23 posted on 29-10-2014 01:37 PM
ada afmasok kaaa???

motip uols tak tau lagi ada af serap?

af serap tau bukan af masuk
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:41 PM | Show all posts
elamor posted on 29-10-2014 01:40 PM
motip uols tak tau lagi ada af serap?

af serap tau bukan af masuk

aikkk...afserap??ada beza ka??
iol x tgk diari..bz tdo..hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
lazim posted on 29-10-2014 01:32 PM
nyesal plak semalam  gi off decoder pastu tertido sampai pagi. kalau decoder on dpt la tgk diari rek ...

Puting beliung tak jejaskan signal asstrok tapi mampu terbangkan piring astro uolstazah
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:45 PM | Show all posts
banner EWAL kat teluk intan .... lawan kak wan ker?








Last edited by santubung on 29-10-2014 01:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:46 PM | Show all posts
fredbok87 posted on 29-10-2014 01:18 PM
iols rasakan sayang... after ewal champion la baru dpt tgk audition full...mesti ada rancangan kha ...

haah kan...hopefully astro buat rancangan khas psl ewal je
instinct iols kuat mengatakan ewal juara...mudah2an betul la gosip kata astro nak juarakan ewal tuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:50 PM | Show all posts
fredbok87 posted on 29-10-2014 01:28 PM
mungkin jgk..ewal mcm so-so jek.. kalau betul wishlist dia mesti seronok banget..mcm dia dpt lagu  ...

yg betul2 dia excited dpt lagu masa jeritan batinku dgn lagu ayah dia...lagu lain mmg ewal takde respon...senyum angguk2 jek
masa sesi penilaian cikgu cikgi pun ewal serius sambil rekod kat ipad...muka takde perasaan...azwana je yg menyengih x habis

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 01:51 PM | Show all posts


Nina #AF2014 Nafi Keluarga Berhabis Sakan Undi Dirinya

KUALA LUMPUR, 29 OKT 2014: Pelajar #AF2014 yang tersingkir, Nina terkejut dan terkilan dengan khabar angin yang mengatakan ahli keluarganya telah menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk mengundi dirinya.


Bagi Nina, perkara itu tidak benar, dan amat tidak wajar isu ini diperbesarkan sehingga mengugat reputasinya sebagai pelajar AF.
“Saya tak sangka ada rupanya cerita-cerita macam ni, apa yang saya boleh komen ia adalah tidak benar sama sekali, saya tahu ‘level’ keluarga saya. Mereka tidak akan berhabisan duit untuk saya untuk kekal dalam AF,” katanya kepada portal Murai.com.my

Menurutnya, ibunya sendiri mempunyai pelajar yang dia minati. Ibu Nina secara jujur suka kepada Ewal dan Firman yang mempunyai kelebihan dan potensi bagi musim kali ini.

“Itulah, ibu saya pun minat pelajar lain, ibu cakap dengan saya, dia pun mengundi kedua-dua pelajar itu, jadi isu mengundi ni tak perlulah kita panjangkan,” ujar Nina.

Ketika ditanya mengenai pengajiannya yang tertangguh, Nina akan menyambung semula setelah selesai urusan berkaitan AF di sini.
“Saya akan sambung semula, bergantung kepada jadual yang diuruskan oleh pihak Astro kepada saya. Pengajian saya itu tinggal satu semester sahaja kira-kira 3 bulan, Insha Allah saya akan habiskan,” katanya.






Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:52 PM | Show all posts
seroja23 posted on 29-10-2014 01:41 PM
aikkk...afserap??ada beza ka??
iol x tgk diari..bz tdo..hahahha

af serap - pilihan fakulti

af masuk - pilihan penonton aka undi
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:52 PM | Show all posts
santubung posted on 29-10-2014 01:45 PM
banner EWAL kat teluk intan .... lawan kak wan ker?

perghhhhhh...meriah banner ewal
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:53 PM | Show all posts
alin33 posted on 29-10-2014 01:51 PM
Nina #AF2014 Nafi Keluarga Berhabis Sakan Undi Dirinya

KUALA LUMPUR, 29 OKT 2014: Pelajar #AF ...

nanti tanya azwan pulak yer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.097536 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list