|
[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari
[Copy link]
|
|
Okey, kes yang ni no clue..
Samada mental atau dibunuh..
Apa2 pun..memang misteri |
|
|
|
|
|
|
|
Mmm... haku penah tgok 'Ghost Inside My Child' tue kt channel 5 (tb S'pore)... channel neh memang suka dok menayang crita mistik2 tiap malam minggu.. Adehh.. Kalo part citer seram hantu Singapore lagila... lagi seram kot dari citer melayu seram kita..hahaha..
Berbalik pada kesah lam citer 'Ghost Inside my Child'.. haku ada ikut gak epi. 1 smpai epi. 3.. pastu.. rasa mcam.. betul ke.. eh.. mcm mengarut pun ada.. Ntahlaa... Tapi bila ko share yg citer dari India neh, haku rasakan ianya agak misteri... dan real kot.. sebab yg US wat tue.. mcm dilakonkan lik ke cemana ntah..sbab dia ada tnjuk cemana kehidupan budak2 tue bila dh berumur belasan tahun.. gituuuu
Sapa2 yang nak nonton leh ushar sinik.. http://uktvplay.uktv.co.uk/shows/the-ghost-inside-my-child/watch-online/
|
|
|
|
|
|
|
|
big thanks to tt!! ada masa update lagi ya.
kes kematian Stoll tu macam more to mental case. |
|
|
|
|
|
|
|
bercampur aduk jua sumber2nya cik selak... dpt pendedahan sikit sebanyak dari listverse, tumblr #confirmed, reddit unresolved & unsolved, channel2 youtube yg menyentuh kes dan kejadian misteri/pelik, buku2 lama etc. Pastuh ai check lah mana2 website/blog yg ceritakan kes tersebut dgn lebih lanjut lg... kemudian translate sikit, tambah fakta2 dr blog lain dan wiki sket... jadilah cerita yg ai post kat sinihh
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo part citer seram hantu Singapore lagila... lagi seram kot dari citer melayu seram kita..hahaha..
Hohh... bestnya...
kisah2 seram lakon semula dlm channel CI (esp. celeb's ghost story) dan Lifetime langsung tak skeri pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Lame x jenguk porem.
Akhirnya, jumpe tered yg berjaya membuatkan ai baca dari 1st sampai akhir page |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 26-10-2016 06:39 PM
bercampur aduk jua sumber2nya cik selak... dpt pendedahan sikit sebanyak dari listverse, tumblr #c ...
X jadi nk cari. Rajin rupanya TT. Kalo gtu i tgu dr TT je la. |
|
|
|
|
|
|
|
Kannnnn... dia tak natural sebab dilakon semula...
Yer.. bestla jugak smpai i dah tak tgok tiap sabtu.. hahaa.. sebab penah haritue tgok pasal hantu bercheongsam merah kot.. adeh... no thanks dah for the next time..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak dapat selesaikan misteri, mudah je tuduh orang tu dah tak warasAdeh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dani-rox at 30-10-2016 02:48 AM
PEMBUNUHAN DAN RAHSIA HITAM PELAKON TV BOB CRANE YANG MENGGEMPARKAN
Robert Edward Crane atau Bob Crane merupakan seorg pelakon tv yg amat disayangi lebih2 lg ketika zaman kemuncaknya – namun kehidupan sebenarnya tidak seindah yg disangka, dia mempunyai rahsia dan sisi gelap yg menggemparkan masyarakat yg menyanjunginya. Kematiannya meninggalkan seribu pertanyaan kpd keluarga, rakan2, para peminat dan polis.
Lelaki itu terkenal dgn wataknya sbg Colonel Hogan dlm sitkom 60an ‘Hogan’s Heroes’. Bob menjadi bintang utama dlm rancangan tersebut dari thn 1965 hingga 1971, thn ia ditamatkan. Pada waktu itu, dia juga telah meninggalkan isteri yg telah dikahwininya selama 20thn demi pelakon wanita gandingannya dlm sitkom tersebut, Sigrid Valdis. Oleh kerana tawaran berlakon yg semakin kurang, dia lebih suka menghabiskan masa lapangnya dgn mengadakan seks secara rambang dan memfilemkannya – Dikatakan Bob pd masa itu mempunyai masalah ketagihan seks yg serius. Mungkin bosan, mungkin juga kecewa kerana dia tidak dpt menghidupkan semula karier lakonannya spt dalam ‘Hogan’s Heroes’. Dia hanya sekadar mendpt watak2 kecil tv dan pentas, dan membikin pornografi sendiri secara senyap2. Pelakon itu sedang mengikuti kumpulan drama pentasnya sewaktu dia dibunuh di Scottsdale, Arizona. Dan sehingga ke hari ini pembunuhan Bob Crane masih belum dpt diselesaikan.
Bob bersama isteri pertama dan anak2 mereka
Bersama isteri keduanya, Patricia Olson yg lebih dikenali sbg Sigrid Valdis
Sebelum menjadi seorg bintang tv, Bob Crane adalah bekas DJ radio yg popular di Los Angeles. Dia pernah bekerja dan menemubual selebriti2 terkenal spt Marilyn Monroe, Frank Sinatra, and Bob Hope, lama sebelum Bob menemui kemahsyuran sbg pelakon. Oleh itu, dia umpama magnet utk kaum wanita. Berbekalkan kepopularitiannya itu, mana2 wanita yg dijumpainya—semua sudi tidur bersamanya, atau menyertai seks berkumpulan dgnnya yg turut melibatkan kawan2 Bob yg lain. Cuma yg tidak jelas sama ada mereka setuju atau tidak dirakam ketika melakukannya. Namun, beberapa lama selepas kematian Bob Crane, ramai wanita yg terbabit dlm aktiviti seksnya memberitahu mereka tidak sedar yg perlakuan seksual antara mereka dan Bob telah dirakam dlm video dan gambar. Kebolehannya memujuk rayu wanita dan minatnya yg mendalam dlm video lucah telah menemukannya dgn rakan baru, John Henry Carpenter.
Ketika bekerja sbg DJ radio
John Henry Carpenter adalah seorg pakar alat2 elektronik, yg juga mempunyai selera seks yg kuat spt Bob Crane. Mereka akan bersama2 menggoda wanita dan membawa mereka balik ke hotel atau rumah, di mana mereka melakukan seks dan merakamkannya. Tiada bukti menunjukkan kedua2nya adalah homoseksual, tetapi terdapat ura2 mengatakan John pernah meminta sesuatu daripada Bob, sesuatu yg lebih dari apa pelakon itu mampu berikan. Khabar angin juga bertiup kononnya Bob pernah memberitahu John yg dia tidak mahu meneruskan lg persahabatan mereka beberapa hari sebelum kematiannya. Carpenter menafikan gosip tersebut.
John Henry Carpenter, perbicaraan thn 1994
Pada 28 Jun 1978, Bob Crane didapati telah dibunuh pd awal pagi. Seseorang telah memasuki biliknya di apartmen Winfield Place di Scottsdale, Arizona dan memukulnya hingga mati ketika dia sedang nyenyak tidur. Lelaki itu telah dihentak dikepalanya dgn objek tumpul sekurang2nya dua kali. Polis berpendapat Bob tidak mempunyai peluang utk bangun dan mempertahankan dirinya. Pembunuh itu juga membelit leher mangsanya dgn wayar elektrik dan mengikatnya dgn ketat. Sesetengah org percaya ini adalah mesej spt menyindir kegemaran Bob yg suka merakam video hubungan seksnya. Satu lg penemuan menarik dlm apartmen itu adalah sebotol minuman keras scotch. Menurut rakan2 yg mengenalinya, Bob tidak minum scotch. Tiada tanda2 pergelutan dan pencerobohan. Wang di dlm dompet Bob tidak terusik, jadi polis menolak rompakan sbg motif.
Apartmen tempat kejadian
Berdasarkan pd petunjuk2 di tempat kejadian, polis yakin Bob mengenali pembunuhnya. Ada kemungkinan yg dia membenarkan si pembunuh utk masuk, atau membiarkan pintu tidak berkunci. Mungkin juga dia tertidur semasa pembunuh berada di dlm apartmennya. Waktu itu, Bob Crane dlm proses perceraian dgn isteri keduanya Sigrid. Tidak mustahil juga dia mempunyai ramai musuh di kalangan bekas2 kekasihnya, suami/teman lelaki kpd pasangan seksnya dan wanita2 yg marah apabila mengetahui mereka dirakam tanpa kebenaran. Sesungguhnya senarai musuh pelakon itu sgt panjang. Namun, tiada bukti yg dpt menunjukkan suspek2 yg menyimpan dendam kpdnya melakukan pembunuhan itu. Isterinya juga mempunyai alibi. Katakanlah dia mampu mengupah seseorang, tetapi adakah seseorg yg Bob kenali?
Akhirnya, polis menumpukan perhatian mereka ke atas John Henry Carpenter – Jelas lg nyata dia dan mangsa bunuh mempunyai kaitan dan kisah pelik bersama. John berjaya mengumpul ramai kekasih melalui persahabatannya dgn Crane. Dia akan kehilangan kelebihan itu seandainya Crane memutuskan hubungan mereka. Walau bagaimanapun, masalah di pihak polis adalah mereka tidak dpt menemui sebarang bukti bg perselisihan faham antara kedua2 sahabat tersebut, selain drpd cerita mulut ke mulut. Polis juga syak, John beberapa kali menelefon tempat kejadian ketika mereka melakukan siasatan, dan tidak pernah sekali pun bertanya kenapa polis berada di apartmen kawannya. Dlm perbicaraan bertahun2 kemudian, John menyatakan kelakuan anehnya waktu itu adalah kerana dia tidak mahu dikaitkan dgn Bob dan koleksi bahan2 pornografi di situ. Namun, John tidak dpt menjelaskan kehadiran darah di dlm kereta sewanya – yg sepadan dgn jenis darah Bob Crane iaitu Type B. Malangnya, masa itu belum ada cara lg utk menguji DNA.
Beberapa tahun kemudian, John Carpenter kekal sbg suspek utama di dlm kes tersebut, tetapi tiada bukti yg kukuh utk menangkapnya. Pihak pendakwaraya mengambil keputusan utk membentangkan gambar darah dan serpihan kecil tisu yg dipercayai cebisan otak diambil dr kereta sewa Carpenter, pd thn 1994. Apapun gambar itu tidak diterima di dlm mahkamah dan John Carpenter dibebaskan. Sehingga ke hari ini, dia masih dianggap sbg pembunuh Bob Crane. Tiada seorg pun yg menimbulkan begitu banyak rasa syak wasangka spt John, tp ini mungkin juga kerana polis sendiri yg tidak berminat utk menyiasat setiap seorg suspek dlm senarai musuh si mangsa.
Persoalannya tetap kekal hingga kini, 38 thn selepas kejadian tragis itu; Siapa bunuh Bob Crane?
Hari pengebumian Bob Crane
Fakta2 menarik:
- Isteri pertama Bob Crane yg dikahwininya pd 1949 adalah kekasihnya sejak sekolah tinggi, Anne Terzian dan mereka dikurniakan 3 org anak. Hasil perkahwinan keduanya dgn Sigrid Valdis pd 1970, dia memperolehi seorg anak lelaki.
- Menurut anak Bob Crane, Robert, bapanya beberapa kali menceritakan kebosanannya dgn gaya hidupnya itu dan kawan yg suka mengambil kesempatan -- Pada beberapa hari sebelum kejadian, Carpenter menelefon Crane dari bilik hotelnya. Di penghujung perbualan mereka, pelakon itu memberitahu dia tidak mahu berparti lg dan bosan dgn org yg suka mempergunakan status selebritinya spt Carpenter. Dia turut memberitahu yg persahabatan mereka telah tamat.
- Org yg pertama menemui mayat Crane adalah rakan lakonannya, Victoria Berry. Menurutnya, pintu apartmen tersebut tertutup tp tidak berkunci. Pada mulanya dia menyangka mayat Bob adalah teman wanita barunya yg sedang tidur di katil, kerana dlm kegelapan bilik darah pd kepala pelakon itu kelihatan spt rambut hitam yg panjang.
- Terdapat 50 buah video lucah dan beberapa ratus gambar wanita dlm keadaan yg menghairahkan ditemui. Namun beberapa album gambar didapati hilang, dan juga satu beg kecil berwarna hitam yg sentiasa dibawa oleh Bob ke mana2 dia pergi. Victoria perasan akan beg itu semasa menemui mayat lelaki tersebut tetapi hilang setelah penyiasatan tamat.
- ‘Hobi rahsia’ Bob Crane dikatakan telah diketahui oleh org2 yg terlibat dlm dunia hiburan Hollywood. Selain video lucah, penglibatannya dlm bermain dram utk bar bogel telah menyebabkan ramai produser tv menjauhkan diri.
- Pada thn 1992, pendakwaraya berpendapat mangsa telah dihentak dgn tripod kamera video miliknya. Tripod itu hilang dari apartmen tersebut sedangkan ia selalu digunakan dlm kebanyakan rakaman aksi seksual Bob Crane.
- Selepas dibebaskan oleh mahkamah, John Henry Carpenter bertegas dia tidak bersalah hinggalah dia mengehembuskan nafas terakhir pd thn 1998. Anak Bob, Robert Crane juga percaya ibu tirinya Sigrid Valdis mempunyai kaitan kerana wanita itu saja yg berhak menerima harta ditinggalkan oleh ayahnya – “Walaupun sedikit, tp cukup memberikan keselesaan pd tahun 1978.” Sigrid meninggal dunia di usia 72 thn pd 2007, dia dikuburkan bersebelahan kubur suaminya.
Wikipedia
Sumber 1/2/3/4
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 30-10-2016 01:45 AM
PEMBUNUHAN DAN RAHSIA HITAM PELAKON TV BOB CRANE YANG MENGGEMPARKAN
Rasanya bukan John saja yg boleh jadi suspek walaupun ada kesan darah Bob dlm kereta John..
Skandal Bob Crane tu pun boleh jadi suspek.
Sayang time ni tak ada siasatan guna DNA..hanya blood type saja..
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak lagi TT.
best |
|
|
|
|
|
|
|
fuhhh........
Kesan darah pekat sampai hitam...
|
|
|
|
|
|
|
|
wow.. sangat best baca cerita2 ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
best citer tt.... nak lg... |
|
|
|
|
|
|
|
abes merempit baca gud job TT nnt update ya if ada new story |
|
|
|
|
|
|
|
hi TT.. gud job.
i follow sejak TT bukak benang. Tapi SR je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 30-10-2016 02:45 AM
PEMBUNUHAN DAN RAHSIA HITAM PELAKON TV BOB CRANE YANG MENGGEMPARKAN
Bermotifkan dendam nie... |
|
|
|
|
|
|
| |
|