|
Edisi humble melampau , chef wan tegur kerenah alif syukri makan tepi jalan di o
[Copy link]
|
|
harith iskander ig pon perli benda yg sma |
|
|
|
|
|
|
|
SY_Mumi replied at 29-7-2017 12:39 AM
Walaupon tak brapa minat dgn chef wan semenjak dia kuat meroyan tapi part nih, bagus lah dia tegur D ...
mentaliti taraf DTL tu mmg x kan phm..ckp org dengki dia je la nnti...ade la ayat ayat dia kuar tu nanti nk kena pos... |
|
|
|
|
|
|
|
Memang pasangan nih dah tak boleh diselamatkan
Mentaliti orang kaya alaf baru, so called humble but at the same time bragging |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
SY_Mumi replied at 29-7-2017 12:49 AM
Memang pasangan nih dah tak boleh diselamatkan
Mentaliti orang kaya alaf baru, so called hu ...
Tanak kecoh usah la batak socmed segala gambar aktiviti kome anak beranak nak aplod kat internet hanat!
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari dulu lagi kebahlolan2 yg dia tunjuk kat social media tak tercapai dek akal. Yg dok puji pon cam ham jadah. |
|
|
|
|
|
|
|
liyamariska replied at 28-7-2017 04:08 PM
geleng kepala ai tgk kejelikkan humblebrag tokeh kosmetik nih...
Aku pun bila tgok pg td rasa cam nak ckp benda yg sama...sib baik kt parking tu tak de polis halau or mat salleh mabuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
SY_Mumi replied at 29-7-2017 12:49 AM
Memang pasangan nih dah tak boleh diselamatkan
Mentaliti orang kaya alaf baru, so called hu ...
mula2 tumpang simpati kat bini dia masa tgk video nyanyi ala hindustan tu..dgn sorng la pompuan tu..
biler tgk wife dia reply cm tu..
selayak nye la ko jadi wife dia...
patut lahhh...gitu |
|
|
|
|
|
|
|
MAKAN DI KAKI LIMA BUKAN GAYA RARECATION
Salam semua. Berikutan dari teguran Chef Wan kepada Dato' Aliff Syukri yang memuat naik status makan bekalan di sebuah restoran di Zurich Switzerland kemudian mengadu dihalau kerana membawa makanan bungkus dari rumah. Saya fikir itu sangat logik kerana kedai mamak di Malaysia pun tulis besar-besar NO OUTSIDE FOOD ALLOWED.
Tiba-tiba ada pula golongan yang tahu pengembaraan Dato' Aliff Syukri kali ini disusun oleh www.rarecation.com yang merupakan sebuah syarikat pelancongan yang dikendalikan oleh saya dan pasukan saya. Ada yang mengatakan..."agaknya INILAH YANG RARE dalam pengembaraan Rarecation kot"
Biarlah saya tunjuk 2 gambar ini. Satu ATL makan di kaki lima sementara satu lagi trip Rarecation biasa yang makan di tepi laut di tempat perkelahan yang proper. No! bukan kerana nak cut budget pun kerana di Europe, Australia, NZ, Japan dan seluruh dunia kebanyakannya menyediakan tempat perkelahan awam secara PERCUMA sahaja dengan pemandangan yang lagi cantik dari makan di restoran mahal.
INI IALAH PILIHAN ATL dan bukan dalam perancangan kami. Kami hormati keputusan itu selagi tidak menyalahi undang-undang. Janganlah kata travel dengan Rarecation sahaja ATL kena makan di kaki lima sedangkan sebelum ini tidak bersama Rarecation juga beliau di KLIA pun boleh makan atas lantai bersila. Rumah dia lengkap dengan meja mahalpun makan masih nak bersila di dapur. Itu PILIHAN DIA dan sebagai pengendali, kita ikuti apa sahaja yang dimahukan client selagi tidak melanggar undang-undang setempat.
Kau tak boleh salahkan orang suka warna pink kerana kau suka warna biru dan majoriti suka warna biru. Walaupun warna pink tu mencolok mata kita menengoknya tapi tak ada pula hukum dan undang-undang mengatakan itu salah. Ini CONTOH. Kalau slow, sila dapatkan nasihat orang dewasa yang tidak slow.
Apa yang dikritik oleh Chef Wan itu ada benarnya dan saya boleh setuju semuanya yang dikatakan. Ada sebahagian trip Rarecation memang kita perlu memasak dan makan secara picnic tapi belum pernah sampai kena makan di tepi kaki lima. Kami boleh sahaja pakejkan pengembaraan kami sekali dengan pakej makan tetapi Rarecation TIDAK SAMA DENGAN SYARIKAT LAIN. Rarecation menekankan PENGALAMAN PENGEMBARAAN bukannya DESTINASI PENGEMBARAAN. Lebih kurang 99% peserta Rarecation mengakhiri trip seperti adik beradik rapat walaupun asalnya tidak kenal mengenali. Bagaimana?
Jika kerana jalan-jalan tempat lawa...semua company buat begitu dan sampai tempat lawa semua buat hal sendiri. Masa bila nak berkawan?
Kalau nak tunggu atas bas baru nak berkenalan dengan peserta lain, biasanya naik bas terus tidur. Masa bila nak icebreak?
Kalau di hotel semuanya balik dan pergi ke cafe untuk makan, semua orang akan makan sendiri-sendiri mengikut kawan yang dia kenali dalam trip itu. Masa bila nak berkenal mesra?
Tapi bila kita kena pakat beli barang pasar sama-sama, memandu sama-sama, potong bawang bersama, memasak bersama, dan makan bersama...ada banyak kelebihan pada kebersamaan antara peserta. Dan itu semua PRICELESS. Yang mula-mula komplen kenapa masak sendiripun akhirnya bila nak berpisah dia yang lebih-lebih tangisan Akademi Fantasianya (pusingan penyingkiran). Ini berlaku biasanya dalam trip kategori Rare, Medium Rare & Extreme Rare kami. Untuk trip WELL DONE kami...biasanya makanan disediakan.
Dalam satu sudut lain, saya lihat ini permainan ATL yang menyukai publisiti. Tidak kira samaada publisiti murahan atau mahalan padan dia kedua-duanya publisiti yang melariskan penjenamaan diri sendiri dan produk beliau. Lumrahnya, publisiti negatif 10000x lebih laju dari publisiti baik-baik. Dan beliau akhirnya gunakan publisiti negatif itu untuk menaikkan jenama-jenama beliau. Walaupun saya sendiri tak sanggup lakukan sebegitu untuk publisiti, tetapi ternyata cara itu berkesan. Syaratnya, ATL kena tahan hati (memang dia sangat tahan hati kena kecam).
Kesimpulannya ialah, yang dikecam ATL makan di kaki lima itu bukan sebahagian dari perancangan Rarecation. Rarecation punya stail sanggup cari port yang panaromic indahnya hanya nak merasa melayani makan tengahari dan minum petang penuh style dengan menhirup kopi berlatar belakangkan gunung bersalju dan menghadap tasik superlawa dengan air yang sangat bening hingga ke dasar. Tapi rasanya dalam sejarah kami ada sekali perjalanan yang panjang di kawasan berais...last-last berhenti tepi jalan makan tengah-tengah ais di tepi jalan sunyi yang sangat cantik. Itu masa di Iceland lah...lagipun memang tempat tu cantik bukan pasal saja-saja nak makan tepi jalan.
Apa yang berlaku pada ATL semua itu ialah PILIHAN PERIBADI dan bukannya sebahagian dari Rarecation. Apapun, kami ucapkan tahniah kepada Kapten Aaron yang pada waktu saya menulis disclaimer ini, penerbangan beliau pulang bersama ATL dan keluarganya berada di atas laut Andaman menuju pulang ke Malaysia. Tahniah kerana berjaya menamatkan misi dengan review kepuasan hati pelanggan yang sangat baik. Guys...ini trip ATL dan kami hanya fokus untuk beri yang terbaik untuk pelanggan kami. Jika makan di kaki lima itu yang buat dia happy dan tidak melanggar undang-undang setempat...silakan. Nanti masa anda pula yang jadi pelanggan kami dan citarasa anda suka makan dalam padang ragut, kami juga akan cuba hormatinya.
Tidak semua orang gembira dengan cara yang sama. Yang penting, kita hormat menghormati.
Sekian
SAIFUL NANG
Founder
Rarecation
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ramai jugak yg back up dia
DTL patut buat live ala Truman Show, since dia suka nah share segala apa humble life he has
Tulah orang lain pon berholiday jugak, share apa yg patut. Dia semua jadah nak tunjuk |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mommymonster82 at 29-7-2017 01:14 AM
Teringin gak nak try ikut trip rarecreation ni. tengah mempertimbangkan..
sebab pengalaman pengembaraan tu macam best
tapi bila baca sibuk pulak nak suruh berkeluarga beramah mesra bagaikan ahli keluarga berkenduri bagai memasak..
hurm bukan pilihan me nak gi bercuti gitu. Maybe suatu hari nanti but not nowDah macam kem motivasi pulak
Lebih kurang 99% peserta Rarecation mengakhiri trip seperti adik beradik rapat walaupun asalnya tidak kenal mengenali. Bagaimana?
Jika kerana jalan-jalan tempat lawa...semua company buat begitu dan sampai tempat lawa semua buat hal sendiri. Masa bila nak berkawan?
Kalau nak tunggu atas bas baru nak berkenalan dengan peserta lain, biasanya naik bas terus tidur. Masa bila nak icebreak?
Kalau di hotel semuanya balik dan pergi ke cafe untuk makan, semua orang akan makan sendiri-sendiri mengikut kawan yang dia kenali dalam trip itu. Masa bila nak berkenal mesra?
Tapi bila kita kena pakat beli barang pasar sama-sama, memandu sama-sama, potong bawang bersama, memasak bersama, dan makan bersama...ada banyak kelebihan pada kebersamaan antara peserta. Dan itu semua PRICELESS. Yang mula-mula komplen kenapa masak sendiripun akhirnya bila nak berpisah dia yang lebih-lebih tangisan Akademi Fantasianya (pusingan penyingkiran). Ini berlaku biasanya dalam trip kategori Rare, Medium Rare & Extreme Rare kami. Untuk trip WELL DONE kami...biasanya makanan disediakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
mimi77 replied at 28-7-2017 03:42 PM
motip buat rumah harga juta2 p luarnegara jd gitu?nk tunjuk apa?humble?
Nak tunjuk bangang
Hadap sangat dengan pujian |
|
|
|
|
|
|
|
Lantak ko lah pakcik nak makan mana pun.. Tepi jalan ke, tepi longkang ke, dalam semak ke.. Not my problem.. Tapi yang pasti ko memang takde class
|
|
|
|
|
|
|
|
apa yg CW ckp mmg betul..lg2 CW kan duta masakan malaysia penat2 je dia travel satu dunia promosi malaysia..tetiba ada yg perangai jakun mcm DTL ni..
rasa mcm apa yg dia usahakan selama ni sia2 je..mesti la ada kengkawan kokosyen CW komen psl ni kt dia..
asal dr ceruk ulu mana la si DTL ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Rabbi ... perangai bodoh Alif ni makin menjadi2 ..
Swiss tu setiap ceruk negara dia adalah tempat tourist .. tak susah pon nak cari park atau tempat2 yang sesuai untuk berkelah .. bongok nya nate ni .. bini dia pon sama bongok ..dah laki ko tu bangang, jangan lah ikut sekali .. suggest la makan kat tempat beradab sikit ..
Duit banyak, muka ada ...sayang bongok .. |
|
|
|
|
|
|
|
Org kaya yg attitudenya pprt |
|
|
|
|
|
|
|
Poyo je cakap swiss susah cari mknn halal.. padahal ikut trip rarecation yg jenis suruh masak sendiri n mkn sukahati dkt mana.. xde la humble sgt klu in the first place dia hadap juga nk masuk restorannnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Poyo je cakap swiss susah cari mknn halal.. padahal ikut trip rarecation yg jenis suruh masak sendiri n mkn sukahati dkt mana.. xde la humble sgt klu in the first place dia hadap juga nk masuk restorannnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Tu beza kaya jenis yg bereducated dgn yg level2 spm
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah nama pun pondan..memang mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tu beza kaya yg jenis ber educated dgn
level spm result taraf sampah |
|
|
|
|
|
|
| |
|