CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Modngengade

[Tempatan] 32 beranak berhimpit dalam sebuah rumah

[Copy link]
Post time 3-8-2018 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 1-8-2018 07:53 AM
ramainya anak,dah tau hidop susah,patutnya rancanglah anak tuh!

tak pandai cari mentua lettew. boleh tumpangkan anak kat rumah mentua.. hiks memain je nek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2018 05:24 PM | Show all posts
nishikido replied at 3-8-2018 11:45 AM
Ada adik perempuan sorang tak kahwin lagi kan..kalau I jadi dia,I pergi berhijrah kat mana2 bandar.. ...

mungkin takut nama kena potong dari share rumah pusaka
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 1-8-2018 07:55 AM
rumah sempit tapi aktiviti proses baby mcm takde prob je

cuba la kekang dulu proses anak, baiki ...

speku, selalu buat sek
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 05:42 PM | Show all posts
keje membantu ni weols rakyat terpaksa serah kat kerajaan,   bantu golongan miskin sepatut nye keje kerajaan,  keje  rakyat cuma undi pihak yg sesuai utk jadi wakil kerajaan gi membantu semua masalah rakyat,  kalu tak suka PRU lima tahun akan dtg undi lagi kerajaan baru
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 05:50 PM | Show all posts
nasihat iols kat depa yg rajin biak supaya jgn minta bantuan,  malu la,   mana nak letak muka

cuba tgk citer P.Ramle ' penarik beca'  ...  mak miskin tapi pasal cuma sorang anak,  dpt mendidik nilai murni,  akhir nye anak yg sorg tu dah berjaya

kalu anak ramai semua bising je camner nak cari time tenang utk bagi pengajaran
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 3-8-2018 05:24 PM
mungkin takut nama kena potong dari share rumah pusaka

Rumah rupa kandang kambing pon nak rebut..rumah kongsi Bangla lagi elok kot..hihi.tengok rupa hakak2 dia xdelah huduh so I percaya adik bongsu tu kalau bergaya ada je jantan nak buat bini,cuma pandai2 lah pilih takut terpilih biawak jugak.. untung bakal laki setiap kali raya xpayah nak fikir balik mana..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2018 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntahlaa yg laki2 ni boleh dikata pemalas..takkan laa sampai atap bocor pn xle nk baiki sendiri..tampal je baru bape ongkosnya .kumpul 2 3 bulan cukup dh kot..part tambah anak rajinnya laa hai..kt celah ruang mana dorg projek ye..xle terjangkau akal iols memikirkan..tak de rasa segan ke cmne ni? Kdg suasana cmni laa yg x bape bagus utk perkembangan anak2nya
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 1-8-2018 07:33 PM
Miskin selekeh subur sungguh

Yg berduit terpksa berhabis duit buat rawatan nk dptkan sorg waris

Sabar laa you..iols pn sama gk ni tgh usaha lagi..tp kena dtg dgn ongkosnya skali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2018 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 1-8-2018 09:30 PM
Dkt metro ade gambo kt ruang tamu dorang guna kain buat tirai sbg dinding mcm bilik.tp mmg sepah s ...

Yekee...dh laa dok reramai tak koser plak nk mengemas jd laa pembersih sket..boleh bayangkan cmne laa bau kepamnya tu..kadang masalah miskin tegar ni skali dgn pakej pengotor punca utamanya sbb pemalas la
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 06:39 PM | Show all posts


ni semua serumah ke?
patut blh jer bagi2 keje cuci bilik air dapur kemas umah..
yg reti masak, memasak..
pelik depa neh, apa la dalam fikiran..
x kesian dekat anak2 ker?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
lonely_surina replied at 3-8-2018 03:48 PM
yaa ampun beramai2 pompuan dalam tus buat apa laa haiii..
patut kemas gila umah..


Boleh jadi..

"aku malas nak kemas. Si B kan ada. Biarlah dia kemas"
"Aku da beli beras bulan ni, jadi biar si A dengan C kemas rumah"
"D yang rajin masak, D la kemas dapur lepas masak. Alang2 kan"

Last2..sampai sudah tak de sesiapa ada inisiatif nak kemas
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 06:46 PM | Show all posts
suami depa neh semua keje ker x?
patut letak jugak gambar, mana tahu ada yg main cinta di luar..

x kesian ker kat anak bini buat mcm neh?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 06:48 PM | Show all posts
HanaAmani replied at 3-8-2018 06:42 PM
Boleh jadi..

"aku malas nak kemas. Si B kan ada. Biarlah dia kemas"

iolsss pun rasa gitu, berkira nak buat keje2 kemas umah sebab ramai kan..
sbb tu lepas menikah elok ddk sendiri2..

iolss sian kat anak2 depa, tah mcm mana laa g sekolah..
harap bdk2 tu bjaya laa nanti..
rajin2 belajar ddk kat library sekolah..
comfirm kesian budak2 neh bila makan, sayu air muka..


Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg ni kilang buat anak atau rumah kediaman? Tak sampai hati nak cerca lebih2 puak seperti ini kerana sy tak berada di tempat mereka dan cara pemikiran pun dah tentu berbeza. Sy harap masyarakat jgn setakat hulur wang ringgit sahaja (kerana wang ringgit akan habis sekejap  shj) tapi tazkirah sikit suruh rajin2 cari duit ubah nasib keluarga dan stop dahulu aktiviti buat anak. Fokus pada anak2 yg ada sekarang, give them proper education. Sy doakan anak2 mereka membesar jadilah org yg berguna yg boleh membawa keluarga keluar dari kepompong kemiskinan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 06:51 PM | Show all posts
[UPDATE] Tak mampu nak menyewa

Nur Syazwana Mansor
[email protected]

“SAYA pernah cuba cari rumah sewa berharga sekitar RM200 hingga RM300 sebulan, tetapi perlu dibayar deposit sekurang-kurangnya tiga bulan menyebabkan terpaksa menangguh dulu hasrat menyewa kerana duit perlu digunakan bagi perbelanjaan harian dan persekolahan anak.”

Begitu kata Basri Md Noor, 44, suami kepada Muzaini Che Mutapa, 43, iaitu kakak sulung kepada enam beradik yang tinggal serumah bersama keluarga masing-masing di rumah pusaka di Kampung Banggol Petai Luar, Pendang.

Basri berkata, dia kini mencari rezeki dengan berniaga pisang goreng bersama isterinya di Pendang.

Katanya, sebelum ini, dia pernah bekerja sebagai pembantu kedai di kedai menjual alat perkakasan selama 13 tahun dengan pendapatan RM30 sehari.

“Memandangkan gaji diterima tidak mencukupi untuk menyara keluarga, saya nekad berhenti kerja kerana mahu mengusahakan perniagaan sendiri.

“Bekas majikan memberi sedikit wang saguhati selepas berhenti kerja untuk memulakan perniagaan dan dengan wang itulah saya mula menjual pisang goreng dan dibantu isteri,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Basri berkata, walaupun pendapatan tidak seberapa, namun dia bersyukur kerana cukup untuk menyara dirinya bersama isteri dan enam anak berusia antara tiga hingga 18 tahun.

“Pada awal dulu, saya hanya ada motosikal sahaja, namun duit berniaga itu saya kumpul sehingga mampu membeli kereta terpakai untuk memudahkan berniaga dan hantar anak ke sekolah.

“Mungkin saya mampu bayar sewa bulanan, tetapi untuk berpindah ke rumah lain saya perlu fikir hendak beli barang-barang keperluan rumah seperti dapur, gas dan barang-barang lain, sejujurnya saya tiada wang sebanyak itu untuk dikeluarkan dalam satu masa,” katanya.


MUZAINI (tiga dari kiri), Muliza (dua dari kiri), Norkatijah (tiga dari kanan), Siti Zarina (kiri) dan Norfarhana Ab Rashid, 31 (kanan) bersama anak masing-masing di dalam rumah pusaka di Kampung Banggol Petai Luar, Pendang. FOTO Sharul Hafiz Zam.

Basri berkata, dia mempunyai tanah pusaka milik ibu bapanya di Kampung Bukit Payung, Pokok Sena dan pernah membuat permohonan untuk bantuan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), namun masih belum mendapat jawapan sehingga hari ini.

Sementara itu, anak ketiga, Muliza Che Mutapa, 36, berkata, dia berasa sedih dan kecewa selepas salah seorang saudaranya menunjukkan komen masyarakat selepas kisah mereka 32 orang menghuni rumah itu tular di media sosial.

“Saya terguris apabila membaca komen orang awam di media sosial sedangkan mereka tidak tahu tentang kehidupan kami.

“Suami saya mencari nafkah sebagai tukang rumah dengan pendapatan tidak menentu dan apabila tiada kerja dia akan buat kerja kampung untuk mencari rezeki,” kata ibu kepada lima anak berusia antara tiga bulan hingga 15 tahun itu.

Menurutnya, sebelum ini dia bekerja kilang ketika arwah ibunya masih ada dan arwah menjaga anaknya ketika dia keluar bekerja.

Bagaimanapun, katanya, selepas ibunya meninggal dunia dan bilangan anaknya semakin bertambah, dia akhirnya terpaksa berhenti kerja.

“Saya tak sanggup nak tinggal anak kepada orang lain, selain gaji kerja kilang tak cukup untuk saya bayar upah orang bagi mengasuh anak,” katanya.

Dalam pada itu, anak bongsu, Nor Nabila Che Mutapa, 21, berkata, dia dan suaminya serta dua anak mereka berusia 17 bulan dan tiga tahun sudah berpindah ke rumah sewa sejak dua bulan lalu.

Katanya, keadaan rumah yang sesak menyebabkan dia dan suami terpaksa berpindah ke rumah sewa dengan sewa RM250 sebulan.

NSTP semalam melaporkan mengenai kesempitan hidup menyebabkan 32 beranak terpaksa tinggal sebumbung dalam keadaan sempit dan tidak selesa.

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 07:12 PM | Show all posts
Pendag tu memang ramai orang mengaku Islam dgn tudung labuh dnegan lebai atas kepala tapi jahat nuat org lain susah sebab tu hidup mrk xpernah senang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2018 07:40 PM | Show all posts
Edited by anakmak at 3-8-2018 07:45 PM

Kena  mesyuarah dgn diaorg ni
Sbb diaorg takder point utk start

Dengan kebodohan memasing dr awal lagi

Tolong bg RM utk sewakan rumah utk setiap family atau buatkan rumah
So sorang jer yg boleh dok rumah pusaka

Kena hantar khusus kemas rumah
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 07:48 PM | Show all posts
chazey replied at 3-8-2018 11:48 AM
Takyah konar bajet baik sembang persis alim sangat la.

Nah, gambar dapo keluarga nih.

makkkj aiii... gelinya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kakyungpilah85 replied at 2-8-2018 03:41 PM
rumah aci yang anak ramai tu gak...tengok anak2 dy semua wangi je...tak la pengotor dan nampak bus ...

Yeee aci tu punya bersih rumahnya..anak2 mmg nampak wangi je
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus yg bongsu tu laki ada inisiatif nk bwk keluar isteri dok selesa kt tmpt lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.102865 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list