|
[MERGED] Apa Sebenarnya Terjadi Selepas Melaka Diserang Portugis ?
[Copy link]
|
|
sejarah melaka banyak yang kita x ketahui rupa2nye |
|
|
|
|
|
|
|
Huhuhu..ni sebenarnya sejarah melaka dari pembacaan aku..
Melaka jatuh ketangan Portugis selepas 3 bulan berperang..Pada mulanya ianya mengunakan sebuah armada portugis(tak ingat nama kapal). Apabila mendapat tentangan sengit dari melaka ianya berlarutan selama 3 bulan dan masa tersebut membolehkan beberapa kapal bantuan dari portugis sampai..
Walapun melaka dibedil dengan sengit namun melaka gagal ditawan kerana bantuan dari pihak turki terutama senjata2 yg dibawa masuk..Akhirnya melaka jatuh jua ketangan portugis apabila berlakunya KHIANAT..
Pemerintahan pada masa itu adalah Sultan Mahmud Shah..Pada zaman tersebut berlakunya ke tidak puashati saudagar hasil dari cukai yg tinggi dikenakan..Saudagar2 ini lah memecahkan rahsia terdapatnya laluan rahsia untuk memecahkan tembok kebal melaka..Akhir pada tahun 1511 melaku tumbang.
Sulatan Melaka lari ke johor mengikut laluan(lubang) rahsia..Pada akhir2 kejatuhan melaka Tun Putih telah mengantikan Tun Perak yg uzur.. Hang Tuah telah dimamah usia dan meningalkan melaka..
Pada zama pemerintahan portugis mereka mengenakan cukai tambahan keatas perdagang menyebabkan populariti melaka jatuh..Pada zaman belanda pula perairan melaka dibiarkan ditumbuhi lumut dan kelodak hingga sukar kapal yg hendak berlabuh. Belanda tidak berminat memajukan Melaka memadangkan mereka ingin mengekal kan batam sebagai pusat utama pertukaran barangan..
Akhirnya Melaka tidak lagi terkenal seperti dahulu.Ianya diburukan lagi dgn kehadiran kapal berijin wap dan kemunculan P.Pinang dan Singapura dan selepas itu diserahkan kepada British oleh Sultan Mahmud Jiwa semata ingin mendapatkan bantuan ketenteraan British...So pikir2kan la jgn peristiwa lama berulang kembali... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum.
Kemana agaknya tentera laut Melaka yg terkenal di masa itu pergi semasa serangan Portugis?
Sebuah armada yg ditakuti di nusantara tiada di pelabuhan Melaka. |
|
|
|
|
|
|
|
raja melaka raja daerah? serangan portugis diperkenan raja siam? buat lawak ke apa ni |
|
|
|
|
|
|
|
Blog malaywordpress ni merujuk kepada blog sejarahnegarakedah.Blog sejarahnegarakedah ini tak ada kredibiliti walaupun sebahagian 'fakta'nya boleh juga diterima(tak tolak semua).
Blog ini kata portugis bukan penjajah,sultan Melaka dan kesultanannya cuma bertaraf raja daerah yang tertakluk kepada raja 'siam Islam'.Nampaknya penulis blog ini seperti cuma mahu mengangkat bangsanya(siam) sendiri,sambil cuba merendah2kan bangsa penduduk asal Tanah Melayu(Melayu).
Antara 'fakta' lucu yang dibuat penulis blog ini bila dia mendakwa bukti Siam itu Islam adalah perkataan "as-siam"(puasa) dalam bahasa arab adalah mengambil dari perkataan siam atau sebaliknya.
Berhentilah dari merujuk kepada blog picisan seperti ini![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Siam is the name of a nation, not an ethnicity (Siam adalah nama sebuah negara, bukan merujuk kepada sesuatu etnik)....
Siam asalnya merupakan panggilan orang Kemboja kepada orang2 dalam tanah jajahan Angkor di Tengah Thailand skarang ni. Siam maksudnya Itam asal dr basa Sanskrit, n orang2 kat situ sbenarnya kulit gelap pon. Etnik Thai kulit cerah mcm kulit orang Cina sb memang turon dr China Selatan (tempat asal nenek moyang deutro-Malays gak), bukan itam. Kalo kena sinaran matahari pon xkan gelap n itam manis.
Penulis blog tu bukan orang Siam sb dia x reti cakap bahasa Siam atau bahasa campuran Thai, Mon n Khemeir. Kalo nak rujukan sila rujuk blog Naim Firdausi, blog tu lebih berkredibiliti sejarah n penulis blog tu lebih berwibawa.
Bab Melaka tu, memang dibangunkan atas tanah milik Siam. Siam waktu tu ada konfederasi dengan kerajaan Ligor n Ligor masuk menyebelah dengan orang2 di Sri Ayutthaya.
Mula dengan ungkapan Hang Tuah tu baru keluar nama "MELAYU" ilang di dunia.... x pasti jika sebelomnya ada disebot perkataan "MELAYU" itu, melainkan ada sebuah kerajaan secara kebetulan nama MELAYU di Jambi sana n kerajaan tu pon masuk dalam gabungan empayar Srivijaya. |
|
|
|
|
|
|
|
armour, superior weapons, discipline was on portuguese side ?
I'm afraid mr wilkinson was only 1/3 correct.
The memoirs of alfonso himself had clearly stated that they were shot at by malaccan troops with large matchlocks.
Malaccan army failed to beat the portuguse just because they hate wearing armour.
For some reason malays had nothing but the utmost contempt for body armor.
Even though other ethnic groups in this region such as the bugis gained advantage over malay states by adopting this european battle gear, Malays still refused to accept this hot uncomfortable outfit which they look upon with utter disdain. |
|
|
|
|
|
|
|
kejatuhan melaka pada aku bukan disebabkan sahaja oleh khianat... yang paling utamanya adalah pemerintahan Sultan Melaka yg lemah dan teruk..kejatuhan utama melaka adalah disebabkan berpunca dari salah silap pemerintahan sultan sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
mana2 pon mmg macam itu :re: |
|
|
|
|
|
|
|
aku takot kat Msia jadik revolusi cam kat Perancis tu jer...Kesultanan Melaka penah kene blasah ngan Hang Jebat sebab kepncangan pemerintah melaka masa kes Hang Tuah, cuma nasib baik Jebat mengamok sorang2...cuba bayangkan kalo Jebat mengamok beramai2@ dengan rakyat jelata, dah tentu kesultanan melaka dan waris2nya x da di Msia kini..
elok pemerintah,elokkah rakyatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
kejatuhan melaka pada aku bukan disebabkan sahaja oleh khianat... yang paling utamanya adalah pemerintahan Sultan Melaka yg lemah dan teruk..kejatuhan utama melaka adalah disebabkan berpunca dari sala ...
super_nova Post at 23-3-2010 00:04 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
kan Sultan Sebenar Mati Racun.....
itu Sebab Ramai Tak puas hati dengan Pemerintah Baru take over.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salasilah Kesultanan Melayu Melaka.
Raja Suran al-Bahari, mempunyai 3 orang anak hasil perkahwinan dengan Puteri Mahtabul Bahri, puteri Raja Aftabul 'Ard dari Kerajaan Basram (bawah laut).
(a) Nila Utama (Sang Sapurba) berkahwin dengan Wan Empuk dan Ratu Chnadra Puri.
(b) Nila Pahlawan, berkahwin dengan Wan Sendari, lagenda nenek moyang kepada Raja-raja Minangkabau di Sumatera (Indonesia).
(c) Krishna Pendita berkahwin dengan Wan Malini, nenek moyang kepada Raja-raja Tanjungpura.
1160 - 1208 : Wan Empok dan Ratu Chandra Puri, Raja Temasik (kini Singapura), berkahwin dengan Nila Utama (Sang Sapurba), melahirkan beberapa orang anak dalam beberapa generasi (tidak diketahui)
------------------------------------------------------------------------------
1360 - 1376 : Sri Maharaja Nila Utama, (Raja Parameswara dari Temasik) mengahwini Raja
Parameswari. Baginda mangkat pada tahun 1376 dan meninggalkan waris :
(a) Raja Kecil Besar Paduka Sri Pekerma Di Raja, ditabal sebagai Paduka Seri Vikramavira, Raja Temasik.
(b) Raja Kecil Muda Tun Perpatih Permuka Vijaya, Bendahara. Baginda meninggalkan waris:
i) Tun Perpatih Tulus.
1376 - 1377 : Seorang raja diangkat oleh Maharaja China bagi memerintah Temasik (Singapura). Pada tahun 1366, wilayah ini diserang dan dimusnahkan dalam serangan dari Palembang.
-------------------------------------------------------------------------------
1377 - 1400 : Paduka Sri Maharaja Vikramavira, Raja Temasik. Menggunakan gelaran Raja Kecil Besar. Baginda berkahwin dengan Puteri Nila Panchadi, puteri Kalinga Jamburga Rama Mudaliar (putera Adi Wiranama Raja Mudaliar yang mempunyai pertalian dengan Raja Suran). Baginda meninggalkan waris:
i) Desa Raja, ditabal sebagai Paduka Sri Maharaja, Raja Parameswara di Temasik.
1400 - 1414 : Paduka Sri Maharaja, Raja Parameswara di Temasik. Menggunakan gelaran Raja Kecil Besar Paduka Sri Pekerma Di Raja. Baginda ditabal selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun 1403. Baginda mangkat di Melaka pada 1414 dan meninggalkan waris Raja Muda Raja Sri Rama Vikrama. Baginda ditabal sebagai Sultan dengan nama Sultan Iskandar Zulkarnain Shah. |
|
|
|
|
|
|
|
414 - 1424 : Sultan Sri Iskandar Zulkarnain Shah, Raja Temasik dan Sultan Melaka. Baginda dikatakan pernah melawat Negara China pada tahun 1411 dan 1419. Baginda pernah memerintah tiga tahun di Temasik dan 20 tahun di Melaka. Baginda mengahwini:
a) Puteri Tun Perpatih Tulus
b) Puteri Tengku Sulaiman, Raja Patani.
Daripada Puteri Tun Perpatih Tulus, mewariskan:
1) Raja Besar Muda,
2) Raden Tengah, dikenali sebagai Paduka Sri Maharaja Sultan Muhammad Shah
Sultan Melaka.
3) Raden Anum, Bendahara Sri Amar Di Raja,
4) Raden Bala.
-------------------------------------------------------------------------------
1424 - 1444 : Paduka Sri Maharaja Sultan Muhammad Shah, (Sultan Melaka Pertama).
Selepas baginda memeluk Islam, beliau digelar Paduka Seri Sultan. Baginda dikatakan memerintah 57 tahun. Baginda mewariskan:
1) Raja Kecil Mambang Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah.
2) Raja Hitam
3) Raja Abu Kassim, dikenali sebagai Sultan Muzzaffar Shah Ibni Almarhum
Sultan Muhammad Shah (Sultan of Melaka kedua) (putera Tun Ratna Wati).
--------------------------------------------------------------------------------
1444 - 1459 : Paduka Sri Sultan Muzzaffar Shah Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah. (Sultan of Melaka kedua). Baginda mewariskan:
1) Raja Abdullah, dikenali sebagai Paduka Sri Sultan Mansur Shah Ibni
Almarhum Sultan Muzzaffar Shah, (Sultan Melaka ketiga) (putera Raja Tua). |
|
|
|
|
|
|
|
1459 - 1477 : Paduka Seri Sultan Mansur Shah Ibni Almarhum Sultan Muzzaffar Shah. (Sultan of Melaka ketiga).
Lahir pada 1406. Baginda ditabal sebagai Sultan Melaka pada 1459. Baginda menakluk Pahang, Kampar (Sumatera) and Siak. Baginda mengahwini:
a) Puteri Wanang Sri Lela Wangsa, puteri Maharaja Dewa Surya, pemerintah Pahang yang mempunyai hubungan darah dengan Raja Siam, perkahwinan ini melahirkan 2 putera.
b) Raden Galoh Chandra Kirana, gadis Jawa, puteri Sang Aji-ningrat, Betara Mahapahit,
c) Anak perempuan Bendahara.
d) Puteri Hang Li Po, a Puteri dari Negara China.
5) Tun Putih, anak perempuan Sri Nara Di Raja,
Baginda mewariskan:
1) Raja Ahmad, dikenali Sultan Muhammad Shah I Ibni Almarhum Sultan Mansur
Shah, Sultan Pahang (anak Puteri Wanang Lela Wangsa). Beliau dihantar ke Pahang oleh ayahandanya kerana membunuh anak Bendahara dalam peristiwa bermain bola takraw.
2) Raja Muhammad Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah.
3) Raja Sulaiman Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah. Baginda terbunuh ketika cuba menahan lelaki amuk.
4) Raden Gegling @ Ratu Di Klang (anak Raden Galoh Chandra Kirana). Juga terbunuh dalam kejadian amuk.
5) Paduka Mimat (anak Puteri Hang Li Po). Baginda mewariskan
a) Paduka Sri China, Pemerintah Langkat. Baginda mewariskan
i) Paduka Ahmad, memerintah Jeram, Selangor.
6) Raja Hussain (Raden), dikenali sebagai Sultan Alauddin Ri'ayat Shah Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah, (Sultan of Melaka keempat).
7) Raja Bakal binti Almarhum Sultan Mansur Shah
8) Raja Maha Dewi binti Almarhum Sultan Mansur Shah
9) Raja Chandra binti Almarhum Sultan Mansur Shah. |
|
|
|
|
|
|
|
1477 - 1488 : Paduka Sri Sultan Ala'uddin Ri'ayat Shah Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah. (Sultan of Melaka kelima).
Mangkat pada 1456. Baginda mewariskan:
1) Sultan Munawar Shah Ibni Almarhum Sultan Ala'uddin Shah,
2) Raja Muhammad, dikenali sebagai Sultan Mahmud Shah I Ibni Almarhum
Sultan Ala'uddin Ri'ayat Shah, (Sultan of Melaka keenam) dan Sultan Johor.
3) Raja Zainal Ibni Almarhum Sultan Ala'uddin Ri'ayat Shah
4) Raja Hitam binti Almarhum Sultan Ala'uddin Ri'ayat Shah.
5) Raja Fatimah binti Almarhum Sultan Ala'uddin Ri'ayat Shah berkahwin dengan Raja Ahmad Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah, anak kedua Sultan Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah, Sultan Pahang.
--------------------------------------------------------------------------------
1488 - 1528 : Paduka Sri Sultan Mahmud Shah I Ibni Almarhum Sultan Ala'uddin Ri'ayat Shah (Sultan of Melaka keenam) dan Sultan Johor.
Baginda berundur dari Melaka selepas diserang Portugis pada 24 Julai 1511. Baginda memindahkan pusat pemerintahan di Muar, Johor. Pemerintahan baginda juga diserang Portugis pada 1526 lalu berpindah ke Kampar di Sumatera, Indonesia. Baginda mangkat di Kampar (dikenali sebagai Marhum Kampar) pada 1530.
Baginda berkahwin dengan ramai isteri:
a) Sepupu pertama baginda, Raja Wati binti Almarhum Sultan Muhammad Shah,
puteri Sultan Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah, Sultan Pahang.
(b) Puteri Unang Kening binti Almarhum Sultan Mansur Shah, puteri sulung Sultan Mansur Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah, Sultan Kelantan.
(c) Tun Kudu @ Datuk Putih, anak perempuan Tun Tahir, Bendahara Sri Nara Di Raja.
(d) Tun Sabariah (atau Tun Birah), anak perempuan Laksamana.
(e) Tun Teja, pada 1494, anak perempuan Bendahara of Pahang.
(f) Tun Fatimah, bekas isteri Tun Ali anak perempuan Bendahara Sri Maharaja yang mana diperintah bunuh oleh Sultan Mahmud Shah.
Baginda mewariskan:
1) Sultan Ahmad @ Raja Mah Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah (anak Puteri Unang Kening). Baginda terbunuh dalam perang Portugis di Melaka.
2) Raja Kassim, dikenali sebagai Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah Ibni
Almarhum Sultan Mahmud Shah, ditabal sebagai Sultan of Perak pertama. (anak Puteri Unang Kening). daripada sini lahir keturunan Sultan Perak daripada keturunan Sultan Melaka.
3) Raja Ala'uddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah (putera Tun Fatimah).
4) Raja Raden Ali, dikenali sebagai Sultan Ala'uddin Ri'ayat Shah II Ibni Almarhum
Sultan Mahmud Shah, Sultan Johor (putera Tun Fatimah).
5) Raja Nara Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah (putera Puteri Unang Kening).
6) Puteri (Kekanda Sultan Ahmad), berkahwin dengan Sultan Abdullah of Kampar.
7) Puteri (puteri Puteri Unang Kening),
8) Raja Fatimah (atau Putri Mah') binti Almarhum Sultan Mahmud Shah (puteri Puteri
Unang Kening),
9) Raja Amar Dewi binti Almarhum Sultan Mahmud Shah (puteri Tun Teja).
10) Raja Kamala Dewi binti Almarhum Sultan Mahmud Shah (puteri Puteri Unang Kening)
berkahwin dengan Raja Ahmad bin Raja Muhammad, Raja of Terengganu, putera Raja
Muhammad Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah, Sultan Terengganu.
11) Raja Sri Dewi binti Almarhum Sultan Mahmud Shah (puteri Puteri Unang Kening),
berkahwin dengan Raja Ahmad Ibni Almarhum Sultan Gombak, Raja Kelantan (mangkat pada
1547), putera Sultan Gombak Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah, Sultan Kelantan.
12) Raja Dewi binti Almarhum Sultan Mahmud Shah (puteri Tun Sabariah), berkahwin dengan
Sultan Zainal Abidin Shah Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah, Sultan Pahang
13) Raja Puteh binti Sultan Mahmud Shah (puteri Tun Fatimah), berkahwin dengan Sultan
Hussain dari Haru.
14) Raja Khadijah binti Almarhum Sultan Mahmud Shah (puteri Tun Fatimah), berkahwin di
Bentan, sebagai isteri kedua Sultan Mahmad Ibni Alamrhum Sultan Muhammad Shah, Sultan Pahang (mangkat 1530), putera muda Sultan Muhammad Shah, Sultan Pahang.
ambil kat sini : http://universitisilat.blogspot. ... -melayu-melaka.html |
|
|
|
|
|
|
|
aku bayangkan selepas melaka diserang suasana tak ubah seperti Iraq sekarang. Sekali sekala ada pemberontakan.
Melaka sebelum diserang pada pendapat aku lebih kepada pusat perdagangan entreport mcm Singapura. Bila mereka kawal ekonomi, meraka akan mengawal negara lain. Disebabkan Melaka diibaratkan hypermarket sudah tentu semua keperluan ada disitu. Mahu tak mahu semua negeri akan tunduk kepada Melaka untuk mendapatkan keperluan - keperluan tersebut.
Apabila Melaka diserang, sudah tentu negeri - negeri lain hanya berdiam diri mcm Malaysia sekarang. Apabila sesebuah negara diserang kita setakat mengutuk serangan tersebut sahaja tp tak menghantar bala tentera. Apabila perang tamat barulah kita menghantar misi bantuan kemanusiaan.
Cuma aku pelik, takkanlah portugis mengunakan armanda sahaja takkanlah diorg tak serang melalui darat. Kalau mereka hanya mengunakan armanda bermaksud mereka menjalankan taktik mcm amerika sekarang iaitu tembak jauh sehingga hancur baru serangan darat. |
|
|
|
|
|
|
|
257# tok_wann
Sejarah yg ditulis mengarut...sume dh tunggang langgang... |
|
|
|
|
|
|
|
tu lerrr...tok_wann pun pening |
|
|
|
|
|
|
|
Paling kuat pun time tu 100,000 Portugis boleh bawa, takkan Melaka takleh counter dengan bilangan yang lebih ramai, aku rasa ada hidden history yang kita semua tak tau pasal Melaka ni, kenapa China tak tolong? kata kita ada hubungan yang baik dengan China, where's Melaka allies? Kepulauan nusantara? Sume diam diri je ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|