CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eddysheddy

SITI @ MENTOR - Protege CT - KAT tempat ke-3

[Copy link]
Post time 5-12-2006 02:52 AM | Show all posts
tutup je thread ni..kan dah ade yang satu lagi tu..kalau diie nak melalak g je thread satu lagi tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2006 08:55 AM | Show all posts
THREAD NIE SAMA ngan THREAD MENTOR tue.....saya tutup dan gabungkan....harap maklum
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 10:38 AM | Show all posts
aiman x kisah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 12:19 PM | Show all posts
siti nyanyi bestttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 03:37 AM | Show all posts
Originally posted by JAY-Z at 4-12-2006 12:49 AM
lagu big spender....mmg best siti nyanyi lagu nie....ct kelihatan sangat profesional....hmmm bestt :clap:


best kebenda nya..aku tgk lirik baru aku phm apa yg depa nyanyi..
big spender je kuat...huhu~~~
sory terkasar pepagi2 neh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 09:57 AM | Show all posts
Originally posted by nuruleiman at 7-12-2006 03:37 AM


best kebenda nya..aku tgk lirik baru aku phm apa yg depa nyanyi..
big spender je kuat...huhu~~~
sory terkasar pepagi2 neh...



tak faham depa nyanyi ke atau nurul yg kurenggg bahasa inggeris :bgrin:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2006 10:51 PM | Show all posts
`Janganlah salahkan Siti'
Oleh Zubir Mohd Yunus

"SEKALIPUN sekadar menduduki tempat ketiga, Kat anggap ini sebagai satu permulaan di bidang seni. Kat dah rasa amat bersyukur kerana berpeluang masuk hingga ke peringkat akhir. Bagi Kat, kami semua pada malam itu adalah pemenangnya.

KAT beranggapan kalah,
menang adat pertandingan.

Rezeki Kat setakat itu saja dan bersyukur walaupun hanya di tempat ketiga. Sebelum pertandingan akhir bermula, ketiga-tiga kami menyimpan hasrat untuk bergelar juara, tapi setiap pertandingan, ada yang menang dan kalah, itu adat. Kalau tiga-tiga nak jadi juara, siapa nak kalah? Walaupun Kat di tempat ketiga, Kat tak rasa Kat kalah. Sudah tertulis, Kat di tempat ketiga, redha sajalah.

Setakat ini Kat menerima banyak tunjuk ajar daripada Siti (Nurhaliza) sehinggalah Kat mampu buang rasa gugup apabila berada di atas pentas. Selain itu, Siti banyak memberi penekanan kepada latihan vokal sebab Kat sedar, Kat menerima banyak kritikan mengenai persembahan vokal Kat.

Antara Kat dan Siti kami sama-sama melihat di mana kekurangan itu. Siti tak pernah abaikan Kat terumbang-ambing seorang diri.

Sekalipun Siti sibuk, dia akan hantar pekerjanya untuk memberi apa saja pertolongan yang Kat inginkan."

Sedikit pun tidak tertekan

"KETIKA separuh akhir Mentor 2 baru-baru ini, Kat pilih lagu sendiri, tapi vokal Kat tak sesuai dengan lagu berkenaan. Siti melihat perkembangan Kat ketika peringkat separuh akhir itu, kritikan yang diterima dan sebagainya. Siti melihat yang positif dan mengambil kira apa yang dia boleh buat untuk diri Kat.

Apabila masuk akhir, Siti dah kenal pasti kelemahan Kat berdasarkan kritikan yang diterima dulu. Siti mahu Kat menyanyikan lagu yang menampakkan kemajuan vokal Kat. Justeru, lagu yang Kat nyanyikan pada malam final semuanya pilihan Siti selepas dia berasakan lagu berkenaan bersesuaian dengan vokal Kat.

Lagipun orang tak pernah dengar Kat menyanyikan lagu macam tu, orang pun agak terkejut. Siti pun pernah cakap, kalau nak jadi penyanyi, kita mesti versatil dan mampu menyanyikan apa saja jenis lagu. Memang tak dapat dinafikan, jiwa Kat lebih menggemari lagu rock.

Tapi, tak salah Kat mencuba sesuatu yang baru. Kat tenang menyanyikan lagu yang dipilih pada malam final tu, sedikit pun tak rasa tertekan. Mungkin orang akan fikir, lagu yang Kat nyanyikan tu susah, tapi Kat suka. Kat bertanding dengan Fiq dan Nieyl.

Fiq membawakan lagu bergenre rock, jadi mungkin Siti tak mahu genre lagu yang sama daripada Kat. Tak salah Kat mencuba sesuatu yang baru. Kat tak pernah rasa, dah jemu dengan rock, nak cuba yang lain.

Tapi, bukan kerana Siti dikenali dengan penyanyi pop, Kat juga harus membawakan lagu berirama pop, tidak.

Namun, kalau ada peluang selepas ini, ada tawaran buat album, Kat akan pilih rock, tapi pada malam final itu saja, Siti ingin memberikan kelainan. Hari-hari makan ikan, sekali-sekali teringin juga nak makan lauk ayam.

"Kalau Siti panggil Kat untuk berduet dengannya dalam album, nyanyi lagu pop, apa salahnya Kat mencuba."

Jangan kait lagi nama Kat dan Siti

KAT dan Siti, orang sering beranggapan kami tak mesra mungkin kerana faktor kesibukan Siti apabila dia jarang dilihat bersama Kat. Jadi, orang tak nampak, kami mesra atau sebaliknya. Hanya kami saja yang tahu. Tapi, setiap kali kami bertemu, ada saja yang kami kongsi bersama.

Sebaliknya, antara Kat dan Siti, mesra tetap mesra, takkanlah nak beritahu semua orang, tengoklah kemesraan kami. Siti sentiasa ambil berat mengenai diri Kat, dia tak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.

Kalau tidak, macam manalah Kat boleh melangkah hingga ke peringkat akhir Mentor 2.

Siti begitu popular, namun Kat gagal menjadi juara, itulah persoalan yang Kat dengar. Mungkin aura Siti terlalu kuat dan Kat sebaliknya. Mungkin Kat tak menyerlah seperti Siti, sekali gus gagal memikat hati orang.

Bukan kerana nama Siti begitu gah di Malaysia dan Indonesia, ia adalah satu tiket kepada Kat untuk menempa kecemerlangan.

Kat tak pernah ada rasa tak puas hati dengan Siti walaupun dia gagal menobatkan Kat sebagai juara. Jangan salahkan Siti, dia dah buat yang terbaik untuk Kat.

Apabila Kat hanya layak duduk di tempat ketiga, sudah suratan jadi begitu. Kita nak berjaya bukan atas usaha mentor saja, tapi protege pun harus bekerja keras. Janganlah kaitkan lagi nama Kat dan Siti."

INFO: Kat

# Kat atau Siti Khatijah Hassan, 19, dilahirkan pada 14 Mei 1987 dan berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anak keempat dari enam beradik ini juga adalah adik ipar kepada penyanyi rock terkenal, Amy Search yang juga mentor kepada Fiq, juara Mentor 2.

# Selepas tamat persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan, Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam, Kat menjalani uji bakat Mentor 2 di Pulau Pinang, namun dia gagal menempatkan diri. Sehinggalah Kat menyertai uji bakat Mentor 2 di Kuala Lumpur, dia akhirnya terpilih dan menerima Datuk Siti Nurhaliza sebagai mentornya.

# Pada pertandingan akhir Mentor 2 Ahad lalu, Kat mendendangkan lagu Lagenda, Nuri, Kita Insan Biasa (duet bersama Hattan) dan Big Spender duet bersama mentornya, Siti Nurhaliza. Bersama undian SMS 28.5 peratus daripada peminat, ditambah 46 peratus daripada juri profesional, Kat perlu berpuas hati dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga apabila Fiq bersama Nieyl diumumkan sebagai juara dan naib juara.

sumber: bintang popular
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 11:32 PM | Show all posts
Cakap cakap orang saja...
Kalau Menang nanti, cakap, sebab SITi jugak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2006 02:42 AM | Show all posts
layakla kat tuh kalah...tak best pun....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 12:45 PM | Show all posts
ADAT BERTANDING KALAH MENANG BIASALAH!...............kalah susah menang pon susah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.223196 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list