seronoknya tengok roti jala yang korang buat.....3 hari saya baca thread ni....saya pun nak test la..harap2 menjadi...nak tanya la..serawa durian tu buat dia mcm mana? mcm mana nak masukkan gambar erkk???
seronoknya tengok roti jala yang korang buat.....3 hari saya baca thread ni....saya pun nak test la. ...
shikin1219 Post at 3-8-2010 17:06
Perisi isi durian tu [asingkan isi dan biji] dan masukkan ke dlm periuk.
Bubuh seikat dua daun pandan, santan, garam dan gula. Biar mendidih tapi senantiasa dikacau supaya tidak pecah minyak.
Tambah air jika kuah terlalu pekat. Suai rasa dgn citarasa sendiri. Gula tu boleh guna gula putih atau gula merah.
roti jala
1 kg tepung
1 tin susu cair
1 biji telur
2 sudu besar marjerin
sedikit garam
air
- gaul semua tengok kepekatannya dan tapis ...
Kuzi Ayam Bahan A
1 ekor ayam ..potong kecil kecil
1 sudu besar zafran
8-10 ulas bawang putih
2 inci halia
garam secukup rasa utk seekor ayam
Blender/tumbuk lumat semua bahan itu dan perap pada ayam paling kurang 1 jam.
Bahan B
5 biji bawang besar - potong bulat halus
150 gm raisin
150 gm badam
3 biji kentang - dipotong kecil kuib dan rebus separuh empuk
minyak secukupnya
1. Goreng raisin hingga kembang
2. Diikuti dengan badam
3. Kemudian goreng bawang besar ... jangan terlalu hangus nanti pahit kuah ..nampak layu kekuningan sahaja dah boleh angkat
4. Last sekali goreng ayam hingga habis
Bahan C
1 sudu kecil zafran - kisar
1 labu bawang besar - kisar
1 inci halia - kisar
3-5 ulas bawang putih - kisar
6-8 ulas bawang merah - kisar
10-15 tangkai cili padi - kisar
3 sudu besar rempah kuzi
1 botol sos tomoto
1 tin kecil tomato puri
1 tin susu cari + 4 tin air kosong (guna tin susu)
garam/gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
cara-cara
1- blender bersama semua bahan kisar tadi
2- Panaskan minyak dan tumis bahan2 blender kisar tadi hingga naik bau.
3- Masukkan rempah kuzi, goreng kejap kasi naik bau. Bila dah wangi masukkan sos tomato, tomato puri, susu dan air.
4- Bila dah menggelegak masukkan bahan goreng dimulai dengan bawang besar goreng, raisin, dan badam serta ayam...last sekali masukkan kentang rebus tadi.
5- Rasai masam,manis dan masinnya ... Jangan terburu-buru letak garam sebab air garam dari ayam akan keluar nanti ..kalau tidak masam boleh perah air asam limau...kalau pekat tambah sikit air..
6- dah menggelak boleh tutup api..sedia dimakan dgn roti jala
ni plak my first attempt roti jala... tak ingat resipi sape.. tp yg letak minyak zaitun sket tu.. saya takde minyak zaitun.. ganti planta je la.. okla.. sedap n lembut. memula tu mcm cair sangat.. laju kemain lg jalanye turun.. tambah tepung sket.. baru elok nk menjala.. anak2 mkn camtu aje.. saya cicah ngan kaya pandan..
ni resepi roti jala ikea. sangat sesuai dgn resepi ni. takmo tukar-rukar lain dah
PERLU ADA:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning
PERLU BUAT:
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sebati.
2. Perapkan selama 1/2 jam .
3. Panaskan kuali dgn api sederhana.
4. Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
5. Tebar/kirai adunan atas kuali.
6. Biarkan hingga roti jala tu masak.
7. Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.
[img][/img]
Ni roti jala...utk anak teruna bawa balik asrama...
just ignore the gulungan..anak teruna tu laa gulung..tak kemas sgt..tp...ok laa dia mau tolong
mak aiiii... mengancam betoi la petang2 tgh2 lapar ni tengok plak gambar yg men ...
kicapmanis Post at 27-7-2011 15:56
anak anak ana mmg suka mkn roti jala..bla buat...tak siap tak menyempat..dah masuk mulut....especially yang teruna..sbb rasa bersalah tu yang terpaksa tolong ana di dapur tu
ni Ana ikut resepi mana nih? nampak cantik halus jer kirai dia...
kicapmanis Post at 27-7-2011 16:30
he he...ini.. resepi mak..tak ada sukatan..yang tepat
5 cawan tepung gandum
4 biji telur
2 sudu besar butter
susu cair (1 cwn...tp ana agak agak )
garam
air ikut kepekatan
(ana tak bbh kunyit sbb tak nk ada rasa kunyit... if nk kuning just titik sikit laa pewarna kuning telur)
petua mak...biar sekejap adunan tu....plan nk buat petang..so pagi tu bancuh siap siap .