|
Originally posted by ayasofiya at 11-5-2008 01:20 AM
waa..... jauhnyeeeee!!....
akak duk kat mana? kampung saya di Pahang.. setiap bulan balik..jenguk pokok pokok yang saya tanam kat kampung ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mizahanan at 11-5-2008 06:03 AM
agaknya MC saya terlebih air....... dhla letak kt tempat teduh......
khairi.. MC suke chymatahari ke?
EM? kulat Myco tu utk ape?
MC tak suka full sun...maksimum cahaya matahari dia boleh terima ialah about 80%..
EM ialah Effective microbes -- ia gabungan kumpulan microbes yang amat berguna untuk pelbagai tujuan seperti pertanian, pembersihan dan penternakan..Ia akan dapat menghalang pertumbuhan mikrob pembawa penyakit kepada tanaman dan juga meningkatkan kadar penyerapan nutrien kerana mikrob mikrob ini akan membantu di dalam proses mengurai nutrien daripada baja dalam bentuk yang dapat diserap oleh tanaman.
Kulat Mycorhizza pula ialah sejenis kulat yang AMAT bermanfaat untuk tanaman, ia akan membentuk jaringan sesama sendiri dengan akar rerambut tanaman. Ini dapat meningkatkan penyerapan nutrien tanaman.
2 2 di atas biasa terdapat di dalam hutan yang tidak tercemar... ia biasa digunakan di dalam amalan pertanian organik ...penggunaan bahan kimia akan membunuh mereka..
Harap boleh faham penerangan diatas ye... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #237 ayasofiya's post
dah betul tu kak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #242 khairimhd's post
ye paham...... cume buley dibeli ke EM+myco tu....?
buleh digunakan utk tumbhn yg lain kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mizahanan at 11-5-2008 06:29 PM
ye paham...... cume buley dibeli ke EM+myco tu....?
buleh digunakan utk tumbhn yg lain kan?
jawapannya boleh dibeli...kalo berminat boleh emel kat saya ([email protected]), Mychorriza masih ada sikit lebih selepas digunakan untuk ladang kelapa sawit, EM memang sentiasa ada, sebab saya tengah praktiskan amalan PERTANIAN ORGANIk kat tanaman saya dan kebun sawit ayah saya. Tapi nak dapatkan kat tempat lain pun boleh, walaupun EM ni masih baru lagi kat Malaysia tapi dah ramai gak la saya nampak depa jual ..
Mychorriza yang saya ada ini hanya untuk tanaman yang hidup menggunakan media seperti tanah, perlite, peat moss, coconut husk, sphagnum moss atau tanduk rusa...pokok yang hidup menumpang yang akar dia tergantung kena guna Mychorriza jenis lain...dalam dunia ada 180 jenis mMychorriza kalo tak silap. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #245 khairimhd's post
ooo...itu mcm ka... kalu udah ditanam, mcm mane nak bg Mychorriza ekk.. bukan ker akar MC mmg sensitif..brape kali guna..PM me ok..
selain dr MC, pkk lain bole guna tak?
[ Last edited by cikna99 at 11-5-2008 11:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cikna99 at 11-5-2008 11:49 PM
ooo...itu mcm ka... kalu udah ditanam, mcm mane nak bg Mychorriza ekk.. bukan ker akar MC mmg sensitif..brape kali guna..PM me ok..
selain dr MC, pkk lain bole guna tak?
Dah PM cik na99 dah..boleh la cek message SULIT saya tu |
|
|
|
|
|
|
|
adeeh!!!! ada plak yg rahsia.......
meh arr kongsi2 kat sini.. akak pun nak tau gak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #248 ayasofiya's post
Ok kak... permintaan akak sedia hamba junjung atas batu jemala hamba
Inilah jawapan untuk soalan cikna99
Kulat ni boleh guna kat semua pokok yang ada media tanah. Kalo dah tanam cukup gali sedikit lubang dan masukkan dia kat lubang tu and tutup..nanti dia akan tumbuh buat jaringan dengan akar tanaman.
Ia digunakan sekali sahaja seumur hidup, selagi kita tak gunakan bahan kimia kat tanaman yang dah kita bagi mychorriza. Air paip yang tinggi klorin juga akan membunuh dia.. sebaik baik nya air pili hendaklah di tadah dan di biarkan semalaman baru boleh digunakan..
Kalo dah guna bahan kimia, kita kena taburkan balik benih kulat ni selepas 2 minggu bahan kimia tu digunakan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #249 khairimhd's post
ooo gitu caranyee.memang senang je
kalo dok kg akak lagi senang.... sbb pakai air perigi je (guna pam)boleh terus siram
tq khairimhds. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by khairimhd at 11-5-2008 01:08 PM
akak duk kat mana? kampung saya di Pahang.. setiap bulan balik..jenguk pokok pokok yang saya tanam kat kampung ...
akak dok perak .... jauh bebeno ... |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah Mas Cotek
Sejenis tumbuhan meliar dan menumpang pada pokok hutan dan kawasan perbatuan di pergunungan. Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya , Ficus deltiodea dan tergolong dalam keluarga Moraceae merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dikalangan pengamal perubatan tradisional. Ianya mempunyai khasiat perubatan tersendiri dan dapat merawat pelbagai jenis penyakit . Terbukti herba ini sangat baik untuk penjagaan kesihatan keluarga jika diamalkan meminum air rebusannya.
Nama mas cotek adalah merupakan nama temaptan yang popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di negeri Sabah dan Sarawak, juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama 'sempit-sempit' . Terdapat juga suku kaum di Sabah yang menggelarnya sebagai 'agoluran' . Di Indonesia, tumbuhan ini dipanggil 'tabat barito' dan beberapa nama di darah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ianya dikenali sebagai ' Kangkalibang'. Walaupun sedemikian, nama mas cotek adalah merupakan nama yang paling popular dan lebih dikenali jika berbanding dengan nama-nama tempatan yang lain. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
( sambungan )
Nama mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas(kuning) yang terdapat pada permukaan atas setiap helain daun tumbuhan ini.
Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltioidea
Secara tradisi, nama tempatan serta pengkelasan jenis mas cotek dilakukan mengikut spesis seperti delima sudip, serapat angin, telinga gajah, telinga kera, telinga beruk dan sebagainya. Di Malaysia, spesis serapat angin banyak terdapat di bahagian Pantai Timur Semenanjung terutamanya di Terengganu, speisis telinga beruk dan telinga gajah pula banyak dijumpai di Kelantan. Jenis Delima sudip boleh diperolehi di kawasan Tengah dan Selatan Semenanjung, manakala telinga kera banyak terdapat di bahagian Utara Semenanjung.
Menurut pengamal perubatan tradisonalm mas cotek boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu
- Mas cotek jantan
- Mas cotek betina
Perbezaan paling ketara yang dapat dilihat antara spesis mas cotek jantan dan spesis mas cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daunnya. Jenis yang berdaun kecil, tirus, nipis dan ringan lebih dikenali sebagai pokok mas cotek jantan. Bahagian belakang daun mas cotek jantan terdapat bintik merah. Pada kebiasaannya, daun-daun ini mempunyai satu titik merah, tetapi terdapat juga daun yang mempunyai dua atau tiga bintik merah.
Bagi mas cotek jenis betina pula, rupa bentuk daunnya adalah lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibanding spesis jantan. Sama seperti daun jantan, daun betina juga mempunyai bintik pada bahagian belakang daunnya tetapi warna bintiknya hitam. Selain itu, urat daun betina kelihatan lebih jelas di bahagian permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan. Urat daun mas cotek betina menyerupai daun mas cotek jantan.
Mengikut konsep 'Doctrice of signature' , bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan mas cotek menggambarkan kegunaan herba itu untuk rawatan penyakit. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Emas Cotek digelar penawar segala penyakit wanita. Ia amat terkenal dikalangan wanita yang bakal mendirikan rumahtangga atau wanita selepas bersalin. Tanaman herba ini tumbuh subur dikawasan bukit dan pergunungan. Malah ada spesies Mas Cotek yang dijumpai di kawasan pantai dengan struktur daun lebih nipis berbanding spesies bukit dan pergunungan. Herba ini merupakan tumbuhan yang hidup meliar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rahsia Mas Cotek
Emas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun Emas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) ,angin ahmar, juga berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf .
Selain dicampur dengan daun jantan dan betina pelbagai jenis adalah lebih berkesan jika dapat dicampurkan dengan bahagian batang, buah dan akarnya yang dikeringkan. Air rebusan daun, batang, akar, dan buah Emas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair (pneumonia), sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun Emas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.
Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Khasiat Mas Cotek ini adalah :
-membetulkan kerosakkan urat saraf
-mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim bg wanita selepas bersalin
-meningkatkan keinginan hubungan suami isteri
-membantu mengawal tekanan darah tinggi
-merawat penyakit paru-paru berair
-mampu merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi/rendah
-kandungan flavonoid yang tinggi untuk mengekalkan keayuan dan awet muda
-mengurangkan tahap kolestrol dalam darah
-mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
-membantu masalah keputihan
-melancarkan peredaran haid
** seluruh artikel dapat dari internet **
[ Last edited by ayasofiya at 13-5-2008 04:51 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
banyakkk khasiat MC ni...berbaloi kalau di tanam dan manafaatkan nye sekali.bukan sekadar untuk perhiasan.
apa kata ....jom kita pakat2 tanam.... 1 RUMAH ; 2 POKOK -----> jantan + betina. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #256 ayasofiya's post
Thanks 4 the info Kak... |
|
|
|
|
|
|
|
jom fina... balik kelate borong MC banyak2...akak inshaAllah kalau takde apo aral balik cuti skolah ni.dengar khabar keladi kemoyan fina tu dah ramai yg nak masuk meminang.apokan daya.. pokok tu telah lama dipinang ....
kalau dah sampai beranak pinak disitu... alamat anak pokok tu yg kena pinang plak |
|
|
|
|
|
|
| |
|