|
Disebabkan thread kat sini mengenai Close encounter ~ ~ ~Antu~ ~ ~ jadi nanti aku tuliskan pengalaman aku berkenaannya secara direct.
Yang nampak dan alami. Bukan pengubatan ( yang tak nampak). |
|
|
|
|
|
|
|
Berdepan ngan Antu Kesot~ ~ ~
Macam biasa aku selalu balik kampung kat rumah nenek aku ( mak aku punyer mak )
Tempat dia di Kampung Permatang Pasir, Linggi, Negeri Sembilan.
Bila cuti sekolah jer aku mesti balik kampung.
dan bila cuti kerja jer aku pun mesti balik kat sana jugak selain aku balik ke Changlun.Kedah.
Seperti biasa aku membuat aktiviti melasti burung dan mengambil buah2an.
Orang kampung kat sana memang kenal aku yang rajin melawat nenek2 dan mak cik2.
Keramahan aku agak famous jugak kat sana. Sebab aku tak sombong punya orang bandar.
Ada sorang mak cik tu cakap kat aku dan ada jugak cakap kat mak aku," kalau mak cik ada lagi anak pompuan sorang lagi, mak cik kahwinkan ko ngan dia".
Well, tu perkataan "kalau" sebab anak pompuan dia yang last dah jadi kakak ipar aku.
Aku kat sana kalau datang rumah sesapa pun , cuma bagi salam jer pas tu buat macam rumah sendiri. Mereka gembira ngan kehadiranku. Sehinggalah aku tiada, maka kesunyian ternyata di kampung tersebut.
Ini pelan rumah nenek aku.
Setiap hari telah menjadi rutin kehidupan seorang nenek ( yang kat rumah bertanda merah kat pelan tu)
membeli barangan keperluan yang tak perlu ketika itu pada waktu nak senja.
Nenek ni selalu pergi kat kedai pak cik Kamil (Haji Kamil) untuk membeli barangan nya.
Nama pulak aku dah lupa... Gigi nenek ni satu pun tak tanggal lagi dan pada masa tu kalau tak silap umur dia lewat 6 puluhan.
Berbaris cantik dan putih bersih.
Ada satu kali tu kami duduk kat pangkin rumah nenek aku dan kami ada buat contest ngan sepupu aku dalam lebihkurang 6 orang. Contest die makan tebu. Nenek ni join jugak. Taulah , aku punyer ayat mengajak.
So dalam keketawaan sayup2 kami tergelak. Mana tak kami akan dapat kelucuan bila nenek ni makan tebu. Pasti gigi dia tanggal.
Bila contest bermula, nenek ni selamba jer menggigit tebu dan mengupasnyer, dan kami telah kalah.
Barulah kami tau bahawasanya gigi nenek ori.
Dia ada bagi petua pulak tu...Kalau nak gigi kuat macam nenek ni..
Tapi orang sekarang mana ada percaya lagi, salah satu syarat dia bila berak jangan bogel ( belah bawah ler )
Kena pakai kain. Kalau ada permintaan dari forumers aku akan bagi. Aku tak kisah pun , bukan boleh bawak mati ilmu tu. kalau gigi memang lah bawak sekali ( yg ori ajer dibenarkan bawak)
Nenek ni punyer rumah ,
Lantai dia diperbuat dari batang nibung yang di belah dua.
Dinding dia diperbuat dari kulit kayu.
dan macam2 lagilah dari pokok hutan berlainan species.
First time aku tengok dan masih lagi boleh mengingatinya.
Tidor kat situ waktu malam tak yah pakai air-con. Sejuk giler naknya waktu subuh.
Mana kan tidak angin malam bertiup dari arah bawah , tepi dan atas. Macam kena panggang air batu.
Pak cik Haji Kamil ni dah bertahun berniaga. Dia pergi Mekah pun duit berniaga tu jugak lah.
Naik kapal. Aku peratikan apabila aku membeli air oren sasaparila; dia bila nak keluar dari kedai, selalunya kedai dia tutup waktu Zohor kerana pergi collect duit getah, dia akan membaca sesuatu dan jari dia dia tekapkan kat dinding depan kedai.
Pas tu satu hari, kami (aku dan sepupu2) nampak dia bakar duit lebihkurang dalam Rm200.00 tunai.
Adusshh... Kami ada tanyer kenapa dia bakar duit tu?
Dia kata : ni duit haram , duit bunga dari bank.
Aku masa tu tak pulak tahu tang duit yg semacam gini, kalau tak aku dah cakap kat dia gini : Tu bukan bunga tapi faedah dan mungkin aku boleh simpankan.
Begitulah....
Masa kejadian ni aku Form 4.
Pada satu petang tu nak Maghrib dah, aku ada kat dalam belakang rumah nenek. Ngah nak siap mandi.
"Andak, ooo Andak!!" terdengar satu suara memanggil seakan dalam kecemasan.
Aku pun terus bergegas lari untuk melihat siapa dan apa kenanya.
"Andak,oooo, Andak!!!" kali ini suara tersebut bertambah kuat dan diiringi seakan suara menangis tapi tertahan tahan.
Aku lihat nenek tu dalam seakan berlari anak ( tak laju mana pun)
Nenek aku pun keluar dari dapur mendapatkannya.
Datuk aku hanya bertanya dari tengah rumah sambil bertanya" Apa tu??"
Mak cik aku pun keluar jugak ( dia menolong nenek aku memasak ketika itu )
Mereka seakan marah kat nenek tu.
Kata Makcik aku ( Aku panggil dia Makcik Nik~ adik mak aku)
" Tu lah orang dah kata jangan pergi kedai waktu macam ni. Ni tak, degil jugak" kata Makcik aku sambil masuk ke dalam
rumah setelah beberapa ketika melihat keadaan nenek ni tadi.
Kami lihat kain batik yang di pakai nenek tu dah basah.
Rupanya dia terkencing kencing sambil berlari mendapatkan Andaknya ( nenek aku orang panggil Andak oleh orang kampung)
Maka berceritalah kami semua yang ada dalam rumah tu. Pak Teh, Mak Teh ( duduk di belakang rumah nenek aku) pun datang jugak.
Pas tu soalan menuju kepada aku pulak " Eh, ( nick aku) ko tak takut ke buat macam tu?"
"Berani ko yer.." lagi saranan dan lagi..
" ak Din ajar ape kat ko?"
"Mana antu tu pergi dah.."
" Macam mane rupa dia aah..?"
" Ko ni laaa.."
Aku hanya tersenyum sinis...
Apa aku dah buat?....
Dalam masa aku berlari keluar tu...(aku belum mandi lagi..)
Aku nampak nenek tu dan ada sesuatu mengekori dia.
Agak jauh lah sikit , benda nya putih.
jauhnya dapur ngan pangkin ( tempat lepak org tua2) adalah lebihkurang 15 meter.
Terus saja aku berlari ke arah benda putih tu ( yg aku sangkakan kambing)
Kononnyer nak halau dia keluarlah) melintasi nenek yg terketar2 ketakutan.
Dengan berani nye aku menghampiri ( sambil berlari ) kambing putih tu..
( Masa tu lah aku teringat akan kata2 bapak aku: kalau kau jumpa, kau naik atas bahu dia; dan kau pegang kepala dia , kau
goncang2kan) |
|
|
|
|
|
|
|
Secara otomatis bila dah sampai dekat aku teringatkan kata2 bapak aku dan lantas melompat,
ngam2 atas bahu dia. Nasib baiklah dia tak tinggi.
Agak2 antara paras peha dan pinggang ajer.
Aku membahunya dari belakang tatkala dia ingin melarikan diri ( Mungkin terkejut sebab aku charge ke depan ngan laju)
Aku pun pegang kepala diri sebelah sisi dan aku enjut , ke depan dan ke belakang.
Dia pun terhangguk2 mengikut hayunan tangan aku.
Dalam masa perbuatan yang aku lakukan itulah baru ku sedari bahawa ianya bukan kambing...
Tetapi satu makhluk yang tak pernah aku tengok sebelum ni.
Tiada mempunyai kaki, cuma satu ikatan di hujung, lembut tapi mempunyai tenaga.
Masa menghangguk tu aku pandang akan muka dia.
Mempunyai satu mata yang agak besar terletak di tengah2 mukanya.
Tak lah warna merah sangat ( macam orang mandi sungai, kan mata jadi merah bila pas menyelam)
Oleh kerana ia tidak mempunyai kaki maka ia meng ensot aje , ( macam cacing gamaknyer)
Berpakaian kain kapan dengan bau kapur barus.
Lain2 macam manusia biasa , mempunyai hidung yang lentik ke bawah ( kira mancung ler)dengan cetusan otot selari ngan hidung ke atas.
Mulutnya pun macam orang gak tetapi aku dapati ada dua taring yang tersorok di dalam , hanya hujung jer sedikit yang keluar.
Dia dengan lembut berjaya meloloskan diri daqn terus aje meng ensot dari cengkaman pahlawan aku.
Hilang bila jarak agak se meter gitu.
Dengan rasa berdebar2 dan kalut , aku kembali ke dapur.
Aku cuma duduk kat tangga dapur sambil memerhatikan kekecuhan yang berlaku
sehinggalah mereka menegurku dengan soalan payah yang aku nak jawab.
"Katakanlah: Diwahyukan kepadaku, bahwa sekumpulan jin mendengarkan (Qur'an).
Mereka berkata : Sesungguhnya kami telah mendengar Qur'an ( Bacaan) yang mengagumkan"
( al Jinn 72:1)
" Dan sesungguhnya mereka mengira sebagai perkiraanmu , bahwa Allah tiada akan mengutus seorang jua pun.
Dan kami mengintip rahsia langit , tetapi kami dapati penuh dengan penjagaan yang keras dan suluh api yang menyala".
(al Jinn 72: 7~8)
"Selain dari Utusan yang disukaiNya. Sesungguhnya Dia mengadakan di hadapan dan di belakang Utusan itu pengawalan"
(al Jinn 72: 27)
"Katakan : Aku hanya memuja Tuhanku dan aku tiada mempersekutukan Dia dengan siapa jua pun"
( al Jinn 72 : 20)
Skarang ni musim durian kat Semenyih. Aku tak berani nak kluar memalam. Sebab kawasan perumahan aku ni dahulunya adalah tempat pembuangan segala benda entiti ni.( Nnti dian jatuh atas pala )
Maklumlah kawasan hutan dekat pulak ngan sungai yg masih lagi mempunyai ikan baung dan sebarau.
Sekarang ni pun dah jadi tempat penyimpanan mayat dan sampah terbesar di Malaysia.
Kubur Cina "Nirwana" dan Kubur Kristian bersepadu "Nirvana".
Kilang pemerosesan sampah 'RDF'.
Akan datang pulak Perkuburan Islam Bertingkat.
So kalau ko nak mendalami apa yang tersirat , boleh datang kat sini...
Hantu Bungkus.....Next..
So selalulah aku balik kampung kat N.S ni..
Oleh kerana masih belia dan suka ambik lap ngan moto kap aku,
Maka aku selalu ikut jalan lama , melalui Mantin.
Masa tu aku tinggal bujangan kat Sect 14, P. Jaya.
Ada lak kenduri kahwin salah seorg sepupu aku nih.
Perkahwinan Adik Zapril Hashim ( pemain bolasepak N. S seangkatan ngan Mokhtar dulu).
Jadi macam2lah kegembiraan yang ada. Orang kampung yg minat sekali adalah joget lambak. Aku suka nonton jer sbb suka tengok kalau2 ada yang terlambak pulak.
Setelah penat menguruskan pinggan mangkuk yang banyak nak diservis aku pun mengambil kesempatan untuk tido kat tengah rumah Pak Teh aku ( aku panggil dia Pak Teh Hashim ~ bapak Zapril)
Rumah tu adalah rumah Tok Cik ~ Bapak kepada Pak Teh Hashim.
Tok Cik ni masa dia nak meninggal, syok jugak aku tengok.
Masa tu cuti tahun persekolahan kira ujung tahun lah.
Adalah dalam seminggu nak pi tu dia dah tunjuk karektor dah.
Kekadang sihat ( nampaknyer ) kekadang nazak amat sangat.
Badan dia masa tu dah tinggal kulit ngan tulang jer.
Maka ramai lah sedara, saudara , kenalan dan orang kampung yang menziarahi dia.
" Bak rokok aku nak isap" katanya.
Satu bungkus rokok tembak dihulur. Dia duduk menyandar kat dinding.
Satu persatu rokok dihisap dengan dalam2. Dilepaskan, dihisap lagi.
Habis satu bungkus.
"Bagi rokok aku nak isap" katanya sekali lagi.
Satu bungkus diberi lagi, Jenama yang sama.
Hisap lagi....
Mata memandang , hati berkata2 -.-.-. begitulah aku tengok orang yang mengelilinginya.
(Penulisan di atas ni adalah flashback untuk akan datang)
Lepas kenduri dan dah abis servis semangkuk kami pun mula menuju jalan pulang .
Kawan aku Aziz membonceng. Esok nak kerja dah. Masa tu aku kerja kat P.Jaya.
Carrier International.
Kami memulakan perjalanan sekitar jam 9 malam.
Macam biasa kami melalui jalan lama, Kuala Sawah, Tmn Tuanku Jaafar, dan terus ke Bandar Seremban. Melalui Jln.Templer dan menghala ke Beranang melalui Mantin.
Sebelum sampai pekan Mantin kami harus melalui jalan yang berselekoh dan berbukit.
Kegelapan dan kepekatan malam membuatkan lampu moto aku menyuluh terang.
Yang disuluh adalah penanda jalan dan batu penanda jarak JKR.
Satu selekoh, dua selekoh, sampai lah selekoh yang ke berapa aku tak ingat.
Aziz memecah kesunyian dengan bunyi dari percakapan nye.( selain dari bunyi moto aku)
"(nick aku), ko tengok kat batu tanda jalan tu , aku tengok macam ada bendalah.."
"Cuba ko tengok betul2 , kalau ada kereta lalu dia hilang , bila tak de kereta , ko |
|
|
|
|
|
|
|
suluh boleh nampak."
kata Aziz lagi.
'Tak kan lah setiap batu jalan tu ada macam yg dicakapkan' ( kataku dalam hati )
Memperlahankan moto dari kelajuan normal , itulah yg aku lakukan.
Apabila lampu tersuluh saja kat satu selekoh ke kanan maka terpancarlah cahaya pantulan batu penanda JKR yg sebelah kiri tu dan di bawahnya
terlonggok se akan satu bungkusan putih.
Aziz pun menjerit " ANTU....!!!"
Aku tengok benda putih tu semacam bergolek dan mengekori dari belakang.
Lantas aku pun memulas handel minyak sampai tak boleh pusing lagi.
Ini adalah kerana terkejutnya aku ngan suara Aziz yang tetiba menjerit tu.
Operasi terkini yang aku buat masa tu :
Nak turun gear tak boleh ( sebab dah mula turun bukit )
So buatlah 'racing style' -aku masa kerja adalah sama ngan Indran Lee ( orang panggil dia Ah Meng) yang racer kat Batu 3 circuit tu selalu dia bawak motor Yamaha.
Kona pun hampir cecah kepala lutut.
Cermin lihat belakang aku kepak turun dah sebab kalau aku tengok nanti kat cermin pandang belakang tu...iissshhh..
Aziz memeluk ku erat, sampai nak ambik lap pun agak susah, dia ni macam dah beku kat belakang aku ( kalau awek okay lah jugak)
Yang tak best nyer kepala Aziz ngan kepala aku adalah sederet, bila aku toleh ke kiri aku boleh nampak muka dia.
Cepat....Lagi ...Laju...!!
Macam maner lah nak laju, dah pulas abis...Tak de brek2 punyer..
Kedengaran bunyi "plep2" "plep" kat telinga kami.
"Dia kejaaaaar, dah dekaaaaat".jerit Aziz lagi.
Aku tak ambik port, konsentret ngan jalan kat depan aku.....
Aku menjeling di sebelah kiri aku pulak.
Terlihat kelibat putih hampir- hampir bersaing dengan motor yang aku bawak.
Aku rasa macam aku tahan nafas jer.
Motor ku pacu dengan professional nyer.
Sesampai dah turun bukit selepas berek mergastua yang ada kat tepi Jalan Besar Mantin,
maka adalah satu kereta ni membelok menghala arah ke Seremban.
Iaitu menghala bertentangan dengan arah kami.
Setelah kena cahaya lampu kereta, maka tiada lagi bunyi ganjil tersebut yang kedengaran.
Tapi aku masih lagi memecut.
Motor aku dengan sendirinya berhenti berhampiran jalan masuk Bandar Tun Razak.
Maka menolak lah aku ngan motor cub chai yang aku beli cash berniaga Amway.
Minyak dah habis.
Esoknya aku pergi kerja sorang, sebab Aziz MC , demam.
Masa tu aku kerja kat Ampang, BSN.
Masa tu jugak lah aku kerap balik kampung. Aku tinggal kat P. Jaya.
Perjalanan ke kampung mengambil masa lebihkurang 20 minit.
Aku tahu bahawa mak aku tak larat dah, mana nak jaga anak buah aku yang berumur 18 bulan dan lagi sorang yang dalam 7 bulan lagi.
Pada satu hari tu aku balik kampung dengan menaiki motor cub chai aku.
Aku singgah dan naik ke atas tingkat 1 masa tu.
Selepas memberi salam kedengaran mak aku menjawab salam aku .
Nada begitu perlahan dan lemah.
" Ambik lah, kunci ada sangkut kat tepi tu..."
Aku meraba2 kat teoi grille, tapi tak dapat.
Aku kata kat mak aku di mana sebenarnya kunci tu.
" Aah , ni dia " mak aku dah bangun dari berbaring. Uzur sangat aku lihat.
"Haaa..mak , apa kabar?" tanya ku
"Aku tak sihat lah" ujar mak ku.
"Tak sihat? mak demam ker?" tanya ku lagi.
"Ntahlah" katanya dan ku lihat dia mula berbaring kat tengah rumah.
Berlandaskan gebar dan toto.
Anak buah aku yang sulung dah bangun.
Aku mendekatinya dan aku ada hidu bau busuk yang biasa ngan bebudak.
" Mak, budak ni dah berak" memberitahu mak ku.
"Haa..aah, aku tak larat, biarlah dulu, nanti aku basuh" kata mak aku lesu.
"Tak pe, lah mak, saya gi basuhkan" kata ku csambil menarik tangan anak buah ku.
" Laaaa... dah kering" kataku dalam hati.
Aku cukup senang apabila berada bersama mak aku. Apa pun akan aku lakukan.
Pernah sekali aku terdengar dia mengeluh ketika aku masih awal berkerja dan adik beradik ku yang lain bersekolah ( Aku yang last sekali melanjutkan pelajaran walau pun aku anak ke 4), Pasal nak basuh baju.
Selang 3 hari aku dah belikan mesin basuh fully oto - front loading.
Ada juga dia kata nak rasa naik Pajero. Aku sewa seminggu ( dan cuti) untuk bawak dia jalan2.
Ada juga dia salah dengar dan salah jumlah menyiapkan kuih bakar ngan roti jala. Orang yang order tu marah kat mak aku.
Aku cakap pada mak aku , "sudah ! jgn masak utk diorang lagi, berapa banyak duit mak nak, saya bagi" Mak aku cuma diam. " Kalau saya jumpa orang tu saya nak marahkan dia"
Dan ada pernah jugak mak aku salah gunting baju orang yg tempah nak Raya. Ku lihat dia menangis, " Macam mana ni, orang nak Raya " Aku cuma cakap " Tak pe lah, mak, dia ( tuanpunya) tau lah tu" dan kakak tu datang dan katanya kat mak aku.
"Tak pe lah, Mak cik, dah tergunting, nak buat macam maner? Mak cik pun penat"
Alhamdulillah...
Sedang aku pusing2 nak cari air minum, mak aku nak bangun.
Aku cakap "Tak payah lah mak bangun, saya boleh ambik sendiri"
" Ko nak Milo ya, biarlah mak buat"
Mak tau yg dari dulu dialah yg menyediakan aku Milo. Tak kira waktu apa, bila aku balik jer jumpa dia pasti dia akan buat Milo untuk ku.
"(Nick aku), ko tengokkan apa sakit mak ni?" kata mak aku.
"Haaa ... sakit apa mak?" balas ku.
" Kan adik dan kakak ada, mereka kan boleh bawak mak kat klinik"
Kataku sinis ( aku memang bengang kat mereka). Bila time susah baru cari mak.
" Mak sakit apa?" tanyaku memujuk pulak.
"NNtahlah, rasa macam kulit ni kena siat2 dan cucuk2".
"Baiklah mak nanti (nick aku) tengokkan"balasku.
Aku pun mengambil wudhu dan megerjakan solat sunat hajat 2 raka'at dan berdo'a ketika sujud dan selepas salam.
( Maka datanglah hidayahNya )
Selepas sudah aku memberitahu mak aku.
"Mak, mak, ada tak orang marah kat mak? Ada tak dia berhajat sesuatu dan mak tak mau kerana benda yang dia hajat tu tak elok?" |
|
|
|
|
|
|
|
"Haaa,..aaah, ada" kata mak aku.
Memang kepercayaan untuk mengubat, maka mak aku lebih mempercayai aku sebab aku pernah mengubat arwah bapak aku kerana orang yang dia ubati tak putus ubat kat dia, jadi penyakit tu datang balik kat bapak aku...
Apakah hajat orang itu?
Kenapa orang itu marah kepada mak aku?
Ada pun setelah itu mak aku menceritakan bahawa orang itu berhajat untuk tranfer dia punyer package.
Mak aku tak mau sebab nyer satu hari tu mak aku ada pergi rumah dia ( belakang ajer dari rumah aku kat kampung ni)
Dan setelah berbual2 ( mak aku memang ramah orang nyer - dan dia ni seorang yang penyayang. Menantu2 dia memang suka balik ke kampung) maka mak aku terlihat akan ada satu tengkorak di bawah katil dia.
Rumah dia rumah flat DBKL, 2 bilik jadi memang boleh nampaklah kalau pintu bilik terbuka...
Tu yang mak aku tak mau ni.
Mak aku adalah seorang yang warak jugak lah.
Pernah diceritakan oleh Mak Cik Nik ( adik mak aku bahawa satu hari tu ada orang nak mintak tolong kalau2 sesapa yang boleh bela binatang belaan dia). Syaratnyer adalah seseorang yang tidak meninggalkan solat atau kira warak lah...
So bila cari2 tak jumpa maka dia pun mintak belaan dia sendiri pilih...( yang ni nanti aku ceritakan)
Maka setelah mendengar segala apa ynag mak aku ketahui maka aku pun membuat persiapan emergency dan juga buat persiapan susulan.
Maka segeralah aku mencari barangan yang diperlukan.
Aku harus segera... masa masih berjalan dan tak akan tunggu aku...
Ini adalah kerana aku harus pergi kerja pulak kejap lagi..
Aku perlukan air ...ya ....air....
Aku cari kat dalam peti sejuk.
aaahhh. ada air mineral dua botol.
"Ko nak ambik apa ambiklah" kata mak aku bila dia tengok aku mundar mandir mencari sesuatu.
Lantas aku mencapai botol air mineral tu dan aku buka penutup dia pas tu aku minum sedikit.
Pas tu aku cari pulak mangkuk, mesti yamg berwarna putih.
Aku dah dapat kat dapur tersusun ngan pinggan makan.
Aku pun bergerak ke meja makan dan menuangkan air mineral tu ke dalam mangkuk.
Aku perlu daun sireh. Aku carik2 tak de pulak. Daun pandan adalah...
So aku tak leh nak skodenglah. Tapi tak pe, itu kemudian...
Aku bawak barangan tu ke dalam bilik, letak dia di sisi aku.
Aku pun mula menunaikan solat hajat sekali lagi...
Setelah sudah aku membaca 7 juzuk ayat al Qur'an yang terpilih.
Kemudian ditambah ngan Ayat Thamattin.
Pas tu aku pun keluar dari bilik dan pergi mendapatkan mak aku yang masih terbaring dan aku memanggil mak aku.
" Mak,...mak.. ni haaaa..." kata ku.
" Apa tu? " tanya mak aku.
" Ni haaa.., Mak minum." balasku dan terus menyuakan mangkuk yamg berisi air ke mulutnya.
" Tak payah minum banayak seteguk dua jer..." kataku.
Setelah itu mak akau pun berbaring kembali.
Aku mula menadahkan air dari mangkuk ke tapak tangan aku dan menyapunya
ke muka, kedua tangan dan kaki.
" Dah mak, baringlah" ujar ku kembali.
" Ko nak makan ambik lah sendiri, ntah apa aku masak ..." kata mak aku.
"Tak pe lah mak" balas ku.
Aku cuma duduk kat kerusi makan dan memerhati sekeliling.
Keadaan dalam bilik rumah berselerak. Ya.. lah aku pun tahu. Kalau ada anak2 kecil memang macam ni lah.
Sesungguhnya anak2 lah mengajar ibubapa bersikap sabar.
Setelah lebihkurang setengah jam , mak aku bangun.
"Eh, mak , kenapa mak bangun, rehat lah " kata ku kepada mak bila nengok dia bamngun dari pembaringan.
"Aku dah sehat dah" balasnya.
dan aku lihat dia dah bertenaga sambil menyapu rambut ke belakang kepala, mak aku mula menceritakan keadaan dirinya.
"Mak kena ni dah 2 hari, eloklah ko datang, Badan mak ni rasa macam kena cucuk dan kulit macam kena siat. kat sini,...kat sini....kat sini..." kata mak aku sambil menunjukkan bahagian2 tubuhnya dengan tangan dan adakalanya mencengkam.
"Ni aku dah tak rasa sakit lagi. kalau tak tu..." kata mak aku lagi.
"Terima kasih, (nick aku)" ucapnyer.
Suatu ucapan yang tak sepatutnyer aku terima dari seorang ibu yang telah bersusah payah membesar dan mengajar aku tentang kehidupan di alam ini.
" Mak....(nick aku) dah nak pergi kerja dah, nanti besok datang lagi"
" Haa..Ya.lah..." kata mak aku sambil mengekori aku dari belakang..
Setelah sampai kat grille pintu , aku pun duduk memakai kasut.
"Nah ...ni...ko ambik lah.." kata mak aku sambil menghulurkan gulungan duit ( rasanyer macam Rm20).
"Aku tahu ko susah" katanyer lagi.
" Ahhh... tak payah lah mak...masih ada duit lagi..." balas ku.
" Budi mak kat (nick aku) masih tak boleh nak balas "
"Haa.. ya.lah" kata mak aku.
Aku pun turun ke bawah , start motor dan menuju ke tempat kerja..
Sesampai kat tempat kerja hujan pun mula turun. Jadi tak kerjalah aku sebab aku buat external maintenance kat BSN.
Sesampai kat rumah setelah pulang dari kerja , aku mandi dan seterusnya membuat preparation.
Esok aku harus menghindarkan benda ni dari mengusik.
Jam 1 pagi aku mula bersiap, Aku solat hajat dan meminta petunjuk.
Lama jugak aku tunggu....aaaah....
Aku pun membuka al Qur'an dan membacanya dengan suara yang perlahan.
Setelah habis satu juzuk ( aku memang praktikkan membaca al Qur'an bersambung2 bacaan aku- ntah berapa kali khatam pun aku tak kira) Sekarang ni |
|
|
|
|
|
|
|
pun masih lagi - (Surah an Nur)
maka aku pun berteleku di atas sejadah. duduk diam...
dan aku dapat mengalami diriku berada kat kampung aku.
Aku merayau lagi dan masuk ke rumah orang tu. tak de apa2, maka aku keluar dari situ dan pergi pulak kat rumah mak aku.
( hiiii... seram pulak aku sekarang nih..)
Aku dapati ada satu lembaga budak sedang meniti tingkap, seolah2 nak masuk ke dalam melalui dapur ( melalui tingkap tu)
Berpakaian putih Macam anak baru berusia setahun. Tangannya memaut besi tingkap tu ( tingkap pakai jenis "arco" .
Ia dari luar dan rumah mak aku berada di tingkat satu.
________________________________________________________________________
Ni rumah kampung aku ~ Kampung Baru , Kuala Lumpur heh..heh.
Oleh kerana aku keluar rumah menggunakan 'astral travel' maka aku tak lah takut sangat sebab menggunakan cara ini adalah selamat. Entiti tidak boleh melihat aku dan tidak boleh mencederakan aku. Kalau dia boleh melihat pun, kena lah pusing jauh2 supaya dia tak boleh mengesan aku dari mana aku landing nanti...
Ini lah ilmu yang di panggil ilmu laduni. Hanya boleh terdapat apabila kita selalu membaca al Qur'an.
Nah , aku dah tahu sape punyer angkara, maka aku pun buatlah satu wifiq/wafaq ( yg simple jer).
Kerja2 penyiapan tamat pada hampir waktu subuh.
Esoknya aku pergi kerja dan singgah pula kat rumah mak aku di kampung pada watu 'lunch break' tengahari.
Sesampai kat rumah setelah memberi salam, mak aku dah ada kat depan pintu masuk.
Menyambut kedatangan aku dengan wajah yang berseri.
"Mak, dah tak rasa sakit dah, dah elok" katanya.
Aku lihat di dalam rumah , semuanya telah kemas kembali.
Anak buah aku datang kat aku dan aku pun mendokongnya.
Yang sorang lagi dalam buaian dan bila mendengar aku datang terus botol susu di buang ke bawah.
"'aaaaa... tidor balik" kata mak aku..
Dia tak peduli terus bangun dan terus mendapatkan aku.
Aku duduk di sofa dan melayan mereka bermain2.
Sambil aku bermain dengan anak buah aku yg duaorang tu mak aku bercerita kisah semalam malam.
" Ko tau ( nick aku), semalam lepas Maghrib , mak nampak dia nak masuk kat dalam. Tu kat tingkap dapur. Dia bergayut cari tempat nak masuk. Nasib suma tingkap tutup, mak nampak" cerita mak aku.
Aku hanya tersenyum sinis.
Setelah sudah minum milo yg mak aku buat khas untuk aku , aku pun mencari port untuk meletakkan wifiq yang aku telah buat sebelumnya.
Aku masukkan ke dalam satu botol kaca yang kecil ( Macam botol minyal gamat) yang aku jumpa kat bawah dapur.
Pas tu aku cari lagi satu botol kosong, maka dapatlah aku satu botol minyak cap kapak( yang telah kosong).
Botol yang pertama, aku masukkan kertas suratkhabar.
Botol yang ke2 aku masukkan wifiq.
Aku kemudian letakkan botol2 tu, satu di sebelah kiri dapur atas tingkap dan
satu lagi di sebelah kanan dekat pintu keluar dapur. Pas tu aku pun pergi kerja.
Esoknya .....
Esoknya aku sekali lagi datang ke rumah mak aku.
Setelah berbual2 ngan mak aku , aku pun selamba pergi kat tempat yang aku letak botol kelmarin.
Aku meraba raba lokasi di mana aku letak botol2 tu...
Ehhh... dah tak de....
Aku pergi pulak yang sebelah kanan kat pintu dapur.
Tak de jugak..
Padahal aku letak baik punyer tempat.
Aku cari kat bawah dan atas lantai kot2 ada jatuh..
Pun tak de jugak..
Aku pun turun ke bawah, mencari sekeliling.
Puas dah tak de jugak...
Ke mana pulak pergi ni...
aaaaaahhhh...... kacau nih...
Aku pergi kat depan surau ( rumah kampung aku depan surau dan rumah aku sekarang pun depan surau gak)
Aku di tegur oleh Abang Ripin .
Dia menyewa bahagian bawah rumah kampung aku. Sebahagiannya dia buat kedai.
"Hello geng, la la la ma te te tak nampak, me me ma na kau pppergi" tegurnya.
"Ada bang, saya datang ni tengok mak, semalam dia sakit, saya dah ubatkan"
"Me me macamne di di di dia skarang?" tanya Abang Ripin sambil kepalanyer terhangguk2.
"Dah sihat dah' okay tu" balas ku.
"Haa ha ha, Ko me me memang pandai, fr fren, ko ambik dari bapak ko, o o orang cacakap kat aku, aleh, takkkk payaaaah lah , su su sume orang tau..dah"
Aku terdiam.
"Ko me me mmmang bestlah, sukkka tolong orang" katanya lagi sambil ibu jarinya menunding ke atas.
Apabila dia masuk ke dalam kedai, aku teruskan kerja pencarian aku.
Masih tak dapat...
Ke mana pulak pergi botol tu....
Ke mana yer... Ni dah kacau ni....
Payah perkerjaan aku kelak...
Aku pun naik ke atas dan memberitahu mak aku yang aku harus balik sebab ada kerja yang harus aku selesaikan.
Maka aku pun menaiki moto aku dan mula menuju jalan pulang ke rumah...
Di dalam fikiran ku berpusing2 dengan persoalan...
Ke manakah menghilangnya....
Malam itu aku tak boleh melelapkan mata.
Puas aku mencuba tetapi tak leh juga....
Akhirnya aku berjaya juga walau pun sedikit.... |
|
|
|
|
|
|
|
Lelapkan mata.....huk huk huk....
Esoknya seperti biasa tapi hari Juma'at, jadi adalah lebih waktu....
Aku terus jer balik ke kampung ku...
Aku lihat kakak aku ( yg sulung ) ada kat rumah.
Aku terus masuk dan buka peti ais. Sebotol air mineral berkapasiti 500 ML terus aku teguk ngan senapas.
Saja jer tunjuk angin aku.
"(nick aku), ko ubat mak 'ehhhh? tanya kakak ku.
"haa..aah, kenape? soal ku membalas.
"Patutlah Kak Nang nampak botol kat atas tingkap. Kak Nang ingat ape, Kak nang buang" beritahu kakak ku...
Aadusssshh... Padan lah tak de pedoman. Kakak aku yang buang. Suweyy betul...
Well, sememangnya aku dah bersedia sebab lagi satu wifiq yang aku buat aku dah tampalkan kat tingkap.
Aku selitkan kat jaring , tempat panggang ayam yg mak aku simpan berdekatan ngan tingkap...he he he ...
Tu sebab lah benda tu tak leh masuk...Aku pun kena berpikir macam dia jugak...Teknik dan tektik berperang yang ada pada Rasulullah...kena apply jugak...
Lepas tu aku tengok sekeliling dan terpandanglah...
Jam kat dinding....Laaaa....dah pukul 3 pm.
Aku pun bergegas terus jer keluar , sambil berjalan aku cakap kat depa esok aku datang lagi...
Esoknya aku tak jadi datang... Saja jer .... maleh aku nak layan kakak aku tu...
Ada jer lah nanti nyer...
Aku cuma dok kat rumah nonton tv.
Bila waktu malam, aku pun mula baring untuk persiapan.............tidor....
( eh... malam ni aku rasa haus sangat...dah banyak kali minum )
(Rasa kenyang tapi hauslah)
Aku tersedar dari tidor dan aku lihat keadaan masih gelap.
Aku pun dengan malasnya bangun dari katil dan menuju ke dapur.
Jam 3 pagi. Aku berbaring kembali...golek sana...golek sini... macam ada yang tak kena ( macam malam ni lah )
Malam tadi peristiwa lucu terjadi semasa aku kat Seremban...
So daripada tak de apa yang aku nak buat aku pun solat sunat tahajud.
Kemudian aku pun mula berzikir.
Setelah genap kiraan zikir aku pun membuat persediaan yang sepatutnya.
Entiti yang semacam ini haruslah di hapuskan.
Soalan : Kenapalah aku yang kena buat macam ni?
Terseksa aku. Tak tidur malam, pas tu asyik kena fikir pulak macam mana nak hapuskan benda macam ni.
Kalau nak di kenangkan lebih baik aku buat de' jer.
Tapi mungkin telah di tuliskan.
Aku pernah mengadu kat bapak aku dulu...
Soalku pada satu hari ketika bapak aku dok relek kat kerusi dia.
"Abah, kenapa bila (nick aku) nak belajar silat, orang tak mau terima?"
"Tu ha ingat nak masuk silat gayung kat Batu 6 tu ( masa tu aku sekeluarga tinggal di Gombak)"
" Bila (nick aku) nak daftar, diorang cakap dah penuh, tapi kawan tu pulak belakang ( nick aku) boleh pulak masuk?"
" Dulu macam tu jugak, kat kampung ( N.S) Pak Ngah kata boleh masuk ada kosong, Bila malam tu pergi dah tak terima
lagi, tapi bila abang masuk lepas dia Pak Ngah kata tu, boleh pulak"
" Kat Kg Baru pun sama jugak, Abang Saleh ( Abang aku lah jugak~ yg lagi satu ) boleh pulak masuk Silat Cekak"
( Silat Cekak mewujudkan operasinya kat rumah Kg Baru aku tu lah, masa tu rumah papan, diorang sewa)
Bapak aku menatap muka aku dan dia pun berkata..
"Ko kalau nak belajar ilmu yang macam ni memang tak dapat, cuma dia akan datang sendiri "
Makna nya aku kena cari sendirilah atau macam mana??
Esoknya dalam waktu jam 3 ptg , aku sampai kat rumah kampung aku.
Maka aku tak terus masuk. Aku pergi kat kedai melayan Abang Ripin.
Saja jer bercerita. Bila masuk watu asar, aku pun menunaikan solat kat surau depan rumah tu.
Pak Cik Zainal menegur aku dan juga beberapa orang2 tua ynag tinggal kat situ. Mereka ni adalah seangkatan ngan bapak aku,
dan mereka panggil bapak aku " Bang Din".
Aku kemudian pusing sekeliling rumah kampung aku tu dan ambil botol minuman mineral yang berisi 1 ltr yang ada kat dalam raga motor.
Aku kendiannya meluahkan isi botol tersebut ke sekeliling rumah kampung aku tu.
( air nya dah aku modified malam sebelumnya )
Aku tak jadi masuk ke rumah tetapi terus balik ke P.Jaya...
Sebulan kemudian .....
Se bulan kemudian mak aku bagi tahu bahawa orang tu pun dah jarang datang ke rumah berbanding dulu, kalau tak 3~ 4 kali dah gerenti..
Ada pulak semasa aku membuat lawatan rutin kat mak aku ( seminggu sekali jer~untuk seharian ), mak aku melapurkan bahawa ada dua penyewa yang masih belum membayar sewa rumah. (Sewanya mahal Rm 500.00 sebulan dan rumah besar jugak~ masih lagi sama bayarannya sekarang, jadi siapa yang boleh up dipersilakan ).
"Berapa lama mereka tak bayar mak" tanya ku.
"Si Azman dah 6 bulan, tapi dia ada kat mak , sebab dia ada jamin orang ,sekarang ni dia susah nak dapat pinjaman"
Dia dah apply dah masih ytak dapat jugak. Tiap kali jumpa dia bagi tau." beritahu mak aku.
" Azman kan dah lama menyewa kan mak? Tak pe lah , dia ada kesusahan, nanti ada rezeki , dia bayarlah tu" balas ku.
"Yang rumah atas kat tepi tu pun tak bayar gak Dah kat 9 bulan. Tu ari ada jumpa dia tapi dia cakap nantilah dulu, dia sibuk katanya." sambung mak aku.
"Ko buatlah macam mana" ujar mak aku di tambah lagi.
"Ya lah , mak. Tapi buat masa ni sibuk, sebab Bank ada buat Conference se dunia. Hari2 buat overtaim ni , kekadang sampai esok pagi baru balik." balas ku.
Maka lepas tu tak de apa yang nak diceritakan kat korang...ya lah ...tak de adventure buat seketika.
Ni aku nak kisahkan pasai ayaq liur.
Maka disebutkan bahawa aku selalu gak pergi kat rumah abang aku yang di Changlun ni.
Korang sudah tentu tau Changlun kat maner, kalau tak tau tak pe, dalam peta pun tak de lagi, baru nak buat.
Changlun ni di Kedah. Berdekatan ngan border Thailand.
Setiap bulan aku akan pergi ke sana. Abang aku ada tinggal kat sana sebab dia kerja kastam.
Dan dia menikah ngan orang Changlun jugak. Kakak ipar aku ni dikatakan oleh penduduk sana yang tercantik sekali lah pada masa tu. Dan bapak dia pun orang yang terkenal lah jugak atau ramai yang mengenalinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku hanya menaiki motor aje kalau pergi ke sana.
Selalunya jam 11 mlm dari Bandar Baru Bangi, dan sampai lebihkurang jam 4 pagi ( ada sebab, nanti aku cerita)
Kekadang jam 5 pagi ( ada sebab nanti aku cerita jugak ))
Maka aku singgah dulu kat rumah kampung aku dan memberi tau mak aku yang aku nak gi rumah abang aku di Canglun dan sebelum tu mungkin singgah kat Sungai Tiang ( Kedah jugak ).
Mak aku cakap sikit ajer....
" Jangan mengada-ngada"
Tidak pernah aku pergi sebegini jauh bersendirian dan akulah anak yang boleh dikatakan 'anak manja besar'
Sebelum aku mengambil keputusan untuk pergi ke sana ( ini adalah kerana apabila mereka buat kenduri kahwin , ke dua-dua abang aku ni) aku tiadalah berkesempatan untuk menghadirinya lantaran aku bermusafir di perantauan.
Shahadan, apabila terpasang niat tu , seminggu sebelum meneruskan gerakan. Maka aku cuba mendapatkan pedoman.
Aku membuat capaian 'astral travel'.
|
[e-book] | Korang cuba yang ni.. Berdiri tegak menghadap ke Barat : Depangkan kedua dua tangan ke sebelah
( kiri di sebelah kiri dan kanan di sebelah kanan)
Pas tu tapak tangan kanan menghala ke bawah dan tapak tangan kiri menghala ke atas.
Ke belakangkan sedikit kepala. ( dongak )
Diam kan diri korang pada posisi begini selama 30 harakah ( saat, detik atau kira lah sendiri)
Apa yang korang rasa? ( kalau boleh lakukan setelah membaca ni, sekejap ajer )
Pas tu post kanlah kat sini apa rasa korang... |
|
|
|
|
|
|
|
done.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rdzaccess at 28-7-2007 01:40 AM
Aku membuat capaian 'astral travel'.
|
[e-book] | Korang cuba yang ni.. Berdiri tegak menghadap ke Barat : Depangkan kedua dua tangan ke sebelah
( kiri di sebelah kiri dan kanan di sebelah kanan)
Pas tu tapak tangan kanan menghala ke bawah dan tapak tangan kiri menghala ke atas.
Ke belakangkan sedikit kepala. ( dongak )
Diam kan diri korang pada posisi begini selama 30 harakah ( saat, detik atau kira lah sendiri)
Apa yang korang rasa? ( kalau boleh lakukan setelah membaca ni, sekejap ajer )
Pas tu post kanlah kat sini apa rasa korang...
before that..takut sikit ar nak wat..citer sket and explain apa yang berlaku kalau wat mende nih?? kalau apa2 terjadi? selamat ke? or apa2 yang sewaktu dengannyer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kroit92 at 28-7-2007 01:59
before that..takut sikit ar nak wat..citer sket and explain apa yang berlaku kalau wat mende nih?? kalau apa2 terjadi? selamat ke? or apa2 yang sewaktu dengannyer..
Dah wat belum?
Kalau belum macam maner nak tau?
Since ko jer yang ada kat sini maka aku beritahu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Semasa aku posting kat sini maka terdapat lah beberapa pengetahuan ilmu yang aku tuliskan juga.
Antaranya adalah himpunan ayat2 dari al Qur'an . guna untuk melawan makhluk halus. Aku bukan main tangkap muat jer.
Ini yang aku baca dan dalami semasa membuat perawatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #251 rdzaccess's post
secara jujurnyer..tadi kroit ader try..tapi pasal dongakkan paler tu..nak dongak sampai maner? masa wat x de paper berlaku, so, kroit tarik nafas dalam2 perlahan2..dan lepaskan perlahan2 gak..sambil tutup mata..tiba2 badan rasa ringan..terus bukak mata and tanya awak..tu yang takut tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #252 rdzaccess's post
owh..yang hadis-hadis tu ek?? |
|
|
|
|
|
|
|
Okay , yang tadi tu adalah untuk memberikan tenaga dalaman atau 'aura'
Ko akan rasa suatu getaran halus melalui dari tangan kiri , masuk ke badan dan berkumpul di tangan kanan.
Kuasa ini boleh di ' charge' kan.
Ia nya juga digunakan oleh mereka yang menuntut ilmu kebatinan.
Juga Tai Chi malah mereka yang mengamalkan ilmu persilatan antaranya kung fu dan ninja.
Ini adalah permulaan , cuma nak beritahu bahawa sesapa pun boleh mengumpulkan aura mereka sendiri.
Cumanya tak tau kat mana nak dapatkan pembelajaran.. |
|
|
|
|
|
|
|
wah memang besh eklan yang rdzacces buat tu... bukan slalu dapat peluang camnih... mesti banyak bende yang korang dapat blajar pastu boleh syere ngan forumers lain... tapi bagi yang berkerje korang kene training dulu macamane nak dapatkan M.C dari doktor panel anda sebab selepas 1st experience memang slalunyer kene amik M.C sekurang2nye 3 hari... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #255 rdzaccess's post
owh..getaran tu plak..cam, renjatan elektrik atau tenaga halus?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #255 rdzaccess's post
isk, dapat rasa badan jek ringan, tapi tangan tak rasa apa2 pon..mata tutup ke bukak?? |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ada tulis macam ni ( Surah al Zalzalah 99:1~8) adalah dari al Qur'an.
Hadis selalunya di tulis macam ni ( HR : Ibn Hajr) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kroit92 at 28-7-2007 02:31
isk, dapat rasa badan jek ringan, tapi tangan tak rasa apa2 pon..mata tutup ke bukak??
Mata nak tutup ke bukak ker....terpulang...
No sekatan....Jangan tahan nafas dah lah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|