|
MERGED : All About Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur (True-X)
[Copy link]
|
|
saper blh bg tau kt maner nk mkn2 area bukit tinggi nih...??
nurmarsya Post at 2-6-2010 15:15
kat berjaga hilla golf and country club leh makan.. kat colmar leh makan... kat japanese village pun leh makan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 235# dilaOHdila
wah, marbelesnya gambar dilla nih
pernah gi colmar ni kalau short stay ok, kalau lama-lama boring jugak sebab tempat dia kecik je |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya gambar dilla.... |
|
|
|
|
|
|
|
cantik nye
nak p besok......hehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
So, entrance dia RM10 je ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
selain colmar..mana penginapan yg best?nak pegi esok ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ya..mana penginapan yg best? Meranti Park Suite tu ada lagi tak?
Ada ke mana2 contact yg boleh saya hubungi utk dpt harga yg murah?
Plan nak pergi 30/3 ~ 31/3. Seramai 10 org. |
|
|
|
|
|
|
|
rasa nak naik je minggu dpn..... |
|
|
|
|
|
|
|
issyy nk pegi sini...plan bulan 6...bestnyer.... |
|
|
|
|
|
|
|
ada pakej murah tak utk esok? |
|
|
|
|
|
|
|
Kejap lagi nak pi Bukit tinggi ni. Harap cuaca cerah dan tidak panas. anak saudara ajak pi esok.. tapi bila congak2... esok takut jamed di Karak Highway. Orang dari Pantai Timur baru balik dari bercuti. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah pergi dan balik dari Colmar Tropicale, Bukit Tinggi.
Pergi dari rumah dah hampir jam 12 tengah hari. Sampai 1.00 tengah hari. Kami dari Batu Caves, hari ni Sabtu, jalan sangat lancar. Sebelum pergi dah tengok peta dari Encik Google. Rupanya dekat je dari rumah kami. Kami tak sesat pun, sebab jalannya mudah sangat.
Parking tempat yang disediakan. Ikut arahan Pak guard import dari Nepal.
Bayaran masuk yang terbaru. Dewasa RM12.00, kanak-kanak RM8.00 (Dah naik harga). |
|
|
|
|
|
|
|
Dari tempat parkir, masuk lif, turun satu tingkat, jalan kleuar.. dah nampak pemandangan yg cantik. Udara pun segar je. Sebab dah tengah hari, cuaca agak panas. Kami ambil gambar di luar dulu. Masa ni orang tak ramai lagi. Melalui air pancut, di sambut dengan air terjun kecil dan taman bunga. Nampak bunga ros yg sedang berkembang, dan bunga- bunga lain. Anak tanya ni castle yg ada hantu ke? dia teringat Kelly Castle. Masa lalu jambatan, anak-anak dah menjenguk ke bwah, anmpak taerusan dan Black Swan sepasang dan white swan sepasang. Dah teruja nak meluru turun tangga, hendak tengok pasangan Swan tu. Sempat tahan budak2 tu sebab cuaca agak panas.
Lepas pintu gerbang... terus nampak bangunan-bangunan yg unik dan cantik. Anak-anak sibuk memandang dan mendongak lihat bangunan yang ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk ke dalam hotel, yg penting cari tandas dulu. Oh ya tanya berapa semalam untuk menginap di sini. Harganya RM350.00. Walk in. (Kalau agak murah dalam Rm200.00 ++ nak juga bermalam di sini) Ramai gak yg mendaftar masuk masa tu. Ahli Berjaya club kot.
Di sini anak- anak asyik check setiap baju kesatria yang ada. Ada tiga baju besi ni. Lain-lain fesyen.
Kami berjalan, dari satu kedai ke satu kedai. Ada gerai untuk melukis potret, harga.. agak lebih mahal dari Central Market. (Pasar Seni). Sebelahnya ada tempat main nombor. Dapat mata lebih akan dpat anak patung (soft toy).. tak main pun, ada unsur ju.. dan nasib. Ada kedai untuk buat tangan lilin. Celup tangan dlam lilin, lepas tu ada proses dan langkah-langkahnya. Harga akan meningkat jika pilih warna dan tapak untuk tangan tu. Kalau ada anak kecik.. tengok comel je tapak tangan dan kaki dia orang yg dah jadi tangan lilin tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak juga akativiti untuk mengisi masa di sini. Ada pasir warna. Boleh buat untuk gambar yg di sediakan atau susun?tuang pasir dalam bekas, susun ikut susunan sendiri..atasnya akan dicurahkan dengan lilin jernih. Budak-budak suka sangat buat aktiviti ni. Ada juga arked untuk billiard, 'games'. Untuk aktiviti out door pun ada. Sediakan diri dengan stamina dan RM.
Tarikan yg anak-anak tunggu - pertunjukkan silap mata. Ada 'Show' jam 3.00 petang, 7.30 malam dan 10 malam (Hari Sabtu dan lain-lain hari) Hari Ahad jam 12.30, 7.45 dan 10 malam . Yang nak tergelak, nama ahli silap mata Mahdi Moudini. Silap mata tu oklah. Lincah je Mahdi ni, Anak kata, asyik menari, terlompat-lompat.
Sementara menunggu silap mata ni (mengelak untuk berjalan dalam cuaca panas), kami terpikat untuk mewarna kepingan plaster of Paris. Ada pelbagai corak dan bentuk. Buat pilihan yg kita suka. Bayar dulu harga bentuk yg kita pilih dan orang kedai tu akan sediakan warna, berus dan kertas untuk lapik semasa kita mewarna. Kami duduk sekeluarga di meja yg disediakan. Anak-anak teruja mewarna bahagian masing-masing. Dah siap warna , dikeringkan dan disembur dengan pengilat. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by norim at 12-6-2011 11:04
Tempat makan. Ada banyak. Harga.. boleh tahan. Semua harga ikut harga hotel. Masuk je kawasan ni dah semerbak bau piza. Nak makan piza.. harga dah ok.. tapi dia orang hidang juga Carlsberg.. uihh, tak sanggup plak. Ada juga tempat makan yg jual pastri, dan roti ala-ala Perancis. Harga air semua bermula dari RM8.00 termasuk air tin coca cola dan sewaktu dengannya.
Nak jimat atau percutian budget.. siap-siap bawa air tin, kotak ke seorang 2 - 3 tin/kotak. Pas tu bawa roti sandwic sardin/ telur. Bawak juga coklat dan makanan ringan yg lain. |
|
|
|
|
|
|
|
SURAU.. ada disediakan. Tanya dengan pekerja Melayu yg ada. Jgn tanya Nepal atau yg bukan Islam tu.. memang dia orang tak tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Japanese Village. Naik kenderaan yg disediakan di hadapan Colmar. Turun. Kemudian mendaki bukit yg agak curam. Dinasihatkan pakai kasut tumit rendah. Masa mendaki ok lagi, tetapi semasa turun bukit tu.. kena hati-hati. Saya siap bukak kasut dan pegang tangan anak dan suami masa turun bukit ni.
Suka di sini. Masa menuju ke rumah jepun ni.. macam lalu di taman rahsia (Secret Garden) terutama jika kita sahaja yang melaluinya. Nyaman dan tenang. Nak bukak kasut pun ok. Batu yg kita pijak, sejuk sangat. Anak-anak buka kasut. |
|
|
|
|
|
|
|
Di rumah Jepun ni, boleh sewa baju kimono untuk perempuan dan lelaki ada baju samurai. Sewa baju RM20.00. Nak cuba adat minum teh RM28.00. anak saya pakai kimono ni. Seronok sungguh dia bergambar.
Kami beli cenderahati di kedai jualan cenderamata. beli noi kimounari (silap maaflah) ikan yg dibuat dari kain yg di pasang masa perayaan, kalau angin kuat boleh terbang, mcm layang-layang. Anak yg berkenan. Dia orang ni suka sangat baca mangga Jepun.
Makan aiskrim di sini. Duduk-duduk sambil lihat pemandangan yang cantik. Aiskrim lime RM2.00. Sebab dah penat panjat bukit dan haus.. rasa sedap sangat aiskrim ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|