Gol kontroversi Darren Bent berjaya melonjakkan dia sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana England bersama penyerang Liverpool, Fernando Torres. – REUTERS
LIVERPOOL: Pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher percaya pasukannya mampu bangkit dari permulaan yang buruk musim ini selagi mereka masih bersatu sebagai sebuah pasukan.
Pasukan Reds kini nyaris kehilangan peluang untuk memberi saingan sebagai pencabar gelaran Liga Perdana Inggeris selepas kekalahan 1-0 kepada Sunderland, kelmarin menyebabkan mereka ketinggalan tujuh mata berbanding pendahulu, Manchester United.
Tewas akibat jaringan pelik Darren Bent yang menyaksikan bola melantun melepasi penjaga gol, Jose Reina selepas terkena bola pantai yang dilontarkan ke padang oleh penyokong Liverpool menambah aib buat kelab yang kian berdepan krisis.
Pasukan Rafa Benitez tewas empat kali dalam perlawanan liga musim ini, dua kali lebih banyak berbanding musim lalu dan berdepan minggu getir selepas tiga kekalahan berturut-turut dalam semua kejohanan.
Liverpool akan berdepan , Lyon dalam Liga Juara-Juara di Anfield esok sebelum musuh ketat, United berkunjung ke Merseyside, Ahad depan. - AFP
awal lagi.. tak pe.. kita tunggu sampai game lwn MU ahad ni.. kalau kalah gak kita target carling cup jer lah thn ni..
along3746 Post at 19-10-2009 10:47
tim ni kalau gerad dgn tores tak de tak boleh main lah.. nak harap kan dia org jer sampai bila. rafa yg tak pandai atur strategi atau pemain lain tu semua sengal2..