|
Post Last Edit by ChildrenOfBodom at 10-3-2010 16:38
ni dr berita harian kelmarin, takda kena mengena dgn melayu ckp siam pon tp pasai bhs jawi yg digunakan di selatan thailand.saja aku paste sini
Jawi bertahan di Thailand
9 Mac 2010
Oleh Salbiah Ani
Ia menjadi saluran bahasa Melayu disebarkan kepada pewaris
KETIKA tiga wilayah Melayu di Selatan Thailand terus bergelut dengan pertumpahan darah yang didakwa berpunca daripada gerakan pemisah Islam, satu hakikat yang membanggakan ialah kemampuan penduduknya memelihara tulisan jawi agar terus bertahan sebagai lambang jati diri.
Kesungguhan wilayah terbabit mempertahankan tulisan jawi dapat dilihat antaranya melalui kehadiran penggunaannya dalam akhbar dwi tulisan iaitu Jawi dan Thai di samping akhbar Jawi dan Inggeris, selain akhbar tri tulisan (Jawi, Inggeris dan Thai).
Pensyarah Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Nor Hisham Osman, mendedahkan hakikat di ketiga-tiga wilayah terbabit dihuni oleh orang Melayu, menyumbang kepada kelestarian tulisan jawi di negara itu.
“Kunjungan saya ke Pattani turut menunjukkan bahawa masih ada papan tanda kedai dan bangunan, nama jalan, sepanduk, iklan, gegantung dan brosur di wilayah terbabit menggunakan dwi tulisan iaitu jawi dan Thai.
“Di sebalik pelaksanaan pelbagai dasar Kerajaan Thai terhadap masyarakat Melayu yang memberi kesan kepada bahasa Melayu, penggunaan tulisan jawi sepenuhnya dan secara meluas dalam sijil nikah kekal sehingga ke hari ini,” katanya yang melakukan kajian tulisan jawi di wilayah terbabit.
Perangkaan 1991 menunjukkan seramai tiga juta penduduk Melayu di negara itu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perbualan harian mereka dan tidak pernah pesimis terhadapnya sehingga ia menjadi bahasa pengantar di pondok, surau dan lebih 1,000 masjid di Pattani.
Malah, bukan suatu perkara pelik apabila kedai di Selatan Thailand menggunakan tulisan jawi meskipun pemiliknya berketurunan China dan dalam masa sama, penggunaan tulisan jawi di bangunan pula, tidak bermakna pemiliknya Melayu.
Dr Nor Hisham berkata, walaupun orang Melayu di keempat-empat wilayah terbabit mengikuti sistem pendidikan kebangsaan Siam, tetapi mereka belajar agama di madrasah atau pondok pada petang Sabtu dan Ahad.
“Tulisan jawi masih menjadi tulisan utama pelajar sekolah pondok di wilayah terbabit kerana kitab kuning masih digunakan sehingga hari ini. Setiap judul diterbitkan secara berasingan kerana pelajar mempelajari agama dalam bahasa Melayu secara hafazan, manakala tulisan jawi sebagai perantaraan,” katanya.
Suatu hakikat di Thai bahawa hanya dua kumpulan masyarakat Melayu Thai yang tahun tulisan rumi iaitu mereka yang masuk ke universiti dan mempelajari bahasa terbabit sebagai bahasa kedua di samping golongan di sempadan yang dapat belajar secara tidak langsung di Malaysia,
Sastera turut diberitahu, sesetengah kitab kuning yang digunakan masyarakat Islam Thai di sekolah pondok Selatan Thai adalah tulisan ulama silam Terengganu dan Kelantan yang berjiran dengan wilayah terbabit, tetapi diterbitkan di Selatan Thai menggunakan tulisan jawi.
“Hakikat ini menyumbang kepada kelestarian tulisan jawi kerana bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar manakala jawi adalah sistem tulisan yang digunakan pakai di sekolah sedemikian, meskipun sudah ada sekolah dan tadika yang memperkenalkan sistem tulisan rumi,” katanya pada wawancara dengan Sastera, baru-baru ini.
Selain itu, buku agama ditulis ulama Pattani dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan jawi dan antaranya ialah Syeikh Daud Al-Fatoni, Syeikh Ahmad Muhammad Zein Al-Fatoni, Syeikh Zainal Abidil Al-Fatoni dan Syeikh Muhammad Ismail Daud Al-Fatoni.
Sastera diberitahu, pelbagai rancangan dan dasar dikuatkuasakan pihak berkuasa negara itu dalam merealisasikan dasar pembinaan bangsa Thai dengan sesetengahnya dibuat khusus untuk orang Thai berketurunan Melayu.
Antaranya Dasar Penyusunan Negeri-negeri Melayu @ Dasar Pecah dan Perintah, Dasar Pemindahan dan Penempatan Orang-orang Melayu, Dasar Reformasi Pemerintah, Dasar Penggunaan Istilah Thai Muslim (1958) untuk orang Melayu dan Dasar Penguatkuasaan Undang-undang Untuk Orang Muslim.
Dasar Penguatkuasaan Pendidikan Wajib dan Akta Sekolah Swasta yang berkuatkuasa pada 1 Oktober 1921 memberi kesan kepada masyarakat Melayu Islam Thai apabila bahasa Melayu menjadi bahasa asing dan secara tidak langsung menjejaskan kedudukan tulisan jawi.
“Dasar itu mewajibkan pembelajaran bahasa Thai tiga jam sehari dan mengehadkan pendidikan bahasa kepada dua, menjadikan bahasa kaum minoriti termasuk bahasa Melayu sebagai bahasa asing iaitu bahasa kedua yang dipelajari,” katanya.
Bagi merealisasikan dasar integrasi nasionalisasi kerajaan pusat, pembelajaran bahasa Melayu di universiti diajar menggunakan sistem ejaan rumi dan pengajarannya di sekolah kerajaan yang diberhentikan.
“Kerajaan Thailand menganggap orang Melayu adalah orang Thai dan bukan Melayu, walaupun agama dan budaya mereka berbeza. Mereka diwajibkan menggunakan nama Thai melalui Dasar Penggunaan Nama Keluarga 2464 yang dikuatkuasakan pada 1921,” ujarnya.
Sastera turut diberitahu, dasar asimilasi penduduk melalui sistem pendidikan mengakibatkan masyarakat Melayu yang menentangnya berhijrah ke Malaysia dengan kelompok bangsawan lari ke pantai timur Malaysia, manakala golongan yang menulis kitab ‘lari’ ke Timur Tengah.
Dr Nor Hisham mengakui bahawa penggunaan bahasa Melayu mula berkurangan di Satun berbanding di Yala, Narathiwat dan Pattani sehingga khutbah Jumaat disampaikan dalam campuran bahasa Siam-Melayu.
“Bagaimanapun, masih ada penduduk di Satun yang pandai berbahasa Melayu seperti Kampung Guar, Kampung Kelubi, Kampung Tammalang dan Kampung Che Bilang. Rumah terbuka sempena hari raya turut diadakan di Kampung Che Bilang,” katanya
Sejarah menunjukkan Satun asalnya adalah sebahagian daripada wilayah Kedah, tetapi akhirnya bernaung di bawah pemerintahan Thailand selepas Perjanjian Inggeris Siam 1909 yang menyaksikan British menyerahkan wilayah terbabit kepada pemerintah negara jiran itu.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Sastera/20100309081236/Article/index_html |
|
|
|
|
|
|
|
Kampung Jiran kepada Kampung aku ,penduduknya semua boleh cakap Siam.Dan orang tua-tua kat situ mengakui mereka kebanyakkan menjadi buruan pihak berkuasa Thailand kerana terlibat dalam pertelingkahan dengan orang Thai.Ada yg lari ke Kedah sebab kes bunuh kat sana.Ramainya dari Chenak dan Singora. |
|
|
|
|
|
|
|
masjid hidayatuddiniyyah, kampong kohyai tumbon thungnui, daerah khuan kalong, wilayah Satun, Thailand
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaha, kedai mamak jual buku kat kodiang ni ada gak gambar dia, kedai haram jadah ni la halau aku masa aku curi2 baca komik kat depan kedai dia, kodukuthhhh punya mamaQue!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
mamak mcm tu, kdg2 aku masuk kedai buku nak la belek2 tgok buku, dia dtg dekat buat2 kemas buku la, sapu2 laa
-haram jadah punya mamaque |
|
|
|
|
|
|
|
siam panggey Perlis - Palit (ปะลิส) noo, apa makna palit ni ha?
haku check kt translet google x jumpak pong |
|
|
|
|
|
|
|
sebutan Siam utk perlis tu...
kalu dolu2 org panggey perlis jd kayang ja.
kedah ada la nama lama dia cakap Siam panggey Muang Sai. |
|
|
|
|
|
|
|
video ini pasai etnik2 di selatan China pd zaman porbakala sampai kini. orang yg buat video ini jgn risau, dia etnik Hmong. Bukan Korean pan-face yg budussss. Dia sebut Daic di situ, Daic merujuk kepada golongan penutur termasuklah bahasa Thai di Utara M'sia, Thailand n Laos. Bunyi Daic pon sikit2 nak sama lak mcm bunyi Dayak tp aku rs itu mungkin kebetulan sahaja :re:
|
|
|
|
|
|
|
|
Kampung Jiran kepada Kampung aku ,penduduknya semua boleh cakap Siam.Dan orang tua-tua kat situ meng ...
sayapghaib Post at 10-3-2010 16:57
yang aku tahu kat Chenak ada pantai.. canteknyaaa |
|
|
|
|
|
|
|
masa aku kerja kat selangor aku teruk kena racism dgn org jawa sana
-terang2 diorang ckp benci org ...
sekngucing Post at 25-10-2009 22:34
X pe...ang jgn igat sume orang Selangor camtu..kalau ang jumpe Bugis depa x macam tu...
Aku sendiri selalu kne racism ngan Jawe..tp aku kutuk balik dak Jawe ni..aku cakap depa ni mai Selangor pasai depa miskin melarat... Tanah Jawe byk kali kena masalah kegawatan ekonomi masa zaman Belanda..pasal tu depa pakat ramai2 dtg Selangor..kalau org Melayu kena serang dengan Belanda atau Portugis jangan harap depa nak mai tolong... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 249# sekngucing
Aku memang tak beli surat khabar kat kedai mamak..pasai mamak ramai x reti nk serve customer... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 2-6-2010 01:10
Cek nk tnya sikit..
Masa setahun lepas cek ada praktikal kat sebuah estate dekat Kemaman..kat sana ada ramai orang-orang Thailand (depa cakap pakai bahasa bunyi macam Thai)... Semua pekerja perempuan kat sana orang Thai pakai ic merah..yg cek pelik depa ni muslim... So cek igat depa ni orang-orang belah Selatan Thai la...
Ada sekali tu cek tanya la sorang pekerja ni tajuk satu lagu dalam drama bersiri Pheonix Blood.. Depa kata depa x paham..cek pon pelik la..depa kata depa x paham bahasa Thai belah Bangkok..depa kata depa ckap pakai bahasa Thai kampung...
So cek just ignore la pasai mungkin bahasa Thai byk dialek kot...
Ada sapa2 tahu tak depa ni pakai bahasa apa dan asal dari belah mana sebab depa sendiri tak tahu depa asal dari mana (derang cuma cakap asal thailand)...
Cek rasa depa bukan datang dari belah Yala, Narathiwat ngan Pattani sebab depa cakap Melayu slang Utara... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo bahasa siam kampung tu lebih kurang mcm bahasa siam yg orang2 melayu tua2 kt kampong2 kt kedah dok cakap la ...mungkin depa mai dari belah2 satun, songkhla, danok?? |
|
|
|
|
|
|
|
X pe...ang jgn igat sume orang Selangor camtu..kalau ang jumpe Bugis depa x macam tu...
Aku s ...
nobito Post at 2-6-2010 00:20
aku skola kat Langat pon kena macam gitu ler....
kat skolah rendah darjah 5-6 lepas balik dr Kedah ke S'ngor dolu asyik kena racism je ngan bebudak Jawa.
rs mcm kita lak pendatang, sapa yg pendatang sapa yg betol aku pon x tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Cek tak sangka pula rupa2nya wujud istilah siam kampung..ingatkan depa main reka-reka...
Cek memang syak depa mai dari belah satun, danok dll sebab ada sorang mandore tu orang Phuket..dia ni pandai cakap Thai kampong tapi bezanya dgn yg len sbb die pandai baca tulisan Thai dan cakap Thai Bangkok..sebabnya dia ni belajar sampai tamat sekolah kat Thailand... Lagi satu muka depa memang iras-iras muka orang Kedah...
Budak Lombok Indon tak boleh terima ada orang Melayu dekat Thailand..depa kata orang Thailand muka Cina.. Depa kata yang orang-orang Siam ni adalah Burma(Myanmar)...cek macam bengang gak ngan Indon yg buta pasai Melayu ni... Sebenarnya panggilan Burma memang tak boleh diterima oleh orang-orang Siam tu..sebab depa(Siam) kata orang Burma ni kafir lgpun depa ni memang Siam... Cek pon separuh mati igat depa ni Myanmar sebab depa tak tahu maksud tajuk lagu dlm drama Pheonix Blood... |
|
|
|
|
|
|
| |
|