CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abuzar

Golongan anti hadis = sesat

[Copy link]
Post time 28-8-2010 12:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 28-8-2010 12:40
dekat situ..saya dah bold kan..
Baru_Belajar Post at 28-8-2010 09:24

Abu Sa'id Khudri reported that Allah's Messenger (may peace be uponhim) said: Do not take down anything from me, and he who took down anything from me except the Qur'an, he should efface that and narrate from me, for there is no harm in it and he who attributed any falsehood to me-and Hammam said: I think he also said: "deliberately"-he should in fact find his abode in the Hell-Fire.

Salam...  terima kasih kerana bold kan...

Jika anda baca dengan teliti keseluruhan ayat tersebut, bunyinya macam ni:

1. Jangan tulis apa-apa dari ku ..... (yang ini merujuk menulis selain dari Al-Quran... ayat belum habis!)
2. dan sesiapa yang tulis sesuatu kecuali dari Al-Quran (yang ini merujuk menyampaikan hadith tanpa menerangkan yang disampaikan itu hadith)
3. patut padam DAN sampaikan dariku (apa-apa yang tidak dijelaskan sebagai hadith patut dipadam DAN diterangkan sebagai hadith - boleh tulis balik dengan penjelasan sebagai hadith)
4. sesungguhnya tiada kerosakan dalam berbuat demikian (yakni padam dan jelaskan balik ia adalah hadith - supaya JELAS itu adalah hadith bukannya ayat Al-Quran)

Hadith ini jelas menunjukkan pentingnya memastikan sesuatu yang disampaikan itu dari Nabi dan hadith mesti dibezakan dari ayat Al-Quran. Ia bukan bermaksud memadam hadith secara total. Larangan ini bertujuan untuk elakkan salah faham supaya Al-Quran dan Hadith tidak bercampur-aduk. Larangan ini juga bersifat sementara, kerana ayat-ayat Al-Quran cepat dihafal oleh ramai orang dalam masa yang singkat, maka kemudiannya tidak timbul lagi isu campur-aduk antara Al-Quran dan hadith

Wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 28-8-2010 02:42 PM | Show all posts
1. Jangan tulis apa-apa dari ku ..... (yang ini merujuk menulis selain dari Al-Quran... ayat belum habis!)
2. dan sesiapa yang tulis sesuatu kecuali dari Al-Quran (yang ini merujuk menyampaikan hadith tanpa menerangkan yang disampaikan itu hadith)
3. patut padam DAN sampaikan dariku (apa-apa yang tidak dijelaskan sebagai hadith patut dipadam DAN diterangkan sebagai hadith - boleh tulis balik dengan penjelasan sebagai hadith)
4. sesungguhnya tiada kerosakan dalam berbuat demikian (yakni padam dan jelaskan balik ia adalah hadith - supaya JELAS itu adalah hadith bukannya ayat Al-Quran)
mnm77 Post at 28-8-2010 12:37

Insya Allah betul lah tu..Wallahu a'lam..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 02:42 PM | Show all posts
bila saudari sebut bersiwak..dah automatik mengambarkan memberus gigi dengan kayu siwak..siwak tu bukan berus gigi..tapi kayu yang digunakan untuk memberus gigi..bila sebut bersiwak maksudnya perbuatan memberus gigi dengan kayu siwak..tak perlu pun nak cakap kayu uud ke kayu zaitun ke apa..kalau saudari sebut berus gigi baru lah umum..macam macam alat boleh guna untuk memberus gigi..berus gigi ke kayu siwak dan lain lain..tapi bila sebut bersiwak maksudnya berus dengan kayu siwak..

Bila sebut siwak saja minda terus kepada zaman Rasulullah ya..mmg lah zaman rasul sebut siwak, kayu siwak tu je la yg tergambar dalam kepala sebab belum ada lagi teknologi..sedangkan maksud siwak  tu penggunaan kayu siwak atau yang seumpama (seperti berus gigi pada zaman sekarang)dengannya bagi membersihkan gigi dan apa-apa yang berada disekitarnya seperti lidah dan gusi bagi menghilangkan kesan , bau makanan dan sebagainya yang mengubah bau mulut.

sebut berus gigi baru umum,maknanya gosok gigi yg sy letak dalam kurungan tu tak umum la?..ok la tak pe la sy mengalah,tak payah kecoh2,sebab bukan pokok utama perbahasan pun..

Cerita banyak pun tidak guna..Saudari ulas lah tentang hadith ini..Sebab hadith ini yang bermaksud macam tu..Bukan saya..

Abu Sa'id Khudri reported that Allah's Messenger (may peace be uponhim) said: Do not take down anything from me, and he who took down anything fromme except the Qur'an, he should efface that and narrate from me, for there is no harmin it and he who attributed any falsehood to me-and Hammam said: I think healso said: "deliberately"-he should in fact find his abode in the Hell-Fire.

Saya rasa cukuplah sampai sini..Saudari teruskan lah berbincang dengan sahabat yang lain..

Mudah-mudahan kita semua dikurniakan petunjuk dari Yang Maha Esa ke jalan yang benar..Amin..

Bila bab amalkan tidak mahu guna Hadis, tapi bila berhujjah,jadi berguna dan dipercayai pulak hadis...tak perlu la sy ulaskan sebab saudara mnm telah jelaskan tentang hal ini..

saya pun berdoa mudahan2 perbahasan kita menemui titik kebenaran dan mendapat hidayah daripada Allah S.W.T.Amin..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 03:09 PM | Show all posts
Bila bab amalkan tidak mahu guna Hadis, tapi bila berhujjah,jadi berguna dan dipercayai pulak hadis...tak perlu la sy ulaskan sebab saudara mnm telah jelaskan tentang hal ini..
nickname Post at 28-8-2010 14:42

cuba saudari ceritakan sikit..amalan apa yang saudari maksudkan kena guna hadith ini?amalan apa yang saudari buat dan saya tak buat sebab saya tidak percaya dengan karangan manusia??

berkaitan hadith sebagai hujah..saya tidak bermaksud pun untuk menjadikannya sebagai hujah..Tapi sekadar bertanya..Sebab ingin memahami pendapat golongan yang menyokong hadith berkaitan hadith hadith dan perkara-perkara yang saya kemukakan..Alhamdullillah MnM telah menjelaskan semua nya dan Alhamdulillah kebanyakan persoalan di kepala saya dah terjawab..

saya pun berdoa mudahan2 perbahasan kita menemui titik kebenaran dan mendapat hidayah daripada Allah S.W.T.Amin..
nickname Post at 28-8-2010 14:42

Tidak terlintas pun di fikiran saya untuk berbahas di sini..Apa yang saya lakukan sekadar untuk menambah pengetahuan saya sahaja..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 04:07 PM | Show all posts
salam BB...
cuba saudari ceritakan sikit..amalan apa yang saudari maksudkan kena guna hadith ini?amalan apa yang saudari buat dan saya tak buat sebab saya tidak percaya dengan karangan manusia??

berkaitan hadith sebagai hujah..saya tidak bermaksud pun untuk menjadikannya sebagai hujah..Tapi sekadar bertanya..Sebab ingin memahami pendapat golongan yang menyokong hadith berkaitan hadith hadith dan perkara-perkara yang saya kemukakan..Alhamdullillah MnM telah menjelaskan semua nya dan Alhamdulillah kebanyakan persoalan di kepala saya dah terjawab..

maafkan sy mungkin sy tersalah anggap,sebab ikut kefahaman sy sebelum ini anda mengikut sunnah nabi yg diperturunkan dari mulut ke mulut sahaja,tidak kepada hadis dalam kitab yg dikarang manusia,sy berpendapat yg awak dengar pun berkemungkinan punca asal dari kitab hadis juga wallahu aklam...

sy merujuk kepada al-Quran dan penjelasan dari hadis terutama yg berkaitan bab hukum hakam,kalau pun sy dengari atau belajar dari ustaz,sy memang pasti ustaz sy pun merujuk kepada kitab hadis karangan manusia jugak,sebab sy tengok sendiri buku2 yg digunakan semasa pembelajaran..

Tidak terlintas pun di fikiran saya untuk berbahas di sini..Apa yang saya lakukan sekadar untuk menambah pengetahuan saya sahaja..

perbahasan pada saya bukan maksud berbalah,tapi saling mengemukakan pendapat masing2,kalau tak sesuai tak apa lah kita tukar kepada perkataan lain,discuss atau perbincangan may be lebih tepat kan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 06:45 PM | Show all posts
salam BB...

maafkan sy mungkin sy tersalah anggap,sebab ikut kefahaman sy sebelum ini anda me ...
nickname Post at 28-8-2010 16:07

Saya tahu kewujudan golongan anti hadith yang mengamalkan sembahyang yang berlainan dari yang diamalkan orang lain..jumlah rakaatnya hanya 2..sembahyangnya pula hanya 3 waktu..dan berbagai-bagai lagi..tapi pada saya itu tidak perlu..sebab tuhan kata rukuklah bersama orang orang yang rukuk..tak kan lah tuhan tidak tahu suatu hari nanti waktu sembahyang akan salah dan sebagainya..sebab tuhan ni Maha Mengetahui..Kalau dia dah suruh rukuk bersama dengan orang yang rukuk..Insya Allah waktu, cara sembahyang dan lain-lain berkaitan sembahyang yang diamalkan orang kebanyakan adalah benar..sebab tu tuhan suruh rukuk bersama orang yang rukuk..

Mengenai bab hukum hakam itu..May be benda itu penting untuk saudari..Sebab tu saudari perlu rujuk dengan hadith untuk banyak perkara..Tapi untuk kehidupan macam saya semua itu tidak perlu..Saya gunakan pendekatan mudah sahaja..Semua yang ragu-ragu saya tinggalkan..

Mengenai perbincangan..Insya Allah itulah yang terbaik..kita berkongsi pandangan dan pendapat..Insya Allah kita akan sama-sama belajar sesuatu yang baru..Dan perbincangan ini pun akan dijauhi iblis..tapi kalau kita berbahas..iblis memang suka sebab iblis senang untuk menganggu kita..dengan menyuntik rasa nak menang, siapa lebih pandai, ego dan sebagainya..

Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang mendapat petunjuk dari tuhan..itu yang terbaik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2010 08:53 AM | Show all posts

saya juga umat nabi muhammad sebagaimana umat yang hidup sezaman dengan baginda,kalau mereka taat mengamalkan amal ibadat mengikut apa yg diajarkan dan diperincikan oleh Rasul melalui kitab Allah,kenapa tidak saya melakukan serupa juga.Sudah ada asas yg nabi ajar kenapa nak pening2 kepala tukar cara mengikut kefahaman sendiri terhadap al-Quran dengar menyandarkan alasan Allah lebih mengetahui.sedangkan yg paling Arif tentang al-Quran adalah Allah dan Rasulnya.Kami diajarkan untuk menerima kemudahan2 yg Allah berikan tetapi tidak mempermudah2kan kewajipan yg Allah tetapkan.saya tidak mempertikaikan jika ia berkaitan ibadat sunat,masing2 atas pilihan masing,tapi dah ketetapan solat 5 waktu kenapa tidak mahu terima.

Kalau kita guna Alasan Allah maha mengetahui..takkan lah Allah tak tahu yg perbuatan tentang atau hadis rasulullah akan sampai kepada kita melalui usaha org yg memelihara agama..ulama kan pewaris nabi.Allah kan sebaik2 perencana,Dia yg memerintahkan kita taat kepada Rasul dan Dia lebih mengetahui perkara yg telah dan akan berlaku..

hukum hakam ada yg pokok dan cabang-cabangnya..semakin berkembang dunia,semakin banyak cabang2nya,yang mana kita sendiri tidak terlepas darinya.Bab ikhtilaf ulama,kat situ lah peranan untuk kita berfikir untuk menerima atau menolak..saya bagi contoh Allah mengharamkan penipuan timbangan dalam jual beli..adakah kita menerima penipuan timbangan sahaja,jika penipuan disudut lain kita menghalalkan sebab tidak disebutkan..minta maaf ini contoh yg saya datangkan sendiri,berdasarkan kefahaman,sy belum merujuk lagi kepada ayat al-Quran,sebab nak cepat ada urusan..kalau silap anda atau orang lain betulkan saya..

ok ya semoga perbincangan kita membawa manfaat dan diberikan hidayah oleh Allah S.W.T..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 11:57 AM | Show all posts
salam Nickname,

Sorry lah lambat sangat nak jawab soalan sdri. Sibuk sangat sampai tak cukup masa.
Saya buat dlm MS Words dan cut & paste kt sini kalau ianya berterabur minta maaf la..

Cuba jelaskan kepada saya bagaimana cara mentaati Rasul dengan menolak perkhabaran/ajaranyang datang dari baginda?

Disini kita kena bezakan tugas Muhammad sebagai Rasul dan tugas nya
sebagai Nabi.
Perkabaran/wahyu yg dibawanya sebagai Rasul terkandung didalam Al-Quran.
Ini yg mesti kita patuhi dan taati tanpa soal.
Apa2 yg diluar Quran itu bukan dari Rasul.

Sebagai seorang Nabi, Muhammad menjadi ketua kommunitinya.
Dia mengajar pengikutnya. Dia dirujuk untok pelbagai perkara termasuk
menjadi hakim jika berlaku perbalahan dan keputusannya mesti dipatuhi.
Kesemua keputasan yg Nabi buat berpandukan Al-Quran.

Q5:49  dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.
       
Nabi juga memimpin tentera Islam didalam peperangan.

Q8:65  Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin itu untuk berperang.

Dan tugas utama seorang Nabi seperti dibawah.

Q33:45  Hai Nabi sesungguhnya kami mengutusmu untuk menjadi saksi, dan pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan,       

Sebagai Nabi, Muhammad diberi peringatan.

Q33:1  Hai Nabi, bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik…..

Sebagai Nabi, Muhammad melakukan dosa.

Q48:2  supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang……

Maaf kena guna terjemahan org putih. Bagi makna lebih clear skit.
Ayat dibawah ini menyuruh orang2 beriman supaya tidak mengikut
Nabi membabi-buta sekiranya apa yg disuruhnya adalah tidak betul.

Q60:12   O Prophet! If believing women come unto thee, taking oath of allegiance unto thee that they will ascribe nothing as partner unto Allah, and will neither steal nor commit adultery nor kill their children, nor produce any lie that they have devised between their hands and feet, nor disobey thee in what is right,

Memang benarlah ayat al-Quran ada yg muhkamat danmutashabihat

Kita berdua setuju bahawa ayat “Taat Allah Taat Rasul” adalah ayat yg jelas dan bukan dari ayat2 mutashabihat. Dan sy telah jelaskan dengan mengunakan ayat2 Al-Quran apa maksud “Taat Rasul” itu.
Disini saya ingin pelawa sdri supaya datangkan sepotong ayat Al-Quran dimana Allah menyebut dengan jelas “Taat Rasul” bererti “Taat kepada Hadith Nabi.”

sy akan sambung lagi..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 31-8-2010 12:14 PM | Show all posts
smbungan.....

peranan rasul sama seperti posmen

Mana bolih sdri samakan Rasul dengan posmen. Ini satu penghinaan.
Posmen tak terima surat dari tuhan dan dia tak tahu apa isi kandungannya.
Sebaliknya rasul terima wahyu direct dari  tuhan dan diajar membacanya.

Q75:17  Sesungguhnya atas tanggungan Kami-lah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya.

Q75:18  Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu.

Siapa yg menerang, menghurai dan memperincikan al-Qur’an?

Tuhan menegaskan bahawa dia lah yg akan memperjelaskan ayat2nya.

Q75:19  Kemudian, sesungguhnya atas tanggungan Kami-lah penjelasannya
Q75:19   and then, behold, it will be for Us to make its meaning clear.

Bagaimana kah Tuhan memperjelaskan Quran kepada kita? Satu2nya hubungan kita dengan Tuhan adalah melalui kitabnya. Jadi penjelasannya akan datang melalui Qurannya.
Quran dengan itu adalah  sebuah kitab yg memperjelaskan dirinya sendiri.
Apa yg kurang jelas disatu ayat akan diperjelaskan pada ayat yg lain.
Apa yg ringkas disatu surah akan diperincikan disurah yg lain. Kita hanya perlu membacanya dengan bersabar.

Dan ada yg mengatakan kita tidak bolih faham Al-Quran tanpa penjelasan dari Hadith?  Adakah ini benar?

Q2:99  "Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas;

Q2:159  Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan yang jelas dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab,

Q2:242  Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum-Nya) supaya kamu memahaminya
Q2:242  In this way God makes clear unto you His messages, so that you might learn to use your reason.

Allah juga mengatakan bahawa Qurannya sunggoh mudah untok dipelajari.

Q54:17  Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?

Dan bagi menegaskan yg Quran ini mudah, Allah telah mengulanggi ayat diatas sebanyak 4 kali. (Q54:17, 22, 32 dan 40)

Dan jika itu tidak mencukupi Allah juga bersupah;

Q43:2  Demi Kitab (Al Qur'an) yang menerangkan
Q43:2  By the Book that makes things clear,-

Q44:2 Demi Kitab (Al Qur'an) yang menjelaskan,

Disini kita dapati Allah berulang2 kali mengatakan Qurannya terang, jelas dan mudah dipelajari dan difahami, sebaliknya kita ada manusia2 yg mengatakan kita tidak bolih faham tanpa hadith.

Deretan orang menyampaikan hadith bukanlah bukti dan jaminkan kesahihannya. Sedangkan Nabi lagi buat kesilapan ini kan pula orang2 yg tak tentu dari mana datangnya.

Tugas sy hanya menyampaikan.
Terpulanglah siapa sdri nak percaya, Allah ataupun hadith.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 08:52 AM | Show all posts
Reply 248# ramsys

salam ramsys....

ini adalah reply sy yg terakhir insyaallah,tak ada lagi reply sy buat awak,tak perlu ada diskusi lagi antara sy dan awak..tak perlu sy jelaskan lagi, posting awak cukup menjelaskan segala-galanya,dari awal lagi sy dapat menangkap motif sebenar awak..hanya awak dan Allah tahu apa yg telah lakukan..

"lakum diinukum wa li yadiin"..

nasihat saya..
bila awak lapang cuba tutupkan mulut dan hidung awak..agak2 dah nazak cuba fikirkan sekali lagi siapakah kamu di sisi yg memberikan nafas untuk bernyawa sehinggakan kamu sanggup mengubah ayat2 Allah kerana nafsu sendiri,..tak perlu lah jelaskan dalam B.Inggeris segala,kerana lebih dari itu Allah mengetahui..

Maaf kena guna terjemahan org putih. Bagi makna lebih clear skit.
Ayat dibawah ini menyuruh orang2 beriman supaya tidak mengikut
Nabi membabi-buta sekiranya apa yg disuruhnya adalah tidak betul.

Q60:12   O Prophet! If believing women come unto thee, taking oath of allegiance unto thee that they will ascribe nothing as partner unto Allah, and will neither steal nor commit adultery nor kill their children, nor produce any lie that they have devised between their hands and feet, nor disobey thee in what is right,

terjemahan sebenar :

Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahwa mereka tiada akan menyekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Al mumtahanah :12

Amat nyata penyelewengan yg kamu lakukan!semoga Allah memberikan hidayah..amin.

wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 01:42 PM | Show all posts
salam Nickname,

sehinggakan kamu sanggup mengubah ayat2 Allah kerana nafsu sendiri,

Walaupun sdri x nak baca pun x apa tapi sy tetap kena membela diri sy.
Sy tak pernah mengubah ayat2 Allah. Kalau sdri nak fitnah sy apa bolih sy buat.
Ayat bahasa Ingris tu sy petik dari terjemahan Al-Quran olih Mohammed Marmaduke Pickthal. Kalau benarlah ayat2 tu sudah diubah maka yg mengubahnya adalah  Penterjemahnya bukan sy.

Walaubagai manapun mari kita buat perbandinan antara ayat bahasa Ingris dan bahasa Melayu yg sdri sertakan.

Q60:12.......nor disobey thee in what is right,......

Q60:12.......tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik,.....

kalau kita perhatikan ayat diatas ianya x ada banyak perbezaan kecuali:-
Ingris: what is right: kalau sy terjemahkan menjadi : apa yg betul.
berbanding dengan bahasa Melayu: urusan yg baik.

Ayat ini Allah meletakkan condition bahawa selagi ianya betul mak kita perlulah mematuhinya. itu saja.
Dan sy tengok tak ada bezanya dengan bahasa Melayu. Kalau urusan itu baik kita mesti patuhi. Tetapi kalau urusan itu x baik maka kita x harus ikutnya.

Adakah salah apa yg sy katakan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 10:07 AM | Show all posts
tu baru terjemahannya
dah berbalah dah
cuba cuba lah buka mata hati tuuuuuuu
renung renungkan bersama
MANA YANG LEBIH BAIK......
kan itu JUGAK PERINTAHNYA
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 01:39 PM | Show all posts
salam,

sy pasti kita semua disini bukan nak cari glamer atau nak tunjuk jagoh ataupun nak tenggok siapa menang siapa kalah.
Tujuan kita semua adalah untok mencari kebenaran. Kita bolih berdiskusi secara ilmiah dan secara orang dewasa. x payah nak cerca maki hamun dll.
Kalau sy salah..tolong tunjuk dimana sy salah. Datangkan dalil/nas dari Quran sy bolih terima.
Tapi janganlah sampai nak fitnah sy mengubah ayat2 Allah.
Itu dosa besar.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 11:44 AM | Show all posts
Q60:12.......nor disobey thee in what is right,......
Q60:12.......tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik,.....

kalau kita perhatikan ayat diatas ianya x ada banyak perbezaan kecuali:-
Ingris: what is right: kalau sy terjemahkan menjadi : apa yg betul.
berbanding dengan bahasa Melayu: urusan yg baik.

Ayat ini Allah meletakkan condition bahawa selagi ianya betul mak kita perlulah mematuhinya. itu saja.
Dan sy tengok tak ada bezanya dengan bahasa Melayu. Kalau urusan itu baik kita mesti patuhi. Tetapi kalau urusan itu x baik maka kita x harus ikutnya.
ramsys Post at 1-9-2010 13:42

Salam...

Saya tidak bersetuju dengan kesimpulan dari Ramsys di atas. Ayat tersebut merujuk kepada antara SYARAT-SYARAT untuk POHON KEAMPUNAN kepada PEREMPUAN-PEREMPUAN yang datang kepada Nabi untuk beriman dan bai'at (janji setia).

Ayat penuh:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ إِذَا جَآءَكَ ٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ يُبَايِعۡنَكَ عَلَىٰٓ أَن لَّا يُشۡرِكۡنَ بِٱللَّهِ شَيۡـًٔ۬ا وَلَا يَسۡرِقۡنَ وَلَا يَزۡنِينَ وَلَا يَقۡتُلۡنَ أَوۡلَـٰدَهُنَّ وَلَا يَأۡتِينَ بِبُهۡتَـٰنٍ۬ يَفۡتَرِينَهُ ۥ بَيۡنَ أَيۡدِيہِنَّ وَأَرۡجُلِهِنَّ وَلَا يَعۡصِينَكَ فِى مَعۡرُوفٍ۬‌ۙ فَبَايِعۡهُنَّ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُنَّ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬
(Al-Mumtahinah, 12)

......dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan MA'ARUF (yang baik), maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah keampunan kepada Allah untuk mereka......

Dari ayat di atas, syarat-syarat yang diletakkan oleh Allah untuk perempuan yang datang kepada Nabi:
1. Tidak akan mempersekutukan sesuatupun dengan Allah
2. Tidak akan mencuri,
3. Tidak akan berzina,
4. Tidak akan membunuh anak-anaknya
5. Tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka, dan
6. Tidak akan menderhakai Nabi dalam urusan MA'ARUF

Menunjukkan bahawa Nabi SENTIASA berbuat MA'ARUF, dan dalam urusan ma'aruf itu mereka (perempuan-perempuan yang datang kepada Nabi) hendaklah taat. Sekiranya mereka derhaka, maka GUGUR syarat untuk pohon keampunan bagi mereka. Ayat tersebut bukannya bermakna Nabi ada buat yang tak ma'aruf juga supaya kita boleh derhaka kepada Nabi.

Nabi TIDAK pernah menyuruh kepada yang bukan ma'aruf.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 10:42 PM | Show all posts
salam,

Sy tahu agak susah kamu nak menerima penjelasan sy, jadi sy sertakan tafsiran ayat tersebut. Sy hanya ada tafsiran dalam bahasa Ingeris jadi sy harap ianya memadai.

The meaning of the Quran by Sayyid Abul Ala Maududi. Q60:12
That obedience even to the Holy Prophet (upon whom be Allah s peace) has been restricted to "in what is good", although about the Holy Prophet no one could imagine that he would order somebody to do an evil From this it automatically follows that no one in the world can be obeyed outside the bounds of Divine law. For when obedience to Allah's Messenger-himself is conditional upon "in what is good". who else can have a position to demand unconditional obedience and require the people to obey and follow each of his commands laws, rules or customs, which are opposed to the law of Allah? The Holy Prophet (upon whom be Allah's peace) has stated this principle, thus: "There is no obedience in the disobedience of Allah; obedience is only in what is good and right."

Imam Abu Bakr al-Jassas writes:
"Allah knew that His Prophet never enjoined anything but what was good. Still He restricted obedience to him only in what is good, (Ahkam al-Qur an).

'Allama Alusi says:
"This command refutes the view of those ignorant people who think that obedience to the ruler is absolutely necessary. Allah has restricted even obedience to His Messenger only in what is good, whereas the Messenger never enjoins anything but what is good. This is meant to warn the people that obedience to no one is lawful in disobedience to the Creator. " (Ruh al-Ma ani).

Walaupun kita tahu Nabi tidak akan menyuruh kearah yg bukan ma'aruf tetapi Tuhan sendiri yg telah meletakkan kritiria untok mentaati Nabi selagi ianya ma'aruf.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 10:05 AM | Show all posts
Walaupun kita tahu Nabi tidak akan menyuruh kearah yg bukan ma'aruf tetapi Tuhan sendiri yg telah meletakkan kritiria untok mentaati Nabi selagi ianya ma'aruf.
ramsys Post at 4-11-2010 22:42

Salaam....

Menurut kontek ayat tersebut, tetaatan selagi ianya ma'aruf itu merujuk kepada antara SYARAT-SYARAT untuk POHON KEAMPUNAN kepada PEREMPUAN-PEREMPUAN yang datang kepada Nabi untuk beriman dan bai'at (janji setia). Dan, kita juga faham bahawa Nabi tidak akan menyuruh kepada yang tidak baik.

Bagi perempuan-perempuan tersebut, dalam urusan ma'aruf, tiada kompromi untuk langgar perintah Nabi.
Dalam urusan yang TIADA KAITAN dengan perintah ma'aruf (BUKAN ke arah yang tidak baik), seperti perintah yang diberi pilihan dari Nabi, samada nak buat atau tidak buat, ia bukanlah termasuk dalam urusan ma'aruf.

Keumuman akhlaq Nabi disebut Allah dalam Surah Al-Qalam ayat 4:
Dan sesungguhnya kamu benar-benar berpekerti (akhlaq) agung

Sesuai dengan sifat Nabi yang tidak akan menyuruh kepada sesuatu yang tidak baik. Akhlaq Aqung ( خُلُقٍ عَظِيمٍ۬ ) merupakan satu PENGI'TIRAFAN dari Allah, tentang AKHLAQ NABI yang sangat TINGGI/MULIA.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 11-11-2010 10:50 PM | Show all posts
salam,

Menurut kontek ayat tersebut, tetaatan selagi ianya ma'aruf itu merujuk kepada antara SYARAT-SYARAT untuk POHON KEAMPUNAN kepada PEREMPUAN-PEREMPUAN yang datang kepada Nabi untuk beriman dan bai'at (janji setia). Dan, kita juga faham bahawa Nabi tidak akan menyuruh kepada yang tidak baik.
…….Bagi perempuan-perempuan tersebut, dalam urusan ma'aruf, tiada kompromi untuk langgar perintah Nabi….

Sy setuju dengan apa yg kamu katakan kerana ianya memang tepat sekali dengan ayat Q60:12. Dan juga ianya amat selari dengan apa yg di tafsirkan olih pakar2/ahli2 tafsir dibawah ini.

Q60:12…..dan tidak pula mendurhakai engkau tentang yg ma’aruf,….

Q60:12 (Pickhall) ….nor disobey thee in what is right,…….

The meaning of the Quran by Sayyid Abul Ala Maududi. Q60:12
That obedience even to the Holy Prophet (upon whom be Allah s peace) has been restricted to "in what is good",

Imam Abu Bakr al-Jassas writes:
"Allah knew that His Prophet never enjoined anything but what was good. Still He restricted obedience to him only in what is good, (Ahkam al-Qur an).

Allama Alusi says:
Allah has restricted even obedience to His Messenger only in what is good,

Ayat Q60:12 dan tafsiran yg dibuat olih 3 pakar tafsir menyatakan selagi perkara yg disuruh itu ma’aruf/baik ianya mesti dipatuhi. Cumanya kamu tak setuju bila sy kaitkan ketaatan pada Nabi TERHAD kepada yg ma’aruf  sahaja. Jika kamu baca ayat tersebut dengan betul serta tafsiran yg dibuat olih pakar2 tafsir, memang itulah yg ditetapkan olih Allah.

Jika ini bukan makna sebenar ayat tersebut sy minta mnm77 buktikan  tafsiran yg dibuat olih Sy. Maududi, Imam Abu Bakr dan Allama Alusi itu SALAH.

Dalam urusan yang TIADA KAITAN dengan perintah ma'aruf (BUKAN ke arah yang tidak baik), seperti perintah yang diberi pilihan dari Nabi, samada nak buat atau tidak buat, ia bukanlah termasuk dalam urusan ma'aruf….

Yg ini tidak ada disebut didalam ayat Q60:12. Ianya andaian dan pendapat kamu sahaja.

……merupakan satu PENGI'TIRAFAN dari Allah, tentang AKHLAQ NABI yang sangat TINGGI/MULIA……..

Apa kaitan akhlak Nabi dengan ketetapan Allah? Adakah kerana akhlak Nabi,  Allah tidak bolih menetapkan ketetapannya?

Akhlak Nabi, sebelum  Muhammad  diangkat menjadi Nabi dan Rasul lagi sudah di iktiraf olih kafir Quraish. Muhammad selalu dirujuk untok menyelesaikan perbalahan mereka. Tapi bila Muhammad menjadi Nabi dan Rasul bukan setakat akhlaknya sahaja yg perlu dicontohi  tetapi semua  percakapannya, ajarannya  dan arahannya mesti diikut.

Menurut mm77 kerana akhlak Nabi yg tinggi maka Nabi tidak akan menyeru kepada yg bukan ma'aruf.
Muhammad sebagai manusia  biasa ada membuat kesilapan. Justeru ayat Q60:12. Sy diingatkan didalam Quran ada beberapa kali Tuhan telah menegur dan memperbetulkan Nabi diatas kesilapannya.

…..Keumuman akhlaq Nabi disebut Allah dalam Surah Al-Qalam ayat 4:
Dan sesungguhnya kamu benar-benar berpekerti (akhlaq) agung………

Dalam kontek ayat Q68:4, kita mesti melihat sama ada PENGIKTIRAFAN AKHLAK NABI  dari Allah itu merupakan PENGIKTIRAFAN secara KHUSUS  ataupun TOTAL.

Surah Al-Qalam:- Q68:1-6
Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orang gila. Dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putusnya. Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. Maka kelak kamu akan melihat dan mereka (orang-orang kafir) pun akan melihat, siapa di antara kamu yang gila.

Ayat diatas menceritakan ketika Nabi menyampaikan dakwahnya,  orang2 kafir Quraish telah mengelar Nabi sebagai orang gila. Dalam ayat ini Allah telah menegaskan bahawa Nabi tidak gila. Malahan Allah mengatakan Nabi berakhlak tinggi. Apa  Allah ingin katakan kepada orang2 kafir Quraish ialah adakah orang yg gila pada masa yg sama mempunyai akhlak yg tinggi? Ini adalah sesuatu yg mustahil. Orang gila sudah pasti tidak akan mempunyai ahklak yg tinggi.

Pengiktirafan ini adalah bersifat KHUSUS  dan BUKAN TOTAL.  

Sekiranya pengiktirafan ini adalah secara TOTAL,  ianya mesti KONSISTEN. Ayat  Q68:4 tidak bolih bercanggah dengan ayat2 yg lain. Sebaliknya kita dapati didalam ayat Q80:1-11, Allah telah menegur akhlak Nabi apabila Nabi bermuka masam dan berpaling dari seorang buta.

Q80:1-11
Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,  telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman). Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran), sedang ia takut kepada (Allah), maka kamu mengabaikannya. Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan,

Disini kita dapati Q68:4 Allah mengatakan Nabi berakhlak tinggi dan pada Q80:1-11 Allah telah menegur akhlak Nabi. Sekiranya pengiktirafan ini adalah secara TOTAL bererti ayat2 Allah tidak KONSISTEN. Ini adalah sesuatu yg mustahil. Olih kerana ayat2 Allah mesti KONSISTEN maka pengiktirafan akhlak Nabi dalam Q68:4 adalah bersifat KHUSUS pada ayat tersebut sahaja.

salamun 'alaikum (Q6:54)
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 10:21 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 12-11-2010 10:26
Jika ini bukan makna sebenar ayat tersebut sy minta mnm77 buktikan  tafsiran yg dibuat olih Sy. Maududi, Imam Abu Bakr dan Allama Alusi itu SALAH.
ramsys Post at 11-11-2010 22:50

Salam...

Saya tidak kata mereka buat tafsiran yang salah pun. Tafsiran adalah huraian kepada maksud ayat, dan tidak semestinya sedikit perbezaan dalam huraian menunjukkan percanggahan. Umumnya, semua tafsir tersebut setuju NABI hanya mengajak kepada yang ma'aruf. Tiada pun tafsir itu kata Nabi mengajak kepada yang bukan ma'aruf. Yang disebutkan taat kepada yang ma'aruf itu menunjukkan PENTINGNYA dan tiada kompromi untuk derhaka dalam urusan ma'aruf.
   
Apa kaitan akhlak Nabi dengan ketetapan Allah? Adakah kerana akhlak Nabi,  Allah tidak bolih menetapkan ketetapannya?

Allah Berhak menentukan apa saja. Bukan itu yang dipertikaikan. Allah sendiri I'tiraf akhlak Nabi, menunjukkan Nabi itu manusia berakhlak agung yang TIDAK akan memerintahkan (SECARA SENGAJA) kepada yang tidak baik.

Menurut mm77 kerana akhlak Nabi yg tinggi maka Nabi tidak akan menyeru kepada yg bukan ma'aruf.
Muhammad sebagai manusia  biasa ada membuat kesilapan. Justeru ayat Q60:12. Sy diingatkan didalam Quran ada beberapa kali Tuhan telah menegur dan memperbetulkan Nabi diatas kesilapannya.

Adakah kamu membangkitkan isu 'kesilapan Nabi' untuk menunjukkan Nabi itu tidak berakhlak agung?

Nabi tidak melakukan kesilapan secara sengaja ke arah yang tidak baik.
Q80:1-11
Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,  telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman). Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran), sedang ia takut kepada (Allah), maka kamu mengabaikannya. Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan,

Disini kita dapati Q68:4 Allah mengatakan Nabi berakhlak tinggi dan pada Q80:1-11 Allah telah menegur akhlak Nabi. Sekiranya pengiktirafan ini adalah secara TOTAL bererti ayat2 Allah tidak KONSISTEN. Ini adalah sesuatu yg mustahil. Olih kerana ayat2 Allah mesti KONSISTEN maka pengiktirafan akhlak Nabi dalam Q68:4 adalah bersifat KHUSUS pada ayat tersebut sahaja.

Ayat di atas merupakan teguran Allah kepada Nabi dalam berdakwah. Sesungguhnya Allah TAHU siapa yang diberi HIDAYAH, dan SIAPA yang TIDAK diberi HIDAYAH. Nabi hanya menyampaikan risalah dan berdakwah. Nabi bukannya membuat kesilapan mengajak kepada yang tidak baik.

Nabi tetap berpekerti Agung dalam semua hal. Dalam ayat di atas, pada awalnya Nabi berdakwah kepada para pembesar Quraish. Disebabkan oleh Nabi berakhlak agung, maka sekecil-kecil perkara dalam berdakwah pun ditegur Allah, dan Allah Maha Mengetahui siapa yang berkehendakkan Hidayah dan siapa yang tidak mahu Hidayah. Nabi tidak tahu perkara Ghaib melainkan apa yang disampaikan kepadanya.
Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? (merujuk kepada orang buta itu)
Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya. (merujuk kepada pembesar Quraish)

Hidayah hanya di Tangan Allah. Itulah yang kita mesti ambil contoh teladan dari peristiwa di atas. Bukan untuk memperkecilkan akhlak Nabi.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2010 07:14 PM | Show all posts
salam,

…..Allah Berhak menentukan apa saja. Bukan itu yang dipertikaikan. Allah sendiri I'tiraf akhlak Nabi, menunjukkan Nabi itu manusia berakhlak agung yang TIDAK akan memerintahkan (SECARA SENGAJA) kepada yang tidak baik….

Dari awal perbincangan mengenai ayat Q60:12  sy nyatakan bahawa melalui ayat tersebut Allah telah menetapkan bahawa ketaatan kepada Nabi TERHAD kepada yg ma’aruf sahaja.

Q60:12…..dan tidak pula mendurhakai engkau tentang yg ma’aruf,….

Q60:12(Pickhall) ….nor disobey thee in what is right,…….

Dan sy sertakan tafsiran dari 3 pakar tafsir yg seperti berikut:-
(Sy tak tahu sama ada kamu faham bahasa Ingeris atau pun sengaja buat tak tahu tapi untok kepastian sy terjemahkan ke bahasa Melayu).

The meaning of the Quran by Sayyid Abul Ala Maududi. Q60:12
That obedience even to the Holy Prophet (upon whom be Allah s peace) has been restricted to "in what is good",
Iaitu ketaatan sekalipun kepada Nabi (s.a.w.) telah di HADKAN kepada “apa yg baik”,

Imam Abu Bakr al-Jassas writes:
"Allah knew that His Prophet never enjoined anything but what was good. Still He restricted obedience to him only in what is good, (Ahkam al-Qur an).
“Allah tahu bahawa Nabinya tidak akan mengarahkan apa2 kecuali yg baik. Tetapi Dia masih juga MENGHADKAN ketaatan kepadanya  didalam apa  yg baik sahaja,

Allama Alusi says:
Allah has restricted even obedience to His Messenger only in what is good,
Allah telah MENGHADKAN ketaatan sekalipun kepada Nabinya hanya kepada yg baik sahaja.

Soal sama ada Nabi memerintah kepada yg ma’aruf ataupun tidak itu bukan apa yg dimaksudkan olih ayat Q60:12 dan soal akhlak Nabi juga tidak ada di sebut dalam ayat Q60:12.

Tuhan melalui ayat Q60:12 menyatakan bahawa ketaatan kepada Nabi TERHAD kepada yg ma’aruf sahaja. Inilah ketetapan yg Allah perintahkan.

Ketiga tiga pakar tafsir mengatakan bahawa ketaatan kepada Nabi juga TERHAD kepada yg ma’aruf sahaja.

Cuma kamu saja yg tidak dapat menerima hakikatnya bahawa ketaatan kepada nabi TERHAD kepada apa yg ma’aruf sahaja.

….Nabi tidak melakukan kesilapan secara sengaja ke arah yang tidak baik. ……

Ini alasan kamu sahaja. Tunjukkan bukti ayat Quran yg menyatakan Nabi melakannya dengan tidak sengaja.

Q80:1-11
Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,  telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman). Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran), sedang ia takut kepada (Allah), maka kamu mengabaikannya. Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan,

….Ayat di atas merupakan teguran Allah kepada Nabi dalam berdakwah. Sesungguhnya Allah TAHU siapa yang diberi HIDAYAH, dan SIAPA yang TIDAK diberi HIDAYAH. Nabi hanya menyampaikan risalah dan berdakwah. Nabi bukannya membuat kesilapan mengajak kepada yang tidak baik……

Ayat Q80:1-11 diturunkan bukan kerana menegur Nabi pasal dakwahnya. Dan ayat2 ini juga tidak diturunkan kerana nak tahu siapa yg diberi hidayah atau pun tidak.Dan ayat ini juga tidak diturunkan untok menegur Nabi membuat kesilapan mengajak kepada yg tidak baik. Tidak adapun.
Ayat ini khusus diturunkan untok menegur (akhlak) Nabi yg  bermasam muka dan berpaling daripada seorang buta yg datang kepadanya.

Sy sertakan disini ringkasan yg dibuat olih Prof. Dr.H. Mahmud Yunus didalam Tafsir Quran beliau:-
Sebab itu Nabi merasa benci kerana percakapannya diganggu olih orang tua buta itu, lalu ia bermuka masam dan berpaling dari padanya. Olih sebab itu turunlah ayat2 tersebut sebagai melarang Nabi berbuat demikian.

Ringkasan yg dibuat olih Sy. Maududi didalam tafsirnya:-
At that very point, a blind man, named Ibn Umm Maktum, approached him to seek explanation of some point concerning Islam. The Holy Prophet (upon whom be peace) disliked his interruption and ignored him. Thereupon Allah sent down this Surah.

Kedua dua pakar tafsir diatas menyatakan bahawa ayat Q80:1-11 diturunkan bagi menegur kelakuan/akhlak Nabi terhadap seorang tua yg buta.
Dan jika kita lihat pada akhir ayat2 tersebut iaitu:-

Q80:8 Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran),
Q80:9 sedang ia takut kepada (Allah),
Q80:10  maka kamu mengabaikannya.
Q80:11 Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan,

Diayat Q80:11 Allah mengingatkan Nabi supaya jangan mengulangngi perbuatan itu lagi.
Inilah cara Allah menegur dan memperbetulkan kesalahan Nabi. Jika tidak, perbuatan Nabi itu bolih diangapkan sebagai perbuatan yg diterima olih Allah dan kita sebagai pengikutnya bolih berbuat demikian juga. Adakah  akhlak Nabi yg begitu yg Allah hendak kita ikuti?

Memang susah bagi kamu untok menerima kenyataan bahawa Nabi sebagai manusia biasa ada melakukkan kesalahan dan kesilapan. Ini kerana guru2 dan ustaz2 telah mengajar kita bahawa Nabi itu maksum. Tidak melakukan kesalahan dan dosa. Tapi bila Quran menunjukkan Nabi  ada membuat kesalahan kita tidak bolih menerimanya. Kita adakan alasan seperti “Nabi lakukan dengan tidak sengaja” dan “itu hanya kesalahan yg kecil” bagi menidakkan kebenaran Quran itu sendiri.

Olih kerana kamu tidak bolih menerima hakikat yg Nabi sebagai manusia biasa ada berbuat kesalahan, sy ingin meminta kepada kamu untok menunjukkan kepada sy  ayat Quran dimana Allah mengatakan Nabi itu maksum, tidak melakukan kesalahan. Tolong tunjukkan kepada sy.

Dan sy juga diingatkan olih Quran:-
Q48:2  (Prof Dr. Mahmud Yunus) supaya Allah mengampuni dosamu yang telah lalu dan yang kemudian, dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu dan menunjuki mu kejalan yang lurus,

Apakah tujuan tuhan menurunkan ayat Q48:2?? Apakah tuhan tidak tahu yg Nabi itu maksum??

Kesemua ayat2 Allah mengandungi Hikmah dan Pengajaran. Kita perlu mencari apakah tujuan dan pengajaran ayat2 itu untok kita.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 11:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 22-11-2010 11:06
Ini alasan kamu sahaja. Tunjukkan bukti ayat Quran yg menyatakan Nabi melakannya dengan tidak sengaja.

ramsys Post at 21-11-2010 19:14

Salam...

Itu hanya alasan kamu sahaja. Tidak dinyatakan dalam Al-Quran Nabi membuat maksiat/perintah kepada yang tidak mak'ruf. Tunjukkan bukti Nabi melakukan kesalahan yang sengaja/maksiat?

Kesalahan yang sengaja (maksiat) dan tidak tahu perkara yang GHAIB adalah dua perkara yang berbeda

Diayat Q80:11 Allah mengingatkan Nabi supaya jangan mengulangngi perbuatan itu lagi.
Inilah cara Allah menegur dan memperbetulkan kesalahan Nabi. Jika tidak, perbuatan Nabi itu bolih diangapkan sebagai perbuatan yg diterima olih Allah dan kita sebagai pengikutnya bolih berbuat demikian juga. Adakah  akhlak Nabi yg begitu yg Allah hendak kita ikuti?

Itu bukan satu kesalahan yang sengaja atau maksiat. BUKTIKAN!
Kesalahan yang sengaja (maksiat) dan tidak tahu perkara yang GHAIB adalah dua perkara yang berbeda

Memang susah bagi kamu untok menerima kenyataan bahawa Nabi sebagai manusia biasa ada melakukkan kesalahan dan kesilapan. Ini kerana guru2 dan ustaz2 telah mengajar kita bahawa Nabi itu maksum. Tidak melakukan kesalahan dan dosa. Tapi bila Quran menunjukkan Nabi  ada membuat kesalahan kita tidak bolih menerimanya. Kita adakan alasan seperti “Nabi lakukan dengan tidak sengaja” dan “itu hanya kesalahan yg kecil” bagi menidakkan kebenaran Quran itu sendiri.

TUDUHAN MELULU DAN FITNAH!

Saya beriman dengan Nabi sebagai seorang Rasul dan juga manusia biasa, yang makan minum tidur macam orang lain juga. Nabi itu maksum bukan bermakna Nabi itu seperti malaikat dalam semua hal, tetapi istilah maksum itu terpelihara dari dosa, dan jika ada kesalahan yang kegelinciran yang tidak disengajakan itu TIDAK menjadikan martabat Nabi itu sebagai PELAKU MAKSIAT seperti manusia lain. Nabi itu berakhlak agung (Al-Quran).

Jika anda mempertikaikan isu maksum, sila bincang di thread maksum yang dah ada dalam board ni.

Olih kerana kamu tidak bolih menerima hakikat yg Nabi sebagai manusia biasa ada berbuat kesalahan, sy ingin meminta kepada kamu untok menunjukkan kepada sy  ayat Quran dimana Allah mengatakan Nabi itu maksum, tidak melakukan kesalahan. Tolong tunjukkan kepada sy.

Seperti biasa kamu membuat FITNAH bila salah faham. Nabi adalah manusia yang berakhlak agung. Istilah maksum itu kamu dah salah faham. Sila cari thread maksum dan kita bincang di situ!

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.068781 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list