CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: senahsirap

Pesta Buku Antarabangsa 2010 [19-28 Mac] [PWTC] - Mesti Pegi!!

 Close [Copy link]
Post time 22-3-2010 11:53 AM | Show all posts
agak2nyer masa last day...
dorang wat crazy sale tak??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2010 12:38 PM | Show all posts
Laporan Jalan-Jalan Cari Pasal di KLIBF.
Tarikh : 20 Mac 2010 | Masa : 1500hrs - 2000hrs

Ada seorang teman ~ tembak banyak SMS ke henpon suruh cepat sampai sebab pelancaran 'Ketika Cinta Berbuah Syurga' karya Kang Abik nak mula. Padahal aku baru je naik LRT kat Bandar Tasik Selatan. Dalam tren baca buku 'Gitanjali' - Rabinath Tagore (kelaziman atau tabiat aku untuk menyokong gerakan rakyat ~ [email=Baca@LRT]Baca@LRT[/email]). Ada awek manis jeling-jeling. Aku syak sebab dia 'tergoda' dengan tshirt adidas yang aku pakai menyerlah tampakan body muscle aku..aku syak je la (padahal aku gemuk).

Sampai PWTC, aku dah nak muntah hijau sebab warna purple baju budak-budak Xpax lebih ramai dari pengunjung. Terus ke dewan yang menempatkan Karangkraf (biasalah dah hafal peta).

Aku terus ke pentas kecil sebelah depan tu, terus buat kerja aku ~ ukur pentas. Tinggi 1 kaki. Panjang 8 kaki. Lebar 15 kaki. Nak buat apa? Sebab minggu depan (28 Mac 2010 - Jam 2ptg) ada Majlis Pelancaran 9 Nyawa & Cinta Sufi! Jemput datang semua. Aku jadi kordinator program merangkap pengerusi majlis daaa~

Lepas tu aku gi ushar rak-rak buku jualan. Betul la macam Makcik Cristiano Ronaldo Selamanya tu cakap, tahun ni tak gempak sangat la KLIBF. Rasa ghairah tak terpancing. Diskaun ciput. 15% je. Buku RAM pun banyak yang takde stok. Contoh : Rahsia Perindu, Semangat Hutan, Tombiruo Terakhir hatta Personal Justice pun tak nampak bayang. Aku dok renung rak tempat letak buku RAM tu dekat 15 minit, sampai ada la 2-3 orang tertoleh-toleh tengok aku. Mungkin perasan ada nampak pak guard tak berbayar dok tercegat!

Jumpa Kak Wan ~ Editor Kanan Alaf21, bertanya khabar. Jumpa Pn. Firdaus ~ Pengurus Besar alaf, bincang pasal launching..bla..bla..bla.

Dah penat kat dewan Karangkraf, aku terus ke booth seberang sungai. Lepak PTS jap. Bertegur sapa dengan Pn. Ainon. Salam-salam dengan kawan-kawan penulis PTS. Cari-cari juga buku 10 Juta Fulus karya member baik dari Geng Saga Artakusiad, Jundak tapi tak masuk pasaran lagi. Launching 10 Juta Fulus Sabtu depan! Dok jeling-jeling karya Pak Latib yang semakin menimbun. Jeling-jeling buku-buku sai-fai yang kununya akan diborong pada sabtu depan, nak minta ehsan bantuan Zamri Mohammad atau pun Vovin atau pun Syafiq (sebab dorang semua penulis/editor PTS yang layak dapat diskaun 35%).

Gerai KarnaDya betul-betul berdepan PTS. Tapi agak silap, sebab promoter terjerit-jerit dan buat bising macam tengah jual ikan kat Pasar Pudu. Langsung tak jengah. Sebab tak minat buku dorang. Ya, aku prejudis. Aku punya sukalah kan?

Kemudian bergerak ke CESB. Jumpa anak tokei CESB, Syazwan. Member lama yang setiap tahun perut makin naik. Terserempak dengan Kak Azieazah yang turut ambil bahagian jadi promoter. Tengok buku RM2 dan buku-buku potongan 50%. Tak ada selera. Sempat sms Shila (anak dara tokei CESB ~ tanya sebab tak nampak muka). Ada la sorang-dua awek-awek manis promoter CESB jeling-jeling dan senyum-senyum..Ceh! Perasan!

Lepas tunaikan Asar tu aku naik semula Hall 3. Terus tuju booth besar DBP. Nak tau aku cari apa? Aku cari cetakan semula Saga Artakusiad karya Abg Pat (Ahmad Patria Abdullah) yang ada sorang pegawai kat Menara Buku janji dengan aku. Tapi hampeh~ Pegawai Dawama pun terkulat-kulat macam tertelan ulat bila aku tanya macam-macam pasal cetakan semula tu. Sah! Dorang tak tau.
Kat DBP ada potongan 50% untuk majalah back issue terbitan mereka. Aku beli semua Tunas Cipta 2009! Buku-buku ada potongan sehingga 20%-30%, tak stim langsung. Tadi aku ada perasan Chiyo nak cari karya Hamka. Tak de! Jangan mimpi nak dapatkan kat sini.

Pastu aku terjah booth Fargoes. Tu dia. Buku betul-betul murah. RM0.50 je dari harga asal RM4.00. Tapi aku lebih tertarik pada buku-buku Enid Blython terjemahan BM. RM3.00 per buku. Hehehehehehe~ Aku borong 30 tajuk sekaligus! Lepas tu dah tak toleh dah Fargoes. Babai~

Aku jengah Fajar Pakeer plak. Takde yang best. Tapi member penulis ~ Bikash Nur Idris ada lepak kat situ. Ada buku RM5, tapi buku-buku lama. Tak macam tahun lepas, FP ada buat jualan murah 10 buku RM10! Tak stim langsung. Tapi aku ada perasan la banyak buku JS, KN dan CESB terjual disini.

Ingat nak jengah gerai JS...tapi macam malas. Sorry la Lurbak, Abg John & Naz. Next Sabtu aku jenguk korang.

Pergi Al-Amin ~ macam biasa ada banyak karya FT. Abg kembar aku sorang ni memang prolifik. Hehehehehe~ bukan aku cakap aaa muka kami seiras, tapi dah lebih dari 100 orang cakap. Kira afdal la tu. Tapi aku tak beli pun karya dia. Nanti jumpa dia, aku nak mintak je. heh~

Wow! Kedai Pink Ain Maisarah. Phewwwit~ Ain pun ada. Ada teddy bear besar 4 ekor...ada awek comel. Erk, ada mamat badan besar pakai baju pink~ Uweekkk! Aku blah. Geli aku. Tak koser makkkk...

Tuju Pekan Ilmu. Terus direct tanya nak beli GAPURA. Oleh kerana aku guna nama Zehann (sebab ngaku sepupu Zehann Ur Rakhie dari Pahang) terus berader kat Pekan Ilmu tu bagi aku harga RM14 sahaja berbanding harga asal RM22.90. Hahahaha! (Sorry la bro, aku guna taktik ni...alahai ~ kita kan geng!)

Pergi gerai Utusan & Publications, tak best. Diskaun 20% je. Buku Pei Pan tahun 2005 tu pun jual 20% je. Hampeh. Tak stim langsung. Baik tunggu jualan gudang dorang. Boleh dapat 50%.

Naik Hall 4 untuk menjengah penerbit-penerbit dari oversea. Tak banyak yang menarik hati. John Grisham, Jodi Piccoult dan Stephen Hawking semua di paras 'bahaya'. Tidak elok untuk golongan yang belum dibayar gaji. Dalam hati kata, kat BookXcess lagi murah. So, tak beli apa pun. Owh ya, ada buku Isaac Asimov yang murah giler ~ tapi aku dah ada buku tu. So tak beli.

Turun semula, jalan-jalan tengok Al-Quran terjemahan. Tengok list majalah/buku yang tidak dibenarkan terbit oleh KDN. Tengok rakaman teater kat gerai Istana Budaya. Kat ITNM pun xberapa best. Sebab takde hadiah kereta macam tahun lepas. Last-last, aku lepak kat gerai Numismetic (jual duit, koin, setem n sampul surat hari pertama). Aku tanya yang macam-macam kat awek manis yang bimbo tu. 80% tak dapat jawab, balik-balik aku yang bagi jawapan pada soalan yang aku bagi sendiri. Sah! Awek ni baru kerja untuk KLIBF ni sahaja.

Tepis menepis berlaku dengan promoter-promoter Xpac, dengan salesman Linghuaphone, dengan macha-macha Groiler sepanjang jalan-jalan cari pasal ni. Tapi dorang gerun tengok aku, sebab aku buat muka Ghimau. Jenis muka badi kaki pukul ala gengster Ah-Long part time punya. Tapi mana yang awek-awek manis tu, aku buat-buat la muka penuh gula. Biasa la, walau muka aku ganas ~ dalam hati ada taman tau.

Aku balik lepas Maghrib, sempat tengok budak-budak Xpac tergolek tepi-tepi dewan, kira berapa 'tangkapan' yang masuk.

Ok. Tamat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 12:51 PM | Show all posts
239# CR4Ever
Makcik Liza,
Hang nak tau pasal apa lambat kuar? Hehehehe~ ni semua pasal strategi pemasaran. Alaf21 tahu Abg RAM ada follower yang ramai. Fenomena Cinta Sufi dah tak terkawal. Tak boleh tunggu dah untuk 3-4 bulan lagi. Kena paksa keluar bulan ni jugak. Korang tak tau mcm mana seksanya Abg RAM mengejar dateline yang diberikan. Cuma aku berdoa, Abg RAM tak khilaf banyak macam Ungu Karmila. Dan hasil nanti betul-betul berkualiti seperti yang diharapkan oleh semua orang.

Manuskrip Cinta Sufi hanya diserahkan pada awal bulan. Jadi pihak pencetak perlu bertungkus-lumus untuk siapkan dalam minggu KLIBF. Last info borak dengan Pn. Firdaus ~ doakanlah Cinta Sufi masuk pasaran pertengahan minggu ni. Doa la banyak-banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 12:54 PM | Show all posts
attokz..... pergh!!!! panjang berjela citer ko heh.... emmmmm.... bgs gak.... kurang2 aku yg tak p lagi nie, tertarik gak ngan citer2 ko......... kalau ikut perancangan, maybe Ahad depan aku ke saner.... tapi mcm dah nampak2 ader 'halangan' yg tak dapat dielakkan... sedih beb... sbb nie 1st time nak merasa suasana Book Fair.... mungkin bukan rezeki aku kan.... tapi kan, tgk dr ptgan2 harga yg ko cakap2 tu mcm tak best jek.... Kalau p Book Fair kat ALaf sendiri diskaun sampai 30%.... Takkan kat saner makin kurang kot???.... emmmmmm.....
Sebenarnya banyak gak buku Alaf nie yg aku nak borong.... ader lah dalam 9 buah... tu pun setelah abis tapisan dibuat.. hehehehehe.... yg paling banyak aku ingat nak beli buku Jemari Seni.... sbb aku nak borong suma buku hlovate tu.... tapi tgklah mcm maner.... kalau 'halangan' dapat diatasi, insyaallah aku sampai saner......
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 01:22 PM | Show all posts
belilah bku hlovate kat JS, dpt beg kain n note book. best2. ptg ni nak pg lg bestnyeee..!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 01:36 PM | Show all posts
best2 bc pengalaman pengunjung book fair...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2010 02:09 PM | Show all posts
tak_tahu....untungnyer org dok dekat ni heh... bila2 masa blh p kan...:re:
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 02:54 PM | Show all posts
Laporan Jalan-Jalan Cari Pasal di KLIBF.
Tarikh : 20 Mac 2010 | Masa : 1500hrs - 2000hrs

Ada seorang teman ~ tembak banyak SMS ke henpon suruh cepat sampai sebab pelancaran 'Ketika Cinta Berbuah S ...
attokz Post at 22/3/2010 12:38 PM


wahh thanks attokz..seronok baca..saya cadang nak borong buku karisma publications dan buku2 hikayat kat dawama/dbp..agak2 banyak diskaun tak? buku upnd ada la dalam 1-2 buku jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2010 03:02 PM | Show all posts
atokk..ko mbuatkan aku meronta2 untuk pergi...hwaaaaa..lambatnyer ari kamis!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 03:13 PM | Show all posts
249# ZiraHashim
Sabar la..
Dah sampai KL, roger la aku. Manala tau aku sempat lari ke KLIBF jap. Heh~
Ada pi Badan Cemerlang Angsana x? Hikayat Cekel Waneng Pati dah chck blom? Raja Jin ada extra stok tak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 03:25 PM | Show all posts
aku x p lg..insyaallah jumaat ni...dh apply cuti bagai..
bajet x byk dlm rm200 jer....buku baru x kisah sgt..but i'm more to look for buku2 lama..
yang susah nk jumpa kt kedai2 buku skang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 03:37 PM | Show all posts
pesal aku tak singgah kat fargoes ek??
booth mana ek??
pesal aku tak nampakkkkkkk????
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 03:45 PM | Show all posts
zira.... wah! bersemangat ko heh.... aku ingat nak joint ko, tapi aku tak tau lagi lah... ko p baper org??? tiket dah beli ker????..... aku nak p jugak!!!!!!......:re:

attokz.... sampai kat Jb ko tanya buku tu. naper???? kat saner takder stok ker????
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 03:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by forselab at 22-3-2010 18:21

saya pegi Sabtu lps sampai PWTC dlm kul 3.30ptg...surprise gak tgk org tak brp ramai cam thn lps...lalu lalang tak sesak...mgkin disbbkan relocation booths di seberang sungai...
beli 5 buah buku + 1 cd yg jumlah dlm RM120...
4 buku PTS, 1 CESB & 1 cd selawat Hijjaz Record...
saya ada kwn yg berhabis RM778 utk 45 buah buku...huhu....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 04:18 PM | Show all posts
zira.... wah! bersemangat ko heh.... aku ingat nak joint ko, tapi aku tak tau lagi lah... ko p baper org??? tiket dah beli ker????..... aku nak p jugak!!!!!!......:re:

attokz.... sampai kat Jb ko t ...
honey_d7881 Post at 22-3-2010 15:45

aku memang kus semangat orangnyer..ha..ha..aku nak g 25hb..aku abes keje kol 7pagi..dalam 7.30 aku sampaila larkin..tak tau lagi nak ambek tiket kol brape sb aku menunggu kawan aku siapkan anak dia g skolah daru kawan aku tu datang larkin..tapi sbelum kul 8 pagi rasenye dah boleh naik bus..
aku pon tak hambek tiket lagi...nak g nanti baru ambek..aku g tiga orang..(1 mak orang,1bini orang,1 anak dara),,jom joint aku..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 04:19 PM | Show all posts
237# CR4Ever

kat mana jual buku latihan kos budget nih...
booth mana?
year 2 tuh... sekolah rendah ker?
attyra Post at 22-3-2010 11:53

attyra..buku ni CR beli kat seberang sungai sana nun..hall 2..tapi d nasihatkan kalau sapa2 dah masuk hall 3..baik beli kt sana dulu,sb kat sana lagi banyak buku kanak2 compare dengan hall 2..cuma aku ni dah masuk hall 3 dulu then baru masuk hall 2, my hasben malas la nak patah balik ke hall 3..

ha'ah year 2 tu utk skolah darjah 2..ada english,bm,bi n math..sume tu satu set rm5..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2010 04:25 PM | Show all posts
Pastu aku terjah booth Fargoes. Tu dia. Buku betul-betul murah. RM0.50 je dari harga asal RM4.00. Tapi aku lebih tertarik pada buku-buku Enid Blython terjemahan BM. RM3.00 per buku. Hehehehehehe~ Aku borong 30 tajuk sekaligus! Lepas tu dah tak toleh dah Fargoes. Babai~
attokz Post at 22-3-2010 12:38 [/quote]
makcik cristiano ronaldo selamanya..kelakar la ko attokz..


Booth Fargoes tu kt mana ekk attokz?hall mana ekk?tk prasan plak aku..leh gak cari buku2 dorang..aku nak repeat balik,nak sambar CInta Sufi tu nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 04:26 PM | Show all posts
InsyaAllah,kalau tak ada apa2 hal,sabtu or ahad ni nk pegy lagi pesta buku
Cuma mek rasa tahun ni macam lain macam je suasana dia?
Kenapa ek
Korg yg pergi ada rasa tak
Ke mek sorg je yg feeling gitu
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 04:35 PM | Show all posts
239# CR4Ever  
Makcik Liza,
Hang nak tau pasal apa lambat kuar? Hehehehe~ ni semua pasal strategi pemasaran. Alaf21 tahu Abg RAM ada follower yang ramai. Fenomena Cinta Sufi dah tak terkawal. Tak b ...
attokz Post at 22-3-2010 12:51

yealaa..aku tau..aku cuma frust sb slalunya hari ke2 p BF..dah dpt novel terbaru beliau..then hari ahad dah abis baca..
apa pun demi kesetiaan aku pada RAM..cewahhh..insyallah aku repeat BF hari ahad nanti..

attokz..tlg confirm betul2 punya confirm..pelancaran hari ahad ke sabtu?and wat time?
time kacih attokz ekk..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 04:42 PM | Show all posts
257# CR4Ever
Fargoes dekat dengan Fajar Pakeer. Hujung sebelah kiri.
Aku kelakar? heheheheh~ Ko tak tau muka aku macam Ghimau, tp jangan bimbang la dalam hati ada taman..taman perkububuran! hahahaha~
Kalau hang nak datang jumpa Abg RAM ~ datang 27 & 28 Mac. Kalau nak join memeriahkan majlis pelancaran, datang 28. Boleh dengar suara lunak Emcee Majlis. Dengar khabar ensem orangnya. Hahahahah~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.081863 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list