|
khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .
[Copy link]
|
|
Sdr kena faham, jin yg dicipta Allah ini pelbagai. Bukan sejenis. Jenis jin mendamping manusi ...
bekasanakyatim Post at 23-9-2010 23:14
nak ikut Quran ka nak ikut cakap tok bomoh yg suka berimaginasi? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bekasanakyatim at 23-9-2010 23:34
nak ikut Quran ka nak ikut cakap tok bomoh yg suka berimaginasi?
tobby Post at 23-9-2010 23:24
En Tobby,
Sdr sdh mencamnpur adukkan antara profession tok moh dgn ust yg beramal dgn al-Quran...
cuba belajar sdr...tak rugi..sy tgk sdr ni tak pernah lekang dr depan komputer. dah bertahu-tahun begitu...
lepas tu sdr mula melahar golongan yg buat kerja dan mengkaji serta beramal dgn fardhu kifayah dlm merawat manusia yg rohnya sakit diganggu oleh makhluk bergelar jin...sdr hanya faham merawat tu kerja pawang dukun shj, sdgkan kita ada ustaz yg beramal dgn ayat quran sdh sekian tahun, cuma diexpose hanya dasawarsa ini...perspektif sdr terlalu kecil.... |
|
|
|
|
|
|
|
En Tobby,
Sdr sdh mencamnpur adukkan antara profession tok moh dgn ust yg beramal dgn al-Qur ...
bekasanakyatim Post at 23-9-2010 23:30
Dan firman Allah dalam surat Al-Jin :
"(Dia adalah Tuhan) yang mengetahui yang ghaib. Maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu." (Al-Jin : 26)
Persoalannya sekarang bagaimana dukun2 (org sekarang panggil ustaz) boleh tahu hal2 alam ghaib?
1. Dukun2 boleh komunikasi dgn makhluk di alam ghaib?
2. Dukun2 mendapat mesej alam2 ghaib melalui mimpi?
3. Dukun2 claim mrk kebolehan deria ke-enam? (nota: Nabi Muhammad pun takda deria ke-enam & bergantung kpd wahyu).
4. Dukun2 mendapat wahyu dari Allah? |
|
|
|
|
|
|
|
En Tobby,
Sdr sdh mencamnpur adukkan antara profession tok moh dgn ust yg beramal dgn al-Qur ...
bekasanakyatim Post at 23-9-2010 23:30
“(Dia adalah Rabb) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang hal ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diridhai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya”. (QS.Al-Jinn: 26-27) |
|
|
|
|
|
|
|
En Tobby,
Sdr sdh mencamnpur adukkan antara profession tok moh dgn ust yg beramal dgn al-Qur ...
bekasanakyatim Post at 23-9-2010 23:30
Inilah ayat yang menyatakan kekufuran mereka yang mengaku mengetahui hal ghaib. Padahal Allah Ta’ala telah memerintahkan Nabi-Nya untuk mengumumkan kepada ummatnya dengan firman-Nya:
لاَ أَقُولُ لَكُمْ عِندِيْ خَزَآئِنُ اللهِ وَلاَ أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلاَ أَقُولُ لَكُمْ إِنِّي مَلَكٌ إِنْ أَتَّبِعُ إِلاَّ مَا يُوحَى إِلَيَّ
“Katakanlah! (Hai Muhammad): Aku tidak mengatakan kepada kalian bahwa perbendaharaan (rahasia) Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib, dan tidaklah aku mengatakan kepada kalian bahwa aku ini malaikat, aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku” (QS.Al-An’am:50) |
|
|
|
|
|
|
|
berdasarkan ayat2 Allah di atas, adakah kita masih boleh percaya klu sipolan-sipolan claim dia mengetahui hal ehwal yg berlaku di alam ghaib??? adakah dakwaannya itu berdasarkan mimpi2 atau sekadar imaginasi kepercayaan dia sendiri. atau dia sekadar yakin imaginasinya itu benar. |
|
|
|
|
|
|
|
benarkah kepercayaan segelintir org selama ini bila ada 'ustaz' yg CLAIMED dia boleh deal dgn makhluk di alam ghaib?? contohnya dia claimed dia BOLEH BERSEMBANG2 & BUAT DEAL dgn makhluk2 di alam ghaib.
Sebenarnya 'ustaz' tersebut tenggelam dgn alam imaginasinya sendiri. Hakikatnya itu semua perasan dia sendiri jer... Iaitu perasaan dia percaya seolah2 dia berupaya berkomunakasi dgn makhluk ghaib & makhluk ghaib itu mematuhi arahannya.
Dlm mhadapi gangguan syaitan/jin ini sepatutnya ikut saja bulat2 kaedah yg Nabi pernah buat, samada gangguan itu boleh dihilangkan atau tidak itu urusan Allah. selepas itu kita berdoa supaya Allah makbulkan. |
|
|
|
|
|
|
|
brani kah lobai tob dan lobai blast berbahas dgn ketua paderi C.I dlm soal agama? or sekadar berani dgn org2 islam yg lain je? or sekadar mampu memaki2 harun din? sedang kan ketua paderi C.I tak berani di kritik.... |
|
|
|
|
|
|
|
kita terlalu byk menonton filem2 tahyul melayu & buku2 tahyul melayu karangan tamar jalis. kita terlalu byk membaca mastika. pemikiran kita sudah korup bertahun2 lamanya. bila dah terlalu sebati dgn cerita2 siri bercakap dgn jin maka pikiran dah anggap cerita2 itu lebih betul dari hadith & ayat Quran sendiri.
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=773
4.4.3 Penerbitan Berkaitan Dengan Perkara Ghaibiyyat dan Mimpi Yang Dilarang
(a) Semua penerbitan yang memaparkan kisah-kisah atau pengalaman mimpi yang bercanggah dengan nas-nas syarak, seperti mimpi melihat keadaan di alam barzakh, syurga, neraka dan seumpamanya.
Contohnya:
(i) Memaparkan kisah mimpi seseorang yang alim bertemu dengan Allah S.W.T. dan berdialog dengan-Nya ketika dalam mimpi tersebut.
(ii) Memaparkan kisah mimpi seorang ahli sufi melihat keadaan di Padang Mahsyar dan menceritakannya kepada orang lain apa yang dilihatnya itu.
(iii) Memaparkan keadaan siksaan dalam kubur, seumpama memperlihatkan pukulan malaikat Munkar dan Nakir yang sangat menakutkan.
(b) Semua penerbitan yang menggambarkan perkara-perkara ghaibiyyat secara terperinci, sedangkan ianya tidak terdapat dalam al-Quran atau al-Hadith.
Contohnya:
(i) Memaparkan kisah-kisah mimpi seorang yang dapat melihat keadaan seksa di alam kubur, keadaan di Syurga dan Neraka.
(ii) Memapamerkan bentuk makhluk halus.
(c) Semua penerbitan yang memaparkan pengalaman seseorang berkomunikasi atau bertemu dengan makhluk-makhluk ghaib.
Contohnya:
(i) Memaparkan kisah-kisah perkahwinan di antara manusia dengan jin dan orang bunian. |
|
|
|
|
|
|
|
brani kah lobai tob dan lobai blast berbahas dgn ketua paderi C.I dlm soal agama? or sekadar berani ...
razhar Post at 24-9-2010 00:26
sbb tu aku klu boleh tak mahu sebut langsung nama Harun Din. sbb dia ada jasa dia yg tersendiri & sgt dihormati masyarakat. bila dia buat salah org langsung tak boleh terima. Bila kita sampaikan apa yg terkandung dlm hadith & Quran biarlah org paham sendiri tanpa perlu memaki hamun ustaz Harun Din. contohnya Mahathir, ramai org melayu sangat kasih kpdnya. tapi dia bukanlah maksom. yg salah kita kata salah la. aku pun tak bersetuju dgn blastoff yg memberi gelaran mcm2 kpd Harun Din. sbb pendekatan utk menyedarkan masyarakat perlu berhemah. walaupun aku mengaku kadang2 aku terlajak juga. |
|
|
|
|
|
|
|
tanda-tanda kiamat:-
Ramai Orang Muda Menyebut Dalil Agama
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam telah bersabda: “Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah pikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadits Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar dari agamanya seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana saja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat.“ (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan dapat dilihat juga sekarang banyak orang-orang bukan Islam yang menggunakan hujjah-hujjah dari Al-Quran dan Al-Hadits yang mana mereka membuat komentar menurut pemahaman mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]tanda-tanda kiamat:-
Ramai Orang Muda Menyebut Dalil Agama
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam telah bersabda: 揂kan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah pikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadits Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar dari agamanya seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana saja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. |
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya orang yang boleh lihat jin macam Rasulullah lah yang boleh tahu dengan pasti jin syai ...
blastoff Post at 23-9-2010 19:25
Ini la masalah apabila ko membuat tuduhan membuta tuli tanpa kajian terperinci. Ust Harun Din sendiri telah menjelaskan perkara ini bahawa penggunaan garam dalam rawatan makhluk halus tidak ada nas secara naqli dan inilah hanyalah berdasarkan pengalaman perawat yang terdahulu. Dan dia merujuk kepada pernyataan bekas mufti kerajaan arab saudi bahawa penggunaan bahan dalam rawatan Islam adalah harus selagi ia tidak diharamkan oleh syarak. Inilah yang diyakini oleh ust Harun Din. Kalau ko kata tak haram guna garam, ko kena dalil yang jelas yang mengatakan haram menggunakan garam dalam rawatan makhluk halus. Ini asalnya kaedah syarak. Ko juga kena ingat "Mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah" juga termasuk dalam perkara-perkara yang membatalkan aqidah. Itu pasal para ulama cukup berhati-hati dalam mengeluarkan hukum. Bukan main sembrono jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 24-9-2010 07:58
aku rasa yang lebih menjadi isu ialah sempadan atau penjelasan supaya sesuatu golongan itu dikatakan menyerupai sesuatu kaum..yang kita tau pasti ialah kalau disertai dengan niat hendak menjadi golongan mereka maka jadilah seperti golongan tersebut....
banyak benda yang dipakai oleh orang islam sekarang datang dari penyelidikan bukan islam komputer, kereta ubat ubatan dan sebagainya..adakah penggunaan benda2 ini oleh orang islam disebabkan faedahnya sudah dikatakan mengikut golongan orang bukan islam? sejauh manakah penggunaan garam dan lada hitam dan faedahnya dlm perawatan ini dikatakan mengikut golongan orang bukan islam..
dan ada lagi pelbagai soalan untuk dikaji spt ...
Adakah boleh dikatakan penggunaan faedah garam dan lada hitam dalam perawatan ini warisan orang nasrani dan yahudi?
Faedah garam dan lada hitam dalam perawatan (yang mungkin secara alami atau sunatullah) hanya untuk orang bukan islam sebab mereka menggunakan lebih dahulu?ninja9 Post at 23-9-2010 19:04
Yang Allah larang dari kita mengikut adalah apa yang mereka amalkan dalam AGAMA mereka. Dan dah jelas penggunaan garam dan air jampi (holy water) untuk halau jin syaitan seperti yang di buat oleh banyak paderi kristian katholik adalah kepercayaan agama mereka kerana apa saja yang membabitkan perkara ghaib seperti jin syaitan sudah tentulah membabitkan bab-bab kepercayaan agama.
Mereka PERCAYA mereka boleh halau jin syaitan dengan garam dan air jampi (holy water) so itu adalah KEPERCAYAAN AGAMA mereka dan amalan guna garam dan air jampi untuk halau jin syaitan adalah AMALAN AGAMA mereka !
Apa yang akan berlaku apabila ada orang Islam yang buat juga cara paderi kristian katholik dengan guna garam dan air jampi untuk halau hantu ? Di ayat Quran bawah ni jelas tertera bahwa sesiapa yang mengikut cara dalam agama orang kristian dan yahudi maka Allah tidak akan melindungi dan tidak akan menolong orang tu lagi dah .
Tahukah apa yang akan berlaku apabila seseorang manusia tak dapat perlindungan dan pertolongan Allah lagi dah ? Syaitan akan bermaharajalela lah pada orang tersebut malah apa saja doa orang tersebut dan amalan agamanya akan terhijab kerana nak makbul doa dan nak diterima amalan kena dengan pertolongan Allah , so apabila Allah dah tak nak tolong makna segala doanya dan amalannya jadi hampas dan kosong !
2:120 "Orang-orang Yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: ""Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)"". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 24-9-2010 08:07
brani kah lobai tob dan lobai blast berbahas dgn ketua paderi C.I dlm soal agama? or sekadar berani dgn org2 islam yg lain je? or sekadar mampu memaki2 harun din? sedang kan ketua paderi C.I tak berani di kritik....razhar Post at 24-9-2010 00:26
Mana makian yang saya buat pada harun din ? Tunjukkan mana dia ? Kau nak kata "tukang tilik " dan "ahli sihir" perkataan makian ? Tukang tilik dan ahli sihir adalah berkait dengan amalan yakni apabila seseorang tu meramal hantu syaitan boleh lari dengan guna cara khurafat maka orang itu adalah tukang tilik sebab jelas sekali dia membuat ramalan berkenaan jin syaitan !
Dan apabila amalan ahli sihir barat dalam menggunakan garam untuk halau jin syaitan di ikut maka selayaknya lah dia disebut sebagai ahli sihir kerana maksud ahli sihir adalah orang yang mengamalkan amalan menurut kepercayaan ahli sihir !
So maki apa nya ? Kau nak saya pi serang forumer di CI kerana kau sendiri tak suka forumer tu, kalau kau nak berdendam dengan seseorang forumer tak perlu nak jadikan saya alat kau ok . Saya bukan orang suruhan kau . Dan saya tak post itu ini just semata-mata kerana saya benci seseorang . |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 24-9-2010 08:54
Jin jenis yang menggoda manusia, ada kategorinya pulak. Spt yg sdr post dlm hadis soheh di atas. Jenis jin yg merasuk manusia pula adalah jin kafir.bekasanakyatim Post at 23-9-2010 23:14
Jin kafir yang menganggu manusia adalah syaitan la, dan dalam hadis tu jelas sekali menyebut syaitan , jadi memang yang ada di sisi manusia adalah jin kafir la . Jin muslim mana nak boleh di sebut syaitan pulak ! A
pabila Nabi sebut jin kafir yang bergelar syaitan akan sentiasa ada di sisi manusia dan Nabi even sebut di hadis tu kalau kita jatuhkan makanan maka syaitan tu akan guna makanan tu , jelas sekali itu bukan jin syaitan yang dalam pemikiran manusia tapi jin syaitan yang berada di sisi manusia yang akan makan sisa makanan yang manusia jatuhkan ! |
|
|
|
|
|
|
|
semua sihir menggunakan perantaran jin, kalau tak guna jin tak dinamakan sihir, dik...
Rasulu ...
bekasanakyatim Post at 23-9-2010 19:15
yupss..dulu saya pon igt begitu....mana bleh sihir tanpa jin...
Qarin bukan jin..... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang Allah larang dari kita mengikut adalah apa yang mereka amalkan dalam AGAMA mereka. Dan dah jelas penggunaan garam dan air jampi (holy water)
blastoff Post at 24-9-2010 08:19
Salam,
Tujuan utama penggunaan Holy Water adalah untuk tujuan pembaptisan dan penggunaan sampingan adalah samak dan juga digunakan untuk halau makhluk2 halus.
Tetapi dalam kes garam, tujuan mencurah sedikit garam ke dalam Holy Water adakah untuk tujuan kebersihan. Bukan suatu kewajipan garam mesti digunakan dalam upacara doa pemberkatan Holy Water. Dan tiada kaitan guna garam utk halau setan. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh blastoff bagi background education??
saya agak kurang selesa jika blastoff mengatakan harun din seorang penyihir dengan mengeluarkan segala hujah2 anda yang bersangkutan al quran dan hadis kalau say atak tau background education anda..
amacam bole?? |
|
|
|
|
|
|
|
Bila seseorang itu dirasuk oleh jin kafir, haruslah dikeluarkan. Kalau tidak dikeluarkan, seseorang itu boleh jadi gila kalau tak dirawat.bekasanakyatim Post at 23-9-2010 23:14
Paderi guna garam dan holy water pun orang yang di rasuk akan jadi ok , kalau tidak tak adalah amalan exorcism atau amalan membuang hantu dari dalam badan atau dari dalam bangunan oleh para paderi selama beratus tahun sejak dulu kala lagi boleh survive begitu lama sampai kehari ini .
Manusia yang bertaqwa dan amalkan apa yang Nabi buat nescaya tak boleh di rasuk jin syaitan , Allah dah janji akan menjaga manusia sebegini dan Allah tak memungkiri janjinya .
Yang dok kena rasuk histeria kehulu ke hilir tu adalah manusia yang buat amalan bertentangan dengan Quran Sunnah , hakikatnya bila kena rasuk start kalut cari cara agama kafir nak halau syaitan dah jelas dah menunjukkan orang tu memang tak amalkan Quran Sunnah so itu yang menyebabkan kena rasuk sana sini tu kerana Allah dah tak menjaga dan dah tak melindungi orang tersebut disebabkan dia sewenangnya amalkan amalan agama kafir .
Maka jadilah jasad orang tu dan pemikiran orang tu tempat berkumpul dan tempat berparti disko jin syaitan. Guna cara khurafat yang di amalkan agama orang kafir untuk halau jin memang tak berkesan walau nampak sesudah guna cara tu orang yang di rasuk tu jadi ok, tapi hakikatnya syaitan berhenti berdisko dalam badan orang tu kerana syaitan dah capai matlamatnya untuk menyesatkan orang tu serta orang yang berubat orang tu yang jelas guna cara khurafat apabila pakai garam lada itu ini, so syaitan stop la tapi tak bermakna syaitan dah di halau , syaitan stop kerana syaitan dah berjaya melaksanakan tugasannya ! |
|
|
|
|
|
|
| |
|