CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hyun

~Cahaya Islam Penenang Jiwa [Ingat mengingati sesama kita]~

[Copy link]
Post time 13-1-2011 03:01 PM | Show all posts
10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI
                                       
                                
                                                                        
Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:
” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:
  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.


  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH


  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.


  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.


  • Hak kpd mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.


  • Hak kpd sirat (titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.


  • Hak kpd Malik (malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.



  • Hak kpd Ridhzuan (malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.


  • Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.


  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2011 03:04 PM | Show all posts
Kata-kata Hikmat Saidina Umar R.A                                       
                               
                                                                       

  • Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

  • Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya

  • Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan

  • Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku

  • Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat

  • Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 03:15 PM | Show all posts



                            Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW mengenainya, jawab baginda SAW, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
            
               Apabila seorang perempuan mengandung janin di dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan daripadanya.
            
               Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang berjihad pada jalan Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 03:18 PM | Show all posts
Mari kita fahami dan hayati Al-Quran.........
            

            
            Surah Al Fatihah

            ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
            
            
            i)bismi = bi + ismi = dengan + nama = dengan nama
            ii)Allãhi = Allah
            iii)ar-rahmãni = Maha Pemurah
            iv)ar-rahìmi = Maha Penyayang  
            
            
            
            i)Alhamdu = segala puji
            ii)lillahi = li +llahi = bagi Allah
            iii)rabbi = Tuhan
            iv)al-‘ãlamìna = semesta alam
            
            
            
            i)Arrahmãni = Maha Pemurah
            ii)Ar-rahìmi = Maha Penyayang
            
            
            
            i)Mãliki = yang memiliki
            ii)yaumi = hari
            iii)ad-dìni = pembalasan
            
            
            
            i)Iyyaka = Iyya + ka = hanya/akan + engkau = akan engkau
            ii) na’budu = na + a’budu = kami sembah
            iii)wa iyyaka = wa + iyya + ka = dan + hanya/akan + engkau = akan engkau
            iv)nasta ‘ìnu = na + asta ‘ìnu = kami + minta pertolongan = kami minta pertolongan
            
            
            
            i)ihdina = ihdi + na  = tunjukki + kami = tunjukki kami
            ii)as-sirãta = jalan
            iii)al-mustaqìma = lurus/benar
            
            
            
            i) Sirãta = (iaitu)jalan
            ii) al-lazìna = segala yang /org² yang
            iii) an ‘amta = an ‘am + ta = telah diberi nikmat oleh + Engkau = telah Engkau beri nikmat
            iv) ‘alaihim = atas mereka
            v) ghairi =  bukan
            vi) al-maghdhùbi =  org² yg dimurkai
            vii) ‘alaihim = atas mereka
            viii)  walad-dhãllìn = wa + la + ad-dhãllìna = dan + tidak + org² yg sesat = dan tidak org² yg sesat.
            
            
            ......dipetik dari BicaraMuslim.com
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 03:26 PM | Show all posts
RAHSIA BACAAN DAN GERAKAN DALAM SOLAT KITA

                                    


            
            
            
  • Niat sebelum mendirikan solat, memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
  • Berdiri dengan lurus, kelebihannya adalah apabila kita meninggal dunia, ia dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
  • Takbiratul ihram, ia sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  • Surah al Fatihah, ia adalah pakaian kita yang indah-indah di dalam kubur.
  • Rukuk, ia sebagai tikar kita di dalam kubur.
  • Iktidal, akan member minuman dari telaga al-Kautsar ketika di dalam kubur.
  • Sujud, ia memagar kita ketika menyeberangi titian siratulmustaqim.
  • Duduk antara dua sujud (awal), akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
  • Duduk antara dua sujud (akhir), menjadi kenderaan ketika kita di padang mahsyar.
  • Tahiyat akhir akan menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur.
  • Selawat kepada nabi, sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
  • Memberi salam, memelihara kita di dalam kubur.
  • Tertib, kita akan bertemu dengan Allah SWT.


Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 04:59 PM | Show all posts
Reply 244# c2ni


    thanks c2ni ...

    mungkin leh kongsi ayat bacaan doa yg lain lagi nanti .,..,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2011 05:17 PM | Show all posts
Doa Perpisahan                Artist: Brothers                                        
          


      Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu .....................

"khas buat seorang sahabat, moga kau tabah selalu ......maslina ali"
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 09:40 AM | Show all posts
Reply 246# fiqrah


    ...untuk semua, dihayati & dikongsi bersama2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2011 09:44 AM | Show all posts
Reply 248# c2ni

thanks again ............................
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 10:22 AM | Show all posts
memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah
supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah
supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk
yg sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah
supaya kita dapat kasih sayang yg terbaik,
khas untuk diri kita

memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah
supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang
kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita
dan kehidupan kita pada masa depan...

memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah
supaya kita dapat mengutip pengalaman
yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah
supaya kita jadi manusia yg hebat jiwanya.

memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah
supaya kita lebih faham bahawa cinta yg terbaik hanya ada bersama Allah.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah
supaya kita lebih mengenali
kehidupan tak selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 08:41 AM | Show all posts
                            ~~ TRAGEDI CINTA ISTERI ~~~


Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Dalam episod cinta takdir sering menguji kita. Mengapa aku mendapatsuami yang begini? Mengapa dia tidak setia? Bila masalah melanda kitamerasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang menerimanasib begini?Kita merasakan kitalah yang paling malang. Hanya mulutmengaku Allah itu Tuhan tetapi mengapa dengan takdir-Nya kita enggan?Semacam terlupa kata peneguhan di dalam al hadis dan Al Quran bahawabesarnya masalah, beratnya ujian dan hebatnya cabaran... berkadar terusdengan kekuatan iman.

Inilah hakikat yang mesti menjadi pegangan dalam menghadapi tragedicinta di dalam rumah tangga. Tragedi cinta menjadi ujian iman dantauhid sesetengah kita. Setiap orang ada medan ujiannya masing-masing.Dan untuk isteri yang teruji dengan pasangannya, sematkan di dalamdada... bahawa itulah takdir yang dipilih oleh Allah untuk mengujikeimanan kita.

Bukankah sudah diungkapkan oleh sejarah, ada isteri yang baik diujidengan suami yang jahat seperti Siti Asiah isteri kepada Firaunlaknatullah. Bujukan Allah cuma satu, bergembiralah dengan pahala disebalik ujian itu. Tenanglah dengan jani-janji syurga. Ini bukan'escapeism' tetapi itulah iman. Yakinlah, bahawa cinta yang lebih besarsedang menguji cinta yang lebih kecil. Cinta Allah sedang menguji cintakita kepada isteri atau suami.

Dan jika cinta yang kecil itu rapuh, jangan pula cinta yang lebihbesar itu roboh. Percayakan janji-janji Allah di akhirat adalah penawarpaling mujarab untuk menghadapi keperitan ujian hidup di dunia. Ketikadisiksa menjelang kematiannya, Siti Asiah hanya memohon kepada Allahuntuk mendapat rumah di dalam syurga. Jadi usah dikorbankan akhiratkita hanya kerana dipersiakan oleh cinta kita di dunia.

Bagaimana sekiranya, cinta kita sudah dipersiakan? Pasangan kitaseolah-olah menjadi 'orang lain'. Bukan dia yang kita kenal dahulu.Apakah ketika itu kita akan jadi panasaran? Habis segala laci, mejatulis, kereta atau begnya kita selongkar. Telefon bimbitnya, email,facebook dan apa sahaja milik peribadinya kita bongkar. Mencari danmenghidu kalau-kalau terdapat bukti kecurangannya. Siang malam diamukgelisah. Kita bagaikan dirasuk.

Pada saat genting itu tekanlah butang 'pause'. Bertanyalah padadiri, apakah kita masih menaruh harapan? Jika jawapannya masih ya, makanyalakanlah harapan itu – keep hope alife! Berusahalah untukmemperbaiki diri. Dakap cinta Allah erat-erat. Moga perubahan itumembuahkan harapan yang  akan merubah pasangan kita.

Tempuhlah jalan-jalan yang baik dan dibenarkan oleh syariat untukmembetulkan keadaan. Jangan cuba membasuh najis dengan air najis.Maksudnya, jangan gunakan jalan yang salah untuk membetulkan kesalahanpasangan kita. Nanti keadaan akan bertambah buruk. Terimalah takdir itudahulu. Jangan mungkir. Kita tidak mungkin dapat mengawal arah tiupanangin, tetapi kita masih mampu mengawal kemudi pelayaran.

Setelah berusaha sehabis daya... istirehatkan hati dan minda. Cubatenangkan perasaan. Dia bukan segala-galanya dalam hidup yang singkatini. Harapkan yang terbaik tetapi bersedialah menghadapi yang terburuk.Jika terpaksa kehilangan cinta itu bukan bukan bermakna kehilangansegala-galanya.

Buat isteri yang diuji, ambillah masa untuk bersunyi-sunyi denganAllah. Ketika hati mu telah tenang tuliskanlah surat ini. Surat buatmenghadapi tragedi cinta...

Suami ku yang disayangi,

Surat ini ku tulis dengan hati yang terus menerus berdoa agar kaudan aku berjaya mengatasi apa jua halangan dalam perjalanan kitamendapat keredaan Allah. Hingga kini aku terus yakin jika kita mencarikebaikan, insya-Allah, Allah akan memberikannya.

Terlebih dahulu ingin aku nyatakan bahawa dalam apa jua pergolakandan ujian yang telah berlaku sepanjang kita berumah tangga, aku tetapmenghormati mu. Walaupun ada masanya sikap dan kata-kataku terlanjurdan terkasar, itu bukanlah kerana aku sudah tidak  menghormatimu apatahlagi membencimu... tetapi semua itu kerana terlalu sayang. Aku tidakmahu kehilangan dirimu sebagai seorang suami seperti mana anak-anakkita juga tidak mahu kehilangan kasih-sayang seorang ayah.

Maafkan aku. Akulah yang lebih banyak bersalah dan tidak bijakmenghadapi ujian rumah tangga ini. Sesungguhnya sejak dari dulu hinggasekarang aku menagih pimpinan dan panduanmu. Pimpinlah aku untukmenjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik kepada anak-anak kita.Aku tidak mahu berpisah dengan semua kesayangan ku ini. Oleh sebab ituaku merayu agar aku terus disayangi, dilindungi, dipercayai dandipimpin untuk menjadi wanita yang benar-benar menjadi penyeri hidupseorang suami dan anak-anak.

Kebahagiaan kita sekeluarga berada di tangan mu. Dikaulah yangmenjadi peneraju dan nakhoda rumah tangga ini. Aku tahu tugas danamanah ini sangat berat. Ia menagih keikhlasan, keimanan dan kejujuranyang tinggi daripada mu. Aku sedar apa yang akan ditanyakan Allah diHari Akhirat kelak kepada seorang suami sebagai pemimpin jauh lebihberat dan sukar dijawab berbanding pertanyaan Allah kepada seorangisteri. Aku tahu tangung jawab mu sangat berat. Jadi aku sentiasa sediadan setia berada di sisi mu untuk sama-sama mengharungi kepayahan ini.

Marilah sama-sama kita insafi bahawa hakikatnya umur kita kianbertambah, upaya dan tenaga kita semakin kurang, tetapi perjalanan kitamasih jauh dan beban kita semakin memberat. Amanah yang ada pun belumselesai kita tunaikan, apatah lagi untuk menambah beban yang baru. Akubimbang... kita berdua akan kecundang.

Oleh sebab itulah aku sering mengingatkan diriku dan dirimu, marilahkita kembali menilai peranan dan tanggung jawab kita masing-masing. Akusebagai seorang isteri dan kau sebagai seorang suami... Marilah kitasama-sama bermuhasabah, apakah kiita telah melaksanakan amanah yangkita janjikan di hadapan Allah ketika kita mula bernikah dahulu?

Pernikahan disamakan dengan mendirikan masjid. Begitu sucinya ikatanperkahwinan dalam Islam. Ia bukan dibuat hanya kerana untuk melepaskanhawa nafsu semata-mata. Jika itulah sahaja niat kita berkahwin, makaapakah yang membezakan manusia dengan haiwan? Tetapi sebaliknya, Islammeletakkan hubungan sah antara suami dan isteri sebagai suatu yangsangat tinggi dan suci.

Ia bukan sahaja perkongsian fizikal, tetapi perkongsian fikiran,perasaan dan jiwa untuk sama-sama berbakti kepada Allah. Rumah tanggahakikatnya adalah sebuah masjid... Di dalam masjid orang solat,berzikir, membaca Al Quran, mendengar tazkirah kuliah dan laian-lainibadah.

Aku rindukan semua itu. Tetapi kerinduan itu tidak akan kesampaiantanpa bimbangan darimu. Aku lemah wahai suami ku. Pimpinlah aku untukmendapat kasih sayang Allah melalui aliran kasih sayangmu. Engkaulahharapan aku dan anak-anak. Kami hakikatnya telah diserahkan oleh Allahsebagai amanah kepada dirimu untuk disayangi di dunia dan di akhirat.Janganlah disia-siakan amanah ini. Kelak buruk padahnya kepada kami dankepada mu jua. Relakah engkau melihat kami terkapa-kapa di dunia initanpa pimpinan? Dan di akhirat terhumban ke neraka yang penuh seksaan?

Suami ku,

Atas kebimbangan itu kekadang aku jadi cemburu. Bila ku lihatlangkah dan sikap mu sedikit terbabas, aku menjadi sangat cemas. Bilaku lihat kau seakan-akan berubah, aku menjadi sangat gelisah. Bukankerana benci, tetapi kerana sayang. Mengapa tidak? Bukankah di tangankamu kemudi rumah tangga ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 08:42 AM | Show all posts
Kesilapan dan kesalahan mu sangat buruk akibatnya kepada kita sekeluarga. Jadi, fahamilah hati isteri mu ini wahai suami ku... Curiga ku bukan kerana prasangka. Cemburu ku bukan kerana melulu. Jauh sekali untuk mengawal dan memperbudak-budakan. Tetapi sekadar ingin mengingatkan bahawa kebakaran yang memusnahkan selalunya berpunca hanya daripada percikan api!

Di antara kita adalah Allah. DIAlah zat yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Adil. Manusia tidak akan dapat mengawal dan memantau manusia lain setiap masa dan ketika. Kini aku pasrah kepada Allah. Aku lelah dan kalah untuk meneliti dan memeriksa di seluruh penjuru. Aku tidak dapat mengawal hati mu dan kau juga tidak dapat mengawal hatiku.

Hati kita berdua, Allahlah yang menjadi pemantaunya. Menyedari hakikat ini, aku kini hanya fokus untuk memperbaiki diri. Aku ingin memperbaiki hubunganku dengan Allah dan memperbaiki hubunganku dengan sesama manusia. Aku yakin Allah tidak akan mengecewakanku. Dan aku juga yakin Allah akan terus memberi kebaikan-Nya kepadaku melalui dirimu.

Marilah sama-sama kita perbaiki diri kita atas keyakinan rumah tangga ini perlu terus diselamatkan dan dimeriahkan. Jika benar itu masih menjadi harapan dan keyakinan kita, insya-Allah, pasti Allah akan tunjukkan jalan-jalan-Nya. Dalam hidup ini kita tidak boleh dapat semua perkara dalam satu masa. Bila kita mendapat sesuatu, pasti pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu yang lain. Jadi marilah sama-sama kita pastikan apa yang kita dapat lebih berharga dan lebih baik berbanding apa yang kita terpaksa lepaskan.

Oleh itu jika kita ingin mendapat rumah tangga yang bahagia, kita terpaksa belajar 'melepaskan' perkara-perkara lain. Rumah tangga kita adalah keutamaan. Ia amanah Allah, harapan kita dan anak-anak kita. Sebaliknya, segala kesukaan atau keseronokan kita yang lain mungkin terpaksa kita korbankan demi membina kebahagiaan ini.Inilah pengorbanan.

Tanpa pengorbanan tidak akan ada kebahagaiaan. Kita akan rela dan tega berkorban jika kita benar-benar inginkan rumah tangga ini berjaya. Jika tidak, kita terpaksalah mengorbankan rumah tangga ini... Apakah ini berbaloi? Tidakkah ini seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran? Atau mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan?

Suami ku,

Tipuan dunia dan godaan nafsu ini sangat memberangsangkan. Syaitan sentiasa menghias bibit-bibit dosa-dosa dengan segala keindahan dan kecantikan. Sekali kita terjerumus, payah untuk bebas kembali. Selagi yang diburu tidak tercapai, selagi itulah kita lelah mengejarnya. Tetapi setelah kita mendapat, ada yang lain pula datang menggoda. Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada itulah yang kita risaukan. Kita akan lesu kerana asyik memburu.

Mengejar nafsu itu bagai mengejar bayang-bayang. Dilihat ada tetapi apabila digenggam ia hilang... di hujung percarian itu pasti ada lesu dan jemu. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Padahal kematian itu boleh datang tiba-tiba. Relakah kita tertipu mengejar fatamorgana hanya kerana dari jauh ia kelihatan umpama air yang tergenang?

Aku mengingatkan diri ku dan diri mu kerana sayang. Aku selalu bertanya pada diri sendiri, relakah aku mengorbankan rumah tangga ini hanya untuk mengejar sesuatu yang tidak pasti? Aku terpaksa melepaskan salah satunya. Dan insya-Allah, buat selamanya aku lebih sanggup melepaskan apa dan sesiapa sahaja, asalkan jangan melepaskan kebahagiaan rumah tangga ku. Itulah yang ada di hatiku. Dan itulah jua yang aku harapkan, doakan ada dalam hati mu.

Jika dalam surat ini ada kesedihan... ia bukan kekecewaan tetapi itu hanya harapan. Jika dalam surat ini ada teguran... itu bukan kebencian tetapi itu hanya peringatan, buat ku dan buat mu jua. Namun, ku akui dalam surat ini terlalu banyak doa dan harapan. Doa ku hanya pada Ilahi. Dan harapan ku tetap untuk mu suami. Jika air mata itu berkesan, nescaya akan tulis surat ini dengan air mata. Bukan air mata kecewa tetapi air mata harapan...

Ku harap kau membaca surat ini dengan hati yang terbuka. Bayangkan semula harapan dan cita-cita kita seawal kita memutuskan untuk berkahwin dahulu. Saat indah itu telah berlalu tetapi keindahan itu akan menjelma semula dalam bentuk baru jika kita berusaha untuk merealisasikannya. Dalam perkahwinan yang baik, seorang lelaki dan wanita sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki dirinya demi orang yang disayanginya.

Dan sekalipun dalam perkahwinan yang paling bermasalah, penawar yang mujarab adalah kebenaran. Menyatakan kebenaran kepada pasangan adalah kaedah terbaik untuk membuktikan cinta adalah lebih utama daripada satu pendustaan!

Mohon berundur dulu. Pasangan yang bahagia bukanlah tidak pernah membuat kesilapan. Tetapi mereka tetap bahagia kerana mereka sentiasa belajar mengakui kesilapan itu dan belajar daripadanya... dan akhirnya melupakannya! Itulah aku kini. Ku akui kesilapan ku dan aku sedang memperbaikinya dan aku ingin melupakannya...

Suami ku, aku masih menaruh harapan. Insya-Allah, kau masih sudi membantu aku untuk itu! Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 08:29 AM | Show all posts
   ~~~ ALLAH MAHA KUASA, MANUSIA TIADA DAYA ~~~



                               


               

                                 
               
               

       

Akhir 2008, saya bertemu dengan sebuah pencarian panjangiaitu hidayah. Ceritanya bermula dengan saya mengikuti jemaah tabligh.Saya mengenal Islam yang sebenar dengan cara yang sangat santai, iaitumengenal Allah terlebih dahulu.

Pada awalnya, saya sangat tidak impressive dengan mereka kerana melalui ceramah-ceramah mereka, mereka keep on emphasizing, "Allah maha kuasa, makhluk tiada kuasa".

Hampir semua orang keep on saying that short sentence- Allah maha kuasa, makhluk tiada kuasa.

Jika sedang makan, saya dididik, "Allah bagi kenyang, makanan hanyasebab". Jika naik kenderaan, saya diajar, "Allah bagi sampai, kenderaanini hanya sebab".

Begitulah, dari sekecil-kecil perkara hingga kepada perkara yang besar-besar, semua dikaitkan dengan Allah.

Saya pernah beranggapan bahawa golongan ini kurang menekankan aspekilmu, tapi nyata saya tersilap. Apakah ilmu yang lebih besar selaindaripada ilmu mengenal Allah?

Alhamdulillah. Saya wajib berterima kasih kerana mereka melayan sayaseperti kanak-kanak. Apa tidaknya, saya diajar bahawa bukan pisau yangmemotong, tapi Allah yang potong. Saya dilatih, 'Jika kamu memandangkepada pokok/ haiwan/ kapal terbang atau apa-apa saja, kaitkan iadengan Allah'.

Benda yang remeh, kan? Tapi secara tak langsung, 'perkara remeh'inilah yang membuka mata saya, seolah-olah saya 'melihat Allah'. Maksudsaya, merasakan sangat hampir dan dekat dengan Dia.

Subhanallah.
Saya mahu kiranya kalian juga dapat menikmati perasaan ini. Iaitu rasa kagum kepada Tuhan.

Sunnatullah.
Pernah kalian belajar tentang ini?Saya bukan nak ajar, cuma nak berkongsi. Dalam dunia ini, Allah telahmeletakkan ketentuan yang dipanggil sunnatullah. Dalam erti kata lain,ia ialah 'sebab dan akibat'. Sebagai contoh : Kita makan (sebab), kitakenyang (akibat). Ini fahaman kita sejak dari nenek moyang kita lagi.

Maaf. Fahaman bahawa semua 'akibat' adalah berpunca dari 'sebab'ialah satu fahaman yang tersilap. Ini adalah kerana Ahli Sunnah WalJamaah mempunyai fahaman bahawa bukan sebab yang membawa kepada akibat,tetapi Allah yang membawa akibat.

Sebagai contoh: Kita makan (sebab) dan kita kenyang (akibat).

Ahli Sunnah Wal Jamaah berfahaman bahawa yang memberi kekenyangan bukanlah nasi atau makan, tapi Allah yang beri kenyang.

Cuma, kita perlu ikut ketetapan yang ditentukan tadi, iaitu Sunnatullah.

Ini adalah kerana Allah berfirman :

'Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanyakekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagimenjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.'  (surah al-Kahfi ayat84)

'Jalan' yang dimaksudkan ialah 'cara'. Sebagai contoh - Kamu mahukenyang, kamu harus makan. Kamu mahu berjaya, kamu harus berusaha. Kamumahu masuk syurga, kamu perlu buat amal soleh. Ini syaratnya. Ini requirementnya dan inilah ketetapannya. Kejayaan tidak datang dengan melepak.Kenyang tidak datang dengan menonton televisyen. Sembuh tidak datangdengan tidur. Semua telah ditetapkan.

'Yang demikian adalah menurut "sunnatullah"(undang-undang peraturan Allah yang telah lalu; dan engkau tidaksekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "sunnatullah" itu'.-(Al Ahzaab ayat 62)

Dalam erti kata yang lain, Allah mengajar kita bahawa semua bendaberlaku bersebab, tapi bukanlah sebab itu yang membawa kepada akibat.Hakikatnya ialah Allah.

Kerana itu, api yang panas yang sifat dan kebiasaannya membakar,menjadi sejuk dan nyaman dalam peristiwa Nabi Ibrahim a.s dihumbankanke dalam api oleh Raja Namrud.

Kerana itu jugalah, Nabi Isa a.s dilahirkan oleh Mariam tanpa bapa. Kerana hakikat sebuah akibat (kelahiran) ialah Allah.

Kerana itu juga, kita melihat bahawa ada orang makan sepinggan sudahkenyang, ada orang perlu makan lima pinggan baru kenyang. Ini buktibahawa Allah telah menetapkan bahawa yang Dia yang memberi kenyang,bukan makanan. Jika makanan yang memberi kenyang, mudah dunia ini.Setiap orang hanya perlu makan sebiji kacang setiap orang, jika benaria (kacang) ada kemampuan memberi kenyang.

Nyata tidak, kerana kuasa memberi kenyang hak mutlak Allah sahaja.

Kerana memahami sunnatullah inilah, saya diajar supaya apabila sajamenerima wang dari ibubapa saya, saya wajib berterima kasih kepadamereka dan wajib saya berterima kasih kepada Allah. Memang zahirnya,ibubapa saya yang beri saya wang, tapi hakikatnya Allah yang beri.

Inilah yang dinamakan konsep usaha-tawakkal.

Saya wajib berusaha- iaitu mewujudkan sebab. Contoh: saya belajar.Maka, selepas saya melakukan 'sebab' maka saya wajib bertawakkal. JikaAllah mahu, Dia boleh beri saya berjaya atau jika Dia tidak mahu, sayagagal. Inilah yang dinamakan "tawakkal dengan berbekal"

Kesimpulan
Saya mahu kita menanam satu budaya, iaitu 'melihatAllah'. Kita tanam rasa kagum dan rasa nampak kehebatan Allah dalamsetiap yang kita buat dan kita nampak. Caranya, jika nampak kucing yangcomel, kita kaitkan dengan hebatnya Allah yang ciptakan kucing ini.

Kita juga harus faham benar bahawa 'hakikat akibat' ialah hak Allah.Allah beri kenyang. Allah beri sembuh. Allah beri sakit. Makan ialahmakhluk. Rehat ialah makhluk. Riadah ialah makhluk. Ia cuma menjadicover luar sahaja.

Mudah nak faham, cuba bayangkan jika dunia ini tiada ketentuan(peraturan). Maka, kita akan lihat ada manusia akan makan racunserangga, tak mahu makan nasi. Tapi kenapa sekarang, manusia makan nasidan tidak makan racun? Kerana Allah telah menetapkan bahawa fungsiracun ialah membunuh serangga dan fungsi nasi ialah memberi tenaga.


Dan ingatlah juga peristiwa apabila Firaun bertanyakepada Nabi Musa a.s, "Siapa Tuhan kamu?" Musa a.s menjawab, "Tuhankami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu, kejadiansemulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian Dia memberi petunjukkepadanya akan cara menggunakannya" (20;50)


Maka, lihatlah diri kita. Bukankah itu tanda bahawa Allah hebat?

Perut yang kembali lapar selepas beberapa jam makan, rambut yangkembali panjang selepas sebulan digunting, kuku yang kembali panjangselepas seminggu dipotong, tanda bahawa Allah telah menetapkan segalasesuatu. Jika manusia hebat, katakanlah kepada perut, "Hai perut,janganlah kau lapar selama seminggu". Boleh begitu?


Jelas, Allah sangat hebat. Cuma kerana kita tertipu dengan 'sebab' ,kita tidak nampak bahawa 'akibat' ialah datang dari Allah. Kita taknampak yang Allah itu hebat. Sangat malang!

Allah sangat hebat.


Maka, mari sama-sama kita 'melihat Allah'. Kita kaitkan makan,minum, dan tidur dengan Allah. Sesungguhnya Allah sangat berkuasa,makhluk tiada kuasa. Makhluk hanya 'sebab' dan 'akibat' ialah segalanyadari Allah.


Ya, Allah sangat hebat.

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 08:44 AM | Show all posts
                    ~~~ MOTIVASI HARI INI  ~~


Setiap manusia tidak terlepas daripada mempunyai sifat dahagakankejayaan. Dalam buku motivasi Rahsia Minda Jutawan, ditulis oleh AmarMahmood ada mengatakan bahawa jumlah manusia yang betul-betul mengejarkejayaan mereka tidak sampai 3%.

Kejayaan didorong oleh motivasi yang kuat untuk mencapai sesuatu.Walau bagaimanapun, kebanyakan orang gagal untukmengekalkan motivasi mereka. Ini menyebabkan ramai yang terkandas dancepat mengalah sebelum bertindak.

Apakah faktor utama untuk kita mengekal motivasi selama 7 hariberturut-turut? Menurut kajian, apabila seseorang itu mampumengekalkan motivasi selama 7 hari, maka proses untuk mencapai kejayaanadalah lebih mudah.



1 – Cari Ayat Motivasi Relevan Selari dengan Impian

Lakukan sedikit carian untuk mencari ayat motivasi atau 'quote'daripada pakar dalam bidang masing-masing. Pastikan ayat tersebuttersebut selari dengan impian yang kita ingin kecapi.

Selepas itu, tulis semula dalam kertas atau cetak. Kemudiantampalkan di tempat yang mudah untuk kita lihat setiap hari. Untuktambahan, jadikan ayat motivasi tersebut sebagai 'wallpaper' komputerkita.

Pakar psikologi mendapati ayat-ayat motivasi mampu meningkatkan motivasi dengan segera. Ia akan menjadi lebih efektif jika kita mengulanginya setiap hari.




2 – Membina Kumpulan Motivasi

Robert Kiyosaki, penulis buku Rich Dad Poor Dad menyatakanbahawa seseorang itu mudah untuk mendapatkan motivasi berterusan, jikamereka bergerak secara kumpulan. Hal ini juga disebut dalam buku Think & Grow Rich oleh Napoleon Hill.

Apabila kita mempunyai kumpulan yang mempunyai matlamat sama,maka potensi untuk kita kekal bermotivasi adalah tinggi. Ini keranasetiap seorang akan menyumbang kekuatan untuk memotivasikan individuyang lain.



3 – Tulis Matlamat Setiap Hari

Dengan menulis matlamat setiap hari, kita dapat mengingatkan diriterhadap apa yang ingin dicapai pada masa akan datang. Secara tidaklangsung ia dapat meningkatkan motivasi menerusi minda separa sedar.

Biasakan tulis matlamat sebelum kita tidur. Dengan cara ini, kitatelah mengaktifkan minda separa sedar untuk memproses langkah-langkah,supaya mencapai matlamat kita tercapai.


Selamat beramal!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 10:26 AM | Show all posts
assalamualikum tuan rumah,

ke mana menghilang .......jom ramai2 meriahkan rumah yg
dah makin lesu ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 10:40 AM | Show all posts
kasi upppppppp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2011 11:43 AM | Show all posts
Solat Dan Pengertian

       

PENGERTIAN SOLAT

  • Solat      dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan.
  • Dari      segi syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan
    yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan
    syarat-syarat tertentu.
  • Perkataan-perkataan      di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy.
    Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun
    fi‘liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali
    sebagai rukun qalbiyy.




WAKTU SEMBAHYANG
  • Waktu sembahyang fardhu lima waktu iaitu Zuhur, ‘Asar, Maghrib, ‘Isya’ dan Subuh telah dinyatakan dengan terperinci dari awal hingga akhir oleh Sunnah Nabi. Secara umumnya, waktu-waktu itu telah dinyatakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam melalui sabdanya yang bermaksud:

“Jibril telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau bersembahyang Zuhur bersamaku ketika tergelincir matahari dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu benda telah sama panjangnya dengan sesuatu itu, dan Maghrib ketika terbenam matahari dan ‘Isya’ ketika terbenam syafaq (iaitu cahaya merah) dan Subuh ketika terbit fajar. Pada keesokan harinya, Jibril bersembahyang bersama saya solat Zuhur ketika bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu berkedudukan dua kali panjangnya dan Maghrib ketika orang berbuka puasa dan ‘Isya’ ketika sepertiga malam dan Subuh ketika menguning cahaya pagi. Kemudian Jibril berkata: Inilah waktu sembahyang Nabi-Nabi sebelum engkau. Waktu sembahyang adalah di antara waktu ini.”


  • Secara      terperincinya, waktu-waktu bagi setiap solat fardhu adalah seperti      berikut:

1. Waktu Zuhur bermula dengan tergelincir matahari (zawal), iaitu matahari condong daripada tengah-tengah langit ke arah barat dengan keadaan sesuatu benda mempunyai sedikit bayang ketika matahari terpacak dan matahari mula condong ke arah barat. Waktu Zuhur berakhir apabila bayang sesuatu benda menjadi sama panjang dengannya.

2. Waktu ‘Asar (solat al-wusta) bermula dengan berakhirnya waktu Zuhur, iaitu apabila bayang sesuatu benda yang sama panjang dengan benda itu mula bertambah dengan pertambahan yang paling minimum. Ia berakhir dengan terbenamnya matahari.
3. Waktu Maghrib, ia bermula dengan terbenam matahari dan berterusan sehingga hilang cahaya syafaq (cahaya merah) dengan tidak kelihatan sedikitpun kesannya.

4. Waktu ‘Isya’ bermula dengan tamatnya waktu Maghrib, iaitu hilang syafaq ahmar (cahaya merah) dan berterusan hingga munculnya fajar sadiq, iaitu beberapa ketika sebelum naik fajar.

5. Waktu Subuh bermula dengan muncul fajar sadiq dan berterusan hinggalah naik matahari (syuruq). Fajar sadiq ialah cahaya putih yang menyerlah mengikut garis lintang ufuk.



WAKTU-WAKTU YANG DITEGAH MELAKUKAN SOLAT
  • Terdapat lima waktu yang telah dinyatakan oleh Sunnah sebagai waktu yang ditegah untuk melakukan sembahyang di dalamnya, iaitu:

1. Selepas sembahyang Subuh hingga terbit matahari.

2. Semasa naik matahari hingga kadar ramh, iaitu lebih kurang satu pertiga jam selepas naiknya matahari.

3. Waktu matahari tegak (rembang) sehingga matahari tergelincir (masuk waktu Zuhur).

4. Selepas sembahyang ‘Asar hingga terbenam matahari.

5. Waktu matahari kekuningan sehingga terbenam.


  • Tegahan untuk melakukan sembahyang pada waktu-waktu ini bukanlah mutlaq, tetapi khusus pada jenis sembahyang tertentu sahaja, iaitu:

1. Semua sembahyang yang tidak ada sebab untuk melakukannya pada waktu-waktu itu seperti sembahyang sunat mutlaq dan sembahyang sunat tasbih.

2. Sembahyang yang sebab melakukannya terkemudian seperti sunat ihram dan istikharah.


  • Semua sembahyang ini jika dilakukan pada waktu-waktu tersebut hukumnya makruh tahrim yang sangat ditegah dan sembahyang itu juga menjadi batal. Pengecualian kepada sembahyang yang telah disebut ialah beberapa sembahyang tertentu iaitu:

1. Sembahyang yang mempunyai sebab untuk melakukannya seperti sembahyang yang telah luput (qadha’), jenazah, nazar, sunat wudhu’ dan tahiyyatul masjid.

2. Sembahyang yang mempunyai sebab yang seiringan dengan waktu itu seperti sembahyang kusuf (gerhana) dan istisqa’ (minta hujan).

3. Sembahyang Jumaat ketika matahari tegak.

4. Sembahyang di Tanah Haram Makkah kerana kelebihan sembahyang itu sendiri.


  • Selain daripada waktu-waktu tersebut, terdapat beberapa waktu lain yang ditegah melakukan sembahyang, antaranya sembahyang semasa khatib menaiki minbar masjid untuk membaca khutbah dan sebelum sembahyang Maghrib kecuali sunat rawatib pada kedua-duanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 02:22 PM | Show all posts
Pesanan Buat Kaum Wanita Hari Ini

       
Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri…..


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.


Beliau menjawab, “Pada malam aku di-isra’-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana,menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.




Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.


Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.


Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,”kata Nabi.


Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.
*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia bisa solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.
*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”
Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 09:54 AM | Show all posts

~~ KISAH KELAPA TUA ~~



Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu.Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.


Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkanorang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernahdikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua inimempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan danmenyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.


Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidakmempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buaibila ditiup angin.


Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknyasambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggiitu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabarmenunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolokmacam tu.


Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, makagugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pulabukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empatpuluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak!

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini barumuqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuangsedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadarsekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalamkulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan.Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampaitempurung sahaja yang tinggal.


Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya.Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yangseperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parangdengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Makatersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya danterdedahlah isinya yang putih bersih.


Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahapini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini barupermulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.


Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya danmendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan daritempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnyadibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak adalagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.


Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parutitu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendakdikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan.Kemudian ia ditapis menjadi santan.Kelapa tua yang dulunya keras danbulat kini sudah menjadi cecair yang putih.


Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempahdan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglahsantan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hinggaterkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebakkeseluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

"Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?"

Orang di dapur hanya menjawab, "Gulai ikan bawal."

Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.

Orang kata, "Oh! Sedap gulai ni.""Oh! Sedap ikan bawal ni."


Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan danpengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapatua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang,tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli. Alangkah indahnyakalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untukdipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapiuntuk Tuhan.



Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan   ! ---------- Mior Azli

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 10:01 AM | Show all posts
         
~~ AVATAR ADAPTASI CERITA KHILAFAH ~~




"Air, Api, Tanah, dan Udara,dahulu keempat negara hidup dengan damai, namun semuanya berubah saatnegara api menyerang. Hanya Avatar yang mampu mengendalikan keempatelemen yang dapat menghentikannya. Namun saat dunia membutu*kannya diamenghilang.

Beratus tahun kemudian akudan abangku menemukan seorang avatar muda yang baru. Seorang pengendaliudara bernama Aang. Walaupun ilmu pengedalian udaranya sangat bagus,namun dia masih memerlukan banyak waktu untuk menguasai semuanya, Tapiaku yakin, Aang dapat menyelamatkan dunia".


Hmmm... Sahabatsekalian, kamu semua tentu sudah tidak asing dengan cerita di atastadi. Masih ingat tak? Pasti ingat punya, yang pasti itu bukan ceritanenek kebayan. Kalau ada yang meneka, "Itu cerita Avatar the Last Air Bender Legend atau Avatar si Pengendali Udara!"  Itu betul sekali, tahniah di atas ketepatan tekaan anda.

Ok kalau begitu, anda sudah kenal kan cerita kartun Avatar? yangmeminati kartun pastilah tahu. Tipulah kalau anda semua si peminat anime atau kartun tak tahu. Betul tak?. Jadi, di sini kita bukanlah berbincang tentang bagaimana hebatnya si Avatartu. Asalkan anda semua sudah menonton cerita tersebut, dan pasti sudahtahu bagaimana kehebatan Aang. Walaupun Aang masih kecil tapi sangatberani dan hebat, menguasai semua ilmu bela diri lagi. Apalagi disebutdi awal, dia sebagai "penyelamat dunia".

Di sini saya akan bawakan cerita singkatnya sahaja, dalam episod "The Boy in the Iceberg," duaremaja dari Suku Air Selatan yang bernama Katara, seorang pengendaliair dan abangnya yang bernama Sokka, menemukan Aang dalam sebuahbongkah ais, kemudian mereka membebaskannya. Aang adalah seorangkanak-kanak dan berkebolehan mengendali udara yang merupakan seorang Avatar.

Selama seratus tahun Aang terkurung di dalam bongkahan ais, setelahia bertemu dengan badai saat dirinya melarikan diri dari Kuil Udaraselatan karena dia merasa kebingungan dan tertekan setelah diadiberitahu akan terjadi perang antara bangsa, sehingga seorang Avatardiperlukan.

Dari penjelasan, kedua adik beradik (Sokka dan Katara) itu Aang tahubahwa selama ia menghilang, ketakutan para pendahulunya akan terjadinyaperang telah menjadi kenyataan. Bertahun-tahun selama ia melarikandiri, Negara Api yang menjadi rumah para pengendali api, mengadakanperang menggempur tiga bangsa lainnya, iaitu Kerajaan Bumi, Suku Air,dan Pengembara Udara.

Seluruh kuil udara dihancurkan, termasuk Pengembara Udara, semuanya dimusnahkan supaya Avatar tidak boleh kembali lagi. Hal itu menyebabkan Aang menjadi pengendali udara terakhir di muka bumi. Karena dia seorang Avatar,sudah merupakan kewajibannya untuk mempelajari pengendalian empatunsur, agar boleh mengalahkan Raja Api dan membawa kembali kedamaiandan keharmonian di muka bumi. Jadi untuk memikul tugas tersebut, Aangditemani oleh Katara dan Sokka, bersama dengan dua haiwanpeliharaannya, Momo dan Appa untuk mencari ahli pengendalianunsur-unsur dan belajar untuk menjadi seorang Avatar, dan pada masayang sama mereka harus menghindari usaha penangkapan oleh pihak NegaraApi (Lihat wikipedia, Avatar: The Legend of Aang).


Avatar versus Khilafah.

Wahai sahabat sekalian, tahukah anda sekiranya kita berlepas dariadanya pengaruh unsur-unsur budaya tertentu, dan ritual agama tertentucerita Avatar ini hampir mirip dengan sejarah dan realiti umat Islam?. Macam ini, sekiranya kita melihat cerita Avatar tersebut dan hayati semula dalam-dalam, kita sebagai seorang pemuda Muslim harus refreshkembali dan pasti akan teringat dengan pemimpin umat (khalifah) yangmestinya ada sebagai pelindung umatnya seperti mana dalam alunansejarah yang telah membuktikan 1300 tahun lamanya islam pernah memimpindunia (khilafah).

Cuba saja anda semak paparan Katara pada  setiap awal episod di cerita Avatar tersebut.

"Air, Api, Tanah, danUdara, dahulu keempat negara hidup dengan damai, namun semuanya berubahsaat negara api menyerang. Hanya Avatar yang mampu mengendalikankeempat elemen yang dapat menghentikannya."

Kenapa ya dulunya bangsa-bangsa tersebut damai? Tentu saja hal ituterjadi karena memang mereka hidup di bawah kepemimpinan seorang Avatardan tidak ada satu pun negara yang serakah. Tetapi dengan kesombongandan kebongkakkannya, negara api menyerang negara-negara lainnya.Akhirnya, kedamaian pun hilang. Yang ada hanyalah pembunuhan,penyiksaan, ketamakan memonopoli kekuasaan, penahanan, dan kerusakkanlainnya.

Di dalam animasi Avatar itu pun disebutkan bahawa semua kerosakkan tersebut hanya dapat dihentikan oleh seseorang yang disebut dengan Avatar. Memang betul sejak dahulu, Avatar senantiasa ada. Setiap kali Avatar yang satu mangkat, selalu digantikan oleh Avatar berikutnya. Dialah yang mampu menyatukan kembali bangsa Air, Api, Tanah dan Udara.

Tetapi, ketika kedamaian itu tidak ada, seorang Avatar yang diperlukan tersebut ternyata menghilang. Yang akhirnya, derita yang menimpa bangsa Air dan bangsa Tanah terus berlangsung..

Sahabat, cuba singkap kenyataan-kenyataan tersebut, sama tak cerita Avatar itudengan cerita realiti atau kenyataan kita? Ya benar ini sangat serupadengan apa yang menimpa dunia Islam hari ini. Kalo boleh kita ubahsikit cerita awal tersebut dengan versi nyata dunia Islam, bunyinyajadi begini,

"Dahulu kala,negeri-negeri bersatu dari Spanyol hingga Melayu hidup dengan kedamaiandan kebahagiaan dalam sistem Khilafah. Namun, semuanya berubah setelahkaum kafir harbi menyerang dari segala sisi, baik mental mahupunfizikal."

Benar kan, dulu kita umat Islam,bersatu dengan aman dan dalam mulai dari Spanyol hingga nusantara inibersatu padu di bawah satu kepemimpinan yang menyatukan mereka, iainiKhilafah. Seorang Khalifah, pempimpin negara Khilafah, telah menjadipayung dan perisai pelindung umat. Umat ini berwibawa dan disegani saatkita hidup di bawah naungan Khilafah.

Islam pernah menguasai 2 per 3daripada dunia. Demikian pula, awal mula peradaban mulia itu diawalioleh Islam. Termasuk di dalamnya dalam penguasaan sains dan teknologiyang meningspirasi dunia Barat. Dunia mengakui hal ini. Cuba kitasama-sama semak pengakuan seorang pengusaha di sebuah perusahankomputer ternama di dunia. Carly Fiorina, CEO Hewlett-Packard (HP), menulis:

"Dulu pernah ada sebuahperadaban yang paling besar di dunia. Peradaban itu mampu menghasilkansebuah negara super yang membentang dari samudera ke samudera, daridaerah sub-tropik hingga ke daerah tropik dan gurun. Dalam wilayahkekuasaannya, tinggal ratusan juta warganya, yang tediri dari berbagaikepercayaan dan bangsa.

Salah satu dari sekian banyakbahasanya menjadi bahasa universal dan menjadi jambatan penghubungantara warganya yang tinggal di berbagai negeri. Tenteranya tersusundari orang-orang yang berlainan kebangsaanya. Kekuatan tenteranya mampumemberikan kedamaian dan kesejahteraan yang belum pernah adasebelumnya. Jangkauan armada perdaganganya membentang dari AmerikaLatin sampai ke Cina, serta daerah-daerah yang berada di antarakeduanya.

Kemajuan peradaban ini sangatditentukan oleh berbagai penemuan yang diraih oleh para pakarnya. Paraarkiteknya mampu mereka bangunan melawan hukum graviti. Para pakarmatematiknya menciptakan aljabar; juga algoritma yang menjadipengembangan teknologi komputer dan penyusunan bahasa komputer, paradoktornya mempelajari tubuh manusia hingga mampu menemukan berbagaiubat untuk menyembuhkan beraneka ragam penyakit.


Para pakar astronomiyamengamati langit, memberikan nama bintang-bintang, serta merintis teoriseputar perjalanan dan penelitian ruang angkasa. Ketika bangsa-bangsalain khuwatir terhadap munculnya berbagai pemikiran, peradaban inijustru memacu kemunculan beraneka ragam idea dan gagasan. Ketikatindakan keras seringkali mengancam keberadaan ilmu pengetahuan,peradaban ini justru melindungi, mempertahankan, serta menyampaikannyakepada umat-umat lain.

Peradaban barat modernmendapatkan banyak manfaat dari kemajuan ini. Peradaban yang sayamaksudkan adalah dunia Islam dari tahun 800 M sampai dengan 1600 M,termasuk di dalamnya wilayah Negara Khilafah Utsmaniyah, Baghdad,Damaskus dan Kairo, demikian pula masa-masa para pemimpin yangcemerlang, seperti Khalifah Sulaiman yang perkasa.".

Nah betul tak apa yang dinyatakan bahawa Avatar itu cerita betul, dan inilah sebuah kehidupan sebenar avatar?

Tetapi semuanya kini berubah. Setelah perencanaan yang panjangakhirnya, kuasa barat berhasil merobohkan kekuatan umat Islam. Tepatnyapada tanggal 3 Mac 1924, institusi pemersatu umat itudibubarkan oleh seorang pengkhianat yang bernama Mustafa Kemal Pashaat-Turk. Sejak itulah, dunia Islam memburam.  Kuasa barat menyuntikkansenjata racun yang mematikan kepada tubuh umat Islam, termasuk generasimuda. Senjata ini pula yang telah digunakan oleh barat dalam membunuhKhilafah tersebut.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.115740 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list