CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anakhalal

Bila Esok Kita kan Bertemu Kembali...

[Copy link]
Post time 3-5-2011 10:19 PM | Show all posts
icha confuse..
ak pon confuse ske spe jd hero dlam citer ni..
hope cik writer x confuse cam readers..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2011 08:40 AM | Show all posts
Nak lagi, nak lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 08:04 PM | Show all posts
sambung lg yer...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 08:18 PM | Show all posts
smbg la lgi..
x saba nak taw ap yg jdi pas nie..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 12:51 PM | Show all posts
BAB 26
“Letak nombor 8 kat sebelah nombor 5 tu...”

“Eh, kenapa pula nombor 2 kat situ? Kan dah ada tu...”

“Tiga!”

“Emm kan? Pandai tak?”

Alisha menoleh ke sebelahnya sambil menutup buku Sudoku dengan pantas. Teman di sebelahnya tersentak lantas tersengih. “Boleh tolong tak?”

Pantas juga Nina mengangguk. “Tolong diam kan? Okay... Okay...” balas Nina.

“Kacau kosentrasilah kau ni,” rungut Alisha sambil kembali membuka buku Sudoku di muka surat baru.

“Aku bukan niat nak kacau, tapi aku nak tolong,” balas Nina sambil tetap juga terjenguk- jenguk ke arah buku Sudoku Alisha. “Aku nampak kau macam stuck, sebab tu aku tolong.”

“Thanks but no thanks. Aku boleh sendiri la!” marah Alisha. Dia menyiku Nina agar jauh darinya.

“Dah berkerut muka aku tengok, sebab tu aku nak tolong!” Nina tak habis lagi bela diri dia tu.

“Biasalah, aku ni beginner! Kau tu dah tahap apa!” marah Alisha.

“Meh la aku ajar!” kata Nina. Belum sempat Alisha membuka mulut untuk menjawab, Najmi menyampuk dahulu.

“Eh apa ni?! Tak malu ke orang tengok??” tegur Najmi sambil matanya bergilir- gilir merenung Alisha dan Nina yang duduk di hadapannya. Terdiam sahabat berdua itu mendengar teguran Najmi. “Macam budak- budak!” sambung Najmi lagi. Dari tadi dia diam sahaja mendengar ‘pergaduhan’ antara Alisha dan Nina. Lagipun dia fokus membaca E-mail menerusi Blackberry hitamnya.

“Nina ni...” adu Alisha perlahan. Nina membulatkan matanya memandang Alisha.

“Bukan aku! Dia!” balas Nina. Alisha mencebik. Aku pulak!

“Dia yang kacau Icha buat Sudoku!” kata Alisha. Dia bingkas bangun dan beralih tempat. Dia duduk di sebelah Najmi. Nina mencebik.

“Manja!” ejek Nina.

“Biarlah!” jawab Alisha. Najmi menggaru dahi. Aduhh..mula lagi!

Spontan Najmi melekapkan Blackberrynya ke mulut Alisha. Terkejut Alisha, mujur dia tak menepis Blackberry itu.

“Sayang, Nina... Enough!” marah Najmi. Kali ini dia serius. Pening kepalanya dengan kerenah Alisha dan Nina.

“Nina, seriously, keep quiet!” kata Najmi sambil merenung tajam ke wajahnya. Pantas Nina meletakkan jari telunjuknya ke mulut.

“Sayang?” Alisha di sisi dipandang.

Alisha mengangguk cepat- cepat.

“Cuba lah bawak- bawak berzikir sementara tunggu waktu berbuka ni! Ni tak, bertekak macam budak- budak!” marah Najmi. “Tu tengok, baik je budak tu duduk diam- diam. Tak malu ke?”

Alisha dengan Nina sama-sama menoleh ke arah budak yang Najmi tunjuk. Memang betul, budak lelaki yang mungkin usianya 6 atau 7 tahun itu kelihatan tenang sahaja bersandar di kerusinya.

“Okay?” Najmi bertanya dengan wajah Alisha dan Nina dipandang silih ganti.

“Ooookayy!” balas Alisha dan Nina hampir serentak.

“Good! Habis Blackberry kena lipstick!” usik Najmi samba menjeling Alisha di sebelah. Sapu tangan digunakan untuk mengelap bekas lipstick Alisha pada telefon bimbitnya itu.
Alisha tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia terus tunduk meneruskan Sudokunya. Malas nak cakap dah, nanti kena marah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 12:52 PM | Show all posts
Memang selepas itu, keadaan terkawal. Alisha tekun menyelesaikan Sudoku, Nina ralit bermain permainan di telefon bimbitnya manakala Najmi pula diam membaca segala jenis E-mail menerusi telefon bimbitnya. Sesekali dia menjengah Alisha dan Sudokunya. Masih ada lebih kurang setengah jam sebelum masuknya waktu berbuka puasa. Hari itu, mereka berbuka puasa bersama- sama. Tapi masih kurang seorang kerana Azim belum muncul.

“Sayang nak dessert apa?” Najmi bertanya.

“Chocolate cake,” balas Alisha tanpa memandang wajah Najmi.

“Nina, kau nak dessert apa?”

“Sama,” balas Nina juga tidak memandang wajah Najmi.

Najmi bangun ke kaunter untuk menambahkan pesanan. Tidak lama selepas itu, Azim muncul. Tanpa kata, dia duduk di sebelah Nina.

“Yang aku dah order?” Dia bertanya pada Nina.

“Dah. Kenapa lambat?” Nina bertanya.

“Ada issue sikit tadi,” balas Azim.

“Weh, sampai pun!” sapa Najmi. Azim dan Najmi berbual- bual. Manakala Nina dan Alisha sama- sama diam.

“Jimi, kenapa diam je minah kepoh berdua ni?” Azim bertanya setelah dalam 10 minit tertanya-tanya sendiri.

“Ntah... Tak larat sangat kot. Maklumlah, puasa,” jawab Najmi sebelum ketawa kecil. Azim juga ketawa kecil. “Puasa ke?”usik Azim. Bukannya Alisha dan Nina tidak mendengar perbualan mereka itu, tapi sengaja tak ambil pusing.  

“Sayang, enough... Dah nak masuk waktu ni,” kata Najmi sambil mencapai pensil dari tangan Alisha. “Nina, cukuplah tu.” Alisha meletakkan buku Sudokunya manakala Nina meletakkan Nokianya ke tepi.

“Eh, bila kau sampai?” sapa Alisha. (Dia buat- buat terkejut sahaja sebenarnya.)

Azim mencebik. “Kenapa kau tak masuk je dalam buku Sudoku tu?” balas Azim.

Azim membaca doa untuk Iftar mereka hari itu. Nina terasa seakan ‘tersentuh’ mendengarkan suara Azim yang lunak ketika membaca doa. Bacaannya meresap pantas ke hati! Mereka menjamu selera sambil sesekali perbualan menghiasi waktu.

“Sayang, habiskan ayam tu,” kata Najmi. Alisha menggeleng.

“Icha dah kenyang sangat ni,” balas Alisha. “Abang habiskan, tolong...” pujuk Alisha dengan gaya manja. Najmi menurut. Alisha tersenyum senang sambil menyuapkan kek coklat ke mulutnya.

Azim dan Nina saling berpandangan dan bertukar senyum. “Alaaaa baby! Kenapa baby tak makan sayur ni??” Selamba Azim bertanya Nina dengan gaya manja yang dibuat- buat.

“Baby tak suka makan sayur. Abang makanlah...” balas Nina sambil menyuakan pinggannya pada Azim. Sesudah babak itu, Azim dan Nina sama- sama ketawa.

Alisha tersipu- sipu, malu diusik begitu. Najmi pula, turut sama ketawa. “Nanti kau orang tahulah macam mana,” kata Najmi usai sudah tawa mereka.

“Kau tu... Jangan masa ni je loving tahap langit ke 7, lepas kahwin nanti loving ke mana, apa ke mana,”kata Azim.

“Ish... Tu yang salah perception tu. Aku ni, tak payah pergi kursus kahwin pun aku tahu macam mana nak kekalkan sisi loving aku lepas kahwin nanti,” balas Najmi sambil mengenyitkan mata pada Alisha yang terasa sepert ingin menelan garfu.

“Hopeless romantic!” Alisha mengumam yang mana cukup untuk didengari oleh Najmi, Azim dan Nina. Azim dan Nina lantas ketawa.

Kata Najmi pula, “With you, yes I am.” Alisha menjeling. Najmi tersenyum, sangat manis seperti Choki Choki.

Aduhai belahan hati, manisnya senyum itu! Bisik hati Alisha. “Tone down la sikit jiwang abang tu! Nah, habiskan kek ni!” Alisha pura- pura marah sambil menyuakan piring kek coklat kepada Najmi. Najmi sambut dengan ketawa siap High 5 dengan Azim. Nina dan Alisha sama- sama  menggelengkan kepala. Sengal lah jejaka- jejaka ini!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-5-2011 12:55 PM | Show all posts
BAB 27

Alisha menyandar malas di sofa. Spongebob Squarepants masih rancak di televisyen. Alisha layan sahaja, mata di televisyen menonton si kuning itu beraksi tapi fikiran jauh melayang. Rumah terasa sunyi. Ibu dan babahnya tiada, keluar menghantar kad jemputan ke rumah kenalan mereka manakala Shafiq pula di pelantar minyak. Minggu hadapan baru dia akan pulang ke rumah. Pandangan di hala pula ke arah meja di hadapannya. Kad jemputan perkahwinannya di susun bertingkat- tingkat. Lama dia merenung kad kahwin yang berwarna putih gading itu.

Ada cerita di sebalik kad jemputan perkahwinan itu...

“Okay, this is all the designs that we can offer you. Price range is different based on kad macam mana yang you nak.... Oh yes, that one is marvelluous!” Kata Wendy merujuk kepada kad berbentuk segi empat sama berwarna biru bersulam benang perak ditepinya.

Alisha menunjukkan kad itu kepada Najmi. “Is this the only colour?” Alisha bertanya. Jatuh hati pada kad yang comel itu.

“Nope! What colour do you want? Semua boleh,” jawab Wendy.

“Bang, what do you think?” Alisha meminta pandangan Najmi. Najmi diam sambil membelek katelog lain di hadapannya.

“You can also put your picture in front of the card,” tambah Wendy lagi.
“So?” Alisha meminta kepastian. Namun, Najmi masih diam.

“Okay, I leave both of you to decide. Take your time and then, call me ya,” kata Wendy lantas bangun. “I think he’s nervous,” bisik Wendy pada Alisha. Alisha sekadar tersenyum.

“Abang... What’s wrong?” Perlahan Alisha bertanya.

Najmi mengangkat muka dan wajah Alisha direnung terus yang mana kali ini, Alisha tidak melarikan matanya. “Are you ready for this sayang?”

“Maksud abang?”

“Once we write our name on the cards, there’s no turning back,” kata Najmi. Alisha terdiam. Hatinya berdebar hebat. Jangan...

“Are you thinking of turning back?” Alisha bertanya dengan mata yang berkaca.

“Demi Allah, tak!” balas Najmi, pantas. Dia tak suka melihat sepasang mata yang cantik itu dikaburi air mata yang ditahan- tahan.

“Then I’m not turning back also... I love you. This is all that I ever wanted!” balas Alisha sedikit sendu. Pantas dia mencapai tisu yang memang sudah tersedia di atas meja kaca itu dan menyapu air mata yang bertakung di bibir mata.

“Then I have one question...” kata Najmi. Alisha memandang wajah Najmi, menanti ulah soalan yang bakal terbit dari mulut Najmi.  

“Sudikah Alisha Hanif menjadi isteri Najmi Ismail dunia akhirat?” Dengan suara yang tertahan- tahan Najmi bertanya. Entah mengapa hatinya terasa sebak. Mata Alisha direnung sesungguh hati.

Alisha tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab kerana dia pasti jawapannya datang dari hati yang sungguh ikhlas. “Demi Allah, Alisha Hanif sudi...” balas Alisha. Setitis air mata menuruni pipinya. Itu air mata bahagia, sungguh bukan air mata duka!

“I love you so much sayang...” bisik Najmi perlahan. Dalam hati, tak putus- putus dia menyatakan rasa syukur kepada Allah. “I’m so sorry for the tears...” bisik Najmi lagi.

Alisha tersenyum sambil menyapu sisa- sisa air mata di pipinya. Malu pula dengan ‘drama lamaran Najmi’ di kedai percetakan itu! “Abang jahat buat Icha nangis!” kata Alisha menutup malu. Oh moga- moga tiada mata- mata yang memandang adegan tadi!

“Abang janji, selepas ni, yang ada cuma air mata gembira. Abang akan bahagiakan sayang sampai hujung nyawa kita,” ucap Najmi penuh romantis.

Automatik mata Alisha kembali berkaca. Tapi kali ini, Najmi yang terlebih dahulu menghulurkan sapu tangan Najmi kepadanya. “Thanks,” kata Alisha malu- malu.

“Simpan air mata sayang untuk hari bahagia kita nanti ya,” kata Najmi. Alisha mengangguk dan tersenyum. Najmi meminta kembali sapu tangannya dan berkata, “Malam ni nak letak bawah bantal abang, buat peneman tidur abang.”

“Corny!” balas Alisha, cuba untuk menutup rasa segan. Najmi ketawa kecil.

Wendy datang kembali setelah Najmi dan Alisha mencapai persetujuan untuk memilih kad berwarna putih gading bersulam benang emas di sekelilingnya. Segala urusan berjalan dengan lancar dan...

Kad- kad jemputan perkahwinannya sekarang tersusun elok menanti untuk diagihkan kepada para jemputan. Alisha rasa seperti masa begitu pantas berjalan. Pejam- celik- pejam- celik, tinggal tiga minggu sahaja lagi ke hari pernikahannya. Tiga minggu! Semuanya telah tersedia untuk hari bersejarah itu nanti. Cuma tinggal pengantin lelaki untuk berjabat tangan dengan Tok Kadi. Alisha tahu, bakal pengantin lelaki juga telah bersedia untuk menghadapi hari itu. Segalanya lengkap, untuk Alisha.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 02:16 PM | Show all posts
jdi kew icha n jimi nie kwen??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2011 10:26 PM | Show all posts
air mata berjuraian masa hari pernikahan...uhuk!
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 09:19 PM | Show all posts
sambung lg k...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 10:22 PM | Show all posts
next plssss...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 10:48 AM | Show all posts
Adakah nanti Najmi mati? pestu azmal menjadi pengganti?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 12:57 PM | Show all posts
Mintak2 jd la dorang nikah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 09:45 AM | Show all posts
next n3 plz!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2011 08:59 PM | Show all posts
n3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2011 10:26 AM | Show all posts
Reply 249# rose_liz


   amboi....mcm kn kawen paksa je.. ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2011 10:28 AM | Show all posts
Reply 253# kucingpia


   sapa jadi nikah? alisha - najmi ke, alisha - azmal?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2011 10:28 AM | Show all posts
Reply 252# adieqchomelz


   whoaaa.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2011 10:29 AM | Show all posts
Reply 251# midar

n3 otw...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2011 10:30 AM | Show all posts
Reply 255# nhid_tam

n3 otw..thanx for the time to read all my n3s...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.701511 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list