CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gogo2

Fandi Ahmad : Dulu jutawan. Kini merana.

  [Copy link]
Post time 4-2-2012 11:22 AM | Show all posts
Hukum mengahwini wanita dan lelaki bukan Islam adalah haram secara Ijma` berasaskan firman Allah SWT;



Maksudnya: “dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).”

(al-Baqarah : 221)

Firman Allah lagi;



Maksudnya : dan janganlah kamu (wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu dengan perempuan-perempuan yang (kekal dalam keadaan) kafir,

( al-Mumtahanah : 10)



Namun, persoalan yang kerap menjadi kekeliruan umat Islam iaitu  berhubung keharusan mengahwini wanita-wanita yang dikatakan sebagai ahli kitab. Keharusan ini merujuk kepada firman Allah SWT;



Maksudnya :”Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya – di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara Yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka Sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi”

(al-Maidah : 5).

Namun untuk menjawab soalan yang diajukan, saya cuba merumuskan beberapa panduan penting  yang dikemukakan oleh Profesor Dr. Yusuf al-Qardhwi di dalam fatwanya:

1. Secara prinsipnya Islam mengharuskan makan dan minuman serta kahwin mengahwini di antara Muslim dan ahli Kitab sebagaimana keterangan ayat 5 daripada surah al-Maidah di atas.

2. Walau pun begitu, keharusan tersebut terikat kepada beberapa syarat yang perlu dipatuhi antaranya;

i. Mengimani agama samawi yang terdiri daripada Yahudi dan Nasrani. Secara umumnya mereka ini dianggap beriman kerana mempunyai asas keimanan yang sama dari sudut ketuhanan, kerasulan dan hari akhirat.
Beliau seorang yang kuat berpegang kepada agamanya dan bukanlah seorang yang ingkar atau murtad dari agamanya.

ii. Wanita yang suci dan bukan wanita jalanan atau penzina. Dalam ayat di atas Allah meletakkan syarat  wanita  berkenaan adalah  “المحصنت“. Satu perkara yang harus diberi perhatian adalah trend dan gaya hidup wanita-wanita bukan Islam adalah mengharuskan pergaulan bebas yang berkemungkinan besar terdedah kepada gejala seks bebas. Perkara ini yang amat dibimbangi berbanding dengan  wanita-wanita Islam.

iii. Tidak menjadi musuh dan seteru kepada umat Islam. Allah SWT menjadikan ikatan perkahwinan sebagai suatu jambatan mempereratkan silaturahim dan memperkukuhkan persaudaraan.  Ikatan tersebut tertegak  di atas dasar saling percaya mempercayai dan berkasih sayang.  Firman Allah



Maksudnya: “dan Dialah Tuhan Yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua Yang dikehendakiNya).

(al-Furqan : 54)

Akan wujudkah kasih sayang dan perasaan cinta mencintai sedangkan mereka menyembah tuhan yang lain, dan sentiasa memusuhi umat Islam. Apakah akan terjamin anak cucu yang dilahirkan? Apakah mereka akan memayungi dan sentiasa memperthankan hak anak cucu mereka yang Muslim. Mungkinkah anak dan cucu dilahirkan bebas mengamalkan adab, budaya  dan ajaran Islam tanpa sebarang sekatan dan ganguan? Sudah pasti jawapan mungkin tidak. Kalau begitulah situasinya apakah mungkin kita boleh memastikan generasi yang dilahirkan menjadi Muslim dan mukmin kepada Allah, memelihara dan melaksanakan suruhan dan tuntutan agama. Terjaminkah generasi kita  dengan  memilih wanita yang bukan Islam berbanding dengan wanita Muslimah. Terjaminkah keluhuran, kadaulatan dan maruah agama kelak.

Oleh yang demikian, kebanyakkan ulama hanya mengharuskan perkahwinan dengan wanita ahli kitab mestilah yang ada perjanjian atau yang akur kepada kepimpinan Islam (ahli Zimmah) Pendapat ini didokong oleh Ibnu Abbas, Qatadah, Ibrahim al-Nakha`ie, Ibn Jarir  dan Zaid Bin Ali, al-Razi dan lain-lain. Dalam konteks semasa, tidak harus bagi Muslim mengahwini bangsa Yahudi yang merampas dan menjajah tanah Palestin.

iv. Tidak membawa kemudharatan dan mengundang fitnah. Secara asasnya perkara yang harus dibolehkan selagimana tidak mendatangkan mudharat. Andaian membenarkan perkahwinan dengan wanita ahli Kitab boleh menyebabkan terabainya wanita Muslimah. Lebih-lebih lagi dalam konteks wanita Muslimah yang ramai jumlahnya dan beban tanggungan yang tinggi bagi melangsungkan urusan perkahwinan. Oleh itu,  mendahulukan wanita Muslimah perlu diutamakan.

Bagi menyimpulkan perbincangan, terdapat tiga noktah penting yang perlu dipertegaskan semula iaitu;

   1. Keharusan mengahwini wanita ahli Kitab adalah bersandarkan persamaan keyakinan dan keyakinan Allah sebagai pencipta.
   2. Keharusan tersebut juga merujuk kepada persekitaran agama Islam yang mendominasi masyarakat. Sudah pasti mereka yang mempunyai keyakinan dan kepercayaan serta kepatuhan kepada Allah akhirnya akan menganut agama fitrah dan benar iaitu Islam. Berbeza dengan realiti sekarang, di mana   Islam tidak mendominasi malah sering di pandang asing dari realiti kehidupan sebenar.
   3. Pendapat ini berasaskan situasi dan neraca pada masa kini dan ia boleh berubah mengikut perkembangan dan realiti semasa.



والله أعلم بالصواب (sedangkan ulamak pun selit perkataan ni.. tp korang konpiden giler dgn statement korang)



Rujukan : al-Qardhawi, Fatawa Muasarah, m.s : 462 , Darul Qalam: Beirut

Disediakan oleh:
Ustaz Dr Ridzuan Ahmad
Ahli Panel MUIS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2012 11:28 AM | Show all posts
Oleh yang demikian, kebanyakkan ulama hanya mengharuskan perkahwinan dengan wanita ahli kitab mestilah yang ada perjanjian atau yang akur kepada kepimpinan Islam (ahli Zimmah) Pendapat ini didokong oleh Ibnu Abbas, Qatadah, Ibrahim al-Nakha`ie, Ibn Jarir  dan Zaid Bin Ali, al-Razi dan lain-lain.

Dalam konteks semasa, tidak harus bagi Muslim mengahwini bangsa Yahudi yang merampas dan menjajah tanah Palestin.
biksu Post at 4-2-2012 11:22


perkataan harus dalam fiqh tu adalah maksudnya dibolehkan. dalam arabnya mubah. jadi semua ulama di atas kata boleh. tapi tiba2 selit ayat dalam konteks semasa, tidak harus mengahwini yahudi yg merampas dan menjajah tanah palestin.  ulama mana pulak tu yang kata? kenapa tiba2 ijma ulama yg mengharuskan di atas tu tiba2 dinasakh oleh ayat dalam konteks semasa....

apa kena mengena dengan hal ehwal politik bangsa dengan ayat keharusan mengahwini ahli kitab. takde pun syaratnya kalau merampas tanah palestin tiba2 ayat tu salah. dalam masyarakat palestin sendiri mereka kahwin yahudi dan kristian yg tak tukar agama. sebab tu saya konklusikan hanya melayu saja yg berfahaman ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 11:59 AM | Show all posts
oops nanti adalah yg bilang baharu dapat wahyu dari tuhan zaman sekarang baharu menyeleweng ...
Changa Post at 4-2-2012 10:34


rupanya ko nih INDON CAPRUT!!!

Jangan ko nk sleweng akidah org kt mesia nih sama mcm pura bodos tuh bawak anasir indon bodoh tu ke sini! spesis sama korang yekkk!!!:@ ko ni spesis kawan aku (indon) yg bln ramadhan dia puasa, tak mkn tp minum! sbb katanya mak dia kristian bapak islam so kena amal separuh2.

dok tekan ayat dlm surah almaidah tp meninggalkan ayat Allah yg lain. wei indon caprut! jahanam kau!!!!!{:1_270:}
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 12:22 PM | Show all posts
Reply 242# manap77

ko ni sajer je ambik separuh2 kan... indon no 3 ler nih:@

   
Oleh yang demikian, kebanyakkan ulama hanya mengharuskanperkahwinan dengan wanita ahli kitab mestilah yang ada perjanjian atauyang akur kepada kepimpinan Islam (ahli Zimmah) Pendapat ini


ajaran kristian dan yahudi zaman skrg tak mengaku rasulullah saw apatahlagi pimpinan islam yg lain.

wei indon caaprut!!!
cuba ko baca betul2... yusuf qardhawi tu melayutotok ke????? sbb ko indon caprut, tak kenal yusuf qardhawi, aku dgn senang hati tlg bgtau ko yg dia adlh ulama ARAB! bodoh piang punya indon.......
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 01:09 PM | Show all posts
Reply  manap77

ko ni sajer je ambik separuh2 kan... indon no 3 ler nih

   

ajaran krist ...
biksu Post at 4-2-2012 12:22


laman web yang encik biksu copy dan paste ni dari laman web muis, bukan yusuf al-qardawi. sebab yusuf al-qardawi mengharuskan pernikahan dan sembilan yahudi dan kristian walaupun dikatakan yahudi dan kristian sudah terpesong kerana kalau mereka tidak terpesong, kenapa nabi muhammad diutuskan untuk membetulkan kitab2 mereka tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 02:05 PM | Show all posts
perkataan harus dalam fiqh tu adalah maksudnya dibolehkan. dalam arabnya mubah. jadi semua ulama ...
manap77 Post at 4-2-2012 11:28



    Iya benar, isteri mendiang yaser Arafat adalah kristian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2012 03:55 PM | Show all posts
Iya benar, isteri mendiang yaser Arafat adalah kristian
Changa Post at 4-2-2012 14:05



   bukan Yahudi mehhhhh?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 04:36 PM | Show all posts
Meraka mungkin Yahudi atau pun Kristian , tetapi ajaran agama asal mereka ketika zaman nabi dahulu tak sama seperti sekarang . Banyak yang sudah berubah.

minahrock Post at 4-2-2012 11:13



...so sejak bila ajaran Kristian asal & Yahudi asal tu berubah...? boleh beri  pencerahan sikit, thanks....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2012 04:38 PM | Show all posts
angpa layan la si ayum medeng
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 04:40 PM | Show all posts
rupanya ko nih INDON CAPRUT!!!

Jangan ko nk sleweng akidah org kt mesia nih sama mcm pura bodos tuh bawak anasir indon bodoh tu ke sini! spesis sama korang yekkk!!! ko ni spesis kawan aku (indon) yg bln ramadhan dia puasa, tak mkn tp minum! sbb katanya mak dia kristian bapak islam so kena amal separuh2.
biksu Post at 4-2-2012 11:59


...rupanya ko ni bukan Islam sebenar, ko ni hanyalah penganut agama Mulayu saja, umat Islam yang sebenar tidak mudah maki hamun begitu....so, ko jangan nak banyak cakap pasal Islam lah,

.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 05:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by HannahMontana at 4-2-2012 17:23

Nak share....satu2nya investment terbaik dan xkan rugi2 ialah ko gembirakan hati ibu bapa ko....cuba ko buat. Ko akan dapat nikmat dan rezeki seumpama air terjun tetinggi di dunia mencurah2 tanpa henti sehingga ko sendiri akan tertanya2 dimana aku nak simpan duit ni atau ko akan kata aku dah nak termuntah tengok duit2 ini  semua...seumpamanya ....

Komen aku tentang dia ni Fandi Ahmad ....org kalau sudah kaya selalu x nampak anak bangsa sendiri kan....aku tahu mmg lelaki bangga dapat isteri  payudara besar , rupa cantik ,kulit putih...faraj ketat ...mcm2 .....tp jalanan hidup ko akan cacat dan sgt berliku kalau ko x pandai uruskan harta ko ,masa ko dan pilihan tentang siapa teman hidup ko...

inilah nasib ko....semasa senang sgt susah nak ingat Tuhan...tp aku x kata ko lupa....cuma apa yg terjadi sgt  mencabar kesabaran...bukan senang nak hidup susah setelah bertahun2 hidup mewah dan kaya-raya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 06:41 PM | Show all posts
dgr skrg dah jadi penasihat taktikal bolasepak johor.oklaaa tu.dah lama sangat org johor tak rasa kehangatan bolasepak malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 06:44 PM | Show all posts
ada la pulak melayu sini yang kecewa pandi ahmad tak pilih keturunan depa yang itam legam sebaliknya memilih yehudi putih melepak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 09:13 PM | Show all posts
tak sambung lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 09:20 PM | Show all posts
Reply 251# HannahMontana


    yg ini betul..dulu ex-manager aku penah gtau..bagi duit kat mak bapak..mcm byr installment loan..tiap2 bulan kene bg..walau mcm mana takde duit pun..so, aku pun buat la..dr zaman bujang smpi ke skrg..cuma skrg da tak bg duit..cuma tlg bayo kan bil2 dia..elek,air + hp..n now bercdg ngan kakak aku nk psg aircond + astro lak sbb mak aku tggl sengsorg kat kg..tak nak dia boring..
tiap2 kali balik pun aku akan abiskan duit gak make sure beras, minyak stok makanan dia tak abis..cuma, cash dia tak nak la..aku bg pun dia tak nak amik dah now..

walaupun kat umah aku tak ckup lngkap mcm umah mak aku..tp da mcm habit lak..so far, hidup mmg happy je..walaupun kdg2 x ckup duit..hidup xde la melarat..paling penting, kami tak penah meminjam/memintak pd kwn2 mahupun org len...mampu ja kami beli umah, kete 2 biji plus makan sedap2..bila di pk2 kan balik..ni la hikmahnye gembirakan mak bapak walaupun x seberapa
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 09:25 PM | Show all posts
Reply 251# HannahMontana


    bapak mertua aku pun..time dia kaya..and now ekceli msh kaya..dia tak pakai merz,bimmer etc..walaupun ade construction firm sendiri and bertitle..dia pakai nissan je..mak mertua even gaji puluh2 ribu..pakai kete perodua jek..pakai pun biasa2 je..takde baju2 berjenama..time ade function je derang pakai baju lawa2..tu pun recycle

derang jenis beringat n suke tlg anak2 yatim..so far, da berpuluh2 anak2 yatim derang sekolahkan smpi abis uni..tak luak pun rezeki derang..malah bertambah ade la..

pastu pak mertua aku jenis tak suke berhtg..even dia penah ckp, stkt bimmer,merz kalu dia nk beli, cash pun dia bleh..tp dia taknak..beli umah pun..amik loan 10thn je..dlm ms 10thn da abis bayo..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2012 10:42 PM | Show all posts
Reply 251# HannahMontana


Sori ye..juz nk tanya klu dpt mak tiri yg selalu minta duit kt kita padahal kita hidup pun cukup2 mkn jer, smpi hubungan sy dan suami pun selalu tegang kalau mak tiri minta duit, tu kira camner ye? X berkat idup gak ker?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 10:43 PM | Show all posts
...rupanya ko ni bukan Islam sebenar, ko ni hanyalah penganut agama Mulayu saja, umat Islam yang ...
pyropura Post at 4-2-2012 16:40


Hrm... Mulayu dan 'agama'nya mmg tak boleh dipisahkan...

Anyways, my doplohsen, kalau org berbeza pendapat dengan kita, tak perlu melenting2 macam pondan lorong tak dapat kastemer...  kalaulah rasulullah swt jenis camni, harus takde sapa yg nak peluk islam...

Peace
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 11:49 PM | Show all posts
Reply 257# @nina


    terus terang aje ler ngan dia..takde duit..mcm aku..time sengkek nk bayo roadtax & insuran ke..or apa2 saja keperluan mendesak..anak msuk spital ke..aku terus terang je ngan mak aku..mak..bulan ni xpat balik..duit nk balik da tarik pi bayo sekian2..kalu mak jenis rasional..dia paham je...kalu..xpaham..abaikan jela..

tak pun ckp jela..nape la mak tak paham..kami ni bukan senang mana gaji 10k sebulan sorg satu..ade lg nk pakai duit bla bla bla..aku xde la smpi mcm ni..kdg2 mak aku kebudakan jugak..tp aku ckp terus terang..nk balik takde duit or nk bg duit bulan tu xde duit..

pas 2-3 bulan..bg la blk..kalu ade la..walaupun mak tiri..derang tetap mak jugak.sama saje dosanye..tak jatuh dosa sama mcm mak kandung..jatuh dosa kecilkan hati org tua lak..tp kalu mintak duit tiap2 bulan smpi tak pk mslh org len..mak sendiri pun kdg2 dia berdosa balik sbb tak bertimbang rs ngan hidup org len..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2012 01:27 AM | Show all posts
Ada sorang pak chik driver pejabat kerajaan, bini tak kerja pulak.. Tp pakai merz.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.092476 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list