CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

AKU, DIA, MY BFF ( TAMAT SUDAHHHHH)

[Copy link]
 Author| Post time 20-1-2013 12:45 PM | Show all posts
Banana posted on 16-1-2013 02:27 AM
Eh apa jadik kat Ecah erk family Ecah tak tau menahu langsung ke Redza pun no clue amboi soalan mcm  ...

elly tak tahu redza kenal nurul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2013 12:50 PM | Show all posts
Bab 20

Sebaik Tok Nah selesai solat Zuhur, telefon di ruang tamu berdering.  Tok Nah meninggalkan sejadah dan keluar dari bilik. Mungkin panggilan dari Zahid yang ingin bertanya khabar. Sejak kebelakangan ini Zahid begitu mengambil berat tentang dirinya.  Dan Zahid seorang sajalah tempat dia bergantung harap.

“ Assalamualaikum, ini rumah Cikgu Maznah?” Suara yang tak berapa jelas kedengaran menyapa telinga Tok Nah. Tok Nah kelamkabut menanggalkan telekung. Maklumlah dah senior citizen, deria pendengarannya makin lemah.

“ Waalaikumsalam. Ya, ya… betul, ini rumah Cikgu Maznah. Nak cakap dengan siapa?” Gagang telefon di lekapkan ke telinga.

“ Er..  Puan ada cucu nama Nurul Aishah?” Darah Tok Nah berderau. Debaran jantungnya kencang.

“ Ya… ”

“ Tunggu sebentar, Puan” Nafas Tok Nah makin sesak. Ya Allah, Jangan lah ada berita buruk tentang Nurul.

“ Tokkkkk!  Ini Yuyu … ” Suara halus kedengaran di hujung talian. Airmata Tok Nah  mengalir.

“ Syukur Alhamdulillah! Allah dah kabulkan doa Tok. Yuyu sihat? Yuyu di mana? Bila nak balik sini? Tok tak sabar nak jumpa cucu Tok”

“ Yuyu okay, Tok. Yuyu dah keluar dari hospital tiga hari lalu. Kalau boleh Yuyu nak balik sekarang juga tapi doctor suruh Yuyu tunggu dulu sampai betul betul sihat.  Yuyu masih tak ingat banyak benda sebab kepala Yuyu terhentak. Masa Yuyu terjaga dari koma, nama sendiri pun Yuyu tak tahu. Tapi sikit demi sikit Yuyu mula ingat semula. Semalam Yuyu mimpi Tok, bila bangun pagi Yuyu terus boleh ingat nombor telefon rumah kita. Nasib baik Yuyu ingat kalau tak , entah bila baru boleh contact Tok. Handphone Yuyu hilang, semua nombor telefon yang Yuyu save dah tak ada.” Sayu suaranya.

“ Yuyu selamat, Tok dah bersyukur.  Tok risau sungguh masa Yuyu tak pulang dari London”

“Tok tahu apa jadi kat Yuyu? “

“ Puan Sri Lily ada telefon Tok. Dia kata kamu cedera masa ada letupan dekat… apa nama tempat… ntah Tok dah lupa. Tapi dia kata jangan risau sebab Yuyu di rawat di hospital yang paling bagus.” Tuhan saja yang tahu betapa remuknya hati bila terdengar kisah Nurul kemalangan. Sudahlah dia seorang diri beribu batu di negeri orang.

“ Oh” Nurul sering dengar nama Puan Sri Lily tapi tak terbayang paras rupa wanita itu. Puan Sri Lily yang membayar bil hospital nya dan menampung semua perbelanjaan Nurul di London sehingga dia sembuh dan di benarkan kembali ke Malaysia. Dia cuma tahu yang Puan Sri Lily adalah ibu sahabatnya Elly.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2013 12:54 PM | Show all posts
“ Tok sihat? Semua okay di rumah? Apa khabar Yed?”

“ Alhamdulillah. Tok dengan Yed sihat. Yed ada di USM.  Bila Yuyu boleh balik? Tok rindu kat cucu Tok”

“ Yuyu pun rindu kat Tok dan Yed. Sabar lah Tok,insyaallah tak lama lagi Yuyu balik. “ Dr Richard Greenwood yang merawatnya kata peluang untuk memorinya pulih  seperti sediakala amat cerah. Cuma doktor tak boleh janji bila. Mungkin cepat dan mungkin mengambil masa berbulan bulan. Doktor pakar itu juga berpesan supaya dia tidak stress atau cuba memerah otak mengingat kembali masa silam. Let it happen naturally without any stress, katanya.

“ Yuyu masih reti solat tak?” Sungguh menakutkan kalau ada orang yang cuba murtadkan cucu aku dalam tak sedar.

“ Itu Yuyu tak lupa. Yuyu boleh baca, tulis, buat kerja rumah tapi Yuyu tak ingat orang dan peristiwa yang pernah jadi. Kenapa Yuyu boleh koma pun Yuyu tak tahu.” Masa terjaga di hospital dulu dia rasa terawang awang. Macam alien yang tiba tiba muncul atas bumi tanpa nama, keluarga, tempat tinggal dan sejarah silam. Nasib baik ada Auntie Sofi, kenalan keluarga Elly, yang banyak membantu.

“ Yuyu tinggal di London dengan siapa?”

“ Dengan Auntie Sofi dan Uncle Hamid.  Mereka dulu kerja dengan Malaysian Hall tapi dah pencen. Mereka baik sangat dan banyak tolong Yuyu. Kalau tak ada Auntie dengan Uncle tak tahulah apa jadi kat Yuyu”
Tok Nah mengucap syukur dalam hati. Ada juga orang Melayu yang baik hati  di kota London dan sanggup menjaga cucunya.

“Tok jaga diri ya. Kirim salam kat Yed. Yuyu tak boleh cakap lama, bil mahal”

“ Ya..ya… Tok faham. Jaga diri baik baik. Jaga solat. Tok selalu doakan Yuyu cepat sembuh dan balik sini”

Gagang telefon di letak sebelum Tok Nah melabuh duduk di kerusi rotan. Nurul tidak menyebut langsung nama suaminya. Bagus! Kalau aku ada kuasa sakti, aku akan hapuskan nama Redza Fahmy Aminuddin dari sel sel otaknya. Biar Nurul lupa langsung lelaki penipu itu sampai bila bila. Cucu menantu yang macam hantu. Lelaki jenis apa yang sanggup menipu  ibu kandung sendiri. Tok Nah mengetap rahang bila teringat kembali peristiwa di Kuala Lumpur. Segalanya terbongkar ketika Nurul sudah terbang ke London tetapi Tok Nah masih berada di kondo Redza. Bila Redza menelefon mengatakan yang ibunya di hospital, Tok Nah segera menaiki teksi ke Hospital Pantai untuk menziarah Puan Fadzilah. Alangkah terkejutnya bila wanita lain yang di temui. Aku yang tua dan rabun pun tahu bezakan Puan Fadzilah dan Mak Datin yang berada di bilik hospital bersama Redza. Mak Datin bermuka ketat walaupun tengah sakit memandangnya dengan hairan. Di situlah terbongkarnya rahsia yang Mak Datin itu ibu kandung Redza. Lebih menaikkan suhu amarah Tok Nah bila Redza tidak memperkenalkan Tok Nah pada ibunya. Malu kot sebab aku ni orang kampung. Firasatnya mengatakan yang si Mak Datin tentu tidak dapat terima Nurul sebagai isteri Redza.  Untuk menjaga hati semua pihak, Tok Nah terus ke stesen bas dan pulang ke kampung. Sejak hari itu dia tidak pernah bercakap atau bersua muka dengan Redza maupun ahli keluarganya yang lain. Bila dengar suara Redza atau Datuk Amin di talian telefon, dia akan letak gagang. Ingat aku dengan cucu aku tak ada maruah? Tok Nah  rasa bersalah bila teringat bagaimana dia memujuk Nurul untuk menerima pinangan Redza. Berkenan sangat aku kat si Redza yang ada “pakej”.  Ptuiiiihhhh! Bapa, isteri muda dengan anak sama saja. Patutlah tak sabar sabar nak nikah. Majlis bertandang pun buat kat kampung di Pulau Pinang sedangkan Redza tinggal di KL.  Sepatutnya aku dah sangsi masa itu, tapi apa nak buat nasi dah jadi bubur.Sekarang aku akan pastikan yang Redza akan terus di nyahkan dari memori Nurul. Eh, tapi Redza tetap suami Nurul dan cucu aku tak boleh mulakan hidup baru selagi mereka tidak bercerai. Aahhh… biar aku fikirkan kemudian, lagipun Nurul sekarang berada jauh dari Redza.

Tok Nah memakai tudung dan mengambil dompet. Niatnya untuk  membeli pisang untuk di sedekah  ke masjid sebagai tanda syukur Nurul selamat. Sebaik dia melangkah keluar, sebuah  Honda CRV berhenti di depan rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2013 12:57 PM | Show all posts
“ Tok , tak nak ajak saya masuk ke?” Redza berdiri dengan kedua belah tangan dalam poket. Tubuhnya sudah kurus, seluar dan baju pun macam tergantung kat penyangkut. Pandangan nya di tebar ke rumah yang menyimpan seribu kenangan indah.

“Sebenarnya Tok nak ke kedai. “ Tiada langsung kemesraan dalam nada suara mahupun wajah Tok Nah. Kalau bukan kerana kehadiran budak Cina  kawan Redza , dah tentu aku halau jantan penipu ini.

“ Ray, kita bawa Tok Nah ke kedai. Kesian Tok nak jalan kaki dalam cuaca panas ini” pelawa Mike lalu membuka pintu kereta.

“ Tak apa lah. Masuk dulu. Nanti kejap lagi Tok pergi.” Pintu rumah di buka semula. Tok Nah mengingatkan diri supaya jangan bercerita tentang panggilan telefon Nurul. Bimbang kalau Redza terus terbang ke London untuk menghuru hara kan hidup Nurul. Tok Nah masuk dapur untuk menyediakan minuman.

“ Tok , tak payah susah susah. Kami dah makan tengahari di rest area tadi. “ Redza muncul di dapur.

Darah Tok Nah menyirap. “ Kamu pergi duduk di luar”
Redza terpaksa menurut perintah. Wanita tua yang cengil ini bukan lagi penyokong kuatnya. Silap aku juga. Tak lama kemudian Tok Nah keluar dengan dua gelas sirap dan sepiring biskut. Walaupun hatinya menggelegak, dia masih lagi berpegang kuat pada tatasusila dan adab.

“ Tok, saya datang nak minta maaf. Saya tahu yang saya dah buat silap. Kalau Tok nak marahkan saya sila lah. Tapi terus terang saya cakap, saya sangat cintakan Nurul dan saya buat semua ini sebab saya nak kahwin dengan dia. Saya memang nak cerita semuanya pada Mak saya tapi dia jatuh sakit tiba tiba. Saya bersalah tapi saya tak berniat nak buat Tok rasa kecil hati. Saya minta maaf.” Redza melutut dan memegang tangan Tok Nah.

“ Redza, kamu tahu tak yang kamu dah derhaka pada ibu kamu? Ibu yang mengandungkan kamu, menyusukan kamu dan membesarkan kamu lagi  tinggi darjatnya dari seorang isteri. Kamu kawin tanpa restu seorang ibu, tak berkat perkahwinan. Sekarang tengok apa jadi kat cucu aku.”

Redza kelu. Berat tuduhan Tok Nah tapi dia sedar ada kebenaran dalam setiap kata yang keluar dari mulutnya.

“ Redza terlampau sayangkan Nurul. Dia takut saya mengorat Nurul kalau dia terlambat” Mike tersengih. Cubaannya untuk menceriakan keadaan kurang berjaya. Tok Nah menjeling tajam.

“ Sampai bila Redza nak simpan rahsia? Kamu ingat cucu aku tu taraf perempuan simpanan? Kenapa awal awal lagi kamu tak beritahu mak kandung kamu? Sebab takut dia tak terima ?”  Tentu ada sebab musabab di sebalik tipu helah Redza. Aku kena selidik puncanya supaya cucu aku tak terluka, Tok Nah berkata dalam hati.

“ Saya yang bersalah, saya mengaku. Tapi saya lelaki, tak perlu minta izin sesiapa kalau saya nak kahwin. Papa pun restu dan setuju dengan pilihan saya… Cuma Mama… dia …”

“ Dia dah ada calon untuk kamu? Calon yang lebih sekufu?” potong Tok Nah. Redza yang Mike saling bertukar pandang. 10 markah untuk Tok Nah! Namun jodoh telah di tentukan Allah.  Cuma lakunan harus di teruskan untuk mengaburi mata Mama. Beberapa hari lalu Elly berterus terang yang dia mengandungkan anak lelaki lain. Mustahil aku nak jadi Pak Sanggup walaupun bayi yang dalam perutnya tidak berdosa. Namun Puan Sri Lily masih beria nak teruskan perkahwinan demi menjaga nama baik keluarga. Dilema maha besar!

“ Er.. er… lebih kurang begitu. Mama suka mengatur hidup anak anak. Saya tak nak ikut cakap dia sebab saya dah jatuh cinta dengan Nurul. Kalau saya kahwin dengan pilihan Mama, tentu perkahwinan kami tak bahagia. Saya tak nak sia sia kan hidup perempuan itu. Memang saya bercadang nak bagi tahu Mama tentang perkahwinan saya dengan Nurul tapi Mama pergi bercuti ke Jakarta. Bila dia balik, dia terus sakit dan Nurul pula hilang” Redza mengeluh.

“ Sekarang kamu dah bagi tahu?”

“Belum. Masa dia masuk hospital hari tu, doktor jumpa tumour dalam otaknya. Doktor kata peluang Mama untuk sembuh tipis. Di sini mereka tak ada kepakaran untuk merawat kes seperti Mama. Paling lama dia boleh bertahan 6 bulan. Dia tak boleh tertekan. Saya takut kalau dia tak boleh terima berita yang saya kahwin senyap senyap. “

Muka Tok Nah berubah. Dia menggeleng perlahan. Kasihan! Mak Datin yang dia jumpa jauh lebih muda dari dirinya.

“ Tak lama lagi saya akan bawa dia ke London untuk jumpa doktor pakar otak di sana. Sementara di sana saya akan cuba cari Nurul. Tok tolong doakan saya supaya dapat jumpa Nurul, ya.” rayu Redza.

Selisih malaikat.  Ya Allah, lindungilah cucu aku dari segala kesulitan. Tok Nah meraup muka.

“ Tok,  kami minta diri dulu. Saya nak ke Penang untuk jumpa Papa. Terimakasih Tok. Assalamualaikum”

Tok Nah sekadar menyambut salam Redza dan Mike dengan wajah kelat. Tak mudah baginya memaafkan perbuatan Redza. Dia memandang sayu hingga kereta mereka hilang dari pandangan. Banyak sungguh dugaan dalam hidup gadis bernama Nurul Aishah Anuar.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2013 03:42 PM | Show all posts
sang_arjuna posted on 20-1-2013 12:57 PM
“ Tok , tak nak ajak saya masuk ke?” Redza berdiri dengan kedua belah tangan dalam poket. Tubuhnya ...

Sian pulak kat redza....tok nah yag selalu belapun dah jd seteru ni la akibat menipu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 09:07 AM | Show all posts
cian nya yuyu...

go..go.. tok nah

i like u tok nah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2013 09:42 AM | Show all posts
best2... hoyeh... nanti kt london, dorang 1 tempat yg sme..tp dorang x jumpe.. haha... ye kot...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 10:43 AM | Show all posts
biozipstar posted on 21-1-2013 09:42 AM
best2... hoyeh... nanti kt london, dorang 1 tempat yg sme..tp dorang x jumpe.. haha... ye kot...



boleh jer camtu..kalo kaka juna nak sinetronkan atau bopliwudkan citer ni...hahaha...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2013 10:52 AM | Show all posts
Salam smiley.............
cerita makin menarik.... teruskan
bz???? byk kerja ke? he h ehe he
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 05:34 PM | Show all posts
UsuFie posted on 21-1-2013 10:43 AM
boleh jer camtu..kalo kaka juna nak sinetronkan atau bopliwudkan citer ni...hahaha...

kalau bukukan.. harus kaka juna letak name die  "sang arjuna" (nama glemer nye) so that kite ni sume tau.. kalu gune name samaran cam damiya hanna bla2.. tu x bape nak nal..hahaa...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 02:18 PM | Show all posts
semoga yuyu n elly x jd bermadu.

xde sambungan lagi kah?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 09:46 AM | Show all posts
sorry...asyik tanya soalan yg sama lak Last edited by kenapaaku on 23-1-2013 02:58 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 10:57 AM | Show all posts
pagi nan hening ............alangkah baiknya kalau ada sambungan dari Juna ;)
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 05:31 PM | Show all posts
Tak sabor nak tau kisah seterusnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 09:56 PM | Show all posts
UsuFie posted on 21-1-2013 10:43 AM
boleh jer camtu..kalo kaka juna nak sinetronkan atau bopliwudkan citer ni...hahaha...

ya... di holiwudkan wpun shooting di UK (Ulu Kelang) sajork
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 10:00 PM | Show all posts
mie07 posted on 20-1-2013 03:42 PM
Sian pulak kat redza....tok nah yag selalu belapun dah jd seteru ni la akibat menipu

tok nah tak tahu lagi dia nak madukan Yuyu
kena pelangkung nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2013 10:16 PM | Show all posts
sori semua
lambat sikit sambungan kali ni
kaka kena cari duit nak shooting kat London
.......................................................................

Bab 21

Nurul berjalan pantas sambil mengendong dua beg kertas yang penuh dengan barang dapur. Angin dingin menampar pipi mulus yang merah samar. Brrrr…sejuk!  Kata Auntie Sofi, suhu bulan Januari nanti akan bertambah sejuk. Eeii.. tak boleh aku  nak bayangkan. Rasa macam nak duduk berkubang bawah selimut sepanjang hari. Patutlah binatang berhibernasi. Mudah mudahan aku dapat pulang ke pangkuan Tok segera. Aku rela bermandi peluh kena terik matahari Malaysia dari di bekukan di sini.

“ Nurul! Kenapa keluar seorang diri ? Kita takut kalau apa apa jadi kat awak”  Hamid mengambil satu beg kertas dari tangannya. Nurul senyum sumbing. Dia  sengaja ke kedai runcit  seorang diri untuk menguji sejauh mana dia boleh berdikari. Sampai bila aku nak di layan macam budak kecil. Uncle Hamid dan Auntie Sofi menatang aku macam anak emas.

“ Jangan risau, Uncle.  Yuyu pergi  Basheer Grocers, dekat je. My body and my brain need the exercise.  Dr Richard suruh Nurul lebih aktif. Good for the circulation katanya.”

Sambil tersengih, dia  ke dapur di mana  Sofi sedang menyediakan makan tengahari. Auntie Sofi memang pandai masak, lebih 20 tahun dia menjadi tukang masak di Malaysia Hall. Baik masakan barat maupun masakan Melayu, semua di hujung jari.  Uncle Hamid pula bekerja sebagai penyelia dan kaunselor pelajar Malaysia. Setelah bersara, pasangan  ini memilih untuk terus menetap di London. Bukan sebab lupa asal usul tapi mereka dah tak ada saudara mara rapat di Malaysia.  Nurul pun tidak banyak bertanya. Dah orang sanggup bagi aku tempat tinggal, tak payahlah aku nak kepoci. Lagipun mereka berdua nampak sangat selesa dengan kehidupan di sini. Seperti ramai pasangan Barat, Uncle dan Auntie masih romantic di usia emas. Mereka sering berpegang tangan kalau berjalan. Uncle Hamid pandai bermain gitar dan mereka berdua suka menyanyi lagu lagu oldies.  So sweet! Hidup mereka tak pernah sunyi, ada saja aktiviti.  Setiap hujung minggu, Uncle Hamid mengajar kanak kanak  di Islamic Centre. Auntie Sofi pula menganjurkan kelas masakan di Malaysia Hall.

“ Auntie masak apa hari ini?” tanya Nurul sambil menyusun barang yang di beli dalam peti ais. Auntie Sofi sedang membersihkan sotong dan udang.  

“ Penne marinara. Hari ni Uncle teringin nak makan masakan Italian pula. Nurul suka?”

“ Mestilah suka. Auntie masak semua nya sedap. Biar Nurul buat salad, ya” Dia mengambil timun, lobak merah, tomato, lada Benggala dan daun salad dari peti ais. Pasangan ini gemar makan sayur segar.  Patutlah mereka masih kuat dan cergas walaupun sudah berusia lewat 50an. Tangannya tangkas memotong lobak merah, lada Benggala dan celery.

“ Tadi Puan Sri Lily telefon, dia tanya khabar Nurul. Katanya Elly nak kawin tak lama lagi….”

“ Oh, ya ker? Bestnya! I'm so happy for her! “ Nurul ketawa girang tapi sejenak kemudian wajahnya berubah muram.

“Ala… tapi kalau  doktor kata Nurul belum cukup sihat, tak dapatlah balik Malaysia untuk perkahwinan Elly” Elly kawannya yang paling rapat. Sudah tentu dia mudah mengingati semula BFF nya. Sudah lama mereka menjadi sahabat karib. Memori indah zaman remaja walaupun masih ada rompong rompong di sana sini, membuat dia tersenyum.

“ Bila next check up?” Aroma tomato dan herba menusuk hidung Nurul, membuat dia terliur.

Nurul menghitung tarikh dalam kepala. Dia perlu berjumpa pakar neuro setiap dua minggu sebagai rawatan susulan.

“ Hari Isnin minggu depan. Tak lama lagi.  Minta minta lah Nurul di benarkan pulang ke Malaysia. Nurul rindu sangat nak jumpa nenek dan adik.”

Sofi senyum tawar. Dia sudah jatuh kasih pada gadis  yang tinggal bersama mereka. Nurul  sentiasa sabar dan ceria walaupun  di timpa dugaan yang hebat. Jauh sekali dia mengeluh atau kompelin. Nurul juga cekap di dapur dan ringan tulang, tak payah di suruh pun dia ligat membantu. Susah nak cari gadis Melayu sepertinya. Kalau anak aku masih bujang, tentu aku pinangkan Nurul untuk di jadikan menantu. Tapi takkan gadis cantik berusia 27 tahun masih belum berpunya? Banyak lagi episode kisah hidup  Nurul yang masih menjadi misteri. Puan Sri Lily pun tak sempat bercerita panjang tentang Nurul sebelum pulang ke Malaysia dengan tergesa gesa. Dia cuma sempat memesan supaya Sofi dan Hamid menjaga Nurul jika Nurul terjaga dari koma.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 10:30 PM | Show all posts
“ Sunyi lah Uncle dan Auntie bila Nurul balik.” Gumam Sofi sambil mengaul rata  penne marinara dalam periuk

“  Apa kata Auntie dan Uncle pun balik bercuti ke Malaysia? Boleh Nurul bawa melawat kampung Nurul.”

“ Insyaallah. Auntie pun teringin juga nak balik. The last time kita balik 5 tahun dulu sebab arwah mak Auntie sakit. Lepas dia meninggal, Auntie pun dah tak pulang. Tengoklah nanti, Auntie bincang dengan Uncle. Eh, lupa pula nak cakap. Dua hari lagi  kawan Puan Sri  nak datang dari Malaysia dan  tinggal di rumah Puan Sri. Boleh tak Nurul ikut Auntie ke sana, tolong Auntie kemas sebelum mereka sampai?”

Puan Sri Lily dan Tan Sri Effendy  mengamanahkan supaya Sofi dan Hamid menjaga rumah mereka. Kerap juga kawan rapat  Puan Sri Lily tinggal di rumah di St John’s Wood kalau mereka datang ke London. Puan Sri Lily tidak berkira dengan kawan kawan. Dengan Nurul pun dia sangat pemurah. Selepas tragedi di Ministry of Sound tempoh hari, Nurul di masukkan ke hospital swasta terbaik di bawah jagaan doktor pakar yang terkemuka. Segala kos perubatan dan  wang saku di tanggung beres.

“ Siapa kawan Puan Sri yang nak datang?” tanya Nurul. Manalah tahu kalau aku pernah jumpa  bila aku ke rumah Elly. Mungkin dia dapat isikan lohong lohong dalam hidup aku.

“ Datin Wan Hamidah.  Nurul kenal?”

Nurul menggeleng “ Tak ingat lah. Mungkin bila tengok muka dia Nurul boleh ingat.”

Selesai makan tengahari, Nurul membasuh pinggan mangkuk dan mengemas apa apa yang patut. Auntie Sofi dan Uncle Hamid di paksa  untuk berehat depan TV dengan  latte kegemaran mereka. Selagi dia tinggal di sini, biarlah dia yang membuat kerja rumah. Bukan susah pun, flat tiga bilik ini comel saja.

Setelah semua tugasannya selesai, Nurul masuk ke bilik. Masa senggangnya di gunakan untuk melayari internet dan bermain Sudoku online untuk menguatkan sel sel otak. Jarinya tangkas menekan papan kekunci. Nurul menyemak akaun Facebook  yang baru  di buka kerana password lama sudah hangus bersama Ministry of Sound. Auntie Sofi yang beri cadangan untuk gunakan Facebook  supaya mudah di hubungi kawan kawan lama. Setakat ini bukannya dia ada ramai friends pun, cuma Elly dan Zahid. Itupun sudah lama mereka tak online. Mungkin aku seorang introvert yang membosankan dan tidak ramai kawan? Atau aku perempuan gedik yang di benci ?  Alamak! Seriau pula nak cari diri aku yang “hilang”.  Dia merenung biodata di wall

I am : Female ( jelas lagi nyata)
Birthday : 12 October 1986 ( ini aku dapat dari passport yang tertinggal di rumah Elly)
Status : Its complicated ( confused, sebenarnya. Sumpah aku tak ingat seorang pun lelaki dalam hidup aku selain adik aku Zahid. Kalau ada yang muncul dalam ingatan pun wajah mereka tak begitu jelas. Gadis pingitan sangat ke aku ni?Atau aku fobia dengan lelaki?)
Languages: Malay and English
Religion : Islam
Employer : Malaysia Airlines ( dari pakaian seragam dan tag nama yang ada di rumah Elly.)
Education : Sekolah Kebangsaan Bukit Indah
                Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki

Matanya tertangkap friend request dan message dari orang yang sama. Aireen Ahmad? Siapa ni?  Cepat jarinya mengklik nama Aireen Ahmad. Gambar gadis itu di teliti satu persatu. Ada beberapa gambar mereka berdua memakai pakaian seragam pramugari. Looks familiar, bisik hatinya. Dia menekan Accept dan membaca mesej pula.

“ Oi pompuan! Betul ke ini Nurul yg aku kenal? Mana ko pergi? Macam macam cerita aku dengar. Syukur kau masih hidup. I hope I am not talking to a ghost. lol “

Buat lawak bodoh plak! Tetingkap kecil di sudut kanan menyala. Aireen Ahmad is online. Ini peluang baik untuk aku mengenali siapa dia. Dan juga lebih mengenali diri aku.

“ Hi. “ Nurul menegur. Lebih 10 saat dia menunggu dengan saspen.

“ Nurul? Hiiiiiiiiiiiii………Ko katne? Aku rinduuuuuuu kau lah beb”

Aikk.. lesbo ke aku? Nauzubillah.  Seram bulu roma “ Kat London. Ko kat mana?”

“ Perth. Borrrrriiiiiiing. Nasib baik besok fly balik. Ko sihat ke? Apa jadi kat ko? Stori la”

“ Aku koma lepas bombing di Ministry of Sound, dua minggu lepas baru aku sedar. Aku pun tak berapa ingat kejadian sblm kena bom. Trauma kot “

“ Alhamdulillah ko selamat. Bila nak balik Msia?”

“ Aku belum fit to travel. Dr tengah monitor lagi.”

“ oh.. ok. Kalau ko nak balik, bagi tau aku awal awal.  ”

Nurul mencari jalan supaya Aireen bercerita lebih detail tentang dirinya. Aku desperate nak tahu siapa kawan kawan aku, mana aku tinggal. Everything about myself.

“ Ko tinggal di mana sekarang?”

“ Still kat Bukit Jalil. Aku tinggal sorang lepas ko pindah. Tak jumpa lagi housemate sekepala mcm ko. Lagipun ada privasi senang nak projek… ha ha.”

Hampehh… Nurul tersenyum lebar.  Lantas dia juga ingat segalanya tentang Aireen. Teman serumahnya, budak Ganu Kite yang pasang boyfriend keliling pinggang. Tapi Aireen  baik hati walaupun materialistic. Spontan dia ingat kembali rakan krew yang lain. Kak Maiza, Helena, Mat Arif, Wan Desiree, Eric, Shan Jendul dan ramai lagi. Hatinya bersorak riang. Nasib baiklah Aireen jumpa aku di Facebook. Tapi kalau kami tak bergaduh kenapa aku pindah? Misteri ……

Belum sempat dia memikir soalan seterusnya, Aireen menaip dulu “ GTG, date aku dah tunggu. Nanti kita chat lagi bila free” Nurul mengeluh hampa.

" Bubye"

Chaittt… belum puas lagi  korek cerita. Tapi sekurangnya Nurul mampu senyum kerana kisah alam pekerjaan sudah dapat di ingat semula. Setapak demi setapak  perjalanan hidup yang lampau semakin jelas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 10:41 PM | Show all posts
Bab 22

Jam dinding menunjukkan pukul 3 petang. Nurul mula resah. Mana kawan Puan Sri Lily ni? Sepatutnya dia sampai pukul 1 tengahari  tadi tapi sampai sekarang tak nampak bayang. Auntie Sofi terpaksa pulang ke rumah kerana sudah berjanji untuk masak nasi beriani kambing sebagai juadah potluck di Islamic Centre lepas Maghrib. Tingggalah aku terkonteng konteng seorang untuk menyambut tetamu . Pewangi bilik di sembur di ruang tamu untuk menyegarkan udara yang berkepam sebab rumah sudah lama di tinggalkan. Segala galanya perlu rapi untuk keselesaan tetamu.

Setengah jam kemudian baru kedengaran loceng pintu berdenting. Nurul menanggalkan apron dan merapikan rambut sebelum membuka pintu. Seorang wanita baya Auntie Sofi tercegat di luar dengan wajah letih. Nurul bersalaman dengannya. Bersuit seluar dan winter coat bulu binatang, jelas nampak ke’Datin’annya. Seorang lelaki memakai jaket paras lutut sedang membayar tambang teksi.

“ Ya Allah , Ya Tuhanku! Alhamdulillah” Lelaki tadi melaung dengan mata berkaca kaca sebaik ternampak Nurul. Muka nya di raup. Datin memandang kehairanan. Memanglah mereka kepenatan kerana penerbangan Emirates transit  selama 5 jam di Dubai dan cuaca kurang baik ketika mendarat di Heathrow, tapi reaksi anaknya terlampau over. Pelakon menang anugerah pun tak macam ni.

“ Jemput masuk Datin dan..er… Tuan Muda” Nurul sendiri nak ketawa dengan gelaran yang di beri, taram sajalah. Nampak macam anak kandung Datin tapi manalah tahu, sekarang banyak datin kaya membela anak ikan. Astaghfirullah… kenapalah aku suka sangat banyak blog gossip sedangkan Dr Richard suruh baca bahan bacaan yang bermanafaat.

Dua beg pakaian Samsonite di angkat oleh pemandu teksi ke pintu rumah. Nurul sedar yang dia masih menjadi tumpuan lelaki muda tadi. Pelik betul pakcik ni. Matanya bertakung dan bibirnya mengulum senyum macam gembira sangat dapat sampai ke London. Huishhh! Tak pernah pergi overseas kot, pakaian stylo, gaya macam orang kaya. Jakun sungguh!

“ Cepatlah masuk. Takkan nak biar Mama mati beku di luar ni. ” getus Datin Wan Hamidah. Redza memimpin si ibu masuk ke dalam rumah. Hatinya berbunga bunga. Syukur Ya Tuhan, akhirnya segala doa aku telah kau kabulkan.

“ Mana Sofi? Awak ini anak dia?” tanya Datin Wan Hamidah pada Nurul. Hatinya terdetik, macam pernah
nampak gadis ini. Tapi di mana? Kenapa Redza pandang dia macam nak terkam? Anak aku ni pun satu hal, tak sedar kah yang tak lama   lagi dia akan jadi suami orang.

“ Nama saya Nurul. Saya bukan anak Auntie Sofi, saya cuma tumpang tinggal  di rumah dia. Auntie Sofi terpaksa balik sebab kena masak untuk jamuan di Islamic Centre malam ini. Dia minta maaf kat Datin. Mari saya tunjukkan bilik Datin dan ..ummm… Tuan”

“ Ini anak saya Redza”  Datin Wan Hamidah memperkenalkan. Nurul sekadar senyum segaris dan mengangguk. Tak perlu nak beramah mesra dengan anak orang kaya yang kepala tak berapa betul.

Pelik! Dari mula bertemu, Nurul langsung tak mengenali aku. Apa sudah jadi? Dia berlakun sebab Mama ada di sini kah? Redza menggaru kepala.

Nurul membawa mereka “ tour” sekeliling rumah townhouse dua tingkat itu sebelum  masuk ke bilik yang selalunya di diami Elly. Bilik yang luas itu ada katil saiz queen dan kerusi malas.

“ Ini bilik Datin.” Redza meletakkan beg berat kepunyaan ibunya dan meregang tangan yang lenguh. Seperti biasa, ibunya mengangkut separuh almari pakaian. Biarpun sakit tapi gaya mesti maintain, itulah prinsip Mama.  

Datin Wan Hamidah menanggalkan kot dan duduk di birai katil. Beberapa biji pil di keluarkan dari beg tangan dan di telan dengan air mineral yang Nurul sediakan di meja sisi katil.

“ Datin okay?” Datin Wan Hamidah mengangguk. Dia perlu kuat semangat dan tidak putus harapan. Mudah mudahan  pakar otak di sini dapat melakukan sesuatu untuk menyembuhkan penyakitnya. Sekurang kurangnya biarlah aku dapat tengok Redza dapat anak dengan Elly.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 11:21 PM | Show all posts
“ Bilik saya di mana?” tanya Redza.

“ Di depan sana” Nurul mengacu  telunjuk arah bilik di hadapan dengan pintu yang terbuka. Pandai pandai lah masuk sendiri, takkan aku nak masuk bilik dengan lelaki bukan muhrim.

“ Datin,Encik Redza  kalau ada apa apa yang tak cukup di rumah ini, bagi tahu saya. Saya boleh belikan. Saya  sediakan minum petang di bawah. Bila Datin dah rehat, jemputlah turun.”

Nurul bergegas ke dapur. Mata Redza mengekori Nurul. Tak silap lagi, itulah Ecah, isteri aku yang hilang.  100 peratus sama kecuali  ada parut di bawah dagunya, seperti kesan jahitan halus. Kulitnya lebih cerah , rambut lebih panjang. Comel sungguh Ecah dengan sweater gelobos warna kelabu dan jeans biru. Wajah nya polos keanak anakan. Rasa nak peluk ketat ketat.

Tak lama kemudian, anak beranak itu turun dan duduk di meja makan yang di hias dengan jambangan bunga cyclamen dalam vas kristal. Puan Sri Lily  pesan yang Datin  suka di kelilingi bunga untuk menaikkan moodnya.

“ Kita pernah jumpa di Malaysia dulu, kan? ” Datin Wan Hamidah cuba merungkaikan kemusykilannya. Wajah  Nurul di tenung ketika gadis itu  menuang teh panas ke cawan Wedgewood. Hidangan makaroni bakar di letak di tengah meja, bersama dengan cupcakes yang di beli.

“Mungkin Datin pernah jumpa saya dalam flight sebab dulu saya pramugari.” Gaya professional seorang pramugari menghidang juadah masih tak lekang walaupun hilang  ingatan. Redza duduk tegak memerhati buah hatinya dari tadi. Tiada langsung tanda yang dia kenal aku, suaminya. Kenapa?

“ Bukan.. aaah, baru saya ingat. Kita jumpa di Prince Court masa Elly sakit. Ingat tak? Awak best friend dia kan”

Hampir tersembur air teh dalam mulut Redza. Biar benar?! Tiga tahun lebih aku kenal dia, tak pernah pun dia sebut nama Elly. Mana aku tahu yang Nurul best friend Elly. Maknanya Nurul datang ke London untuk berjumpa Elly.  Tell me this is not true! Aduyai ! Sumpah aku tak mampu nak teruskan rancangan Mama dan Puan Sri Lily.

Nurul mengerut dahi. “ Sorry Datin, sebenarnya ingatan saya belum pulih. Saya mengalami concussion  lepas letupan di Ministry of Sound tak lama dulu. Datin mungkin ada baca di suratkhabar pasal kejadian itu. Lama juga saya koma. Sampai sekarang saya cuma ingat orang yang rapat dengan saya saja seperti Tok dan adik, Elly dan beberapa orang teman krew ”

Well, that explains a lot! Perasaan Redza bercampur baur mencerna berita yang di sampaikan. Pilu melanda bila mendengar Ecah mangsa tragedi yang mengorbankan banyak nyawa.   Tapi kenapa Ecah tak ingat aku? Aku suami dia. Takkan aku langsung tak bermakna dalam hidupnya.

“ Kasihan. Awak boleh pulih seperti sediakala ?” tanya Datin Wan Hamidah. Dia menambah lagi sepotong macaroni bakar. Sedap pula masakan Sofi. Sudah lama dia tidak berselera sebab terpaksa ambil banyak ubat.

“ Insyaallah. Cuma tak pasti bila “ Nurul tunduk. Dia rasa kekok di perhati oleh anak Datin yang tidak di ketahui namanya. Ekspresi muka tak boleh blah langsung. Mula mula gembira, lepas itu  gatal menggoda, sekarang sedih pula. Dia ingat aku tengah buat ujibakat untuk drama?

“ Ja, since Nurul is Elly’s best friend, bawa lah dia bila Ja nak shopping untuk hantaran Elly. Nurul mesti tahu taste Elly. Awak tu bukan nak bawa Elly keluar masa di KL, mana awak tahu apa dia suka.”

Redza menelan airliur mendengar cadangan ibunya. This is getting messy. Nak ajak isteri aku untuk membeli hantaran madunya? Tapi banyak perkara yang aku ingin bualkan dengannya, one to one.  Aku mesti pastikan dia ingat siapa aku sebelum aku kembali ke KL. Kali ini aku harus berterus terang tentang apa yang berlaku, dan apa yang akan berlaku. Kalau Ecah tak setuju, aku tak akan teruskan perkahwinan. Muktamad.

“ Oh, Encik Redza bakal suami Elly? Tahniah! Kalau nak suruh saya tolong, no problem. I still remember her favourite colour, favourite designer and her shoe size”   Pandangan sejuk beku Nurul berubah. Senyum mesra di hadiahkan pada bakal “BFF ipar”. Terdetik dalam hati, harap harap Elly tak menyesal. Walaupun kacak rupa paras tapi perangai agak “weird”.

“ Okay, tomorrow we will go shopping together.” Kecil tapak tangan, belanga aku tadahkan. Bibir Redza mengorak senyum, mempamerkan gigi yang putih bersih dan cantik teratur.

“ Tunggu dulu. Jangan lupa Mama ada appointment besok. Ja jangan lupa telefon Elly atau skype sebelum beli barang hantaran. Mama takut kalau  tak  kena dengan taste dia.  ” tegas  Datin Wan Hamidah yang nyata kurang senang dengan keterujaan anaknya. Mentang mentang si Nurul cantik, seronok bebenor di suruh keluar shopping bersama. Kalau dengan Elly, dia buat tak reti.

“ Appointment Mama pukul 10 pagi. Ja tak lupa. Lepas itu baru Ja keluar dengan Ecah… eh,Nurul. Elly tak kisah pun apa Ja beli. She already has everything , it doesn’t matter.”

Nurul segera melarikan diri ke dapur untuk memberi privasi pada dua beranak itu. Masa di gunakan untuk mengulang baca majalah Hello edisi lama yang di simpan dalam bilik stor.  Beberapa minit kemudian dia  menjenguk dari pintu dapur. Mereka sudah tiada di meja makan. Phewww! Pantas dia membasuh cawan dan piring kotor dan menyusunnya dalam kabinet. Hari sudah makin gelap dan dia harus pulang segera. Auntie Sofia dan Uncle Hamid akan menunggunya di Islamic Centre lepas Maghrib.

Belum sempat dia meloloskan diri melalui pintu depan, kedengaran bunyi tapak kaki di belakangnya.

“ Nurul nak pergi mana?” Redza hampir menggapai tangan isterinya tapi nasib baik dia cepat sedar situasi sekarang.

“ Nak balik rumah Auntie Sofi ”

“ Oh,  saya ingat Nurul  tinggal di sini dengan kami. Mama bukan kuat sangat dan saya tak tahu masak. “ Redza tersengih. Saja cuba nasib. Mama sedang tidur nyenyak, boleh aku ngedet dengan bini aku.

Amboi, amboi.. ingat aku ni orang gaji ke?  Banyak cantik! Kesian  Elly dapat suami banyak cekadak.

“ Sorry, the house doesn’t come with maid service. Kalau nak makan, ada banyak restaurant tak jauh dari sini. Kalau malas nak keluar boleh telefon delivery service, ada list restoran halal dalam laci meja telefon. Dalam peti ais pun ada banyak makanan, Auntie Sofi dah stock up”

“ Eh, bukan begitu. I tak kata you kena buat kerja di sini. Tapi hari dah gelap . Tak bahaya kah jalan seorang diri?” Redza gusar.

“ Its okay, this area is quite safe. Saya balik dulu. Bye” Nurul melangkah deras ke arah stesen Underground tanpa berpaling. Redza tercongok  hingga kelibat Nurul hilang dari pandangan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.495126 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list