CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Jehan Miskin Sah bergelar suami pd Julie Camelia Rhee pg.7

[Copy link]
Post time 4-5-2013 11:10 PM | Show all posts
tahniah jehan! moga kekal hingga jannah

p.s: ayah jehan hidup lagi ke?? dulu byk dgr rumors sal ayah die...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2013 11:24 PM | Show all posts
Tahniah jehan and wife. Sama cantik sama padan
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2013 11:29 PM | Show all posts
hari rumah sedara aku kenduri kawin ala2x minum petang..  mcm jamuan raya pun ada juga..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2013 12:11 AM | Show all posts
alhamdulillah. semoga berkekalan sehingga akhir hayat dan semoga jehan menjadi ketua keluarga yang baik..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2013 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Same je drg senyum tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2013 12:19 AM | Show all posts
Jehan nampak berseri2

#Congratulations Jehan & Mrs.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2013 12:38 AM | Show all posts
Tahniah jehann

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2013 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg dulu Juliana panggil jue, skrg Julie terus buat isteri... Bagus... Bagus... Gentleman! Tahniah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2013 12:57 AM | Show all posts
motip kat memane pic azura zainal tuh menempek sajork..bff jehan ke die ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2013 01:15 AM | Show all posts
clavriene posted on 4-5-2013 08:33 PM
congrats jehan! cantik je wife die aku tengok, memang la mata sepet, she is a KOREAN, duh! yg kome t ...

comelnya kucing
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2013 02:32 AM | Show all posts
congrats.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2013 05:05 AM | Show all posts
Simple sahaja wedding diorang...But really nice..Tahniah Jehan and Julie!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2013 06:08 AM | Show all posts
ala..nak tengok muka faiznur miskin dari dekat.....sheol macam gemuk je.

anyway, wife jehan biasa2 je, tetapi manis
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2013 07:27 AM | Show all posts
tahniah jehan & wife
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2013 08:00 AM | Show all posts
PRU-13 tidak ganggu Jehan, Julie bernikah

Oleh FATEN SAPHILLA ISA
[email protected]


JEHAN (kanan) bersama isterinya, Julie pada  majlis  pernikahan mereka di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Jehan Miskin selamat diijabkabulkan dengan   seorang wanita Korea, Julie Camelia Rhee pada satu majlis ringkas di Carcosa  Seri Negara di sini semalam.

Jehan yang pada mulanya bimbang mengenai majlis tersebut mungkin  terganggu   jika ketiadaan jurunikah kerana diadakan sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-13  (PRU-13), bagaimanapun menarik nafas lega kerana majlis pernikahannya berjalan  seperti yang dirancang.

Jehan dan Julie dinikahkan pada pukul 2.40 petang oleh Pendaftar  Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan, Mohd.  Sahirman Ahmad.

“Pada mulanya, saya bimbang sebab sukar untuk mendapatkan khidmat jurunikah  kerana banyak pihak balik kampung mengundi atau berkempen tetapi syukur semuanya  berjalan lancar,” katanya ketika ditemui semalam.


Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2013 08:16 AM | Show all posts
Ahad Mei 5, 2013

Pertama Kali Kenal, Isteri Sangka Jehan Miskin Penganggur

Oleh FERIDE HIKMET ATAK ([email protected])



Jehan bersyukur memiliki seorang isteri yang penyabar dan memahami kerjayanya.

KUALA LUMPUR: Isteri Jehan Miskin iaitu Julie Camelia Rhee, menyangka bahawa aktor itu tidak mempunyai sebarang pekerjaan ketika di awal perkenalan mereka lima tahun lalu.

Julie, 29, yang mengenali Jehan, 34, di sebuah gimnasium di ibu kota berkata, rasa segan untuk bertanya mengenai karier Jehan membuatkan wanita berasal Korea itu mengandaikan sendiri pekerjaan aktor itu, sehinggalah pada temu janji kedua, dia baru tahu status suaminya sebagai selebriti.

"Pada awal perkenalan kami, Jehan yang menegur saya dahulu dan apabila saya tanya tentang pekerjaannya, dia senyap dan tidak memberikan apa-apa jawapan.


Jehan dan Julie pada acara akad nikah di Carcosa Seri Negara.
Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL

"Jadi saya anggap dirinya sedang menganggur, manalah tahu dia sensitif tentang perkara itu.

"Bagaimanapun, pada temujanji kedua kami, saya berasa pelik apabila dia sering didatangi orang yang mahu bergambar dengannya dan masa itu barulah dia cakap yang dirinya seorang pelakon," katanya.

Julie dan Jehan ditemui selepas majlis minum petang pada hari pernikahan mereka di Carcosa Seri Negara, di sini, Sabtu.

Julie yang bekerja sebagai pengurus majlis itu sudah menetap di sini sejak enam tahun lalu dan katanya, dia serasi dengan suasana budaya masyarakat di sini selain selesa menetap di negara ini.



Jehan bersama keluarga Julie yang datang dari Korea bagi
menyambut majlis perkahwinan pasangan itu.

Pasangan itu telah diijabkabul oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Sahirman Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM12,000 tunai pada pukul 2.40 petang.

Selepas acara akad nikah, majlis minum petang diadakan dengan kehadiran tetamu seramai 100 orang.

Antara selebriti yang hadir ialah Azura Zainal, Cheryl Samad, Tony Eusoff, Nurul Wahab dan suaminya Eric Depp.

Jehan pula berkata, selepas tiga tahun mengenali Julie, dia sudah mula merasakan wanita itu adalah calon isteri yang diinginkannya dan telah melamar Julie pada tahun lalu di Menara Seoul, Korea.


Jehan telah melamar Julie di Menara Seoul, Korea pada tahun lalu.

"Julie seorang yang sangat sederhana dan penyabar, malah saya dapat menjadi diri saya apabila bersamanya dan kami saling memahami antara satu sama lain.

"Sebelum ini saya pernah berkata pada ibu yang saya tidak akan berkahwin selagi tidak jumpa wanita yang sesuai. Alhamdulillah akhirnya saya berkahwin juga dengan wanita pilihan sendiri, seorang gadis Korea pula," selorohnya.

Sementara itu, pasangan itu tidak merancang untuk mendapatkan zuriat dengan segera dan menyerahkan perkara itu kepada takdir.

"Kami tidak merancang untuk mendapatkan anak dalam masa terdekat ini, tetapi kalau ada rezeki, adalah," ujar Jehan.



Credits: mstar.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2013 08:33 AM | Show all posts
tahniah jehan..dua2 ex jue aziz dah kawen akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2013 08:59 AM | Show all posts
myariesa posted on 5-5-2013 08:33 AM
tahniah jehan..dua2 ex jue aziz dah kawen akhirnya

jue bila lgk??
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2013 09:01 AM | Show all posts
achik2009 posted on 5-5-2013 08:16 AM
Ahad Mei 5, 2013

Pertama Kali Kenal, Isteri Sangka Jehan Miskin Penganggur



aku suka gamba neh! selain dr gamba derang ngan kucen tuh.. sweet jeh!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2013 09:36 AM | Show all posts
muka wife cam chong wei jek.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.112781 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list