|
[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)
[Copy link]
|
|
dam nati update la cerita baru...sy peminat
baru |
|
|
|
|
|
|
|
WiRa_MiSTiK replied at 22-10-2017 04:53 PM
Rumah kuarters di TG Malim
Cantiknya... |
|
|
|
|
|
|
|
dammerung replied at 17-10-2017 09:56 AM
aku dah daftar sebagai penulis di fiksyen shasha.
tapi mps akan tetap jadi first publication kisa ...
Well done! And thanks d atas segala cerita rare dan kurang klise. Most of your story mmg d luar kotak. Dan part paling suke awk membawa pembaca ke alam cerita awk dgn cara sendiri. Gaya penulisan yg bagus. Sy baru d sini. Dan thread ni memperkenalkan sy kpd seorg writer plus story teller. Terima kasih krn berkongsi kpd kami semua. Byk beza antara seorg writer dan story teller. Story teller sgt ikhlas dlm penulisan. |
|
|
|
|
|
|
|
oooh ingat kan ada sambungan cerita hari tu
Kena tunggu lah gamaknya |
|
|
|
|
|
|
|
razfira0707 replied at 5-4-2017 05:35 PM
ya ampun.. x sia2 aku klik benang Dam ni selepas dimarahi bos.. esok jela aku sambung keje boss aku ...
Basically according to the olds, tangga di istana tu menuju ke tepi Laut or some kind of jetty. At that time jalan tepi pantai lido tu xde. Dan tebing istana terus Laut. So tangga tu menuju ke tebing Laut or jeti utk Naik bot. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku mmg Paling xmnat bc horror story yg di reka. Sekarang ni di FS banyak story rekaan' instead of real horror experience. Bila somebody post karya dammerung di FS, I tracked down the link n find out where those stories come from n now I am here n stuck for three days reading all your stories. I don't care whether those stories aren't real. Kenapa?
1- aku suka penggunaan Bahasa (even it was mixed between english n Malay).
2- at least penulisan kau Tak berjangkit Dr penyakit malas mengeja yg melanda generasi sekarang.aku bukan pejuang Bahasa tapi aku benci orang yg merosakkan Bahasa terutama sekali penulisan dlm internet.
3- cerita Kau best sbb Tak cliche n out of the glasses. Unexpected ending. N Tak feeding readers dgn kesimpuln yg super cliche. As a real events, Tak semestinya setiap persoalan kau akan terjawab.
4- latar masa yg berbeza. Penerangan yg super detail dgn fakta2 yg hanya boleh diterangkan oleh si tukang cerita. Cthnya kisah pemandu Lori tahun 1974 tu. Latar tempat yang pelbagai- takde la aku bosan dgn cerita di typical Malay village yg horror, jalan plus highway saja. Dapat gak baca latar perkmpungn di jepun, flat sesak di tengh2 Hong Kong, jalan darat di Indonesia n macam2 lagi la. Yg Paling Aku suka siap Ada fakta n info lg yg ko selitkan.
Done membebel. Tahniah Damm! N my favourite pastinya Misteri Yurizawa and that Rishi guy. |
|
|
|
|
|
|
|
jenuh memuji mana bahagian II bisnes bapak aku daaa |
|
|
|
|
|
|
|
Oh belum ada sambungannya ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe dammerung tengah cari idea so kita kena sabar |
|
|
|
|
|
|
|
Best gila cerita-cerita dammerung ni. Haritu baca kat fiksyen shasha pasal kuarters berhantu tu, terus google dammerung pastu baca malam2 cerita dia. Pastu tiba2 nak gi toilet malam2 jadi takut hahha |
|
|
|
|
|
|
|
Mana Abam Damm ni? Dekat sebulan menunggu... |
|
|
|
|
|
|
|
Bisnes Baru Ayah (Bahagian II)
Ruangan tangga blok rumah pangsa bergema dengan bunyi tapak kaki Diana yang pantas menuju ke rumah. Sebaik tiba, terus melompat ke atas tilam-tilam yang bergelimpangan di ruang tamu dan menyelubungi tubuhnya dengan selimut. Bintik-bintik peluh terbentuk di seluruh liang roma. Pendengarannya terbatas dek degupan jantung sendiri sehingga memekakkan telinga.
Disebalik selimut nipis, Diana melihat seseorang sedang berdiri di depannya. Dari bentuk tubuh kelihatan seperti wanita, dalam keluarga hanya ada Diana dan ibunya, yang lain adalah lelaki. Perempuan mana pula ...
Semerbak bau menusuk hidung. Bukan bau busuk atau wangi tetapi sejenis bau badan yang amat dikenalinya. Along Farah mempunyai odor unik dimana waktu dulu, kalau masuk je bilik dan ada bau tersebut maknanya Along Farah pernah berada di situ.
"Kakak?" Suara Along Farah membuatkan Diana membenam kepala ke bawah bantal dan menekap seerat-erat cuba menghalang telinga dari mendengar suara 'Along Farah'.
Diana dapat merasakan 'Along Farah' mendekatinya. Diana teresak-esak di bawah bantal, dia tak pasti kerana ketakutan ataupun kerinduan kepada arwah Along Farah. Kehangatan di pinggang seolah ada orang meletak tapak tangan. Tubuhnya di goncang keras.
Mata dikatup serapat yang boleh dan Diana mengosongkan fikiran supaya dapat bangun dari mimpi ngeri itu. Bantal disentap dengan kasar.
"Pekak ke!" Bentak Pakcik Noor sambil menolak-nolak tubuh anak gadisnya dengan kaki. Diana terkulat-kulat bangun sambil melihat ayah berdiri memegang kotak. Budin pula sudah pulang dari merayau.
Diana panik. Ahh mampus aku kali ni katanya dalam hati.
Pakcik Noor merenung anak gadisnya kemudian beralih melihat Budin. Dia tersengih menayangkan gigi atas yang reput. Kotak diletakkan di lantai seraya mengeluarkan sesuatu dari plastik di tangan.
Satu deck kertas A5 dihulur pada Diana. Timbunan yang masih hangat tertera imej hitam putih ayahnya lengkap berkemeja dan tali leher sambil menunjukkan isyarat 'bagus'.
'Teknik Tarik Duit'
'Dijamin Berkesan dan Halal'
Dan lain-lain lagi kata-kata marketing yang biasa kita lihat tertampal di dinding stesen bas dan sebagainya.
"Kau berdua mari sini" Panggil Pakcik Noor sambil membawa satu kotak ke tengah ruang tamu. Dengan perlahan ketua keluarga itu mengeluarkan ukiran kayu seperti apa yang Diana pegang sebentar tadi. Sesekali matanya menjeling ke arah timbunan kotak di bilik, memastikan kotak yang dicuri sebentar tadi tidak diketahui oleh ayah.
"Apebende ni yah?" Tanya Budin.
Dengan penuh berhati-hati, Pakcik Noor mengeluarkan objek dari kotak lalu memegangnya ibarat bayi baru lahir. Budin lihat kakaknya dengan dahi berkerut, memberi isyarat 'apa benda ni?'
Diana pura-pura tidak mengerti. Sedangkan kejadian tadi dan suara Along Farah masih lagi terngiang-ngiang di telinga.
"Bende ni akan buat kite jadi kaya" Kata Pakcik Noor sambil membelek-belek arca kayu berukir 3 wajah dengan penuh kekaguman.
Itu bukan kali pertama Pakcik Noor berkata sedemikian kepada keluarga. Setiap kali dia terjerumus dengan skim MLM atau apa-apa sahaja skim cepat kaya, itulah dialognya. Budin menggulung mata tetapi Diana kaku, kerana dia tahu ayah telah membawa bala bencana kepadanya.
"Kaye camane?" Tanya Budin lagi.
Pakcik Noor tak membalas tetapi mengarahkan kertas-kertas iklan bisnes terbarunya diedarkan ke seluruh jiran tetangga di kompleks perumahan flat kos rendah. Dia melihat jam loceng.
"Aku bagi korang sampai pukul 1:30. Kalau tak settle semua tu, jangan balik makan kat rumah"
Berlegarlah kedua beradik itu mengedar iklan ke setiap rumah. Walaupun bukan di tengah panas terik, masih terasa bahang tengahari. Kerja Diana dan Budin tak adalah susah sangat, setakat selit kertas di pintu atau masukkan bawah pintu. Dulu pernah mereka buat kerja senang masukkan dalam peti surat tapi teruk dibantai Pakcik Noor kerana arahannya diingkar. Dia tak nak macam tu sebab tahu orang akan terus buang lepas buka peti. Kalau kertas ada terselit dimana-mana dalam rumah, sekurang-kurangnya akan dibaca dulu sebelum buang.
Seorang lelaki duduk di depan pintu rumah sambil mengipas-ngipas tubuh gempalnya. Diana yang kebetulan lewat di situ menghulur kertas kepadanya.
"Apebende ni?"
"Bisnes baru ayah" Jawab Diana spontan.
"Bisnes ape ayah kau ni?"
"Pakcik bace ajelah" Malas Diana nak melayan lebih-lebih. Fikirannya masih berkecamuk ditambah pula dengan perut dah mula minta diisi. Dia tak tunggu lama, selepas lelaki itu mengambil kertas, cepat-cepat Diana beredar.
Belum sempat dia beredar, muncul seorang wanita di dalam rumah lelaki itu. Diana terpaku, bukan apa tapi kerana wanita itu berbogel dengan rambut panjang mengerbang dan menari-nari di ruang tamu. Wanita bogel berhenti menari sebaik bertentang mata dengan Diana dan berlari ke arah pintu rumah.
Mata wanita itu terbuntang seolah mahu keluar dari soket, seolah-olah tak ada kelopak mata. Buah dada yang melayut hingga ke perut dan dari kedut-kedut di kulit menunjukkan sudah berumur, mungkin sebaya neneknya.
"Bagitau gemok ni, aku lapar. Nak makan"
ERK. Apa ni?
Menambah kepada keanehan situasi tersebut, si gemok tak sedar langsung kewujudan nenek sedang telanjang betul-betul dibelakangnya.
"Amende?" Lelaki gemuk mungkin rimas melihat Diana berdiri kejung bak patung di depannya.
Setelah bahu disentap Budin baru lah Diana tersedar. Segera dia meninggalkan nenek misteri dengan mulut ternganga, menayang gusi dengan air liur meleleh jatuh ke atas kepala botak si gemuk yang masih tidak sedar ada orang di belakangnya.
Rentetan dari kejadian Along Farah dan nenek bogel misteri, Diana mula nampak benda pelik-pelik di sekitarnya.
Di belakang, ada nenek tua sangat, tubuh bongkok seribu mengekori dia dan Budin, dan ada masa berhenti menghadap koridor dan menjerit nama Ali, Karim, Samsul dalam nada cemas, seperti kehilangan orang-orang yang dipanggil itu.
Budin tidak mengendahkan kehadiran orang tua di belakang mereka, atau lebih tepat lagi macam nenek itu tidak wujud. Diana pula memang bukan jenis nak rajin tangan tolong orang bagai, ini kerana dari kecil dah diterapkan oleh ayah dengan prinsip, 'jangan jaga tepi kain orang'.
Ada gadis mungkin tua sedikit dari Diana selamba main-main imbang diri di atas tembok koridor. Walaupun sekadar tingkat 4, kalau terjatuh boleh pecah lah kepala. Terkejut Diana apabila mendapati gadis berani mati itu tidak mempunyai hidung. Matanya buta sebelah dan bibirnya sumbing.
Mereka tiba di rumah dimana ada dua kanak-kanak sedang main lat talilat depan pintu. Muka dan tubuh kanak-kanak penuh dengan lebam dan luka, jelas menunjukkan keduanya adalah mangsa penderaan.
Kalau sebelum ini hanya orang-orang tua dan dewasa masih bolehlah buat tak peduli, tapi ini budak-budak kot. Perasaan simpati teramat sangat mula dirasai Diana. Budin menyelit kertas di celah pintu, atas kanak-kanak dua orang dan tertendang salah seorang sebaik beredar. Meraunglah budak itu, dan lagi buat Diana menyirap si Budin boleh pula buat tak tahu.
"Adoi pu..ke..m" Tak pasal-pasal kepala Budin disekeh. Dia berputar melihat wajah kakaknya merah padam.
"KO BUTE KE?" Bentak Diana sambil menuding ke arah kanak-kanak.
"BUTE AMENDE?!?!
Macam makcik-makcik dah si Diana membebel pada adiknya. Budin berpaling ke arah kanak-kanak yang sedang berguling-guling meraung di atas lantai. Diana serba salah, kasihan dengan budak itu tapi pada masa yang sama dia tak suka budak-budak, nak pegang apatah lagi.
"HAH? BUDAK APA PULAK NI? GILE KE?" Jerit Budin.
Setapak ke belakang. Diana baru perasan sejak dari tadi keadaan di luar sentiasa mendung, bukan mendung macam nak hujan tapi ada efek warna sephia, seolah-olah senja nan merah yang berpanjangan. Semakin dia memberi perhatian kepada persekitaran makin banyak penampakan-penampakan aneh dilihatnya.
Lutut terasa lemah. Tubuh rasa teramat ringan.
Gelap.
Bau belerang menyengat hidung. Asap dan percikan bunga api menerangi laman rumah kampung. Malam terakhir sebelum 1 Syawal tahun 1993. Diana masih ingat keseronokan malam tersebut bermain-main dengan sepupu-sepapat dan apa yang paling istimewa, itulah lebaran terakhir dia bersama Along Farah.
"Along mane? Along?" Diana tahu dia sedang bermimpi pulang ke zaman kanak-kanaknya. Melalui pelbagai kejadian di luar akal sebentar tadi, setakat bermimpi kembali ke masa lampau ini apa sangatlah kepelikannya. Pertanyaan kepada sepupu-sepupu tidak dilayan, sibuk berlari-lari sambil mengibar-ngibar bunga api kertas.
Berlari Diana ke belakang tempat makcik-makcik biasanya akan bergotong-royong menyediakan juadah hari Raya. Along Farah sejak masuk sekolah menengah dah tak main-main bunga api dan lebih banyak join orang-orang tua di dapur.
Seperti dijangka, Along Farah sedang bersama-sama makciknya yang lain membuat rendang.
Diana tidak dapat menyembunyikan kegembiraan dan perasaan terharunya.
"ALONG" Jerit Diana di tengah hiruk-pikuk suasana di dapur.
Nak kata bising sangat tak adalah sampai orang menjerit pun boleh tenggelam, tapi malangnya tiada siapa mempedulikan samada kehadiran Diana di situ.
Along Farah melihat Diana. Senyum dan berdiri. Tubuh manusia cuma sampai di pinggang, selebihnya seperti apa yang di alami sewaktu di tasik lombong. Badan ular gergasi bersambung pada bahagian pinggang, kerisik ular bersinar terkena cahaya lampu.
Lembap di dahi. Diana buka mata dan mendapati ibu sedang menuam dahi dengan tuala basah. Adik-adik yang lain termasuk Budin semua mengerumuninya. Di lihat ayah sedang mengira-ngira kotak-kotak di bilik.
Tadi dia panik kalau diketahui bahawa kotak hilang satu, tapi kali ini lantaklah. Dia berpaling ke luar rumah. Langit merah dan senja tak berpenghujung.
Kebetulan agaknya dan memang betul-betul dah senja. Mesti lama dia tak sedarkan diri tadi.
Tiba-tiba muncul kelibat seorang nenek badan bongkok depan rumah melihatnya untuk beberapa ketika sebelum melaungkan nama Ali, Karim dan lain-lain.
Diana rasa mahu menjerit sekuat hati.
(bersambung)
|
|
|
|
|
|
|
|
Perggghhh saspen sungguh. Tq Dam |
|
|
|
|
|
|
|
Adehh...
Terbaik dammerung...
Puas hati baca...kipidap don gibab |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh... ni kes hijab terbukak ni.. menarik2.. memang tak tahan la sapa hijab terbukak ni. lain kalau dari kecik tu. jd lali.. |
|
|
|
|
|
|
|
terbaekk ah dam~ |
|
|
|
|
|
|
|
macam2 diana nampak. ngeri siot |
|
|
|
|
|
|
|
Best sambungannya. Thanks TT |
|
|
|
|
|
|
|
Seperti biasa, cerita dam tidak pernah mengecewakan. I rasa you layak bukak fanclub dah |
|
|
|
|
|
|
| |
|