|
ko gi Whangarei 5 nights?...fuhhh...ni mesti nak lepak kat Bay of Islands tu...apa plan ko bila kat sana sampai lama gitu?..hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Kami nak pi pancing ikan dgn bot. Aku baca byk aktiviti memancing kat situ. Pastu ikan besar besar pula tu. kkekeke!! Pastu wife aku nak ke Paiha. Tak jauh gak dr Whangerei. Nak ke Keri Keri smp ke ujung tanjung tu Cape Reinga.
|
|
|
|
|
|
|
|
Paihia tu Bay of Islands...fuhhh...menarik betul itinerary ko tu...
Sebenarnya Bay of Islands tu adalah salah satu drpd 3 tempat yg aku teringin nak gi di NZ dulu. But due to the location, memang tak sempat nak gi sana. Next time, for sure aku nak pegi..InsyaAllah...
Aku ada member sorang, perempuan, dia travel dgn geng trip adik-beradik. Pastu dah habis di CHC, dia travel ke Auckland. Dia kata auckland agak bosan untuk dia, so dia terus text aku dan tanya mana lagi nak pegi. Aku cakap try la Bay of Islands kat Paihia. Dalam 3 hours drive. So dia pun drive sorang2 gi sana. Dia kata cantik gila tempat tu. Cuma dapat duduk satu malam je dan tak puas katanya. Disebabkan masa tu hotel dan hostels pun penuh, dia selamba tido dalam kereta...hahaha
Next trip, aku nak bawak drone gi NZ. Jeles tengok kawan2 aku gi sana bawak drone. Cantik gila video dan gambar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nalang at 13-2-2018 03:26 PM
Saya selalu baca dan copy tips dalam forum ni,
hari terasa nak share percutioan kami 6 beranak selama 16 hari.
New Zealand:19 Jan - 2 Feb 2017
Semasa kami melancong ke NZ tempoh hari ramai kawan minta itinerary. Selepas sebulan setengah baru siap saya susun dan taip Allhamdulillah.
Maaf la guna bahasa rojak dan banyak typo disana sini. banyak photo dalam fb sahaja.
Post ini untuk rujukkan kawan2 fb kalau nak buat road trip ke New Zealand dan juga sebagai tempat simpan kenang kenangan kami sekeluarga.
**18 Jan -2 Feb 2017- New Zealand road trip**
#18 Jan 17
KLIA – Auckland (12.5 jam-transit di Gold Coast Australia selama 1 jam)
Semasa Transit di Gold Coast semua penumpang perlu keluar dari Flight bawa turun bersama semua hand Luggage masuk security check semula dan dan naik semula ke flight yang sama.
##19 Jan
Landed at Auckland (5.30 ptg –NZ time) kami telah rancang dari awal untuk lepak Auckland airport sampai pagi sebab kami ambil flight New Zealand Airline paling awal iaitu 6.00 pagi ke Christchurch , kalau tidur di hotel risau terlepas pulak. Sebelum buat keputusan untuk tido di airport kami buat dulu research takut2 kena halau. Rupanya bukan kami sahaja malah ramai manusia lain macam kami jugak lepak di airport ha ha save budget sebetulnya. Ini juga sebahagian pengalaman travel as backpackers. Di International Airport Auckland ada tempat solat muslim dan hot shower kalau nak mandi.
Untuk ke Domestic airport ada bus pengantara dari International Airport ke Domestic airport tapi kami tak naik bas kami jalan kaki ikut line hijau tunjuk arah menuju ke domestic airport jalan kaki dalam Sepuluh minit shj.
#20 Jan- Jumaat
6.00 am terbang ke Christchurch pernerbangan selama 1jam 20 min sahaja. Kami sampai di Chrischurch airport awal pagi , terus call syarikat yang kami telah booking Campervan secara online, shuttle datang pickup kami di airport dalam satu jam kemudian.
Di Office depot Campervan ada beberapa org sedang berurusan kami di minta tunggu sambil mengisi maklumat peribadi dan lessen memandu di computer yang disediakan . Lesen memandu Malaysia (yang cetak in English) boleh digunakan di NZ. Selepas selesai urusan documentation kami di beri penerangan cara cara menguna peralatan dalam campervan and dos & don’ts .sebelum keluar dari perkarangan depot make sure semua peralatan boleh gunakan, ambik gambar kalau ada sebarang kerosakkan sedia ada untuk kemudahan masa pulangkan campervan nanti. Process documentation dan briefing makan masa agak lama, kira kira pukul 12 tengah hari baru kami dapat beredar dari depot. Satu lagi yang penting adalah ambil google location depot sebelum beredar sebab nanti kena pulang kan campervan ke depot supaya tak sesat.
Missi Seterusnya cari kedai makan, sudah dua hari makan apa2 yang ada sahaja. Di Christchurch Kami makan di food Court dalam New world hypermarket ada kedai makan halal Mediterranean. Selepas makan terus membeli belah bahan mentah untuk masak hari seterusnya. Seterusnya kami cari tempat untuk parking dan berehat dalam campervan badan dah penat. Bila hari dah agak petang kami ke Christchurch botanical garden melihat bunga bungaan , itik2, pokok2 & burungs.
Habis lawatan ke botanical garden kami decide nak bermalam di Akaora dalam 70km dari Chrischurch. Permandangan sepanjang perjalanan ke Akaora sangan cantik dengan jalan raya yang berliku liku naik turun bukit. Akhirnya kami sampai di Akaroa Boat Ramp free campsite. Free campsite maknanya campsite yang Cuma ada ada tandas sahaja tiada ada power supply . cuma guna power dari battery campervan. Urusan mengecas hp masih boleh guna port cigarette lighter walaupun engine dimatikan.
#21 Jan(Sabtu)
Awal pagi kami melawat pekan kecil Akaroa, pekan ini Nampak sangat tenang dengan rumah dan kedai rekabentuk old French settlement.
Destinasi Seterusnya kami akan ke Lake Tekapo. Dari Akaroa kami melalui Rakaia Gorge (state highway 72) sebenar kalau ikut jalan tepi laut state highway 1 lagi dekat untuk ke Lake Tekapo , namun dari pembacaan masa buat research jalan melalui Rakaia Gorge permandangan lebih cantik.
Dipertengahan jalan kami singgah di sungai Rakaia untuk makan bekalan yang telah dimasak awal pagi tadi. Sungai Rakaia sangat deras. Ada beberapa kereta singgah disini .Cuma kami 6 beranak sahaja berkelah di pantai berbatu sungai Rakaia. Agak cuak apabila ada 4WD masuk kawasan pantai sungai bawa banyak anjing. Rasanya untuk memburu sesuatu, tak tahu la apa yang di buru munkin BaB* kut. Dari pembacaan di internet NZ bebas dari binatang pemangsa even ular pun tak ada, yg ada semua binatang yang baik2 dan cute je (cuba google). Sebelum sampai ke lake tekapo kami singgah bergambar di mount somer.
Akhirnya kami sampai ke Lake tekapo dan kami Bermalam di Lake Tekapo holiday park, hujan sepanjang malam dan suhu drop to 5 degree. Bangun pagi pun masih hujan. Di Lake tekapo holiday park kami sewa powered campsite, campsite ni lengkap dengan semua facilities ,sebelum tidur kami selesaikan semua hal hal Laundry untuk baju2 yang 3 hari tak basuh.
#22 Jan(ahad)
Lake Tekapo -Lake Pukaki - Aoraki/Mt Cook National Park- Lake Pukaki –-Twizel –bermalam di Uhariri Bridge Free Campsite
Activities/things to see
Lake Tekapo & Lake Pukaki– cuaca mendung maka pemandangan kurang cantik agak frust la, apa nak buat kan.
• Destinasi seterusnya kami ke Aoraki Mountcook National Park. Hari masih hujan renyai, untuk ke Aoraki kami melalui tasik Pukaki, air tasik berwana turquoise yang sangat cantik disebabkan hujan renyai maka kami tak lama di kawasan tasik ini.
• Untuk menikmat keindahan mountcook perlu bejalan kaki kekaki gunung , Kami ikut hooker valley track dalam 2km perjalanan, tracking sampai kekaki gunung melalui jambatan gantung merentasi sungai . Ada banyak track boleh pilih. Hooker valley track yang biasa org ikut.
• Puncak Mountcook sentisa bersalji dan akan lebih cantik kalau cuaca baik
• Selesai di mountcook, Destinasi seterusnya ke Oamaru . Dari Mount cook kami melalui tepi lake pukaki sekali lagi ( the only jalan ke mountcook ) dalam perjalanan kami singgah di Twizel Solmon Farm-beli fresh solmon
• Disebabkan hari sudah semakin lewat kami bermalam di Uhariri free campsite. di depan campsite kami dapat melihat pelangi petang yang sangat cantik melintasi Ladang Lembu.
#23 Jan(selasa)
Uhariri campsite -Elephant Rocks (tempat shooting Narnia movie)- Oamaru -Moeraki –Moeraki Boulders-Dunedin – Bermalam di Portobello Village Tourist Park (powered site)
Activities/things to see
• Elephant rock – Batu gajah, batu2 besar dalam ladang biri biri dan Lembu, becare full di kala berjalan disini , ladang di penuhi taik kambing dan lembu , dalam gambar semua Nampak cantik walaupun hakikatnya tempat bersepah dengan najis�.
• Oamaru town- Oamaru adalah bandar sejarah ada banyak bangunan lama yang unik antaranya bangunan Headquater Stimpunk (keretapi wap )
• Dari Oamaru ke Dunedin kami ikut jalan tepi laut , singgah di Karitane lookout. View disini WoWW , Subhanallah, Allahuakbar. Should not miss this place. Kami berhenti rehat masak makan tengah hari disini. Oh ya lupa nak tulis NZ ni semua tempat angin kencang sampai rasa nak terbalik , Lookout ni atas bukit tepi pantai angin sangat kuat.
• Kemudian kami singgah di Moeraki Boulder, Moeraki Boulders adalah Batu besar2 dan bulat dipersisir pantai. Masa kami sampai air laut pasang tinggi maka batu batu agak jauh ketengah laut , pantai agak berlumpur hitam rasa macam tak worth pergi sini tapi oleh kerana ianya salah satu attraction list NZ maka kena visit la jugak . kami perkena kopi cafe meoraki Boulders+ ada wifi free apa lagi time to update fb la la
• Kami meneruskan perjalan ke Dunedin antara bandar besar di south island. Hari sudah lewat petang. Waktu sampai Cadbury World Factory pun dah tutup kami Cuma bergambar diluar sahaja.
• Ada kawan bagi tahu Di Dunedin ada restaurant makanam Malaysia ,puas kami pusing akhirnya jumpa jugak kedai tetapi kedai tu tutup Ehmm.
• Dari bandar Dunedin kami to Portabello dalam 20km , jalan Portabello road berliku liku sempit tepi laut dan permandangan sangat cantik . Kami bermalam di Portabello Village Holiday (powered campsite)
#24 Jan(rabu)
Dunedin- Nugget Point Lighthouse -Purakaunui Falls – Bermalam do Papatowei Low cost campsite.
Attraction/Activities
• Dari Portabello holiday part kami singgah di Lanarch Castle terletak di atas bukit. Kami Cuma melawat luar castle dan garden .Tiket untuk melawat garden dan dalam castle berbeza. Dari Kawasan Garden akan Nampak Dunedin dan permandangan laut yg cantik
• Seturusnya ke Dunedin trains station cantik dan unik
• Dunedin , Baldwin Street-Steepest road in the world jalan naik sampai atas sekali ada tempat bergambar dengan background ukiran batu. Ada kedai souvenir dan tempat untuk dapat sijil menunjukan kita dah sampai puncak, tapi kami terlupa nak ambil.
• Nugget point lighthouse- untuk sampai ke lighthouse perlu berjalan kaki dari parking melalui denai yg curam ke laut. jauh kebawah curam ada banyak anjing laut bermain2 dan bersiulan riang.
• Kami terus perjalan ke Purakaunui Falls air terjun bertingkat2 . dari tempat parking di tepi jalan kami perlu berjalan 10min kedalam hutan untuk sampai ke air terjun. Tempat ni sunyi semasa kami sampai cuma kami sekelurga sahaja melawat water fall tu.
• Hari sudah larut petang kami perlu mencari tempat bermalam dengan segera, setelah semak peta dalam Application Campermate kami dapati Papatowei Low cost Campsite adalah yang terdekat. Untuk sampai ke PApatowei kami melaui the Catlins scenic road, cantik permandangan sepanjang jalan disini.
#25 Jan(Khamis)
Papatowai Low cost campsite-Bluff –Invercargill –Te Anau – Bermalam Cascade Creek Low cost Campsite (76km north of Te Anau)
Activities/things to see
• Bluff lighthouse ( Bandar/pekan terselatan NZ) – melalui Invercargill . Sepanjang perjalan ke Bluff angin sangat kencang , campevan bergoyang goyang sepanjang perjalanan, suami kata amat mencabar nak drive campervan mungkin sebab bentuk campervan yang square tak aerodynamic macam kereta.
• Invercargill town- tak berapa nak ingat apa yg special di bandar ni
• Kami terus perjalan ke Te Anau sebuah pekan kecil di tepi tasik Te anau.kami parking di tepi lake te anau untuk masak makan tengah hari . Te anau tempat persinggahan pelancong sebelum ke Millford Sound. Te anau ke Millford Sound lebih 100km. dari te anau tidak ada bandar atau pekan lain sebelum sampai ke millford sound.
• Kami decide nak bermalam di tempat lebih dekat dengan Millford Sound sebab dah booking Cruise Go-Orange tour paling awal 9.00 pagi. Jadi kami bermalam Cascade Creek low cost Campsite , campsite murah yang terdekat dengan Millford sound. Campsite ini full Lupin flowers very nice view dan ada anak sungai yang turun dari gunung sekeliling campsite , anak2 kami take a challenge mandi anak sungai yang dikatakan airnya dari cairan Glacier dari gunung gunung berhampiran he he sejukkk.
#26 Jan(Khamis)
Cascade Creek campsite - Milford Sound- Go Orange Cruise (2 jam)- Mirror Lake-Queenstown- Arrowtown - Bermalam di Arrowtown Holiday Park (powered Campsite)
Attraction/activities
• Seawal pagi kami terus bergerak ke Millford Sound. Untuk sampai ke Millford Sound perlu melalui Homer Tunnel . Tunnel ini boleh di lalui satu hala sahaja pada satu ketika, kalau lampu hijau baru boleh jalan. Dan tunnel ini adalah gunung yang di tebuk dan bumbung terowong bahagian dalam tidak di plaster dibiarkan batu asal gunung. Selepas keluar dari terowong jalan sangat berliku2 dan menuruni bukit kena berhati2 jalan agak licin. Kalau sesiapa tak berani drive boleh ambil tour bas dari Te Anau. Tapi mr. Hilmi ok je drive.
• Milford Sound Cruise – Ada banyak Cruise yang boleh di pilih , maka pilihlah ikut budget masing2. Harga cruise berbeza ikut time tour, yang paling murah ialah cruise paling awal pagi. Kami pilih Cruise Go-Orange. Pada masa kami pergi tu go-orange ada buat promosi “two Student age go free with adult full fare” sebab NZ school holiday masa tu. Kalau nak budget tu kena pandai2 cari macam mana nak save kalau budget besar tak perlu fikir la kan ??. dalam pelayaran selama 2 jam ada makanan ringan disediakan. sesasa kami nak verify tiket yang telah di beli melalui online dicounter, orang counter nampak kami pakai tudung terus bagi tiket pakej dengan Vege Sandwich. View2 masa pelayaran kena tengok gambar2 la susah nak explain keindahannya. Semalaman sebelum naik cruise ni hujan. hujan akan menhasilkan lebih banyak water fall yang deras dan cantik dari gunung2. Dalam pelayaran juga ada jumpa anjing2 laut ber istirehat di batu2 tepi gunung.
• Mirror Lake- tasik kecil yang tenang di tepi jalan tidak jauh dari millford sound. Anak2 sahaja yang turun snap gambar
• Setelah 2 malam sebelum ni kami bermalam di low cost Campsite maka malam ni kami perlu bermalam powered campsite untuk mengecas semula battery camera, laundry dll, kami bermalam di Arrowtown holiday park kira2 20km dari Queenstwown. Power plug dalam campervan hanya boleh digunakan apabila campervan di sambung ke power point di campsite tetapi Cigarette lighter charger boleh digunakan untk charge hp dan lain lain yang guna usb cable
#27 jan(Jumaat)
Queenstown –(melalui Crown Range Scenic road) Wanaka – Bermalam di Albert Town Campsite
Attraction/activities
• Skyline Queenstown - naik Gondola & Luge
• Makan di Queentown mall- di queenstown ada beberapa kedai/restoran halal. Kami makan kebab di food stall dalam Queenstown mall.
• Beli souvenir di queenstown agak murah berbanding tempat lain. Dalam queenstown mall pun banyak jual. Mall ni tak le besar mana, rasanya macam tak ada je mall besar macam mid valley/ioi city mall.
• Lake Wakatipu-Queenstown di pinggir Lake Wakatipu
• Round Queenstown- berjalan2 sekitar lake Wakatipu yang amat jernih dan banyak itik & burung2
• Selepas ronda Quenstown kami menuju ke Kawarau Aj Hacket Bungy, sampai dalam 5.30 petang tempat tu dah tutup 5.00pm rupanya. Di NZ ni payah nak jumpa kedai beroperasi selepas 6pm. May be they spend more time with family n lembu kambing
• Dari Queenstown Kami terus ke Wanaka melalui Crown Range Scenic road, jalan sangat berliku dan sempit mendaki bukit dari atas bukit ada Lookout area untuk lihat keindahan alam dengan gunung dengan snow cap dan valley yang menhijau.
• Bandar Wanaka - pekan kecil tempat warga agak berumur dengan motosikal besar lepak sambal minum di Bar bar . kami bersiar siar di sekitar tasik Wanaka kemudian teruskan perjalanan nak cari tempat bermalam. Kami Bermalam di di Albert Town Low cost Campsite. Campsite ni luas tepi sungai. Ramai orang bermalam disini
#28 Jan(sabtu)
Wanaka –Kawarau river Bridge(tempat terjun Bungy)-Cromwell (via Lindis Pass) Lake Pukaki-Lake Tekapo - Timaru - Bermalam di Rakaia Hut Free Campsite.
Attraction/activities
• Wanaka puzzling world- tempat activity keluarga. menyediakan Great Maze, illusion room, roman toilet dll.
• Kawarau River AJ Hacket Bungy- Disebabkan Tempat terjun bangy tutup semalam maka kami pergi lagi sekali melalui jalan Crown range yang berbukit dan berliku sebab anak2 nak jugak buat Zipride.
• Zipride tak la se-extreme dan semahal Bungy jump. Bungy Jump cost RM700 for a few second experience.
• Terjun Bungy – Tengok orang terjun je la.
• Ke Cromwell & Cardona melalui Lindis Pass Scenic road- view sangat cantik dan banyak bunga Lupins sepanjang Jalan
• Kedai Buah- sepanjang jalan banyak kedai buah-buahan kami berhenti di kedai buah Jone’s Family dan cuba Ice Cream buah sedap di kedai ni. Ada juga banyak dusun buah yang boleh petik sendiri PYO (Pick your Own) sepanjang jalan di Cromwell. Can pick cerry/ blue berry and all berry2 lah
• Cardona/Bradonna- dekat sini attrationnya adalah Bradonna (Bra sangkut di pagar yang panjang di buat sempena kempen Breast Cancer –ada tabung donation sila la masukkan donation dalam tabung untuk bantu wanita2 yg kena breast canser. kesiankan wanita.
• Timaru – Pekan agak besar kami Cuma lalu dan berhenti untuk snap gambar
• Ashburton – satu lagi pekan yang kami lalu dan singgah di Garden kecil ada banyak itik2 dan burung2. Rasanya org NZ tak makan itik sebab terlalu banyak itik berkeliran dimana mana.
• Kami lalu sekali lagi Lake Pukaki dan Lake Tekapo masa ni cuaca cerah awan memutih sangat puas hati dapat lihat lake pukaki & tekapo yang berwarna turquoise terubat kekecewaan pertama kali sampai disini dengan cuaca yang muram.
• Rakaia Hut Free Campsite- Campsite ini jauh sangat ke tepi pantai barat melului jalan yang sunyi dlm perjalanan cuma jumpa kereta satu dua sahaja.melalui banyak ladang gandum& barli . Campsite ni kecil sahaja dalam 6-7 site sahaja di pinggir kampung yang tenang dan ada taman permainan berhampiran.
#29 Jan(Isnin)
Rakaia Hut campsite–Chrischurch – Lyttelton –Bermalam di Lyttelton Boat Ramp free Campsite.
Attraction& activity
• Christchurch Tramway- Ronda2 rounda sekitar Christchurch sekali lagi. Melawat tramway station , tengok antik tramway, tetapi kami tak naik tramway sebab macam boring je baik ronda2 jalan kaki bandar chrischurch bukan lah besar sangat pun
• Lunch time – selepas ronda2 perut pun dah keroncong kami cuba cari restoran halal di website Zabihah. Ada dua tiga restoran yang boleh sampai dengan berjalan kaki. Mula2 kami restoran Turki (tak ingat nama) dan jumpa restoran tu, tapi kecewa sebab restoran tutup pada hari isnin. Kemudian cuba cari next restoran yang agak jauh , tapi tak kesampaian sebab perut dah lapar maka balik semula ketempat parking campervan dan mama pun bersilat la di dapur. setengah jam dah boleh menjamu selera.
• Packing Barang & bersihkan campervan untuk hantar ke depot pagi esok.
#31 Jan(Selasa)
Bangun pagi terus pack barang, susun kerusi, bersih campervan seperti mula2 ambil dulu, dalam document yang ditandatangan masa ambil campervan ada tercatat campervan mesti di pulangkan dalam keadaan asal dan tangki minyak penuh. Kalau tak kena charge some amount. Kami sampai depot agak awal, selepas urunsan pemulangan campervan, ada free shuttle hantar kami ke airport.
12.00pm – terbang ke Auckland
Tiba di Auckland Airport kami di jemput dengan free shuttle ke depot kereta sewa. Asalnya kami booking secara online kereta Hyndai Ifix tapi dapat Estima ok la macam upgrade . Selepas selesai urusan kereta sewa kami terus cari restoran halal sekitar Auckland kalau tengok dalam Zabihah website ada banyak restoran halal . kami dah merindui makanan malaysia kami pilih restoran Warisan Uncle Man. Restoran ni ada macam macam menu Malaysia macam roti canai, mee rebus , all goreng2 dll. Harga tak begitu mahal lebih kurang harga macam di Malaysia tapi dalam NZD le��. Jangan convert to RM nanti tak lalu nak telan he he
Matamata –Setelah dah kenyang kami teruskan perjalanan ke bandar Matamata yang terletak lebih kurang 150km dari Auckland. Matamata adalah Bandar terdekat dengan Hobitton Movie Set. Kami Bermalam at O’Reillys Motel Matamata.
Kami check out dari Motel agak lewat sebab nak selesaikan hal hal laundry yang dibuka pada pukul 7.00 pagi. Tour hobbiton telah kami booking pada pukul 10.00 . di sebabkan kami terlewat maka kami terlepas tour pukul 10.00 dan kami terpaksa que next tour di jangka pukul 2.00 petang. Untuk tidak membuang masa menunggu kami register untuk tour terakhir pada hari tersebut pukul 5.30 petang. Sementara itu kami meneruskan perjalanan ke Rotorua lebih kurang satu jam dari Hobitton Movie set.
Rotorua- Bandar yang terletak kawasan kawah gunung berapi yang active. Tasik Rotoroa sentiasa mengeluarkan asap dan berbau busuk sulfer. Kolam air panas ada merata rata di sekitar bandar.
Red wood – Kawasan hutan pokok balak kayu merah yang tinggi menjulang . Kami bersiar siar dan buka bekalan nasi goreng yang dah masak dimotel pagi tadi.
Dalam pukul 3 petang kami bertolak semula ke Hobbiton , sampai dalam pukul 4.00 petang terus ke kuanter untuk check kemungkinan kami boleh ikut tour yang lebih awal. Alhamdulillah kami dapat tour pukul 4.30. melawat Kawasan Hobbiton kena naik tour bas tak boleh pergi kenderaan sendiri. Setiap bus ada pemandu pelancong yang akan memberi penerangan. Di Hobbiton Shire ( rumah yang paling besar dalam kawasan tu) kami di beri air percuma untuk melepaskan dahaga tour hampir 2 jam.
Habis tour kami terus balik semula ke Auckland. Kali ini kami melalui bandar Hamilton. Sampai Hamilton perut pun dah lapar kami cuba cari kedai makanan halal yang ada dalam Zabihah website. di Hamilton pukul 7.30 malam dah sunyi sepi semua kedai dah tutup maka kami makan roti saja la. Perjalanan ke Auckland dah malam. Lebuh raya ke Auckland melalui State Highway 1 sangat smooth husband kata kalau boleh speeding macam di Malaysia best oohh .. he he tapi takut la kena saman mahal Ooo. Maka speed 100km/h je la.
Sampai Auckland dah 10 malam. Kami menginap di Empire Apartment bersebelahan dengan Auckland University of Technology di tengah bandar Auckland. Dari pembacaan saya Apartment ni ramai student U yang sewa, harganya amat murah dan selesa untuk rate NZ. So tido je la
#2 Feb(Khamis)
Check out Apartment kami dan melawat Mount Eden. Dari Mount Eden Lookout boleh Nampak seluruh bandar Auckland. Untuk sampai ke puncak perlu mendaki macam puncak bukit sahaja bukan la gunung pun. Selepas turun dari mount Eden kami ke Hypermarket Pak n Save untuk cari coklat and madu Manuka untuk souvenir. Lepas tu terus ke depot kereta sewa untuk kembalikan kereta 12.00pm, pihak kereta sewa hantar kami ke air port dan melepak la kami tunggu flight 8.00pm ke KL via Gold Coast
Tamat lah pegembaraan kami di “ Land of the Long white Cloud”. Kami bawa balik beribu2 gambar dan vedio sebagai kenang kenangan.
total round trip
South Island =2800km
North Island =500km
----------------------------------------------------------------------------------
Tips and info.
Campervan-kalau booking online elok terus ke website company campervan jangan melalui third party/egent. Book campervan shj tak perlu ambil insuran masa book. Sign insurance masa ambil campervan. Insuran wajib ambil sbb kalau apa2 berlaku charge sangat mahal.
Holiday park -tak perlu booking dulu, supaya boleh travel dengan lebih flexible. Holiday park ada power plug dan semua facilities
Low cost campsite - tak ada power plug x ada facility cuma ada tandas shj biasa cost dlm 50NZD. Harga Ikut per head dan umur. Campsite ini tak ada orang jaga duit perlu dimasukkan dalam sampul yg di sediakan di pintu jln masuk dan drop dlm peti disediakan semua self service.
Free campsite - ada sesetengah ada tandas. Ada yg tak ada tandas. Kena guna tandas dlm Campervan
Dump station - tempat buang dark n grey water. semua holiday park ada dump station. Kalau guna free or low cost campsite kena cari dump station free ada merata rata tempat . Rujuk app campermate.
Kena sesuaikan diri untuk tinggal dalam campervan yang sempit ni. Kami 6 orang rasa ok je tidur dalam campervan ni. Ada 3 double bed.
Double bed belakang agak luas- anak bujung 3 org tido kat sini depa suka tido berhimpit2 tak boleh dipisahkan.
Double bed tengah ( belakang driver) agak kecik tapi ok je i dgn husband ok je kat sini
Double bed atas macam loteng - anak dara i tido sorang.
malam cuaca sejuk best tido berhimpit . Katil yang belakang kami tak pernah convert balik ke sofa biar je macam tu. cuma convert yang belakang driver je
Tandas dalam camper kami guna kalau perlu sahaja selalu guna tandas awam. wpun membuang kat situ tapi tak da berbau sebab dalam tangki tempat tadah najis telah dimasukkan chemical untuk nyah bau. masa amabik campervan dia akan bagi chemical ni. kalau habis boleh beli dimana2 Holiday park.
Solat- suami akan cuba align campervan supaya bahagian tengah mengadap/membelakang kan kiblat jadi boleh solat tengah2 tu. kalau siang hari cuaca baik boleh hampar plasti solat diluar.
Kain baju boleh unpack dan masukkan dalam kabinet. one good thing kembara guna campervan ini mama tak payah pening kepala nak unpack and repack. sampai hari nak balik baru pack balik.
Mesti korang tertanya2 macam mana kami mandi yek. nak mandi dalam campervan pun boleh tapi kena rajin refill air dan buang grey water la. kalau sewa Holiday park ada shower boleh la mandi . kalau stay free campsite.. he he kami mandi 2 hari sekali je ha ha.. sejuk la kat sana tak perlu mandi selalu ..
Bawa sebanyak mungkin perencah ready to cook macam perencah brahim tu, sekarang ada bermacam2 brand lain kan.
Pack barang guna bag yg boleh lipat2. Dlm Campervan sempit tak ada ruang nak simpan bag.
Application smartphone penting perlu download
-Campermate
-ada semua maklumat lengkap untuk percutian ber Campervan. Sila download offline map app ini untuk jimat data. Lagi pun bukan semua kawasan ada mobile coverage. mobile data agak mahal 3GB NZD50~rm150. Kami guna Vodafone.
-Google map
Download ofline map siap2 utk seluruh NZ.
Print semua documents. Supaya mudah kalau tak ada internet. tak jumpa wifi free di NZ, di Holiday part kena bayar untuk access terhad sahaja.
-tiket2 yg telah book online
-email booking Campervan n kereta
-email booking hotel
Dll
Minyak kereta -harga minyak kereta NZ berbeza ikut wilayah/state. Isi minyak siap di kawasan bandar kalau nak keluar bandar takut tak jumpa station minyak. Kebanyakan station minyak luar bandar adalah un-man kena guna credit card.
Sebelum travel ambillah insurance perjalanan untuk seisi keluarga. Semua org tahukan kalau apa2 berlaku cost hospital tersangat la mahal di luar negara. Jangan sampai terpaksa meminta derma rakyat Malaysia untuk byr cost hospital. Pernahkan baca kes yg macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Peterpan17 at 13-2-2018 11:23 PM
tu lah pasal. Byk org ckp Bay of Islands sgt cantik. Nak lg kat ujung tanjung nun. Akhirnya kali ke 3 baru dpt masukkan Bay of Islands dlm itinerary kami. Berani juga budak pompuan tu tido dlm keta. Aku tak akan bg wife aku tido merata mcm tu. eeee!! zaman skrg ni byk org gila.
Aku tak reti guna drone bagai ni. kekekekek!! so old school sajalah. Guna handphone gamaknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Huh!!! amik masa juga nak baca cerita ko holiday di NZ. heheheh!! Tp best dengar pengalaman kawan2 yg berjalan terutama lg dgn campervan. Kami berdua je, so option paling murah dok hostel.
BTW, lesen memandu Msia skrg ada english translation kan?? So kita tak perlu lg pigi JPJ dan byr RM10 utk translation lagilah ye?? Boleh saja guna lesen yg skrg ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
wahhh...habis juga baca..route tu lebih kurang macam saya gi dulu...mesti best kan..ada rasa nak pegi lagi tak?..heheh
cuma nak tanya, kat holiday park biasa tu, kalau sewa powered sites, memang kena bayar per head ke? Kalau 6 orang, maknanya kena bayar utk 6 orang? Kalau $50 x 6 dah $300. Kalau gitu baik duduk motel kan...hmm..
|
|
|
|
|
|
|
|
About the say the same thing. NZD300 blh dpt accommodation bagus dah.
|
|
|
|
|
|
|
|
silverbullet replied at 14-2-2018 11:34 AM
wahhh...habis juga baca..route tu lebih kurang macam saya gi dulu...mesti best kan..ada rasa nak p ...
Kalau low cost holiday park 50NZD tu dah untuk 6 orang. Walaupun operator holiday park tu tak pernah check berapa org dalam camper kami declare siap2 6 org |
|
|
|
|
|
|
|
Peterpan17 replied at 14-2-2018 02:16 PM
About the say the same thing. NZD300 blh dpt accommodation bagus dah.
Low cost campsite 50NZD tu dah total 6 org. |
|
|
|
|
|
|
|
silverbullet replied at 14-2-2018 11:34 AM
wahhh...habis juga baca..route tu lebih kurang macam saya gi dulu...mesti best kan..ada rasa nak p ...
Cukup lah sekali kut. Pergi tempat lain pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Oh!! tp bukan kira per head ke??
|
|
|
|
|
|
|
|
Low cost campsite 50NZD tu average untuk 6 org la tak de power cuma ada tandas dan water tap je. Kalau holiday park yang ada power dan semua facilities dalam 100 - 150NZD macam tu la |
|
|
|
|
|
|
|
ohh gitu..low cost holiday park ni kiranya boleh guna kalau power dah cukup dan setakat nak tido dan mandi je ok la NZD50 tu...worth it..
|
|
|
|
|
|
|
|
jalan nak ke milford sound tu sgt scary ke?
bila tgk tour dr te anau cam mahal and kena spend almost a day kat sana...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak de la scary mana pun. kami drive campervan 6 beth pun ok je. Jalan Genting highland lagi scary
|
|
|
|
|
|
|
|
mafilee replied at 6-2-2018 10:10 AM
Guys tumpang tanya berkenaan visa transit ..
tengok kat website AA kita kena apply Australia visa t ...
Tak perlu. I baru pegi November, transit kat Gold Coast |
|
|
|
|
|
|
|
owh ok la gitu... sbb weols gi ladies berdua je
klu genting lg scary, Insyaallah boleh la kot...
tq u....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak minta pendapat untuk itinerary.
Plan nk pegi bulan 8, disebabkan winter cuba untuk terhadkan perjalanan per day 5 - 6 hours for drive and stopover. Lagi pun pemandunya cuma sorg je kesian klu nk dia drive lama2 dan waktu malam.
Nk minta pendapat klu itinerary kat bawah ni ok dan klu ada tempat yg kami tak letak kat bawah dan kami sepatutnya pergi boleh suggestkan..
Day 1 - Auckland to Matamata
Day 2 - Matamata to Hobbiton to Rotorua Redwoods Park
Day 3 - Rotorua to Auckland
Day 4 - Auckland to CHRISTCHURCH to greymouth (Arthur Pass, Otira lookout, Shanty Town)
Day 5 - Greymouth TO FRANZ JOSEF to Fox Glacier
Day 6 - FRANZ JOSEF TO WANAKA via Haast ( Lake Matheson, Knight’s Point, and Lake Hawea)
Day 7 - WANAKA TO QUEENSTOWN
Day 8 - QUEENSTOWN to TE ANAU To Milford Sound to Queenstown ( Mirror Lakes, Knobs Flat, and The Chasm, Lake wakatipu )
Day 9 - QUEENSTOWN to Twizel to Mt Cook ( Shotover River, Lake Hayes, Lindis Pass)
Day 10 - Mt Cook to CHRISTCHURCH ( Mount Cook Alpine Salmon , Lake Pukaki, Church of the Good Shepherd ( Lake Tekapo), Akaroa )
Day 11 - CHRISTCHURCH to Auckland
Day 12 - Auckland to KL
|
|
|
|
|
|
|
|
Dr Rotorua ada flight ke Christhurch. So tak perlu patah balik ke Auckland. Cuba check balik. Kami naik Air New Zealand dr Rotorua ke CHC. Jimat perjalanan nak patah blk ke Auckland. Ada 3x penerbangan direct klu tak silap
|
|
|
|
|
|
|
| |
|