'Tak usahlah mana-mana kelab akui seseorang itu pemain mereka selagi pemain itu tidak menandatangani kontrak yang lengkap dengan segala butiran serta diperturunkan tandatangan di setiap muka surat dokumen kontrak. KAFA sudah berkali-kali hadapi kes ini.
MOU atas menurun tandatangan atas sehelai kertai tidak diterima pakai. Pemain itu sendiri berhak memilih dengan pasukan mana mereka mahu untuk berakhir.
Dalam kes ini, amatlah jelas Nazri Ahmad, Nazri Nawi, Norfarhan, Hai O dan lain-lain akan beraksi dengan pasukan pilihan masing-masing" - Tan Sri Annuar Musa.
Penghijrahan Indra dan Farhan amat dirasai penyokong TRW tetapi kehadiran Wan Zaharulnizam sedikit sebanyak menghilangkan resah para penyokong.
Beliau berharap dapat mempamerkan prestasi cemerlang sepertimana Indra dan Farhan lakukan sebelum ini. Keinginan untuk bersama pasukan Kelantan sejak bersama skuad Harimau Muda A lagi, kini TERCAPAI.
"Saya bersedia melepaskan kerakyatan Australia dan memohon kerakyatan Malaysia untuk beraksi sebagai pemain tempatan bersama Kelantan." ujar pemain baru TRW, Brendan Gan.
Buat masa ini, pasukan Kelantan telah berjaya menandatangani kontrak 5 pemain baru :
1) Faiz Suhaimi | Kontrak 3 Tahun
2) Faizul Nazlin | Kontrak 3 Tahun
3) Shakir Ali | Kontrak 2 Tahun
4) Wan Zaharulnizam | Kontrak 2 Tahun
5) Brendan Gan | Kontrak 2 Tahun