CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Inessa

|V4.0 LOFALAND| - Tentang Neelofa [2018]

 Close [Copy link]
Post time 7-9-2018 02:39 PM | Show all posts
pasang banner bagi fan2 hajjah nampak  
p/s : uols nak buat group vote juga kah?  




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ahnjaehyun replied at 7-9-2018 02:39 PM
pasang banner bagi fan2 hajjah nampak  
p/s : uols nak buat group vote juga kah?   ...

Mcm nak je....heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 03:10 PM | Show all posts

group chat ada tak untuk forum cari ni? buka lah satu  group .   senang kita update vote nanti . vote suka2 sesambil online . @adeqo
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ahnjaehyun replied at 7-9-2018 03:10 PM
group chat ada tak untuk forum cari ni? buka lah satu  group .   senang kita update vote nanti :lo ...

Jom..ni nak cuti 4 hari Mek ada masa terluang ni ...kita ada 18 hari ja lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2018 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
pinklepie replied at 7-9-2018 12:09 PM
I'm surely they will do their part for voting our hajjah but we need more group to support hajjah ...

Ya ya! Just add me! Haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2018 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
@Cicisweets apa habaqq.. p ronda ronda ka? P la ronda thread "pelakon kesayangan" hang tu.. pemenat pemenat dia masih menyebut nyebut kisah Hajjah. Hahaha alahai, sedihnya hidup depa, dok pekesah pasai Hajjah dan fans Hajjah.. lifeless sungguh la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2018 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua admin IG fan lofa mmg kaw2 remind, post dlm Ig, IGs, dp, letak voting link ttg vote lofa secara constant Mmg at least 4-5 group yg besar, yg lain2 dkt 20 lebih jg. Boleh nampak dari likes kt setiap post promote undi lofa tu fr followers & all. Kdg2 aku response kt dm, like sbb nak yakinkan admins yg aku one of those yg vote lofa wlu aku tak follow pun...since diorg constantly remind & tanya. Cuma tgk now ni fasa tenang i.e Lofa happily & quietly living her life without issues terpalit, jaga anak buah baru. Bg aku kalau org still berckp psl lofa kata itu ini, something out of nothing..mmg hidup diorg sgt sedih berckp tak henti2 psl sesorg yg sekadar bernafas kt dunia ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 06:57 PM | Show all posts
washere2 replied at 7-9-2018 06:35 PM
Semua admin IG fan lofa mmg kaw2 remind, post dlm Ig, IGs, dp, letak voting link ttg vote lofa secar ...

memandangkan kat forum nih hanya ketul2 jer, so group kita pun ketul2 jer lah. just vote suka2 .  ig bersarang, tweeter tak der, fb untuk game candy crush jer . harap forum ni jer nak online kalau tak bz .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2018 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ahnjaehyun replied at 7-9-2018 06:57 PM
memandangkan kat forum nih hanya ketul2 jer, so group kita pun ketul2 jer lah. just vote suka ...

Haha..aku ada IG sekadar like few people, grp termasuk lofa. Tak pernah post pun. Hide identity sebenar. Cuma klu aku bg sedas 2 kt yg komen mengarut post lofa tu org tahu la aku supporter lofa..aku excited bila sesekali lofa post apa2..esp klu dia senyap sekejap. Sebenarnya yg rindu lofa ni bkn fan je..haters sekali, the confiused admirers
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 07:31 PM | Show all posts
washere2 replied at 7-9-2018 07:20 PM
Haha..aku ada IG sekadar like few people, grp termasuk lofa. Tak pernah post pun. Hide identity se ...

setiap thread kebanyakkannya dok meratib hajjah walaupun takde kaitang  dah tak boleh nak tolong dah .orang terengganu kata kepelikkang tanpa batasang gitew
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Just nak mention, nazim othman byk like post2 lofa, yg latest ni siap komen @neelofa queeenn ..aku teringat dia hero lofa dlm kau yg terindah..aku tak suka his meteroseksual; feminine model look tp kalau acting not bad..bila dia nak berlakon dgn lofa balik? If ada offer why not? Nak watak berat2. Satu lg watak mcm dlm lukisan takdir
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
washere2 replied at 7-9-2018 07:36 PM
Just nak mention, nazim othman byk like post2 lofa, yg latest ni siap komen @neelofa queeenn ..aku t ...

Perasan juga...yup Lakonan dia mmg bagus ..dlm kau yg terindah tu mmg best lakonan dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Inessa replied at 7-9-2018 03:43 PM
Ya ya! Just add me! Haha

Add me too
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lofa ada event apa dgn attire gucci mlm ni?
I tgh on the move tak leh nak tepek pic2 lofa ...
Ada aziz laikar airasia kwn dia post their pic at naelofarhijab..aku suka tgk pic2 lofa dgn aziz ni everytime to be honest. Nampak relax, sweet, the way she dress up, tudung santai mcm duduk2 kt rumah je..dgn azizul the melium group tu pun lofa nampak lepak je..lofa mmg make her working friends comfortable
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2018 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Have you cast your votes for our lofa today
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2018 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
washere2 replied at 8-9-2018 11:30 AM
Have you cast your votes for our lofa today

Cuti 4 hari jom pulun vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2018 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Neelofa Tak Pernah ‘Hutang A’, DATIN NOOR KARTINI Dedah Sikap & Cara Didik Anak!

Bergelar ibu kepada selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor nyata bukan perkara mudah bagi Datin Noor Kartini Noor Mohamed. Biarpun pada awal pembabitan anak ketiga daripada sembilan beradik itu dalam industri seni menerbitkan perasaan gusar di benaknya namun saban tahun Datin Kartini yang lebih dikenali dengan panggilan Datin Tini sudah mampu menyesuaikan diri dengan tempias dunia glamor Neelofa.

Tidak mahu membezakan cabaran yang dilaluinya sebagai ibu selebriti melebihi dugaan kebanyakan ibu lain, Datin Tini percaya setiap wanita bergelar ibu tidak terlepas dilanda ujian masing-masing. Mendirikan rumah tangga pada usia muda, Datin Tini yang juga isteri kepada Dato’ Abdul Halim Khan tidak pernah serik mempunyai ramai anak. Selain berdepan persepsi khalayak kerana statusnya sebagai ibu selebriti, dia juga menggalas tanggungjawab besar untuk mendidik sembilan orang anak.

Percaya didikan yang baik bermula dari rumah, wanita berjiwa penyayang yang lahir pada 8 Julai 1966 ini tidak lokek berkongsi rahsia. “Anak-anak perlu dipupuk dengan amalan murni sejak kecil termasuk tentang disiplin. Bab mendisiplinkan anak-anak, saya serahkan kepada ayah mereka. Didikan saya lebih kepada aspek rohani manakala suami pula mendidik dari segi karakter dan fizikal anak-anak. Suami pun memang seorang yang tegas jadi anak-anak takut kalau tak ikut cakap ayah mereka. Katakan bila cuti sekolah hendak keluar makan dengan kawan-kawan kena beritahu awal sekurang-kurangnya 3 hari sebelum keluar. Kalau esok hendak keluar, malam tadi baru cakap memang tak akan dapat.

Ketepatan masa juga antara yang paling utama dalam mendidik anak. Mungkin sebab sudah lali dengan cara ayah mereka, Neelofa termasuk adik-beradik yang lain terlatih untuk bersiap awal kalau ada perjumpaan atau shooting. Pada saya, orang yang mahu berjaya kena ada disiplin yang tinggi. Kalau tak ada disiplin dalam diri memang susah hendak maju. Bukan mahu membangga diri tapi hakikatnya saya tak alami kesusahan hendak asuh sembilan anak sebab bila anak sulung sudah tunjuk teladan yang baik, secara automatik adik-adik seterusnya akan ikut cara yang sama,” telus Datin Tini yang mengimpikan anak yang ramai.

Seperti yang diketahui ramai, Neelofa merupakan antara selebriti yang memiliki keputusan akademik cemerlang sepanjang berada di bangku sekolah. Pernah memperoleh keputusan 5A dalam UPSR, 8A semasa PMR dan 10A ketika menerima Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) membuatkan ramai yang cemburu dengan kelebihan gadis berusia 29 tahun itu. Dia bukan saja dikurniakan raut wajah cantik malah pintar dalam pelajaran.

Mencungkil apakah resipi kejayaan Neelofa hingga meraih keputusan sedemikian, Datin Tini yang memiliki darah keturunan Pakistan-Arab lantas membuka rahsia. “Saya bukanlah ibu yang tetapkan standard tertentu untuk keputusan pelajaran anak-anak. Memang Neelofa anak yang paling pandai dan tak pernah hutang ‘A’ sama seperti Aqief dan Nur Athisha.

Waktu baru umur lima tahun, Neelofa sudah mula buat subjek pelajaran untuk usia lapan tahun. Bila saya tengok cara dia belajar dan minatnya dalam pelajaran, saya sokong dan daftarkan dia ke pusat tuisyen di Kota Bharu. Ketika itu kami tinggal di Pasir Mas. Memang rutin dia setiap hari diisi dengan membaca buku dan buat latihan di rumah.

Pernah masa di MRSM selepas habis peperiksaan PMR, dia telefon saya beritahu susah hati dan menangis sebab takut tak dapat skor A. Sebenarnya saya tak kisah pun kalau dia tak dapat gred A sebab tahu cara dia belajar macam mana. Cuma perangai Neelofa ini.. dia takut buat saya kecewa. Sampai sekarang bila sudah jadi artis pun dia terbawa-bawa perangai itu.

Sama ada suami atau saya sendiri, kami tak pernah pilih kasih dalam mendidik anak. Semua layanan sama rata saja. Jadi, kalau ada yang tanya apa saya buat untuk anak pandai dalam akademik.. hanya kata-kata perangsang. Tiada ajaran istimewa pun sebab pada akhirnya nanti kemahuan untuk berjaya itu ada dalam diri sendiri. Tak ada sesiapa yang mampu ubah kalau bukan empunya diri.”

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2018 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendidikan awal bermula dari rumah
Suka tengok keluarga Hajjah Lofa walau sesibuk mana pun tetap ambil peluang untuk luangkan masa bersama, cara mama Tini besarkan dia orang dgn sentiasa beri sokongan moral untuk setiap cita-cita anak (tak memaksa anak-anak ikut kehendak mak bapak)
Hujan-hujan ni sambil jom mengundi
p/s : maaf ler cek ni baru belajar tak tau nak tepek gambar bg besar, tu copy paste dari web Nona. https://www.nona.my/neelofa-tak-pernah-hutang-a-datin-noor-kartini-dedah-sikap-cara-didik-anak/amp/
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2018 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik....Mek suka tgok ayah dorg Halim khan...mcm nampak tegas tapi penyayang..untung Mama tini dan anak2 mereka
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2018 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
MekConkey replied at 8-9-2018 02:29 PM
Terbaik....Mek suka tgok ayah dorg Halim khan...mcm nampak tegas tapi penyayang..untung Mama tini da ...

Kan.. Untung keluarga mama Tini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 06:29 PM GMT+8 , Processed in 2.134618 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list