CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: leon_mclaren78

Dato' Sudirman Hj. Arshad D.I.M.P., A.M.N., J.M.N., A.M.P.

[Copy link]
Post time 22-2-2007 11:32 AM | Show all posts
sinar fm tgh dok putar lagu2 allahyarham..ader interview ngan k.chah pasal arwah..sedih tul dengar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2007 01:40 PM | Show all posts
ingat lagi dulu
kakak allahyarham tak kasi langsung org pasang lagu adik dia.

memang patut pun gitu.. lagi diputar, lagi terseksa pulak
tapi... kang wendu lak
hihik

masa dia tgh sakit ' misteri' dulu, aku siap tampal poster dia kat bilik aku.. hari2 aku tgk gambo dia..
masa dia meninggal, aku nangis tauu
huhu

budak sekolah rendah le katakan..
ngade lebey
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 02:26 PM | Show all posts

Reply #264 MsAnonymous's post

saya pun gitu...nangis..sedih sgt2..mase 2 dah dalam 20an..siap simpan keratan akhbar semua citer psl arwah...biler balik kg slalu buka n baca..x pernah bosan..la nie maner tah mak simpan brg2 tu..tp for sure x dibuang..masih tersimpan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 04:03 PM | Show all posts
baru2 ni kecoh kat paper pasal royalti album dia
emi kata pas sudirman meninggal emi lantik legal firm untuk agihkan royalti album sudir kepada "mereka2" yg identitinya sangat sulit utk didedahkan...emi kata pelantikan legal firm tu atas persetujuan bersama family sudir

bile tanye family sudir (datin rudiah), dia kata family sudir tak penah pun melantik mane2 legal firm utk agihkan royalti sudir & sampai skang diorang tak tau ke mane royalti tu pegi...dah camne pulak emi nak jawab tuh

aku tak follow up pulak laporan tu...2-3 hari ni memang citer pasal ni la kat paper kosmo...yg menariknye adik beradik sudirman memang sepakat tanak tuntut royalti album sudir sebab amanat sudir nakkan duit2 tu digunakan utk tujuan charity & education...adik beradik dia pun orang berada...elokla, tak malukan arwah...jangan jadik macam anak2 p.ramlee, bile bapak mati anak2 sibuk tuntut royalti, padahal takde jasa langsung pun...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 04:06 PM | Show all posts
lupe nak tambah...jurucakap emi pun ada cakap sebenarnye ada lagi 10 lagu sudirman yg blom direlease...actually sudir dah rakamkan utk panduan vokal, cuma background music je tak masukkan lagi....kalo masuk background music, jadikla lagu baru...tapi emi tanak releasekan sebab takut menyinggung mane2 pihak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 04:10 PM | Show all posts

berita harian arini

Memori Sudir: Kenangan pahit, manis
Oleh Zainuri Misfar


Sepanjang kerjaya sebagai penghibur Sudirman tidak sunyi kontroversi, spekulasi dan tanda tanya

SUDIRMAN Haji Arshad atau Sudir dianggap sebagai Pengibur Nombor Satu Tanah Air kerana persembahannya diterima ramai dan diminati pelbagai kaum. Namun, dalam pada itu ramai juga yang mencemuhnya dan sepanjang kariernya beliau beberapa kali berdepan situasi panas apabila segelintir pihak meluahkan rasa marah terhadapnya.

Siapa sangka, ada yang pernah membuat tuduhan kononnya penonton Islam yang hadir melihat konsertnya dianggap kafir. Ini berlaku apabila Sudir menjayakan Konsert Malam Anak Desa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Konsert anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi UKM dibantah keras oleh kumpulan pelajar yang menggelarkan diri Angkatan Mahasiswa Bersatu (Atma).

"Apabila ada segelintir manusia yang mengkafirkan pertunjukan saya, dengan hati tenang saya menghadapinya. Saya anggap ia seperti api kecil dan perlu dipadamkan sebelum ia merebak dan menjadi besar dan membahayakan," kata Sudir dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) terbitan RTM pada Mac 1985.

Beliau juga menghadapi bantahan daripada penuntut Universiti Malaya (UM) apabila hendak mengadakan Konsert Sudirman di Dewan Tuanku Canselor UM pada Ogos 1985. Konsert itu berjaya diadakan tanpa sebarang kekecohan. "Dalam kerjaya saya, pelbagai cabaran dihadapi tetapi saya lalui dengan tabah kerana ini adalah pilihan sendiri," katanya.

Pada Ogos 1986, Sudir dilaporkan bengang apabila ada pihak mencampurkan aduk persembahannya dengan isu politik dan agama.

"Saya berpegang pada nasihat arwah ayah saya. Kalau saya mahu menjadi penghibur yang baik, saya harus jauhkan diri daripada empat perkara iaitu politik, seks, dadah dan isu agama," tegas penyanyi ini.

Selepas tiga tahun menduda, persoalan beliau akan berkahwin lagi sentiasa menjadi bahan berita menarik. "Berkahwin memang senang. Tetapi susah mencari wanita yang sesuai dengan jiwa saya. Kalau setakat untuk mahu merasa makanan kegemaran saya, lebih baik saya gajikan seorang tukang masak," jelasnya.

Apapun, beliau sangat serius apabila kehidupan peribadinya dikaitkan dengan dadah, suka berparti dan seks. "Apabila masyarakat tidak ada jawapan untuk menjelaskan sesuatu persoalan, mereka mula menimbulkan perkara bukan-bukan. Kalau kita tidak jelaskan, mereka pasti ia memang berlaku. Pada hal, kita memang tidak melakukan langsung apa yang mereka sangka itu," katanya dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar Inggeris yang disiarkan pada Oktober 1989.

"Semasa mengadakan satu persembahan dalam disko, dua lelaki datang bertanya, adakah pengurus saya itu teman lelaki saya? Saya kata, tidak. Salah seorang dari mereka kemudian menawarkan diri menjadi teman lelaki. Saya katakan padanya, saya bukan gay! Dadah? Saya tidak menyentuhnya sama sekali. Saya bukan orang suka berparti. Saya tidak suka bersosial tidak tentu pasal. Saya selesa di rumah," tegasnya dalam artikel bertajuk 'Sudirman抯 loneliness' itu.

Daripada kritikan dan kontroversi itu, ada niat diluahkan Sudir tetapi seperti tidak kesampaian.

Pada 1987, Sudir menyatakan hasrat melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman dan teater di New York selama tiga tahun. Katanya, apabila pengajiannya tamat, filem pertama hendak diarahkan berunsur patriotik.

Bagaimanapun, niat mengarahkan filem memang sudah lama tersimpan di hatinya. Pada sidang media sempena pelancaran album Terasing pada 1986, beliau merancang mengarahkan filem komedi yang skripnya ditulis beliau sendiri. Sudir membayangkan barisan pelakonnya ialah Noorkumalasari, Khatijah Ibrahim, Yusni Jaafar, Raja Ema selain beliau sendiri.

Pada 1986, beliau pernah menyuarakan niat mengerjakan ibadah haji tetapi tidak kesampaian. "Tahun depan (1987) saya akan mengerjakan haji. Mulanya hendak tahun ini tapi banyak harus diuruskan. Pihak Tabung Haji suruh saya daftar dulu," katanya.

Ketika itu beliau berumur 31 tahun. "Saya tidak mahu ke sana (Makkah) apabila sudah tua dan berjalan menggunakan tongkat. Menyusahkan orang saja," jelas Sudir yang berasakan mengerjakan Rukun Islam kelima itu, sebaik-baiknya ketika masih sihat, muda dan berkemampuan.

Sebenarnya, walaupun sudah 15 tahun persada seni negara kehilangan beliau, terdapat banyak persoalan yang masih menjadi tanda tanya selepas pemergiannya. Ini termasuk ke mana hilangnya syarikat atau perniagaan yang pernah diasaskannya. Sudir semasa hayatnya pernah menubuhkan Syarikat Usaha Dagang Industri Sdn Bhd yang mengeluarkan minum ringan dengan jenama SUDI. Syarikat itu ditubuhkan dengan modal kira-kira RM3 juta dan produk keluarannya dikatakan mendapat sambutan menggalakkan.

Beliau juga turut menubuhkan Sudir Shoppe di Plaza Bukit Bintang. Ia adalah kedai dan butik yang menjual 'merchadising' keluaran dirinya.

Penyanyi dan penghibur itu dikatakan memiliki restoran yang dinamakan Restoran Selera Sudi terletak berhampiran pejabat urusannya, Sudirman Productions di Taman Sri Hartamas. Beliau bersama pengurusnya, Mike Bernie Chin menerusi syarikatnya Sudirman Productions juga mempunyai cita-cita menerbitkan video yang merakam aksinya ketika konsert. Bagaimanapun, rancangan itu seperti tidak kesampaian. Paling 'misteri' hingga sekarang ialah apa sudah jadi dengan anak angkat Sudir bernama Surej Kumar? Pada 1990, Sudir membuat kejutan sehingga menimbulkan tanda tanya kepada peminatnya apabila bersetuju menjadikan Surej Kumar, bayi berketurunan India sebagai anak angkatnya. Kalau masih hidup, bagaimana Surej kini kerana sejak Sudir meninggal dunia, tiada lagi berita mengenai anak angkatnya itu.



menarik jugak artikel nih...
penuh tanda tanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2007 04:12 PM | Show all posts

lagi dari berita harian arini

Memori Sudir: Ibu tiri sebak terkenangkan Allahyarham
Oleh Nurashiqin Omar

BIARPUN sudah 15 tahun Sudirman Haji Arshad pulang ke rahmatullah, namun telatah, gelak tawa serta segala kenangan ketika bersama Allahyarham masih tetap segar dalam ingatan ibu tirinya, Mariam Mohammad.

"Sudirman anak yang manja, tidak pernah menyusahkan orang dan sangat pandai mengambil hati saya. Hubungan kami sangat rapat dan saya menyayanginya seperti anak kandung sendiri. Sejak kecil, arwah dah pamerkan bakat sebagai penyanyi dan sering hasrat menjadi bintang hiburan disuarakan kepada saya. Namun, saya melarang kerana ketika itu Allahyarham masih di bangku sekolah," katanya sebak.

Namun, Mariam yang enggan jurugambar Hip merakam fotonya berkata, Sudirman atau lebih mesra dengan panggilan Sudir di kalangan peminatnya mula mengembangkan bakatnya ketika menuntut di Universiti Malaya dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian. Kemuncak kejayaannya apabila menang Juara Bintang RTM pada 11 Ogos 1976 dan selepas 16 tahun berjasa untuk dunia hiburan, akhirnya Sudir meninggal dunia pada 22 Februari 1992.

"Orang dah tak ada. Mak cik pun tidak buat apa-apa kerja. Mak cik sekarang pun tidak berapa sihat. Mak cik pernah terima kehadiran pegawai dari Muzium Tokoh Kuantan, meminta trofi yang pernah dimenangi arwah untuk dipamerkan di sana," ujar beliau.

Mengenai sumbangan daripada mana-mana persatuan artis dan pembayaran hasil royalti Allahyarham, beliau menjawab, semuanya diuruskan kakak Allahyarham yang berada di Kuala Lumpur.

Beliau kini sudah tidak lagi bergiat aktif dalam mana-mana pertubuhan wanita lebih selesa untuk menjalani kehidupan biasa bersama anaknya, Maslina Arshad, 38, di Kampung Tok Embun, Temerloh. Mariam adalah isteri kepada bapa Sudir yang dikahwininya selepas ibu kandung Sudir meninggal dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 04:14 PM | Show all posts
Baru tadi dlm kul 2:30 hingga 4:00 ptg di Klasik FM ada rancangan Sudirman Dlm Kenangan. Dlm rancangan ni ada temuramah ngan S. Atan, Yusni Jaafar & Menteri Penerangan yg pada masa dulu merupakan wartawan yg sentiasa bersama arwah.

Ada gak sms dr orang ramai... seperti kata seorang pengantar sms tu, kenapa tak disiarkan rancangan2 TV yg ada Sudirman?

Bila difikirkan semula... filem2 Tan Sri P. Ramle kerap disiarkan in fact berulang-ulang.  So why not... siarkan rancangan2 yg ada Sudirman. Begitu juga dgn satu-satunya filem arwah - 'KAMI'.  Ramai anak2 skrg yg nak tahu akan keistimewaan seorang insan yg bernama Sudirman ni. Asyik dengar citer dr org tua jer... mana cukup!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2007 04:15 PM | Show all posts

dan lagi...

Epilog: Jasa Sudirman semakin dilupai?
Oleh Akmal Abdullah

HARI ini genap 15 tahun penghibur negara, Allahyarham Sudirman Haji Arshad meninggal dunia. Jenazahnya terus damai bersemadi di Tanah Perkuburan Chengal, Temerloh, Pahang.

Selama pemergiannya kita masih terasa kehilangan dan kerugian yang teramat sangat. Sudirman yang lebih dikenali panggilan Sudir bukan calang-calang penyanyi tetapi dia penghibur rakyat. Dia insan seni unik, jujur, berjiwa besar, berdaya kreatif tinggi, peka dengan kehidupan masyarakatnya dan manusia intelektual, malah arwah seorang berhati mulia, dermawan, penyayang dan berwawasan. Sudir meletakkan perjuangan seni budaya yang tinggi atas nama tanggungjawab sebagai insan seni yang dikurniakan bakat dan kreativiti.

Sudir tidak meraih populariti mudah seperti artis muda kini tetapi namanya menyerlah kerana dia tampil unik dan bijaksana sebagai penghibur menerusi setiap persembahannya yang boleh berkongsi rasa semua kaum - bukan saja Melayu. Jika industri muzik kita kini bersepah penyanyi baru dan lama yang memeriahkan suasana, namun semuanya itu belum layak dianggap penghibur. Sudir mencipta benchmark yang tidak boleh ditandingi penyanyi sekarang. Sudir dianggap ikon anak muda yang wajib dicontohi kerana arwah mempunyai ciri seorang insan bersemangat tinggi, berfikiran positif, pandai akademik, patriotik dan berhemah serta berbudi bahasa.

Tahun demi tahun berlalu, kita terus menghitung lamanya Sudir meninggalkan kita. Hakikatnya, nama Sudir seolah-olah makin dilupai banyak pihak. Sudir belum diiktiraf pada tempat sewajarnya. Jasanya makin dipinggirkan. Sudir dianggap kenangan silam bak angin berlalu. Usaha mengenang arwah kalau ada sekadar ibarat melepaskan batuk di tangga. Sudir masih tidak layak diberi pingat bergelar "Datuk" mahupun 揟an Sri
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 05:56 PM | Show all posts
Banyak rancangan2 allahyarham especially dlm HMI..kalau RTM jual den sanggup beli buat koleksi... Since masa beliau Astro & TV3 lum ada (kot)..ada satu HMI beliau dgn Atai skali.... beberapa dijemput buat HMI pun takkan menghampakan sbb beliau sentiasa cari kelainan. Since royalti not the issue, buleh aja dermakan sbb ianya saya yg berguna buat arwah diakhirat skg...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 06:29 PM | Show all posts
i sokong sangat kalau RTM dapat tunjuk balik rakaman rancangan Sudirman kat angkasapuri dulu.. miss him sooo much.. -Al Fatihah-
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 07:18 PM | Show all posts
aku ske gle ngn lagu2 die nih.....best sgt2....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 11:00 PM | Show all posts
Al-Fatihah...
aku ni asal dari Temerloh, Pahang dan amat berterima kasih di atas Majlis Daerah Temerloh dengan mengabadikan nama Allahyarham Sudirman untuk jalan-jalan di sekitar Pusat Perdagangan Sri Semantan....

Nanti bila aku balik kg, aku amik gambar2 jalan yg menggunakan nama Sudirman untuk tatapan semua forumers

untuk sedikit lagi info tambahan http://en.wikipedia.org/wiki/Sudirman_Arshad

[ Last edited by  gorgon at 22-2-2007 11:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 07:12 PM | Show all posts

peminat sudirman jangan lupa

Program kenang Sudirman
Oleh Zainuri Misfar

SELEPAS diminta banyak pihak, RTM akan menyiarkan dokumentari khas mengenang semula Sudirman yang pernah bersama stesen penyiaran itu dalam slot Sepanjang Jalan Kenangan...Bersama Sudirman, bermula 7 Mac ini, jam 8.45 malam.

Program khas itu membabitkan penyiaran semula rancangan hiburan yang menampilkan penghibur terkenal ini, termasuk kemenangannya dalam pertandingan Bintang RTM pada 1976.

Selain TV, RTM juga akan menyiarkan rangkaian lagu atau kapsul mengenai Sudirman menerusi radio.

Kemuncak daripada program istimewa ini ialah konsert khas 慡epanjang Jalan Kenangan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 09:39 PM | Show all posts
mak oiii...
dasatnye puspawarna bersama sudirman (nama lama hiburan minggu ini/zoom in)...rasa tak puas aku tengok...cuma dulu2 punye hmi miming je, tu yg boring sket...tapi sudirman memang the true entertainer la!! salute abis kat dia...seriuosly aku rasa takde sape pun artis yg bole celen kreativiti dia dlm menghiburkan penonton

senarai lagu2 dlm rancangan tu:
1. aku & perasaanku (shooting kat bilik, ada tampal gambar2 dia...yg kelakarnye ada cermin gantung kat situ...cermin tu reflect gambar cameraman, koman sungguh :lol)
2. balik kampung (kelakar gak video klip ni, masa last2 tu..memang lincah gilela sudirman menari...koreografi dia takleh lawan..setting biasa je, bangku & signboard keretapi, tapi very entertaining)
3. tanah pusaka (sudirman hensem gile pakai baju melayu...yg sharon wong & s.mani mala tu sapela, kaku sungguh...sharon tu dahla lupa lirik, terang2la kantoi sebut mulut miming,  yg india tu pulak takut nak pandang kamera, kalo terpandang kamera cepat2 dia tengok tempat lain)
4. ding a ding gale (aku rasa the most entertaining...memang kreatif gile sudirman dlm video klip ni...payah nak describe, tapi memang kreatif gilela, aku btol2 terhibur)
5. banana boat song (yg ni pun best jugak..ala, lagu tema jalan2 cari makan tu)
6. hilang berganti (yg ni biasa je, lagu sedih)
7. anak dagang (shooting dalam bilik, sudirman tulis surat, sambil2 tu citer pasal kenangan dia waktu jauh di perantauan, kreatif)
8. foxy girl (shooting outdoor...kat gym..entertaining gak video klip ni...rendahla sudirman compare dgn 2 model pompuan yg belakon dgn dia tu, lagu balik kampung pun diorang ada)
9. tidak perlu diucapkan (lagu sedih...sudirman nyanyi pandang cermin)

tapi aku pelik kat kredit pas abis rancangan tu kata artis jemputan khas noorkumalasari, tapi takde pun dia...ataupun aku tak perasan sebab lagu2 dia banyak pakai model, maybe salah sorang tu noorkumalasari kot

can't wait for next week punye pulak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 10:30 AM | Show all posts
yes..aku setuju sangat arwah Sudirman memang penghibur sejati.Entah nape masa cuti Tahun Baru Cina tu bila nengok Sudir Dalam Kenangan kat astro Ria...aku tetiba sebak n lari dok kat dapur menangis teresak2.  Sedih benar hati kerana ada insan yg begitu busuk hati dan sanggup membuatkan arwah derita sedemikian rupa.Semoga Allah menempatkan arwah dikalangan org2 yg dikasihi,Amin!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2007 11:00 AM | Show all posts

Reply #278 amikie's post

laa..xtau pun ada sudir dalam kenangan kat astro ria...ada buleh download kat mana2 tak? xtau la kenapa...walaupun kita kecik lg masa zaman sudirman dulu, but i really feel close to him...semalam...dengar suara dia bercakap dalam puspawarna tu, terus rasa touched...berdiri bulu roma...hampir mengalir airmata...tu la...orang baik2 ni selalu pergi dulu...al-fatihah untuk arwah
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 12:19 PM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 7-3-2007 09:39 PM
tapi aku pelik kat kredit pas abis rancangan tu kata artis jemputan khas noorkumalasari, tapi takde pun dia...ataupun aku tak perasan sebab lagu2 dia banyak pakai model, maybe salah sorang tu noorkumalasari kot


kalau tak silap, memang ada Sudirman & Noorkumalasari duet, tajuk lagu tak ingat..
tapi dua dua pakai baju macam jubah warna hitam,

agaknye RTM nak mnghormati imej Noorkumalasari skrang ni kut..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 09:28 PM | Show all posts

Reply #280 izzu's post

lagu 'melangkah seiringan' lah tu...aku suka sgt lagu duet derang.
tp takde tyg ek?

tadi tertengok kat tv1...katanya nak tyg persembhn2 Allahyarham Sudirman yang lama2 mcm HMI, etc... tak tau lak dah start. ruginya...

thread yg berkaitan- http://forum.cari.com.my/viewthr ... ;highlight=sudirman
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 02:00 PM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 3-6-2006 14:27
aku dapat benda ni dari jakionline...ada kaitan dgn sudirman jadi aku paste jela kat sini



album ni tahun 1984..track listing:

Side A.
1. Baru Da ...


aku tadek lagu2 nih..waaa.....nak p3...tolong2...bleh tak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.223528 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list