CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Abuyazid

GLOBAL MINDA : Apabila Tuhan Dipisahkan Dari Zaman Kanak-Kanak

[Copy link]
Post time 18-5-2008 02:01 AM | Show all posts
Sapa abuya nih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2008 11:43 AM | Show all posts
Originally posted by lazuardi_senja at 18-5-2008 02:01 AM
Sapa abuya nih?


Laa..ada orang yang tak kenal abuya lagi rupanya.
Abuya ialah seorang pemuda kacak keturunan bani tamim yang akan menyambut kedatangan Imam Mahadi di nusantara ni nanti. Sementara menunggu keluarnya Imam Mahadi maka dia telah membina empire rotinya sebab bisnesnya yang lainj semua dah kantoi.
Cubalah makan roti Abuya ni....gerenti best sebab dah dijampi oleh pembantu2 rijalul ghaibnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2008 07:27 PM | Show all posts
dah ubah tajuk besar nya ... harap
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 12:02 AM | Show all posts
Originally posted by Guys at 11-4-2008 04:00 PM


Depa takut pd bayang2 sendiri kalo Daulah tu akhirnya terjd di tgn abuya...mana nk sorok muka...nk masuk forum ni pun sure tk berani punya la..mcm si sniper, kantoi hingga kini trus tk muncul2.


Daulah Islmaiyah di tangan abuya?

Burden of proof kat tangan hangpa la. Kalo tak jadi aku cadangkan hangpa terjun ramai2 kat Sungai Rajang kasi makan sama itu buaya.

Meh sini quote sikit website ikhwan:
"Antara perkara-perkara yang melalaikan, tetapitidak disedari ialah, majlis kertas kerja yang tidak menghasilkankerja, yakni cakap banyak tapi tidak dikota."



psssttttt..... bila prediction Daulah Islamiyah tuh? Aku nak buat countdown jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 12:12 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 17-11-2007 11:43 AM



Syukran, aku dpt peluang berjalan berjumpa ulamak2 ASWJ di Mesir, Jordan, Syria baru-baru ini....

Bilang mereka, berhati-hatilah dgn org2 yg berpura-pura menyatakan hanya menerima dalil2 ...


Oh ikut inferens anda kalo pakai tshirt biasa tak jubah bagai iman lg nipis la dr yang pki jubah segala?
Cuba kita buat kajian sains kat abuya. Pastuh compare ada tak ciri2 genetik Arab ka Bani Tamim ka mahupun ciri2 fizikal

psssttt... masuk wikipedia hangpa baca dah berapa orang mengaku al-Mahdi
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 01:00 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 18-5-2008 01:04 AM
seri ambil saikoloji ke?  ni ada apa-apa ka, tone 'ahaaa tu macamana?  'ahaaa' tu macam 'ahaaa' (kantoi) atau 'ahaaa' (ya)?


ahaaa...ibnur... terpulanglah pada persepsi masng-masing.

ahaa...sudi-sudikanlah ke http://ikhwantoday.com,  ada ISU SEMASA terbaru...ahaa

[ Last edited by  serihartatie at 19-5-2008 01:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2008 01:06 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by Abuyazid at 18-5-2008 07:27 PM
dah ubah tajuk besar nya ... harap
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 01:07 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 18-5-2008 11:43 AM


Laa..ada orang yang tak kenal abuya lagi rupanya.
Abuya ialah seorang pemuda kacak keturunan bani tamim yang akan menyambut kedatangan Imam Mahadi di nusantara ni nanti. Sementara menunggu k ...


ahaa...jampi ye grave?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2008 06:49 PM | Show all posts
Apabila Tuhan Dipisahkan Dari Zaman Kanak-Kanak

Kalau kanak-kanak dipisahkan daripada ibu dan bapanya,mereka diserahkan pada ibu angkatnya, cuma kanak-kanak itu merasa ibudan ayah angkatnya, ibu bapanya.Dia pun mencurahkan kasih sayang dantakutnya kepada ibu dan ayah angkatnya.
Selepasberumur tiga puluh tahun, setelah dia dewasa, ibu dan ayah angkat,mengenalkan kepada ibu bapanya yang sebenarnya.Anak itu percaya, itulahibu dan ayahnya yang baru dikenalnya, tetapi kasih sayangnya dantakutnya tiada kerana takut dan kasih sayangnya sudah ditumpahkankepada ibu dan ayah angkatnya.
Begitulahseorang budak atau kanak-kanak, dizaman kanak-kanaknya hingga dewasadipisahkan dengan Tuhannya, Tuhan tidak diperkenalkan kepadanya.Setelah dia dewasa baru diperkenalkan kepada Tuhannya.Itu pun mengikutkaedah sifat dua puluh, kaedah mujadid yang ketiga. Kaedah itu diwaktuitu sangatlah canggihnya,sangat berkesan kepada jiwa.Kaedah itudiajarkan asas. Mengenai Tuhannya, tidak mengapa, boleh juga tiadasalahnya.Tetapi kaedah itu sudah terlalu lama,sudah expired untuk zamankita.
Kitakenalkan kepada manusia mengikut kaedah tambahan yang sesuai dizamankita, barulah berkesan kepada jiwa. Tetapi di hari ini setelah dewasadiperkenalkan kepada Tuhannya,setelah berpuluh tahun, setelahdipisahkan daripada Tuhannya.
Kaedahitu sudah lama pula, bagaimanakah orang itu hendak takut dan cintakepada Tuhannya. Sebab itu kita sendiri sudah berpuluh-puluh tahun barudikenalkan Tuhan, itu pun tidak takut dan cintai kepada-Nya, sekadarpercaya Tuhan itu ada.
Kaedahyang dipelajari itu adalah aqidah cukup makan, sekadarkan mengesahkaniman kita,takut dan cinta kepada Tuhan tidak ada di dalam hati kita,kerana kita sudah terpisah daripada Tuhan berpuluh tahun,dah berpuluhtahun baru diperkenalkan kepada Tuhan. Itu pun mengikut kaedah yanglama. Sebab itulah mengenal Tuhan tidak berkesan pada jiwa.
Sebabitulah kalau adalah orang menyembah Tuhan, menyembah Tuhan itu secaraterpaksa,bukan dengan takut, cinta, terhibur dan bahagia. Sebab itu nakkenalkan Tuhan daripada kanak-kanak lagi, itu pun ditabi-tubi, jangansetelah dewasa baru nak diperkenalkan kepada Tuhannya. Cara itusekadarkan nak mengesahkan aqidah,takut dan cinta pada Tuhan tidak ada.
Kalauorang beragama, tidak takut dan cinta kepada Tuhan tidak ada indahnya,lebih-lebih lagi tidak rasa bahagia.Rata-rata orang Islam sekarangsekadar percaya ada Tuhan,dan aqidahnya setakat cukup makan di manacinta dan takut pada Tuhan tidak ada.Sebab itu Umat Islam dizaman iniselalu dihanyutkan oleh keadaan, pengakuannya Islam, amalannya mengikutakal fikiran, sudah jauh tersimpang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 12:30 PM | Show all posts
teruskan....ahaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 02:52 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 23-5-2008 12:30 PM
teruskan....ahaaa..


Setuju benor . Teruskan . Hu hu hu :handshake: :bg:
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 02:54 PM | Show all posts
Ajaklah semua sahabat handai dan taulan berjuang pada jalan Allah dan saling berkasih sayang sesama manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 01:30 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 22-5-2008 06:49 PM
Apabila Tuhan Dipisahkan Dari Zaman Kanak-Kanak

Kalau kanak-kanak dipisahkan daripada ibu dan bapanya,mereka diserahkan pada ibu angkatnya, cuma kanak-kanak itu merasa ibudan ayah angkatnya, i ...


AbuYazid,

nampaknya laman web IkhwanToday mendpt sambutan menggalakkan..baru 2 bulan lebih, hits dan hampir setengah juta....forum CARI ni pun byk peminat MINDA Abuya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2008 04:37 PM | Show all posts


MENGAPA TIDAK KAGUM DENGAN ALLAH

Engkau kagum dengan ahli astronomi,
Kerana mereka dapat mengesan bintang-bintang, planet-planet dan perjalanannya,
Engkau kagum dengan ahli-ahli sains kerana dapat membuat penemuan demi penemuan,
Engkau kagum dengan filasuf-filasuf kerana dapat memikirkan perkara-perkara yang seni-seni,
Dapat membuat penyelidikan benda-benda yang tidak terfikir oleh manusia selama ini,
Engkau kagum dengan ahli-ahli ilmu kerana mereka dapat berbagai-bagai ciptaan untuk keperluan manusia,
Orang yang mata hatinya celik sedikit pun tidak heran dengan mereka,
Karena mereka mengesan benda-benda yang sudah sedia ada,
Mereka mengetahui bahan-bahan yang telah wujud,
Tapi mengapa engkau tidak kagum dengan pencipta benda-benda dan bahan-bahan itu?
Mengapa engkau tidak terasa hebat dengan Allah yang menjadikan, mentadbir benda-benda dan bahan-bahan itu?
Padahal ahli-ahli fikir tadi dapat mengesan benda-benda yang ada,
Tapi mereka tidak mengenal langsung Allah pencipta benda-benda yang sudah ada itu,
Macamlah orang kagum dengan orang yang dapat tahu adanya harimau di dalam hutan,
Tapi tidak kagum dengan siapa yang menjadikan harimau dan menghantarnya ke dalam hutan?!
Mana lebih cerdik,
Orang yang kagum dengan orang yang dapat mengesan benda dan bahankah
atau orang yang kagum dengan yang mengadakan benda dan bahan itu?
Begitu lemahnya manusia yang akalnya saja yang berfungsi tapi jiwanya tidak berfungsi,
Mereka rasa hebat dengan benda yang akan binasa,
Mereka kagum dengan benda yang tidak akan kekal,
Tapi mereka tidak rasa hebat dengan Allah yang tidak binasa dan yang kekal abadi,
Mereka rasa ajaib dengan benda yang kena jadi dan kena tadbir yang langsung tidak ada kuasanya,
Tapi mereka telah melupakan Allah yang mencipta, mentadbir dan yang menentukan nasib segala benda,
Karena itulah Allah Taala utuskan rasul-rasul dan para-para nabi ke dunia,
Untuk mencelikkan hati dan menghidupkan jiwa agar kenal Allah yang Maha Pencipta,
Kalau hendak diharapkan ahli fikir saja sampai bila pun hati akan buta dari pada mengenal Allah yang Maha Esa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2008 04:42 PM | Show all posts
DI AKHIR ZAMAN WANG JADI UKURAN


Di akhir zaman wang ringgit atau kekayaan menjadi ukuran

Mulia atau hormat seseorang itu jika ada duit atau kekayaan
Hafaz Quran, hafaz Hadis, banyak ilmu tidak akan dipandang orang
Kalau seseorang itu tidak ada duit, tidak ada kekayaan
Ada duit, ada kekayaan banyak kawan, belum tentu sayang
Tidak ada duit, tidak ada kekayaan, kawan hilang dan dihina orang
Sanak-saudara tidak peduli, keluarga pun pandang serong
Anak isteri pun tidak hormat, silap sedikit mereka meradang
Ada duit, ada kekayaan adalah saudara, banyaklah kawan
Apabila miskin papa di tengah ramai, hidup keseorangan
Orang mengata, orang menghina, di mana pergi dicemek orang
Isteri boleh lari, anak-anak akan benci, kawan-kawan tidak peduli
Seseorang yang sedang disanjung, tiba-tiba miskin, kawan-kawan lari
Sedikit sahaja yang silap, orang hamun, orang maki
Kalau tidak sabar mahu cabut lari, hidup bersendiri
Jika iman lemah, sakit jiwa susah hati
Begitulah duit atau kekayaan di dalam kehidupan menjadi tuan
Sesetengah orang duit dan kekayaan menjadi tuhan, sekalipun tidak dipanggil
tuhan
Ada duit, ada kekayaan dihormat orang, walaupun tidak sembahyang
Kalau dia menjadi calon di dalam pilihan raya mudah menang
Apabila ada kekayaan, di dalam keluarga dialah yang paling disayang
Di tengah masyarakat ramai dialah dipandang orang atau dihormat orang
Di dalam kumpulan kawan-kawan, dialah selalu diziarah orang
Tapi apabila jatuh miskin semuanya habis menghilang
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 12:17 PM | Show all posts
gambar-gambar terbaru mengenai perkembangan terkini GLOBAL IKHWAN.

MAJALAH ASOIB




BAS 2 tingkat  GISB





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2008 11:57 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 12-5-2008 08:15 PM


Doakanlah sesama kita agar berada di jalan yg lurus.... di beri inayahNYA..


Sesama kita? InsyaAllah . Amin Ya Rabbal Allamin . :handshake: :victory: :bg:
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 05:48 AM | Show all posts
Ku doakan semoga perjuangan Ikhwan berjaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2008 03:53 PM | Show all posts
AKU INGIN BELAJAR DENGAN DIRIKU SENDIRI   

Tuhan, aku ingin belajar dengan diriku sendiri,
Ajarkanlah aku agar aku dapat ilmu dari kejadianku ini,
Aku kaji diri lahirku, aku renung diri batinku,
Aku nilai akal fikiranku, kekuatannya, bagaimana ia mendapatkan ilmu,bagaimana ia memproses ilmu,
Cara mana dia menyimpan ilmu dan maklumat yang didapati dan bagaimana ia mengeluarkan ilmu dan maklumat itu,
Waktu bila ia terangsang menerima ilmu dan maklumat dari yang dilihat,didengar, disentuh dan dirasa,
Ketika bila pula ia terangsang mengeluarkan ilmu dan maklumat yang tersimpan itu,
Kemudian aku belajar perjalanan nafsu dan peranannya,kehendak-kehendaknya bila ia merangsang, akibatnya, baik buruknya dankesannya,
Aku kaji juga hatiku atau jiwaku, perasaan yang mendatang silih berganti selalu peranannya dan kesannya,
Aku kaji jasad lahirku, keadaannya, peranannya, waktu sakit, waktu sihat,
Tuhanku rupanya setiap kejadian yang berlaku pada diriku lahir dan batin, ada hikmah yang tersembunyi,
Segala-galanya yang terjadi adalah didikan bagiku,
Samada yang berlaku itu nampaknya positif mahupun negatif,
ada rahsia yang tersirat ia sungguh seni,
Aku nilai dengan basirahku secara halus dan teliti semuanya baik bagiku,
Lantas aku faham dan mengerti mengapa Engkau lakukan kepadaku,
Adakalanya aku senang, adakalanya aku susah,
Ada ketikanya aku sihat ada waktunya aku sakit,
Adakalanya badanku letih ada waktu badanku gagah dan cergas,
Aku kaji perjalanan hatiku selalu, perasaannya silih berganti,
Ada masa aku miskin ada masa tiba-tiba aku kaya,
Dan berbagai-bagai lagi keadaan yang berlaku pada silih berganti terutama perasaan hati,
Adakalanya aku sedih adakalanya aku gembira,
Adakalanya aku benci adakalanya aku suka,
Adakalanya hatiku resah gelisah, adakalanya hatiku tenang dan senang,
Adakalanya hatiku rasa marah adakalanya hatiku rasa lapang dada,
Adakalanya hatiku rasa jijik, adakalanya hatiku rasa biasa sahaja,
Adakalanya hatiku pilu adakalanya hatiku riang dan ceria,
Adakalanya hatiku rasa malu adakalanya biasa sahaja,
Adakalanya aku rasa takut ada ketikanya aku rasa berani,
Adakalanya hatiku rasa curiga adakalanya hatiku rasa percaya,
Di sini sungguh banyak ilmu yang aku dapat, di sini sungguh banyak rahsia diriku dari-Mu yang aku gali,
Rupanya sifat yang sering berubah pada diriku itu menyedarkan aku,bahawa aku adalah hamba-Mu,
Kerana sifat hamba atau makhluk adalah berubah-ubah selalu,
Di sini aku faham lagi bahawa sifat hamba itu tidak sempurna sentiasa baru,

Rupanya aku hamba-Mu menerima ketentuan dari-Mu,
Sungguh Engkau Maha Pentadbir termasuk diriku,
Aku faham lagi bahawa aku lemah, hamba memanglah lemah, agar aku selalu bergantung dengan-Mu,
Dan seterusnya aku faham apa yang berlaku kepada diriku bukan kehendak aku,
Rupanya segala-galanya yang berlaku pada diriku adalah kehendak-Mu,
Di sini menunjukkan kelemahanku lagi bahawa sedikit pun aku tidak adakuasa pada diriku walaupun sebesar habuk atau sebesar debu,
Kuasa-Mulah sepenuhnya yang berlaku pada diriku tidak campurtangan sedikit dariku,
Kehendak-kehendak-Mulah yang terjadi ke atas diriku,
Menjadikan aku takut kepada-Mu, rupanya takut aku itu kepada-Mu itulah yang Engkau mahu,
Aku renung lagi kejadian yang berlaku kepada diriku apakah rahsianya kejadian itu,
Rupanya di waktu susah dan berlaku bala, agar aku sabar supaya aku dapat pahala sabar,
Di masa-masa yang lain aku senang, sihat, kaya, agar aku bersyukur supaya aku dapat pahala syukur,
Itulah yang Engkau mahu dariku,
Supaya aku dapat kekalkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan,
Hikmah yang lain aku dapat faham supaya aku tidak sombong, tidak riyak, tidak megah, tidak bakhil, tidak tamak,
Sifat-sifat itu adalah Engkau benci,
Aku faham agar aku tidak di dalam kemurkaan-Mu,
Begitulah yang aku faham, terima kasih Tuhan, Engkau beri aku faham tentang diriku,
Setelah aku kaji, renung, analisa diriku lahir dan batinnya sungguh banyak ilmu yang aku dapat dari diriku ini,
Sungguh ajaib dan menghairankanku,
Di dalam diriku ada berbagai ilmu, bahkan lautan ilmu, ada ilmu hikmah,ada ilmu tauhid, ada ilmu syariat, ada ilmu tasawuf, ada ilmu akhlak,
Ada ilmu yang tersurat, ada ilmu yang tersirat, ada ilmu falsafah, ada ilmu manusia, ada ilmu saikologi, ada ilmu biologi,
Ada benih baik, ada benih buruk, terpulang kepada kita yang mana kita hendak suburkan,
Patutlah Tuhan mengingatkan kita di dalam satu ayat Al Quran yang berbunyi:
揇i dalam diri kamu apakah kamu tidak menganalisanya.擺/font]
Hadis juga ada berkata:
揃arangsiapa mengenal dirinya nescaya dia mengenal Tuhannya.擺/font]
Ertinya kalau kita perhatikan tentang diri kita sendiri,
Kita akan mendapat berbagai-bagai ilmu, kita akan takut Tuhan,kita akancinta kepada-Nya, kita akan sentiasa rasa bertuhan, kita akan rasakehambaan,
Kita akan mendapat sifat taqwa,
Sifat taqwa adalah bekalan kita ke Akhirat,
Itulah dia keselamatan kita dunia Akhirat,
Rupanya di dalam diri kita penuh dengan lautan ilmu kalau kita perhatikan,
Maha Suci Engkau Tuhan, Maha Besar Engkau, sungguh berkuasa Engkau.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 04:22 PM | Show all posts
Global ikhwan dengan rufaqa sama dak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.183677 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list