|
Yupp...memang spesis keding...tp kalo ditanam kat tanam dlm jumlah yg besar...sgt cantik. I jatuh cinta kat orkid ni masa ke Hutan Bandar, JB...dorg tanam kat entrance taman orkid kebetulan masa tu tgh lebat berbunga... cantik sgt! |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulilah..setelah setahun menunggu.....semlm belek2 orkid saya...ada yg nak mengeluarkan bunga... :D |
|
|
|
|
|
|
|
Seronoknya, sambil berbasikal dapat cabut pokok ni.
Semasa menuju ke Fraser Hill banyak nampak orkid ni tapi tak berani nak ambik sebab nampak gaungnya dalam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ratu orkid tarikan Taman Negara Kinabalu
Ratu orkid tarikan Taman Negara Kinabalu
Oleh Amirullah Andi Nur
DI SEBALIK keindahan semula jadi Taman Negara Kinabalu di kaki Gunung Kinabalu - puncak tertinggi Asia Tenggara, terkandung pelbagai kekayaan bio yang hampir pasti tidak dimiliki tempat lain di dunia.
ORKID Paphiopedilum
Rothschildianum yang
sedang berkembang
di Taman Negara Kinabalu.
Antara tarikan utama ialah spesies orkid yang hanya tumbuh di persekitaran Gunung Kinabalu, iaitu `Paphiopedilum Rothschildianum. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Baru2 ni ada juga orkid Hami yang berbunga. Ni je yang sempat Hami rakamkan:
Orkid Vanda
Orkid "Golden Shower"
"Golden Shower" juga tapi berlainan specis. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Makmal kultur biak orkid
Oleh Suzianah Jiffar
TEKNOLOGI BARU: Makmal kultur tisu orkid di Poring.
Taman-Taman Sabah menerusi Unit Botani usaha tambah spesies tempatan elak fauna indah pupus
RANAU: Keindahan pelbagai spesies orkid di Sabah bukan saja menyegarkan mata memandang tetapi antara tarikan utama pengunjung ke negeri di bawah bayu, terutama di Taman Kinabalu.
Malah, orkid antara spesies yang tumbuh melata di hutan negeri ini. Taman Kinabalu dianggar mempunyai 1,000 hingga 1,200 spesies orkid atau kira-kira lima peratus daripada jumlah orkid di seluruh dunia.
Bagaimanapun jumlah itu dikhuatiri berkurangan disebabkan beberapa faktor seperti kemarau, kebakaran hutan, penerokaan hutan untuk pertanian dan pengutipan orkid secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Justeru, bagi memastikan spesies orkid tempatan di negeri ini terus terpulihara, Taman-Taman Sabah menerusi Unit Botani mewujudkan Makmal Kultur Tisu Poring dan Pusat Pemuliharaan Orkid di Stesen Mata Air Panas Poring bagi menjalankan usaha pemuliharaan orkid.
TANDA: Balang yang mengandungi biji benih
orkid perlu dilabel.
Dua pusat itu berfungsi memulihara pelbagai orkid, terutama spesies yang dikategorikan endemik, jarang ditemui, terancam dan pupus.
Penolong Pegawai Penyelidikan Unit Botani, Matsain Mohd Buang, berkata antara objektif dua pusat itu menjalankan usaha pemuliharaan orkid tempatan menerusi pembiakan secara mikropropagasi seperti mengkultur biji benih dan tisu orkid.
Katanya, ia memberi tumpuan spesies orkid yang terancam di habitat sendiri, selain memberi ruang pendidikan dan pembelajaran kepada pelajar sekolah sama ada peringkat rendah, menengah dan universiti.
"Sebagai contoh, aktiviti di Makmal Kultur Tisu terbahagi kepada beberapa fasa. Bagaimanapun, ketika ini hanya dua fasa aktiviti dilaksanakan di makmal iaitu fasa pertama tertumpu kepada pembiakan orkid melalui kultur biji benih.
"Penekanan diberikan kepada spesies orkid yang dikategorikan endemik, terancam dan pupus terutama Paphiopedilum, Phalaenopsis, Dimorphorchis dan Renanthera.
"Pada peringkat ini, usaha memperbanyakkan bilangan orkid dilakukan agar mudah mendapatkan bekalan tisu orkid pada masa akan datang dan kini, aktiviti di makmal sudah memasuki fasa kedua iaitu melaksanakan pembiakan orkid menerusi kultur tisu," katanya.
Matsain berkata, setakat ini 15 spesies orkid berjaya dikultur melalui biji benih di makmal menggunakan media tumbesaran kultur yang diubah suai.
Katanya, akiviti kultur yang dijalankan di makmal hanya ketika ini memberi tumpuan terhadap beberapa spesies orkid yang dikategorikan sebagai endemik, jarang ditemui, terancam dan pupus.
"Antaranya, Paphiopedillum rotschildianum (endemik Kota Kinabalu), Dimorphorchis lowii (endemik Borneo), Dimorphorchis rosii (endemik Sabah), Paphiopedillum philipinense (sukar ditemui di Sabah) dan Spongiola lohokii (hampir pupus)," katanya.
Tinjauan Berita Harian di Makmal Kultur Tisu mendapati beberapa proses perlu dilakukan dalam aktiviti kultur biji benih orkid oleh kakitangan di makmal itu.
Berita Harian sempat menyaksikan sendiri proses pengkulturan biji benih orkid di makmal itu. Pertama, benih orkid dibersihkan dan kemudian dilap dengan etanol.
Ia kemudian dibelah dan biji benihnya dimasukkan dalam balang mengandungi media nutrien. Balang itu ditutup dengan kertas aluminium sebelum dilabel dan disimpan dalam makmal.
Proses pertumbuhan biji benih orkid mengambil masa lebih dua tahun, selain bergantung kepada media nutrisen yang digunakan.
Mengenai rancangan masa depan Makmal Kultur Tisu Orkid, beliau berkata, bagi memastikan masalah kekurangan orkid dapat diatasi, Taman-Taman Sabah melaksanakan beberapa strategi pemuliharaan termasuk penanaman semula anak orkid di hutan.
"Anak orkid yang dihasilkan melalui mikropropagasi turut dikomersialkan agar aktiviti pengutipan orkid secara haram dari habitat asalnya dapat dikurangkan," katanya.
Sementara itu, Matsain berkata Pusat Pemuliharaan Orkid pula sudah mengumpul kira-kira 5,000 orkid yang merangkumi 78 genera dengan 680 spesies.
"Dianggarkan sebanyak 90 peratus daripada orkid yang ditanam adalah orkid liar yang tumbuh di kawasan tanah rendah manakala pengutipan dilakukan di semua kawasan di negeri ini," katanya.
FAKTA NOMBOR
Makmal Kultur Tisu Orkid
4 - Bilangan kakitangan
15 - Spesies orkid dikultur melalui biji benih
2.4 hektar - Keluasan pusat pemuliharaan orkid
5,000 - Pokok orkid
680 - Spesies orkid |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak kalau i potong anak orkid kat celah tu...pastu tanam tmpt lain? bleh idup tak?? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pendapat weda.....(nak jawab pertanyaan nazurah)
anak orkid tu boleh dipindahkan ke tempat lain asalkan ianya dah ader keluar akar supaya lehlah dia idup secara berdikari. Klu masih x kuar akar tu....weda x taulah. |
|
|
|
|
|
|
|
akar dia kat celah tu weda...
takpe...tunggu dia beso skit...lg byk akar..lagi bagus ekk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hamizao at 18-9-2006 04:43 PM
Ocinidium Hamipun ada yang tenggah berbunga:
Biasanya dipanggil Golden Showe ...
Assalamualaikum...
Nak mintak khidmat nasihat Hami la... camne nak buat kalau daun dia dah mula kuning2... saya baru je beli anak2 orkid dari MAHA... dah letak lam pasu kecik2 tu, boh la sket arang, pecahan bata merah & sket rumpai kering (beli kat kedai MAHA tu jugak atas nasihat penjual tu yang kata rumpai tu bagus letak celah2 arang), peh tu saya siram sket. Mula2 saya terus letak baja daun (jenis biji2 tu, saya tak tabur lam pasu tapi boh lam ketas kecik yang dah dilipat cam kacang putih tu, saya selitkan tepi pasu, kuantiti baja tu lebih kurang 1/4 sudu kecik) tapi atas nasihat mak metua, dia kata toksah boh baja dulu, let pokok tu idup dlm seminggu dua dulu, dah nampak akar dia mantap baru boleh boh baja. So, esoknya saya dah kluarkan balik baja2 tu sema. Ni dah 2, 3 ari ni tengok ujung2 daun tu dah mula kuning, risau la takut pokok2 tu tak menjadik. Pagi semalam saya buangkan pula rumpai2 tu sema sebab tengok rumpai2 tu lembab, takut akar orkid tu busuk la kan. Padahal saya cuma siram sekali sehari je, waktu pagi nak gi keje... tu pun shower sket2 je. Ndak plak skarang ni musim ujan je kan... cuaca lembab. Saya letak pasu2 ni pun kat tempat teduh. Harap Hami boleh bagi panduan & nasihat. Terima kasih daun keladi...! |
|
|
|
|
|
|
|
setelah sekian lama orkid golden shower saya tak berbunga, akhirnya keluar jugak . sekali 2 tangkai plak tu.
itupun lepas saya alihkan ke tempat yg dapat matahari sekali sekala.
tak sabar nak tgk dia kembang.
seronoknya...:pompom::pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nazurah at 10-11-2006 05:27 PM
akar dia kat celah tu weda...
takpe...tunggu dia beso skit...lg byk akar..lagi bagus ekk..
nazurah..orkid saya pun ada kuar anak cenggitu....saya ingat nak letak sabut kat situ bg akar dia lekat kat sabut tuh.....ok ke tak arrr....tak penah pindah2 anak orkid ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Julia06 at 30-11-2006 03:43 PM
setelah sekian lama orkid golden shower saya tak berbunga, akhirnya keluar jugak . sekali 2 tangkai plak tu.
itupun lepas saya alihkan ke tempat yg dapat matahari sekali sekala.
tak sabar nak t ...
Haaa....dia memang perlukan cahaya matahari sikit. Tahniah...dan jangan lupa ambik gambar!:love: |
|
|
|
|
|
|
|
He hee inilah the only pokok orchid yang selalu berbunga di rumah kak iman. Yang lain tu lepas berbunga sekali dua terus diam.
[ Last edited by niceghost2005 at 4-12-2006 11:44 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam kawan2..
seronok btol jumpa topik nie...actually yg minat sgt orkid is abah.sejak pencen ni bukan main lagi dia dgn orkid...setakat ni blom ada rumah orkid lagi, so dia gantung bunga2 orkid ni bawh pokok rambutan yg rendang kat tepi rumah...cantik plak nampak... pastu ada gak yg diletak atas tanah bwh pokok rambutan tu...nanti lah one day rasa nak post jugak gambo bunga2 orkid yg dia ada...tp x ler berpuluh2 mcm korang punya collection...semenjak dua menjak ni saya pun terikut2 plak jadi suka sgt orkid....thanks pd tips from kawan2 sumer...rajin2 lah post gambar lagi ok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by waterlily8475 at 4-12-2006 12:34 PM
salam kawan2..
seronok btol jumpa topik nie...actually yg minat sgt orkid is abah.sejak pencen ni bukan main lagi dia dgn orkid...setakat ni blom ada rumah orkid lagi, so dia gantung bunga2 orkid ...
Ucapan Selamat berforum di berikan.
[ Last edited by niceghost2005 at 5-12-2006 10:38 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|