CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: okkut

Artis Rock Popular kena tahan kes dadah (Ahmad Kamarudin.. tp x kenal pon)

[Copy link]
Post time 4-11-2008 12:05 PM | Show all posts
kat dlm bh hari ni kah keluar gitaris jinbara bernama Ahmad Kamarudin, 41 ditangkap kerana positif dadah. gambar xde. berita pun kecik je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2008 12:33 PM | Show all posts
Gitaris Jinbara didakwa
Sumber : Berita Harian

ALOR STAR : Pemain gitar kumpulan rock Jinbara, Ahmad Kamarudin, 40 , yang ditahan selepas air kencingnya positif dadah di Bukit Kayu Hitam, kelmarin didakwa di Mahkamah Majistret Jitra di sini semalam.
   Majistret Mohd Khusairi Ibrahim membenarkan Ahmad dibebas dengan jaminan RM 1,000, beserta seorang penjamin, sementara menunggu sebutan semula kes itu pada 6 Januari depan.
   Dia dituduh mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mengaku tidak bersalah.
   Sabit kesalahan, dia boleh didenda maksimum RM 5,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
   Ahmad ditahan dalam 'Opd Deepa' Siri 2 kira-kira jam 11.00 pagi kelmarin oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Kedah selepas ujianair kencingnya didapati positif dadah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 12:58 PM | Show all posts
Dalam paper dah kata gitaris JINBARA, so dia nie masih ahli JINBARA lah...
X timbul EX-JINBARA...
So, nama JINBARA dah kena black-list!
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 01:37 PM | Show all posts
SAPE ADA GABAR TOLONG TEPEK..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 02:24 PM | Show all posts
bukan le nak mempertikaikan samada dia tu masih ke mantan ahli jinbara, sedekad dulu kes camni pernah berlaku yang sorang merogol nama zainorin ke apa tuh .. media dok tulih dia tu vox crossfire padahal burn (gitaris crossfire) cakap yang zainorin tu setakat pernah jamming sekali ke gitu je ngan crossfire bukannye full time vox. so, ade kemungkinan kes ni pun same gak kaedahnye .. just pandangan 2 kupang aku laaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 02:28 PM | Show all posts
hmmmmm.. xde sini suku sakat jinbara ke?? kompom kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2008 02:29 PM | Show all posts
Originally posted by schumacher at 3-11-2008 04:24 PM
aku baru tepon member kat mahkamah majistret jitra.,.. nama budak tuh Ahmad bin Kamarul dari kumpulan Jinbara....


infor ko betul dah...

cuma tgh dok teka

budak Jin nih yang mana satu




Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 02:32 PM | Show all posts
1 - jin mata buta
2 - jin pakai toncit
3 - huruf m
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2008 02:32 PM | Show all posts

Reply #267 Syd's post

syd.. berdasarkan pic yg aku tepek kt pg belakang.. aku rase jin ujun kanan+kiri bukan.. sbb jin yg ni mcm rendah.. jin yg ber2 tu mcm tinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 02:36 PM | Show all posts
1st time ni dok main teka2 kt bod ni.. sbb nama joe wings terbabit same, xleh jadi...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 02:40 PM | Show all posts
ke reporter sound x baper kuat kot .. worang LIPANBARA cakap JINBARA .. ampunnnnnnnn .. cabotttttt, jgn la fcuk aku woiiiii!
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 03:40 PM | Show all posts
Kepada sesiapa yang suggest nama-nama yang lain, minta maaf cepat.... Aku ada syak budak kumpulan Jin ni tapi tak berani nak tulis sebab takut berdosa lagi pun tak kenal sangat dia orang ni.  Cuma agak-agak je.  Tapi kesian le kat Kid Search sebab ada yang tuduh dia, sedangkan aku pernah baca dalam paper, dia sekarang dok berusaha dan berkerja keras nak berniaga kopitiam kat Bangi tu.  Kid... semoga kamu berjaya... semoga masa depan kamu akan selalu bahagia dalam semua segi...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 04:00 PM | Show all posts
pasal din mayat tu jangan salah tafsir, bukannye aku nak menuduh tapi semata2 kerisauan aku bile kuar berita2 camni sebab track record silam dia. aku risau yang amat sangat sebab aku minat ya amat pada gabungan semula din mayat & john dalam SEARCH. punya la lama aku nunggu saat camni, harap diaorg berpanjangan sampai tua bangka macam MOTORHEAD tuh!! .. x de sapepun leh ganti tempat din mayat selaku gitaris irama yang paling terror dalam SEARCH
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 04:39 PM | Show all posts
Originally posted by Zalim at 4-11-2008 02:24 PM
bukan le nak mempertikaikan samada dia tu masih ke mantan ahli jinbara, sedekad dulu kes camni pernah berlaku yang sorang merogol nama zainorin ke apa tuh .. media dok tulih dia tu vox crossfire  ...


rasanya tuan Zalim xsalah teka... aku pg jumpa budak2 staff kt studio td... kebetulan diorg br selesai bbincang psl nk setup instrument utk show kt penang. Lalu terbitlah soalan psl kes nih... diorg ckp mamat tu just sessionist Jinbara je.. bukan ahli tetap. Tp memandangkan Jinbara la satu-satunya band yg dia penah main, so... lekat la kot nama dia dgn Jinbara. Lgpon mamat ni sekampung dgn budak2 Jinbara tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 04:51 PM | Show all posts
tu ahhh, kalau nengok nama surat beranak latest line up jinbara tu x de pon yang nama cam yang kene tuduh tu, tu je isunye .. so mesti worang lain tapi ade gak kaitan dengan jinbara tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 05:51 PM | Show all posts
yehhhh... apa yg aku bagi tau kena lah... cuma bapak die punya nama yg aku silap... aku bg tau kamarul... tapi kamarudin...

posting aku #169...

[ Last edited by  schumacher at 4-11-2008 05:52 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2008 03:42 AM | Show all posts
aku tak kenal langsung sapa ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 09:17 AM | Show all posts
Berita Minggu 9th Nov 2008

Oleh Suzan Ahmad

GARA-GARA kesilapan teknikal daripada satu laporan media mengaitkan nama kumpulan mereka dengan satu tangkapan berkaitan kes penyalahgunaan dadah, kumpulan Jinbara mengakui imej mereka tercalar dan terpaksa menerima hakikat ia bukan disengajakan oleh akhbar terbabit.

Ketua kumpulan itu, Muhammad Jeffry Johari, atau Cepot ketika dihubungi B*Pop berkata, anggota kumpulan itu harus tenang menerima pelbagai pertanyaan dan tidak terkecuali sindiran sinis daripada pelbagai pihak sejak laporan itu terpampang dalam dada akhbar.

“Saya sebenarnya malas hendak panjangkan perkara yang tidak benar dan hakikatnya kes tangkapan itu tidak langsung ada kena mengena dengan anggota kumpulan kami. Soal perlu memberikan penjelasan di sini tidak timbul, untuk apa harus kami tampil dengan penjelasan atas perkara yang tidak kami lakukan. Pihak yang seharusnya tampil dengan penjelasan ialah akhbar yang melaporkan berita berkenaan,” katanya mengakui sudah melihat pembetulan atau ralat yang disiarkan akhbar itu, Rabu lalu.

Kumpulan yang setakat ini tidak pernah dikaitkan dengan sebarang kontroversi mengakui ia sedikit sebanyak mungkin menjejaskan periuk nasi mereka.

“Saya sedia memaafkan, lagipun kami tidak pernah lupa jasa dan bantuan media selama Jinbara bertapak sebagai kumpulan kampung yang tidak dikenali sehinggalah ia mampu berada di pentas final Anugerah Juara Lagu ke-22 tahun lalu,” tambah Cepot lagi yang sedia menelan segala kepahitan semata-mata untuk membangunkan seni muzik tanah air.

Sementara itu, Shamsul Bakhtiar Zakaria, (Tia) selaku vokalis mengakui agak kesal dan kecewa dengan kecuaian laporan berkenaan.

“Ia seolah-olah satu tamparan kepada kami kerana jenama Jinbara tidak hanya terhad dalam bidang seni saja, malah ia termasuk termasuk perusahaan chalet, ternakan, pertanian dan juga makanan. Kami terima permohonan maaf akhbar berkenaan kerana tidak mahu panjangkan perkara ini,” katanya yang berharap kesilapan ini tidak berulang dan seluruh rakyat di negara ini jelas dengan imej bersih yang ditampilkan Jinbara, malah berjaya cuba dipertahankan dari dulu hingga kini.

Selain Cepot dan Tia, Jinbara turut dianggotai Abdul Halim Hassan atau Anjang (gitar utama), Mohd Nizam Mohd Nor atau Akin (bass) dan Shahrin Sabudin atau Ah Tan (dram).
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 09:57 AM | Show all posts
abis terpalit malu kat org lain plak
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 03:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.079082 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list