CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abuzar

Golongan anti hadis = sesat

[Copy link]
Post time 22-11-2010 07:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by pendakwa at 22-11-2010 19:46

Sebagai renungan bersama.

Mereka yang biasa dengan bahasa al-Quran dan membaca al-Quran Arab yang asal, sudah pasti tahu dengan tata cara penulisan al-Quran pada pertukaran diantara orang pertama, kedua dan ketiga. Terdapat banyak ayat di dalam al-Quran; Allah terus sahaja menukarkan terhadap yang diperkatakan, dan dengan begitu, biasanya tidak mudah untuk menentukan siapa yang diperkatakan, apabila nama mereka yang diperkatakan tidak disebutkan. Itulah makanya nabi telah mengarahkan kita untuk merujuk kepada Ahlul-Bayt [as] untuk penghuraian ayat-ayat al-Quran, oleh kerana mereka `mempunyai pengetahuan yang mendalam’ [3:7] dan adalah juga `Orang yang Mengetahui’ [16:43; 21:7] dan mereka adalah orang yang telah disucikan, yang telah memahami pengertian maksud al-Quran [56:79]
Telah dikatakan bahawa Imam Jafar al-Sadiq [as] sebagai berkata:
Ia telah diwahyukan mengenai seorang dari kaum Umayyah, dia berada bersama nabi [sawa], kemudian Ibn Umm-Maktoom datang, apabila dia melihat beliau, dia mengejinya; menjauhkan diri, mengerutkan muka (bermuka masam) dan berpaling darinya. Maka Allah telah mengatakan, apa yang tidak disukaiNya dari tindakkan Umayyah itu.

Di dalam Tafsir Sayyid Shubbar, telah dikatakan dari al-Qummi bahawa:
Ayat itu telah diwahyukan mengenai Uthman dan Ibn Umm-Maktoom, dan dia seorang buta. Dia datang kepada Pesuruh Allah [sawa], sedang baginda bersama sekumpulan para sahabat, dan Uthman ada bersama. Rasul memperkenalkan beliau kepada Uthman, dan Uthman berkerut muka dan berpaling. Allah yang maha berkuasa berfirman di dalam al-Quran mengenai Muhammad bahawa:

`Tidak dia berkata-kata dari kehendaknya. Itu adalah wahyu yang telah disampaikan.’ [53:3-4]
Jadi bagaimana nabi [sawa] boleh mengatakan sesuatu yang menghinakan jika segala perkataannya adalah wahyu atau ilham dari Allah? !!!! Nabi TIDAK PERNAH berkata-kata dari kehendaknya. Yang menariknya adalah, ulama –ulama yg kurang selidik mengesahkan bahawa Surah Abasa [80] telah diwahyukan SELEPAS surah al-Najm [53] dimana ianya telah mengatakan bahwa nabi TIDAK PERNAH berkata-kata dari kehendaknya.

Seandainya masih ada lagi tanggapan bahawa ayat itu ditujukan kepada Nabi [sawa] – sila perhatikan di dalam ayat yang diwahyukan di mana Allah berfirman:
80:7 Padahal tidak ada (celaan) ke atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman).
Maka perkataan diatas `tidak ada (celaan)’ bererti bahawa apa yang nabi lakukan bukanlah satu kesalahan.
Juga apabila Allah berfirman: Menyampaikan kepada mereka, tidaklah perlu JIKA pembesar Quraish itu tidak mahu mensucikan diri. Pada mulanya Nabi [sawa] tidak tahu bahawa ketua kaum Quraish akan mengerutkan muka pada si Buta, dengan itu, syarat `jika’ belum dilaksanakan, dari itu nabi perlulah menyampaikan peringatan sebelum peristiwa mengerutkan muka itu berlaku [kerana nabi sedang berucap dengan Quraish apabila si buta sampai]. Dan sebaik sahaja pembesar Quraish mengerutkan muka, nabi berhenti dari menyampaikan peringatan, dan ayat itu diwahyukan. Sebagaimana yang kita boleh lihat, apa yang nabi [sawa] lakukan adalah melaksanakan tanggong jawabnya saat demi saat.

Peringatan itu adalah untuk masa hadapan, sebagaimana dengan ayat al-Quran yang lain dimana Allah mengingatkan rasulNya bahawa tidaklah perlu bersusah yang amat sangat di dalam memberikan petunjuk kepada manusia, oleh kerana sebahagian dari mereka tidak akan dapat petunjuk, dan rasul tidaklah perlu bersusah hati mengenainya.

Sebagai rumusannya, kami telah berikan keterangan dari al-Quran, Hadith, Sejarah dan Nahu Arab, untuk menyokong fakta bahawa pada permulaan ayat dari surah tersebut TIDAKLAH merujuk kepada nabi Muhammad [sawa] dan orang yang mengerutkan muka pada si buta bukanlah nabi [sawa]. Kami juga menyatakan bahawa ayat 80:5-11 adalah peringatan untuk waktu yang akan datang kepada nabi Muhammad bahawa menyampaikan kepada mereka yang kafir tidak akan berhasil, jika yang kafir tidak mahu mensucikan dirinya dan apabila sikafir menghina mereka yang beriman kerana tidak punya harta dan kurang kesihatan [cacat].
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2010 09:57 PM | Show all posts
salam,

Itu hanya alasan kamu sahaja. Tidak dinyatakan dalam Al-Quran Nabi membuat maksiat/perintah kepada yang tidak mak'ruf. Tunjukkan bukti Nabi melakukan kesalahan yang sengaja/maksiat?


Sy tidak kata pun dalam Quran Nabi ada buat MAKSIAT/PERINTAH KEPADA YG TIDAK MA’ARUF. Apa yg sy katakan  (1) Nabi sebagai manusia biasa ada melakukan KESALAHAN/DOSA. (2) Ketaatan kepada Nabi TERHAD kepada yg ma’aruf sahaja. Tolong faham betul2 apa yg sy jelaskan.
Sy sangat pasti sy tidak ada mengakatakan yg Nabi ada buat MAKSIAT dan sy juga pasti sy tidak kata yg Nabi PERINTAH KEPADA YG TIDAK MA’ARUF. Sila tunjukkan tread sy yg ada sy mengatakan demikian.

Saya beriman dengan Nabi sebagai seorang Rasul dan juga manusia biasa, yang makan minum tidur macam orang lain juga. Nabi itu maksum bukan bermakna Nabi itu seperti malaikat dalam semua hal, tetapi istilah maksum itu terpelihara dari dosa, dan jika ada kesalahan yang kegelinciran yang tidak disengajakan itu TIDAK menjadikan martabat Nabi itu sebagai PELAKU MAKSIAT seperti manusia lain. Nabi itu berakhlak agung (Al-Quran).


Ada sy  kata Nabi PELAKU MAKSIAT??
Sy hanya kata yg Nabi sebagai manusia biasa ada melakukan kesalahan/dosa.

Sy diingatkan olih Quran:-
Q48:2 Supaya Allah mengampuni dosamu yang telah lalu dan yang kemudian, dan (supaya) menyempurnakan nikmatNya kepada mu, dan menunjuki mu kejalan yang lurus,

Kenapa kamu tidak mahu mempertikaikan ayat Allah diatas?? Apakah Tuhan tidak tahu yg Nabi TIDAK SENGAJA?? Kalau TIDAK DISENGAJAKAN mengapa Tuhan nak ampunkan dosa Nabi??
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 10:14 PM | Show all posts
salam Pendakwa,

Mereka yang biasa dengan bahasa al-Quran dan membaca al-Quran Arab yang asal, sudah pasti tahu dengan tata cara penulisan al-Quran pada pertukaran diantara orang pertama, kedua dan ketiga. Terdapat banyak ayat di dalam al-Quran; Allah terus sahaja menukarkan terhadap yang diperkatakan, dan dengan begitu, biasanya tidak mudah untuk menentukan siapa yang diperkatakan, apabila nama mereka yang diperkatakan tidak disebutkan.


Allah tidak menyebut nama mereka kerana ianya tidak mustahak bagi kita untok mengetahuinya.

Telah dikatakan bahawa Imam Jafar al-Sadiq [as] sebagai berkata:
Ia telah diwahyukan mengenai seorang dari kaum Umayyah, dia berada bersama nabi [sawa], kemudian Ibn Umm-Maktoom datang, apabila dia melihat beliau, dia mengejinya; menjauhkan diri, mengerutkan muka (bermuka masam) dan berpaling darinya. Maka Allah telah mengatakan, apa yang tidak disukaiNya dari tindakkan Umayyah itu.


Orang ini bukan orang Islam ketika itu jadi megerutkan muka dan berpaling dari orang miskin adalah budaya mereka. Jadi buat apa Tuhan nak menegurnya. Bukan kah KEKAFIRAN dia lebih teruk dari mengerutkan muka.

Di dalam Tafsir Sayyid Shubbar, telah dikatakan dari al-Qummi bahawa:
Ayat itu telah diwahyukan mengenai Uthman dan Ibn Umm-Maktoom, dan dia seorang buta. Dia datang kepada Pesuruh Allah [sawa], sedang baginda bersama sekumpulan para sahabat, dan Uthman ada bersama. Rasul memperkenalkan beliau kepada Uthman, dan Uthman berkerut muka dan berpaling.


Yg mana yg betul Umayyah ke Uthman??

Allah yang maha berkuasa berfirman di dalam al-Quran mengenai Muhammad bahawa:
`Tidak dia berkata-kata dari kehendaknya. Itu adalah wahyu yang telah disampaikan.’ [53:3-4]
Jadi bagaimana nabi [sawa] boleh mengatakan sesuatu yang menghinakan jika segala perkataannya adalah wahyu atau ilham dari Allah? !!!!


Bolih sy nak tahu dalam 24 jam/sehari dan 7 hari/seminggu adakah semua/tiap2 kata Nabi itu wahyu??

Seandainya masih ada lagi tanggapan bahawa ayat itu ditujukan kepada Nabi [sawa] – sila perhatikan di dalam ayat yang diwahyukan di mana Allah berfirman:
80:7 Padahal tidak ada (celaan) ke atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman).
Maka perkataan diatas `tidak ada (celaan)’ bererti bahawa apa yang nabi lakukan bukanlah satu kesalahan.


Tafsir Ibn Kathir:- Q80:7
“you are not responsible for him if he does not attain purification.”
Dengan kata lain Q80:7  bermakna bahawa Nabi tidak dipertanggung jawabkan sekiranya orang itu tidak memeluk Islam dan bukan kerana Nabi mengerutkan mukanya.

Sebagai rumusannya, kami telah berikan keterangan dari al-Quran, Hadith, Sejarah dan Nahu Arab, untuk menyokong fakta bahawa pada permulaan ayat dari surah tersebut TIDAKLAH merujuk kepada nabi Muhammad [sawa] dan orang yang mengerutkan muka pada si buta bukanlah nabi [sawa].


Mengikut kamu kalimah “DIA” didalam ayat Q80:1 merujuk kepada orang ketiga. Hanya dengan SATU kalimah ini saja kamu sudah bolih membuat rumusan bahawa orang yg mengerut muka itu bukan Nabi. Bagaiman dengan dengan LIMA ganti nama kedua didalam ayat Q80:1-11?? Ianya ditujukan  kepada siapa??

Ringkasan yg dibuat olih Ibn Kathir didalam tafsirnya:-
He (Ibn Umm Maktum) then began asking the Messenger of Allah about something, urgently beseeching him. The Prophet hoped that the man would be guided, so he asked Ibn Umm Maktum to wait for a moment so he could complete his conversation. He frowned in the face of Ibn Umm Maktum and turned away from him in order to face the other man. Thus, Allah revealed,

Prof. Dr.H. Mahmud Yunus didalam Tafsir Quran beliau:-
Sebab itu Nabi merasa benci kerana percakapannya diganggu olih orang tua buta itu, lalu ia bermuka masam dan berpaling dari padanya. Olih sebab itu turunlah ayat2 tersebut sebagai melarang Nabi berbuat demikian.

Ringkasan yg dibuat olih Sy. Maududi didalam tafsirnya:-
At that very point, a blind man, named Ibn Umm Maktum, approached him to seek explanation of some point concerning Islam. The Holy Prophet (upon whom be peace) disliked his interruption and ignored him. Thereupon Allah sent down this Surah

Ketiga2 pakar ini mengatakan ayat Q80:1-11 diturunkan bagi menegur kesialapan Nabi.

Mari kita kaji sebahagian dari ayat Q80:1-11
Q80:8 Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran),
“KEPADAMU” disini ditujukan kepada siapa?? Ini adalah ganti nama kedua semistinya ianya ditujukan kepada Nabi.

Q80:9 sedang ia takut kepada (Allah),

Q80:10  maka kamu mengabaikannya.
Disini juga digunakan ganti nama kedua, “KAMU”. Siapa yg mengabaikan orang buta?? Bukan kah “KAMU” disini juga merujuk kepada Nabi??
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 03:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 30-11-2010 16:08
Ada sy  kata Nabi PELAKU MAKSIAT??
Sy hanya kata yg Nabi sebagai manusia biasa ada melakukan kesalahan/dosa.

Sy diingatkan olih Quran:-
Q48:2 Supaya Allah mengampuni dosamu yang telah lalu dan yang kemudian, dan (supaya) menyempurnakan nikmatNya kepada mu, dan menunjuki mu kejalan yang lurus,

Kenapa kamu tidak mahu mempertikaikan ayat Allah diatas?? Apakah Tuhan tidak tahu yg Nabi TIDAK SENGAJA?? Kalau TIDAK DISENGAJAKAN mengapa Tuhan nak ampunkan dosa Nabi?
ramsys Post at 29-11-2010 21:57


Salam...

Melakukan DOSA itu adalah perbuatan MAKSIAT. Anda kata Nabi melakukan DOSA, bermakna anda kata Nabi melakukan maksiat kepada Allah. Na'uzubillah.

Ayat di atas itu sebagai penghormatan kepada Nabi, yang mana diampunkan dosa yang lalu dan yang telah datang menunjukkan kesucian Nabi Muhammad SAW dari dosa. ITU DARI ILMU ALLAH YANG MUTLAK, Yang Maha Mengetahui apa yang lalu dan apa yang akan datang. Ayat itu bukan bermakna untuk kita percaya Nabi itu sebagai orang yang membuat dosa. Sungguh SALAH kefahaman begitu.

Tidak diberitakan dosa yang macamana. Adakah dosa macam kebanyakan manusia lakukan? Dosa itu perbuatan yang sengaja melanggar perintah Allah. Kepada para Nabi yang juga menjalankan tugas sebagai Rasul, sedikit kesalahan atas diri mereka sendiri dengan tak sengaja sekalipun dikira sebagai kesilapan yang ditegur oleh Allah, walaupun bukan niat mereka untuk langgar perintah Allah. Dan kesalahan, kesilapan atau kegelinciran itu tidak menunjukkan mereka melakukan dosa/maksiat dengan sengaja untuk melanggar perintah Allah.

Bukan semua ayat Al-Quran boleh guna logik akal dalam menafsir. Ayat berkaitan misalan atau perumpamaan boleh guna akal untuk melihat bagaimana Allah Membuat Perumpamaan supaya kita berfikir.

TETAPI ayat berkaitan ILMU ALLAH yang MUTLAK dan SEMPURNA, cukup bahaya jika digunakan logik, ini contoh tambahan:

Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, sebaik-baik Pencipta. (Al-Mukminun, 14)

فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ أَحۡسَنُ ٱلۡخَـٰلِقِينَ


Adakah ayat yang digariskan di atas bermakna ada pencipta-pencipta lain selain dari Allah?

Tiada pencipta lain, HANYA ALLAH SAHAJA yang layak digelar Pencipta. Rujuk Surah As-Saaffat, 125; At-Tur, 35; Al-Waqi'ah, 59; Al-Hashr, 24.

Sebaik-baik Pencipta menunjukkan Kehebatan Allah dalam Penciptaan makhuk-makhlukNya, bukannya bermaksud ada pencipta-pencipta lain selain dari Allah

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 04:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 1-12-2010 12:59
`Tidak dia berkata-kata dari kehendaknya. Itu adalah wahyu yang telah disampaikan.’ [53:3-4]
Jadi bagaimana nabi [sawa] boleh mengatakan sesuatu yang menghinakan jika segala perkataannya adalah wahyu atau ilham dari Allah? !!!! Nabi TIDAK PERNAH berkata-kata dari kehendaknya. Yang menariknya adalah, ulama –ulama yg kurang selidik mengesahkan bahawa Surah Abasa [80] telah diwahyukan SELEPAS surah al-Najm [53] dimana ianya telah mengatakan bahwa nabi TIDAK PERNAH berkata-kata dari kehendaknya.
pendakwa Post at 22-11-2010 19:44


Salam utk sdr Pendakwa,

Walaupun saudara telah mengaku ASWJ, tetapi hujjah saudara banyak juga hujjah Syiah. Saya tidak mahu sentuh banyak pasal perbezaan Hujjah ASWJ dan Syiah, kerana masing-masing ada pegangan masing-masing.
   
Sebenarnya Ulama telah selidik, namun terpulang kepada pegangan masing-masing untuk terima atau tolak tafsiran ayat tersebut. Cuba lihat ayat ini pula:
Wahai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagimu, kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (At-Tahrim, 1)

Lihat, bagaimana Allah menegur Nabi, yang mana perbuatan Nabi itu perbuatannya sendiri untuk menyukakan salah seorang dari isterinya. Nabi bukan sengaja nak tukar hukum Allah. Tetapi Allah tegur.

Dalam Al-Quran adakalanya Nabi Muhammad disebut dengan Namanya, adakalanya kata ganti Nabi atau Rasul. Ketika Nabi berbuat sesuatu atas kapasiti dirinya sendiri, Allah sebut dengan gantinama Nabi. Perbuatan Nabi untuk diri sendiri memang disukai dan diredhai Allah, tetapi ada juga sedikit yang ditegur oleh Allah, sesuai dengan Nabi sebagai manusia berakhlak Agung. Ketika Nabi menyampaikan Risalah Islam, Allah sebut Nabi dengan gantinama Rasul. Nabi sebagai Rasul TIDAK AKAN UCAP MELAINKAN YANG DIWAHYUKAN sahaja, samada dalam bentuk Wahyu menerusi Jibril, atau Ilham terus dari Allah.

Dalam Surah 'Abasa itu, Nabi berdakwah kepada pembesar-pembesar Quraish (tafsir Ahlussunnah, bukan tafsir Syiah). Dakwah Nabi tentulah yang DIWAHYUKAN DARI ALLAH. Namun bila ada seorang yang buta datang, sifat Nabi sebagai manusia yang inginkan pembesar-pembesar itu tidak terganggu, maka timbul sedikit raut wajah masam. Inilah yang ditegur Allah, kerana Allah tahu perkara ghaib yang mana pembesar-pembesar itu sombong, tetapi orang buta itu datang dengan niat untuk membersihkan diri, sedangkan Nabi tidak mengetahui perkara ghaib tersebut. Nabi pada ketika itu berdakwah dan berusaha untuk memenangi hati para pembesar itu. Dakwah Nabi itu adalah menyampaikan risalah, yang merupakan yang diperintahkan Allah jua, namun Allah tegur sebagai untuk menyempurkan akhlak peribadi Nabi.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 04:17 PM | Show all posts
salam,

Melakukan DOSA itu adalah perbuatan MAKSIAT. Anda kata Nabi melakukan DOSA, bermakna anda kata Nabi melakukan maksiat kepada Allah. Na'uzubillah.

Itu adalah tafsiran kamu. Sy tak sanggup dan tak berani nak kata Nabi pelaku MAKSIAT. Sy ikut apa yg ada didalam Quran. Itu yg Tuhan ajar, ia itu Nabi melakukan DOSA.

Q48:2 Supaya Allah mengampuni dosamu yang telah lalu dan yang kemudian, dan (supaya) menyempurnakan nikmatNya kepada mu, dan menunjuki mu kejalan yang lurus,

Ayat di atas itu sebagai penghormatan kepada Nabi, yang mana diampunkan dosa yang lalu dan yang telah datang menunjukkan kesucian Nabi Muhammad SAW dari dosa.

Kesucian itu berlaku setelah  dihapuskan dosa2  Nabi yg lepas dan yg akan datang melalui pengampunan dari Allah.  Jika Nabi tidak melakukan dosa kenapa perlu diampunkan?? Jadi mesti melakukan terdahulu baru diampunkan. Kalau tak buat dosa tak perlu diampun. Nak ampun buat apa kalau dah tak ada dosa?

Ayat itu bukan bermakna untuk kita percaya Nabi itu sebagai orang yang membuat dosa. Sungguh SALAH kefahaman begitu.

Sekiranya ayat Quran itu tidak bolih kita percaya apa yg bolih kita percaya?? Apakah kerana ketaksuban kamu  maka kamu  sanggup mengatakan ayat Quran itu tidak bolih kita percayai?? Sekiranya Nabi  tidak berbuat DOSA kenapa Tuhan menurunkan ayat tersebut?? Adakah Tuhan yg MAHA MENGETAHUI tidak tahu Nabi tidak berbuat DOSA?? Apakah Tuhan yg MAHA ADIL  tidak berlaku adil kepada Nabi dengan menurunkan ayat Q48:2 itu??

Tidak diberitakan dosa yang macamana. Adakah dosa macam kebanyakan manusia lakukan?

Q18:110 "Katakanlah: ""Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu,…””
Pada ayat ini Tuhan menyuruh Nabi menegaskan bahawa dia adalah seorang manusia seperti “KAMU”, seperti kita semua. Bezanya diwahyukan Quran padanya.

Sebagai seorang manusia biasa, Nabi memerlukan apa yg kita perlu. Melakukan apa yg kita lakukan termasuk membuat kesalahan dan dosa (Q48:2).

Sebagai seorang manusia biasa, Nabi terasa marah bila percakapannya diganggu olih seorang tua yg buta (Q80:1-11).

Sebagai seorang manusia biasa, Nabi takut kepada manusia, sepatutnya dia takut kepada Allah:-
Q33:37  "………, dan engkau takut kepada manusia, pada hal Allah-lah yang lebih patut engkau takuti……….."

Sebagai seorang manusia biasa, Nabi, sanggup melakukan apa saja untok mengembirakan isteri2nya termasuk mengharamkan sesuatu yg dihalalkan olih Allah baginya.
Q66:1  "Hai Nabi, mengapakah engkau haramkan sesuatu yang dihalalkan Allah bagimu; kerana menuntut keredhan isteri-isterimu? ……….."

Dosa itu perbuatan yang sengaja melanggar perintah Allah. Kepada para Nabi yang juga menjalankan tugas sebagai Rasul, sedikit kesalahan atas diri mereka sendiri dengan tak sengaja sekalipun dikira sebagai kesilapan yang ditegur oleh Allah, walaupun bukan niat mereka untuk langgar perintah Allah. Dan kesalahan, kesilapan atau kegelinciran itu tidak menunjukkan mereka melakukan dosa/maksiat dengan sengaja untuk melanggar perintah Allah.

Tunjukkan bukti/nas dari Quran.

Bukan semua ayat Al-Quran boleh guna logik akal dalam menafsir. Ayat berkaitan misalan atau perumpamaan boleh guna akal untuk melihat bagaimana Allah Membuat Perumpamaan supaya kita berfikir.

Kamu buat macam Quran ini susah untok kita faham. Tak kan Tuhan yg MAHA MENGETAHUI yg menurunkan Quran ini sebagai PETUNJUK kepada manusia tidak tahu tahap pemikiran hamba2nya? Apakah tujuan Allah memberi Quran jika kita sendiri tidak tahu maksud  ayat2nya?

Mari kita lihat apa kata Allah mengenai ayat2 didalam Qurannya:-
Q3:7 (Prof. Dr. H. Mahmud Yunus) "Dia yang menurunkan Kitab (Al Qur'an) kepada engkau, di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat (terang maksudnya), sekaliannya itu ibu Kitab, dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat (kurang terang maksudnya). Adapun orang-orang yang miring  hatinya (suka kepada yg batil), maka diikutinya apa2 yang mutasyabihat, kerana  menghendaki fitnah dan mencari-cari takwilnya (maksudnya) dan tak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah; dan orang-orang yang dalam ilmunya berkata: ""Kami beriman kepada (ayat-ayat) yang mutasyabihat, semuanya dari sisi Tuhan kami."" Dan tiadalah yg menerima peringkatan, melainkan orang-orang yang berakal."

Allah memberi tahu bahawa asas dan teras kepada Kitabnya adalah ayat2 yg terang dan jelas maksudnya. Ayat2 yg terang dan jelas sehingga ianya tidak memberi ruang untok disalah ertikan maknanya.

Sy sertakan ringkasan yg dibuat olih Sy. Maududi didalam Tafsirnya mengenai  ayat Q3:7.
Muhkam" is that which is precise, exact, clear and decisive. Muhkamat are those verses of the Qur'an which have been so couched as to make their meaning quite plain without any shade of ambiguity. They have been purposely so worded as to make their meaning definite and precise leaving little room for misinterpretation. These verses constitute the fundamental principles of the Book, i. e.. they and they alone determine the aim and object for which the Qur'an has been sent down.

Jika  Allah sendiri telah memberitahu bahawa ayat2nya sangat terang dan jelas lagi mudah difaham kenapa pula ada yg mengatakan kita tidak bolih faham ayat2 Allah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2010 01:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 8-12-2010 13:18
Itu adalah tafsiran kamu. Sy tak sanggup dan tak berani nak kata Nabi pelaku MAKSIAT. Sy ikut apa yg ada didalam Quran. Itu yg Tuhan ajar, ia itu Nabi melakukan DOSA.
ramsys Post at 4-12-2010 16:17


Salam...

Itu tafsiran zahir kamu. Saya tak sanggup nak kata Nabi pelaku DOSA. Ayat itu menunjukkan kemuliaan dan kesucian Nabi, jika KAMU takwilkan sebagai makna Nabi itu pendosa, saya berlepas diri dari takwilan itu.

Kesucian itu berlaku setelah  dihapuskan dosa2  Nabi yg lepas dan yg akan datang melalui pengampunan dari Allah.  Jika Nabi tidak melakukan dosa kenapa perlu diampunkan?? Jadi mesti melakukan terdahulu baru diampunkan. Kalau tak buat dosa tak perlu diampun. Nak ampun buat apa kalau dah tak ada dosa?


Itu menunjukkan keluasan ILMU ALLAH. Saya dah tunjukkan satu contoh ayat zahir dalam post #265 lepas, bahawa Allah itu adalah sebaik-baik PENCIPTA.

Kalau ikut logik kamu secara zahir ayat, Allah ampunkan dosa Nabi bermakna Nabi kena buat dosa dulu, maka ikut logik yang sama (zahir ayat) bolehkah kata ada pencipta-pencipta lain selain dari Allah?

Q18:110 "Katakanlah: ""Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu,…””
Pada ayat ini Tuhan menyuruh Nabi menegaskan bahawa dia adalah seorang manusia seperti “KAMU”, seperti kita semua. Bezanya diwahyukan Quran padanya.


Ya betul Nabi adalah manusia biasa, BUKAN MALAIKAT. Namun sebagai manusia, Nabi BUKAN pendosa atau pelaku maksiat! Na'uzubillah!!!!
   
Kamu buat macam Quran ini susah untok kita faham. Tak kan Tuhan yg MAHA MENGETAHUI yg menurunkan Quran ini sebagai PETUNJUK kepada manusia tidak tahu tahap pemikiran hamba2nya? Apakah tujuan Allah memberi Quran jika kita sendiri tidak tahu maksud  ayat2nya?
Tunjukkan bukti/nas dari Quran.


Saya BUKAN kata SEMUA kandungan Al-Quran tu sukar difahami. Al-Quran mengandungi banyak ayat-ayat yang mudah difahami, selainnya sukar difahami:

Dia-lah yang menurunkan Al Kitab [Al Qur’an] kepada kamu. Di antara [isi]nya ada ayat-ayat yang muhkamaat
itulah pokok-pokok isi Al Qur’an dan yang lain [ayat-ayat] mutasyaabihaat
Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta’wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah.
Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran [daripadanya] melainkan orang-orang yang berakal.(Aal-e-'Imran, 7)

.....maka bertanyalah kepada ahl az-zikr jika kamu tidak mengetahui, (An-Nahl, 43)

Adakah kamu tidak beriman kepada penerangan Allah di atas? Tak perlukan anda bertanya kepada sesiapa? Adakah kamu kata semua kandungan Al-Quran tu kamu DAPAT FAHAM dengan MUDAH dengan baca terjemahan zahir semata-mata?

INGAT FIRMAN ALLAH YANG INI: Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta’wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 11:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 9-12-2010 11:23
Tunjukkan bukti/nas dari Quran.
ramsys Post at 4-12-2010 16:17


Salam..

Tambahan berkaitan maksum. Sepatutnya dibincangkan di thread maksum, tetapi ia saya sentuh sikit di sini kerana ia berkaitan dalam perbincangan. Jika nak masuk terperinci lagi elok dibincangkan di thread berasingan.

Bebalik kepada kenyataan saya:
Dosa itu perbuatan yang sengaja melanggar perintah Allah. Kepada para Nabi yang juga menjalankan tugas sebagai Rasul, sedikit kesalahan atas diri mereka sendiri dengan tak sengaja sekalipun dikira sebagai kesilapan yang ditegur oleh Allah, walaupun bukan niat mereka untuk langgar perintah Allah. Dan kesalahan, kesilapan atau kegelinciran itu tidak menunjukkan mereka melakukan dosa/maksiat dengan sengaja untuk melanggar perintah Allah.
   
Dan saya quote satu artikel dari seorang sahabat saya:

Sepertimana peristiwa Nabi Adam a.s yang tidak sengaja memakan buah khuldi dari syurga disebabkan terlupa bahawa itu adalah larangan Allah s.w.t. Ketelanjuran Nabi Adam itu sendiri telah diiktiraf oleh Allah s.w.t bahawa nabi Adam terlupa dan tidak sengaja (surah Toha, ayat 115) (rujuk: al-Jami’ li ahkam al-Quran, al-Qurtubi). Tetapi kenapa ia dianggap salah? kerana seorang Nabi insan istimewa yang dilantik oleh Allah s.w.t tidak sepatutnya lupa akan perintah dan larangan Allah.

Artikel penuh:
Satu lagi fitnah yang dimainkan oleh para orentalis dan anak didiknya untuk terus menikam dan menjatuhkan Islam iaitu mereka mempertikaikan kemaksuman Nabi s.a.w dari kesalahan dan dosa. Menurut mereka lagi jika Rasulullah s.a.w tidak maksum bagaimana mungkin risalah agama Allah ini benar dan betul sedangkan Nabi sendiri Insan yang tidak terlepas dari melakukan dosa dan kesilapan. Mungkin apa yang disampai oleh Nabi s.a.w merupakan natijah kesilapan baginda sendiri. Semoga Allah melaknati golongan orentalis yang tidak adil terhadap agama Islam.

Mereka menggunakan hujah yang diambil dari al-Quran sendiri yang kononnya membuktikan bahawa baginda s.a.w bukan insan yang maksum. Ayat al-Quran yang mereka maksudkan ialah surah ‘Abasa ayat 1-10:
عَبَسَ وَتَوَلَّى* أَن جَاءهُ الْأَعْمَى* وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّى*أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ الذِّكْرَى* أَمَّا مَنِ اسْتَغْنَى* فَأَنتَ لَهُ تَصَدَّى* وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّى* وَأَمَّا مَن جَاءكَ يَسْعَى* وَهُوَ يَخْشَى* فَأَنتَ عَنْهُ تَلَهَّى

Dia memasamkan muka dan berpaling. Kerana dia didatangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali dia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu).  Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfa’at kepadanya?. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup (iaitu pembesar-pembesar Quraisy yang sedang dihadapi Rasulullah s.a.w. yang diharapkannya dapat masuk Islam). maka kamu melayaninya. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman). Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran). Sedang ia takut kepada (Allah). Maka kamu mengabaikannya.

Sebab turun ayat di atas bahawa suatu hari Nabi s.a.w didatangi oleh seorang lelaki buta yang bernama Ibnu Ummi Maktum yang berhajat ingin bertanya kepada baginda tentang urusan agama. Pada waktu yang sama baginda sedang berurusan dakwah dengan para pembesar Quraish. Semasa nabi sibuk berdakwah Ibnu Ummi Maktum menyampuk perbualan Nabi s.a.w. Ini mengundang kemarahan Nabi s.a.w yang sedang berdakwah, lalu nabi bermasam muka dan berpaling dari lelaki yang cacat penglihatan tersebut. Sejurus turun ayat-ayat tersebut baginda menyedari kesilapannya lalu berbuat baik dan memohon kemaafan terhadap Ibnu Ummi Maktum. (rujuk: Tafsir al-Quran al-’Azim, Ibnu Kathir)

Sebenarnya golongan orentalis tidak memahami erti maksum itu sendiri atau sengaja buat tidak tahu dan menutup mata dari melihat kebenaran. Nabi s.a.w adalah manusia biasa memiliki tabiat seperti manusia lain. Baginda seperti hamba Allah yang lain memiliki perasaan, gerak hati, kehendak, citarasa dan sebagainya. Apa yang membezakan nabi s.a.w dengan manusia yang lain ialah sifat baginda sebagai utusan Allah serta mendapat wahyu serta mandat dari Allah s.w.t untuk mengelola agama Allah s.w.t.

Secara logiknya jika dikira sifat tabi’i nabi sebagai manusia, maka baginda pasti ada rasa ingin mengeluh, mengeluarkan apa rasa hatinya, geram, marah dan sebagainya. Jika semuanya hanya dikawal oleh Allah secara total maka nabi tidak dinamakan sebagai insan atau manusia. Jadi di sini sikap nabi sebagai manusia adakala tersilap dengan tanpa disengajakan, almaklum bahawa nabi adalah manusia. Lagipun kesalahan yang disebut di dalam surah ‘Abasa itu bukan satu perkara yang berdosa, cuma ia tidak wajar di sisi Allah s.w.t apabila seorang nabi melakukan sedemikian.

Sepertimana peristiwa Nabi Adam a.s yang tidak sengaja memakan buah khuldi dari syurga disebabkan terlupa bahawa itu adalah larangan Allah s.w.t. Ketelanjuran Nabi Adam itu sendiri telah diiktiraf oleh Allah s.w.t bahawa nabi Adam terlupa dan tidak sengaja (surah Toha, ayat 115) (rujuk: al-Jami’ li ahkam al-Quran, al-Qurtubi). Tetapi kenapa ia dianggap salah? kerana seorang Nabi insan istimewa yang dilantik oleh Allah s.w.t tidak sepatutnya lupa akan perintah dan larangan Allah.

Satu contoh yang boleh diambil dari realiti di hadapan mata kita. Apa beza seorang ustaz  dan bukan ustaz, iaitu misalnya kedua-duanya tidak melakukan sembahyang sunat tarawih. Bezanya insan yang bukan ustaz akan tidak dipandang pelik dan sinis oleh masyarakat jika ia tidak melakukan sembahyang sunat tersebut, sebab ia hanya sunat bukan wajib. Akan tetapi jika seorang ustaz dikenal pasti tidak mengamalkan solat sunat tersebut pasti masyarakat akan berpandangan bahawa ustaz tersebut tidak sepatutnya meninggalkan amalan terpuji tersebut kerana dia adalah ustaz. Seorang ustaz yang tahu selok belok agama sepatutnya lebih warak dan beramal dari golongan bukan agawan.

Begitulah Nabi s.a.w sebenarnya baginda tidak melakukan dosa, cuma terlanjur melakukan perkara yang biasa sahaja menurut konteks orang awam namun tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang bergelar nabi. Golongan orentalis dan pengikutnya sebenarnya tidak mengerti makna konteks maksum menurut Islam. Apa yang mereka faham hanya setiap tidak tanduk nabi segala-galanya tidak boleh terlibat langsung dengan kesilapan insani, mungkin mereka menganggap bahawa nabi dikawal tindak tanduknya seratus peratus oleh Allas s.w.t seperti robot ciptaan tanpa sedikit usaha pun dari baginda s.a.w sendiri.

Sedangkan kemaksuman Nabi dan Rasul menurut Islam antaranya ialah Allah memastikan bahawa Nabi dan Rasul tidak terus menerus berada di dalam melakukan kesilapan(bukan ketogari dosa). Ini fakta yang selalu sengaja dilupakan oleh orentalis. Meskipun nabi terjebak dalam kesilapan tetapi sejurus selepas itu baginda ditegur oleh Allah s.w.t melalui wahyu seperti yang tertera di atas. Inilah hakikat maksum sebenarnya iaitu jaminan Allah s.w.t  bahawa Nabi dan Rasul terpelihara dari melakukan dosa dan kesilapan samaada melalui penjagaan Allah secara langsung atau tidak langsung seperti teguran Allah ke atas baginda s.a.w tentang kesilapannya untuk diperbetulkan. Sesungguhnya Allah sahaja yang berhak menegur Nabi s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w adalah pendidik ummah dan Allah s.w.t adalah pendidik Rasulullah.

Wallahu A’lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2010 11:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 9-12-2010 11:40

Tambahan:
http://www.al-inaam.com/library/aqeedah/aqaaid204.htm

All the Nabis (alaihimus salaam) are pure and chaste servants of Allaah Ta’ala. They are free from minor and major sins. The belief of the chastity of the Nabis (alaihimus salaam) is a part of Imaan. If the Nabis (alaihimus salaam) were not pure and chaste, then Allaah Ta'ala would never have ordered their implicit and absolute obedience. He wold not have levelled obedience to them as obedience to Him. He would not have said that to take bai't (allegiance) upon their hands is like taking bai't (allegiance) upon Hin Hands.

"And he who obeys the Nabi has indeed obeyed Allaah" (An-Nisa, 80)
"Indeed those who had taken bai't (allegiance) with you, indeed they have taken bai't (allegiance) with Allaah, the hand of Allaah is above their hands." (Al-Fath, 10)


Ma'soom (sinless) is he who is the chosen and preferred servant of Allaah. His habits, traits and actions are all chosen by Allaah Ta’ala: Their hearts are completely free and pure from evil and satanic effects. Since Allaah Ta'ala has mentioned in the Qur'aan-e-Kareem that the Nabis are His chosen and special servants, it implies that they are so in every aspect of their lives. They are cleansed from internal as well as external faults and evils.

If any slip-up occurs in a Nabi, due to forgetfulness or mistake, then we attribute it to an outside factor and not an inherent fault. For example, the heat in boiling water is due to some outside factor (stove, etc.) and this heat is not an inherent or natural quality of water. The natural quality of water is coolness and not heat. If water is placed in a fire then it will extinguish it. In a similar way, the natural disposition of the Ambiyaa is purity and homogeneity. Hence a slip-up by a Nabi can never be counted as a sin, since they are not naturally disposed to evil. The mistake of Hadhrat Aadam (alaihi salaam) was due to forgetfulness.



************************

Apakah anda nak mempertikai isu maksum dengan alasan untuk tidak mentaati Perintah Rasul kerana Nabi itu anda kata berbuat dosa? Buktikan mana perintah Nabi yang dikatakan dosa supaya anda boleh tinggalkannya? Sesungguhnya tiada!!

Sedangkan dalam Al-Quran sendiri Allah Perintah supaya Taat Rasul. Siapa yang menerangkan Al-Quran? Apakah tugas Rasul hanya menyampaikan tanpa mengajarkan dan menerangkan Al-Quran dan Sunnah?

Dia-lah yang mengutus di kalangan orang-orang yang ummiyyin seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab (Al-Quran) dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata, (Al-Jumu'ah, 2)

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 08:12 PM | Show all posts
salam,

.....maka bertanyalah kepada ahl az-zikr jika kamu tidak mengetahui, (An-Nahl, 43)

Sy ingin bertanya mengenai ayat Q16:43 yg diatas:-

1.Siapa kah “Ahli Zikir” didalam ayat tersebut?
2.“Kamu” didalam ayat tersebut ditujukan kepada siapa?
3.“tidak mengetahui” , apa yg tidak diketahui?

Sila perjelaskan.

Adakah kamu tidak beriman kepada penerangan Allah di atas? Tak perlukan anda bertanya kepada sesiapa?

Sebab sy beriman dengan ayat2 Allah lah sy katakan kita bolih faham Quran dengan mudah.
Didalam ayat Q3:7 Allah menjelaskan bahawa didalam Al Quran ada 2 jenis ayat.

1.Ayat Muhkamat:- Adalah ayat2 yg terang dan jelas maksudnya. Ayat2 yg terang dan jelas sehingga ianya tidak memberi ruang untok disalah ertikan maknanya. Ayat2 ini menjadi  prinsip dan asas kepada Quran.

2.Ayat Mutasyabihat:- Ayat2 ini kurang jelas maksudnya dan Allah mengatakan hanya Dia sahaja yg mengetahui maksudnya. Walau bagaimanapun Allah memberitahu kita terdapat orang2 yg berniat jahat yg akan memberi maksud kepada ayat2 tersebut.

Dalam ayat Q3:7 Allah menjelaskan bahawa ayat2 AlQuran terdiri dari ayat2 Muhkamat dan ayat2 Mutasyabihat. Dan Allah hanya menyuruh kita mengikut ayat2 MUHKAMAT sahaja. Iaitu ayat2 yg terang lagi jelas maksudnya.

Bagi mereka yg suka mengikut ayat2 MUTASYABIHAT ini amaran Allah:-

INGAT FIRMAN ALLAH YANG INI: Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta’wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah.

Adakah kamu kata semua kandungan Al-Quran tu kamu DAPAT FAHAM dengan MUDAH dengan baca terjemahan zahir semata-mata

Allah telah mengatakan bahawa Ibu kitabnya adalah terdiri dari ayat2 yg terang dan jelas (Q3:7) jadi sy tidak nampak kesukaran bagi sesiapa yg bolih berfikir untok memahami message2 asas Tuhan dari Quran dengan terjemahan yg baik. Apapun tahap kefahaman sesaorang itu berbeza. Ada yg perlu membaca berkali2 bagi memahami sesuatu ayat.

Lagi pun Allah telah berulang kali memberitahu didalam Qurannya bahawa Dia telah menurunkan wahyu yg terang dan jelas kepada kita.

Q2:99  "Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas;

Q22:16  "Demikianlah telah Kami turunkan beberapa ayat yang terang; …..”

Q10:15  "Apabila dibacakan ayat-ayat Kami yang terang kepada mereka,….….”

Q19:73  "Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang terang (maksudnya)

Q22:72  "Dan apabila dibacakan di hadapan mereka ayat-ayat Kami yang terang,

Q26:2 dan Q28:2  Itulah ayat2 kitab yg terang.

Q54:17  Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?

Bagi menekankan message bahawa Quran itu senang dan mudah difaham Allah telah mengulangi ayat diatas sebanyak 4 kali didalam surah ini (Q54:17, 22, 32 dan 40)

Dan sekiranya itu masih tidak cukup lagi Allah telah bersumpah didalam Quran:-

Q43:2 dan Q44:2  Demi Kitab (Al Qur'an) yang terang.

Apa kah kita masih ragu2 dengan ayat2 Allah??
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 08:30 PM | Show all posts
salam,

Bebalik kepada kenyataan saya:
Dosa itu perbuatan yang sengaja melanggar perintah Allah. Kepada para Nabi yang juga menjalankan tugas sebagai Rasul, sedikit kesalahan atas diri mereka sendiri dengan tak sengaja sekalipun dikira sebagai kesilapan yang ditegur oleh Allah, walaupun bukan niat mereka untuk langgar perintah Allah. Dan kesalahan, kesilapan atau kegelinciran itu tidak menunjukkan mereka melakukan dosa/maksiat dengan sengaja untuk melanggar perintah Allah.

Buktikan dengan Nas dari Quran.

Dan saya quote satu artikel dari seorang sahabat saya:
Sepertimana peristiwa Nabi Adam a.s yang tidak sengaja memakan buah khuldi dari syurga disebabkan terlupa bahawa itu adalah larangan Allah s.w.t. Ketelanjuran Nabi Adam itu sendiri telah diiktiraf oleh Allah s.w.t bahawa nabi Adam terlupa dan tidak sengaja (surah Toha, ayat 115) (rujuk: al-Jami’ li ahkam al-Quran, al-Qurtubi). Tetapi kenapa ia dianggap salah? kerana seorang Nabi insan istimewa yang dilantik oleh Allah s.w.t tidak sepatutnya lupa akan perintah dan larangan Allah.

Didalam kisah Nabi Adam, kita dapati dia telah melanggar 2 perintah Allah;

1. Perintah yg dikisahkan dalam ayat Q20:115.
Q20:115  Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu),………..

2. Perintah larangan mengenai pohon khuldi.
Q7:19  "(Dan Allah berfirman): ""…………. dan janganlah kamu berdua mendekati
pohon ini, …………..""."


Dan tidak adapun didalam kisah N. Adam dimana Allah menyebut ianya dilakukan dengan tidak sengaja. Apakah sekiranya N.Adam memakan secara tidak sengaja ianya tidak menjadi satu kesalahan/dosa??

Melanggar perintah Allah adalah suatu kesalahan/dosa.

Lalu N.Adam memohon ampun dari kesalahan/dosanya.
Q7:23  "Keduanya berkata: ""Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi""."

Dan Tuhan menerima taubat N.Adam.
Q2:37  Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima tobatnya.

Apakah perlu meminta ampun dan bertaubat jika tidak melakukan kesalahan/dosa??

Begitulah Nabi s.a.w sebenarnya baginda tidak melakukan dosa, cuma terlanjur melakukan perkara yang biasa sahaja menurut konteks orang awam namun tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang bergelar nabi.

"Tidak melakukan dosa, cuma terlanjur" Apa yg ingin kamu katakan??

Apa yg Allah ingin perjelaskan kepada kita ialah para Nabi adalah dari kalangan manusia seperti kita (Q18:110) dan mereka juga mempunyai sifat2 semula jadi seorang manusia.
Kita sepatutnya bertanya kenapa Tuhan menceritakan peristiwa2 ini kepada kita? Apakah Hikmah serta pengajaran yg ingin Tuhan ajar kepada kita dan bukan cuba menidakkan apa yg dijelaskan olih Quran.

Apakah anda nak mempertikai isu maksum

Tunjukkan surah mana dan ayat mana didalam Quran yg mengatakan Nabi itu “MAKSUM”.

Buktikan mana perintah Nabi yang dikatakan dosa supaya anda boleh tinggalkannya? Sesungguhnya tiada!!

Nabi tidak PERINTAH kita untok melakukan dosa. Quran mengatakan Nabi MELAKUKAN dosa.

Q48:2 Supaya Allah mengampuni dosamu yang telah lalu dan yang kemudian, dan (supaya) menyempurnakan nikmatNya kepada mu, dan menunjuki mu kejalan yang lurus,

Sedangkan dalam Al-Quran sendiri Allah Perintah supaya Taat Rasul. Siapa yang menerangkan Al-Quran? Apakah tugas Rasul hanya menyampaikan tanpa mengajarkan dan menerangkan Al-Quran dan Sunnah?

Allah menyatakan tugas Rasul hanya menyampaikan wahyu Allah. Rasul tak sampaikan “SUNNAH”(seperti yg terdapat dalam Kitab Bukhari & Muslim)

Q24:54  "Katakanlah: ""Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul; dan jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban rasul itu adalah apa yang dibebankan kepadanya, dan kewajiban kamu sekalian adalah semata-mata apa yang dibebankan kepadamu. Dan jika kamu taat kepadanya, niscaya kamu mendapat petunjuk. Dan tidak lain kewajiban rasul itu melainkan menyampaikan (amanat Allah) dengan terang."""

Didalam Quran Tuhan hanya menyebut, "Taat Allah dan Taat Rasul". Tidak ada satu ayat pun dimana Allah menyebut "Taat Allah dan Taat Nabi" ataupun "Taat Allah dan Taat Muhammad".
Cuba kamu fikirkan kenapa Tuhan berbuat demikian.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 08:40 PM | Show all posts
salam,

Dia-lah yang mengutus di kalangan orang-orang yang ummiyyin seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab (Al-Quran) dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata, (Al-Jumu'ah, 2)


Perkataan yg  didalam kurungan  Kitab (Al-Quran) dan Hikmah (As Sunnah) adalah  ditambah olih tangan manusia. Sila rujuk ayat dibawah.

Q62:2 Huwa allathee baAAatha fee alommiyyeena rasoolan minhum yatloo AAalayhim ayatihi wayuzakkeehim wayuAAallimuhumu alkitaba waalhikmata wain kanoo min qablu lafee dalalin mubeenin

Q62:2  Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata

Ayat Q62:2 menjelaskan bahawa Nabi Muhammad diutus untok menyampaikan 2 perkara; Kitab dan Hikmah.

Menurut Imam Syafi’i, Hikmah ini adalah Sunnah seperti yg terkandung didalam kitab2 Hadith. Saya sarankan supaya kamu membaca buku beliau Al Risalah, untok melihat bagaimana beliau membuat rumusan bahawa Hikmah itu adalah Sunnah.

Kitab dan Hikmah bukanlah 2 perkara yg berlainan tetapi SATU. Ianya merujuk kepada Quran itu sendiri. Selain AlHikmah Quran juga dipanggil AlFurqan.

Kita lihat apa Tuhan kata mengenainya.

Q10:1 ……… Inilah ayat-ayat Al Qur'an yang mengandung hikmah.

Q36:2  Demi Al Qur'an yang penuh hikmah,

Q3:58  Demikianlah (kisah 'Isa), Kami membacakannya kepada kamu sebagian dari bukti-bukti (kerasulannya) dan (membacakan) Al Qur'an yang penuh hikmah.

Q31:2  Inilah ayat-ayat Al Qur'an yang mengandung hikmah

Q36:2  Demi Al Qur'an yang penuh hikmah

Q17:39  Itulah sebahagian hikmah yang diwahyukan Tuhan kepadamu.

Tidak ada satu ayat pun dimana Allah dengan terang dan jelas mengatakan “Hikmah” itu adalah Sunnah (seperti yg terkandung didalam kitab2 Hadith). Sebaliknya Tuhan dengan jelas dan berulangkali mengatakan bahawa Qurannya adalah “Hikmah”.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2011 12:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 10-1-2011 09:22
Sy ingin bertanya mengenai ayat Q16:43 yg diatas:-

1.Siapa kah “Ahli Zikir” didalam ayat tersebut?
2.“Kamu” didalam ayat tersebut ditujukan kepada siapa?
3.“tidak mengetahui” , apa yg tidak diketahui?

Sila perjelaskan.
ramsys Post at 5-1-2011 20:12


Salam...

Seingat saya persoalan di atas telah dibincangkan beberapa kali dan dijelaskan dalam perbincangan yang lepas antara kita berdua. Tak perlu saya nak ulang. Cuma sikit saja lagi saya nak sebut:

Ringkasnya Ahl Az-Zikr (bukan ahli zikir) itu ialah mereka yang ahli dalam Az-Zikr. Semua Kitab Allah secara umumnya adalah Az-Zikr (peringatan). Dalam Al-Quran, Al-Quran itu sendiri secara khusus disebut mengandungi Az-Zikr.

وَٱلۡقُرۡءَانِ ذِى ٱلذِّكۡرِ

Demi Al-Quran yang mengandungi Az-Zikr (Sod, 1)

Dalam ayat Q3:7 Allah menjelaskan bahawa ayat2 AlQuran terdiri dari ayat2 Muhkamat dan ayat2 Mutasyabihat. Dan Allah hanya menyuruh kita mengikut ayat2 MUHKAMAT sahaja. Iaitu ayat2 yg terang lagi jelas maksudnya.


Ayat yang terang maksud adalah yang MUHKAM, sebab itu dinamakan ayat MUHKAMAT yang sebahagian besarnya berkisar tentang HUKUM. Apabila ayat berkaitan ILMU ALLAH terutamanya tentang masa akan datang, ia termasuk dalam bab GHAIB. Berkenaan ILMU ALLAH dan perkara Ghaib, kita tak mampu guna akal kita. Jika berlaku perselisihan pendapat melalui akal kita maka wajarlah bertanya kepada yang arif (ahli) dalam Az-Zikr (Al-Quran).

"Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta’wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah"

Lagi pun Allah telah berulang kali memberitahu didalam Qurannya bahawa Dia telah menurunkan wahyu yg terang dan jelas kepada kita.


Itu yang MUHKAM sahaja. Jika berlaku perselisihan pendapat tentang ayat-ayat Allah, adakah Rasul tidak menerangkan? Di sinilah peranan Rasul memberi penerangan (Hadith dan Sunnah)

Dia-lah yang mengutus di kalangan orang-orang yang ummiyyin seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab (Al-Quran) dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata, (Al-Jumu'ah, 2)

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2011 12:43 AM | Show all posts
salam,

Buktikan dengan Nas dari Quran.

ramsys Post at 5-1-2011 20:30


Dah dibuktikan melalui kisah Adam AS. Sila fahamkan

Didalam kisah Nabi Adam, kita dapati dia telah melanggar 2 perintah Allah;

1. Perintah yg dikisahkan dalam ayat Q20:115.
Q20:115  Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu),………..

2. Perintah larangan mengenai pohon khuldi.
Q7:19  "(Dan Allah berfirman): ""…………. dan janganlah kamu berdua mendekati
pohon ini, …………..""."

Dan tidak adapun didalam kisah N. Adam dimana Allah menyebut ianya dilakukan dengan tidak sengaja. Apakah sekiranya N.Adam memakan secara tidak sengaja ianya tidak menjadi satu kesalahan/dosa??


Kenapalah susah sangat ni? LUPA tu SENGAJA atau TAK SENGAJA?

Inilah masalah kamu bila tafsir ILMU ALLAH ikut logik akal kamu. Bagi seseorang yang tinggi darjatnya, lupa pun boleh menjadi satu kesalahan di sisi Allah.

Melanggar perintah Allah adalah suatu kesalahan/dosa.

Lalu N.Adam memohon ampun dari kesalahan/dosanya.
Q7:23  "Keduanya berkata: ""Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi""."

Dan Tuhan menerima taubat N.Adam.
Q2:37  Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima tobatnya.

Apakah perlu meminta ampun dan bertaubat jika tidak melakukan kesalahan/dosa??


Nabi Adam terlupa amaran Allah (kesalahan yang tidak sengaja):
"Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?" (Al-A'raf, 22)
   
Setelah terlupa amaran ALLAH, lantaran itu terlajak melakukan kesalahan mendekati Pohon yang dilarang, maka wajarlah bertaubat. Allah meninggikan lagi martabat Adam AS (memilihnya) menjadi Nabi dan juga Rasul setelah Allah terima taubat Nabi Adam AS.

Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk. (To-Ha, 122)

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2011 01:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 10-1-2011 09:26
Ayat Q62:2 menjelaskan bahawa Nabi Muhammad diutus untok menyampaikan 2 perkara; Kitab dan Hikmah.

Menurut Imam Syafi’i, Hikmah ini adalah Sunnah seperti yg terkandung didalam kitab2 Hadith. Saya sarankan supaya kamu membaca buku beliau Al Risalah, untok melihat bagaimana beliau membuat rumusan bahawa Hikmah itu adalah Sunnah.

ramsys Post at 5-1-2011 20:40


Tiada masalah bagi saya untuk terima maksud Hikmah itu adalah Sunnah. Nampaknya anda sungguh bersusah payah nak menolak As-Sunnah dan Al-Hadith!

Saya sarankan, jika kamu mahu mengkaji Al-Quran, kaji dengan Bahasa Arabnya juga BUKAN HANYA bergantung kepada terjemahan bahasa Melayu dan Inggeris semata-mata.

Mari kita rungkaikan!

Kitab dan Hikmah bukanlah 2 perkara yg berlainan tetapi SATU. Ianya merujuk kepada Quran itu sendiri. Selain AlHikmah Quran juga dipanggil AlFurqan.


Sekiranya Al-Quran itu juga Al-Hikmah dan dikira satu, kenapa digunakan kalimah 'WA' = yang bermaksud DAN?

Kita lihat apa Tuhan kata mengenainya.

Q10:1 ……… Inilah ayat-ayat Al Qur'an yang mengandung hikmah.


تِلۡكَ ءَايَـٰتُ ٱلۡكِتَـٰبِ ٱلۡحَكِيمِ

Dalam ayat tu Allah sebut Al-Quran mengandungi Al-Hakeem (yang diterjemahkan sebagai Hikmah), namun ada perbezaan antara Al-Hakeem dan Al-Hikmah. Mari kita lihat sepintas lalu:

Q36:2  Demi Al Qur'an yang penuh hikmah,


وَٱلۡقُرۡءَانِ ٱلۡحَكِيمِ

Juga Allah sebut Al-Hakeem

Q3:58  Demikianlah (kisah 'Isa), Kami membacakannya kepada kamu sebagian dari bukti-bukti (kerasulannya) dan (membacakan) Al Qur'an yang penuh hikmah.

ذَٲلِكَ نَتۡلُوهُ عَلَيۡكَ مِنَ ٱلۡأَيَـٰتِ وَٱلذِّكۡرِ ٱلۡحَكِيمِ
Juga disebut Al-Hakeem

Q31:2  Inilah ayat-ayat Al Qur'an yang mengandung hikmah
تِلۡكَ ءَايَـٰتُ ٱلۡكِتَـٰبِ ٱلۡحَكِيمِ
Juga disebut Al-Hakeem

Yang di atas JELAS menunjukkan Al-Quran itu mengandungi Al-Hakeem, menunjukkan penerangan yang menjelaskan antara Haq dan Batil, yang menjadikannya sebagai Al-Furqan dan diringkaskan sebagai hikmah dalam bahasa Melayu.


Mari kita lihat seterusnya, yang mengandungi kalimah 'Al-Hikmah':

Q17:39  Itulah sebahagian hikmah yang diwahyukan Tuhan kepadamu.


ذَٲلِكَ مِمَّآ أَوۡحَىٰٓ إِلَيۡكَ رَبُّكَ مِنَ ٱلۡحِكۡمَةِ

Al-Hikmah itu adalah sesuatu yang diturunkan kepada manusia secara terus, BUKAN sebagai Kitab. Mari kita kaji lagi:

Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Al-Isra, 30)

Ayat berikutnya dijelaskan sebahagian dari Al-Hikmah, dari ayat 31 hingga 38 Surah Al-Isra. Selepas itu Allah berfirman:
Itulah sebahagian Al-Hikmah yang diwahyukan Tuhan kepadamu... (Al-Isra, 39)

Tidak ada satu ayat pun dimana Allah dengan terang dan jelas mengatakan “Hikmah” itu adalah Sunnah (seperti yg terkandung didalam kitab2 Hadith). Sebaliknya Tuhan dengan jelas dan berulangkali mengatakan bahawa Qurannya adalah “Hikmah”.


SALAH! Hujjah yang kamu bawakan menunjukkan Al-Quran mengandungi Al-Hakeem, bukannya Al-Quran sebagai Al-Hikmah

Yang sebenarnya Nabi Muhammad SAW dikurniakan Al-Hikmah dan mengajarkannya selain dari Al-Kitab (Al-Quran).

Sebelum Nabi Muhammad SAW, Nabi yang terdahulu seperti Nabi Dawud AS dan Ibrahim AS juga disebut dalam Al-Quran dikurniakan Al-Hikmah (yang kita sebut Sunnah Nabi-nabi yang terdahulu).

Buktinya:
Allah menganugerahkan Al Hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahi Al Hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran. (Al-Baqarah, 269)

Mereka mengalahkan tentara Jalut dengan izin Allah dan Daud membunuh Jalut, kemudian Allah memberikan kepadanya (Daud) pemerintahan dan Al Hikmah....(Al-Baqarah, 251)

....Sesungguhnya Kami telah memberikan Al-Kitab dan Al-Hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar. (An-Nisa, 54)

Kesimpulannya:
Tidak tepat dikatakan Al-Hikmah itu adalah juga Al-Quran.  Sebaliknya Al-Quran dan Al-Hikmah dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW di mana baginda mengajarkan ke DUA-DUAnya.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 09:32 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 13-1-2011 09:13

Salam...

Saya harap Ramsys cuba kaji kalimah yang berikut yang terdapat dalam Al-Quran:

Al-Kitab, Az-Zikr, dan Al-Quran
Apa perbezaan dan persamaan antara kalimah-kalimah di atas?

Setelah anda menjelaskan, kemudian kita akan lihat perbezaan antara:
Ahli Kitab (ahl-al-kitab) dan Ahli Az-Zikr (ahl-az-zikri): kedua-dua kalimah ini ada disebut dalam Al-Quran

Kemudian, kita akan bincangkan antara:
Al-Hikmah dan As-Sunnah

Silakan....

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2011 12:44 AM | Show all posts
salam,

.....maka bertanyalah kepada ahl az-zikr jika kamu tidak mengetahui, (An-Nahl, 43).  
maka wajarlah bertanya kepada yang arif (ahli) dalam Az-Zikr (Al-Quran).

Sebab sy bertanya kerana kamu mengandaikan ayat diatas bermaksud “sekiranya kita tidak tahu, ia ini dalam bab Ugama, tanyalah pada yg arif/pakar/ustaz/alim ulama”.
Tapi dalam kontek ayat Q16:43 ianya tidak bermaksud demikian. Kamu mengambil sebahagian dari ayat tersebut dan meninggalkan yg lain.


Jika berlaku perselisihan pendapat tentang ayat-ayat Allah, adakah Rasul tidak menerangkan? Di sinilah peranan Rasul memberi penerangan (Hadith dan Sunnah)

Kamu tidak kemukakan apa2 bukti dari Quran untok menyokong statement kamu yg Rasul memberi penerangan melalui Hadith dan Sunnahnya (seperti didalam kitab Bukhari).

Sekiranya berlaku perselisihan tentang ayat2 Allah, sy setuju memang menjadi tugas Rasul untok menerangkannya. Tetapi bagaimana Rasul menerangkannya??
Adakah Rasul akan mengunakan Quran untok menerangkannya ATAUPUN mengunakan Hadith (seperti didalam kitab Bukhari )??

Q16:64  Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur'an) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan…………………

Q16:89 ………Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur'an) untuk menjelaskan segala sesuatu …………..

Ayat2 diatas menjelaskan bahawa Kitab (Quran) diturunkan kepada Nabi supaya dia bolih MENGUNAKANNYA untok menjelaskan sekiranya berlaku perselisihkan. Menurut Allah, sekiranya berlaku perselisihan Nabi disuruh mengunakan Quran untok menjelaskannya.
Ini bermakna Nabi tidak mengunakkan apa2 yg diluar dari Quran untok menerang dan menjelaskan sesuatu perselisihan.

Ayat Q16:89 menjelaskan bahawa Quran akan memperjelaskan segala sesuatu jadi ianya dengan sendiri menolak kononnya Nabi ada memberi penjelasan yg diluar dari Quran. Sekiranya Quran itu menerang segala sesuatu maka perlu kah kepada Hadith2 seperti yg terdapat didalam kitab Bukhari??

Q11:1 Alif Laam Raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu,

Q6:38 ……. Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam Al Kitab, …………

Q6:38 (Y. Ali) …………. Nothing have we omitted from the Book, ………

Tuhan berfirman pada ayat Q11:1 bahawa Dia telah menyusun Quran dengan rapi serta dijelaskannya dengan terperinci dan ayat Q6:38 pula Allah menyatakan bahawa Dia tidak lupa sesuatupun dalam Qurannya.  Dengan penjelasan ayat2 diatas adakah Nabi masih perlukan sesuatu yg diluar dari Quran untok menjelaskan??

Dan sekiranya Nabi ada mengeluarkan penjelasan2 yg diluar dari Quran (seperti didalam kitab Bukhari) maka ia bermakna Quran itu TIDAK menjelaskan segala sesuatu. Quran itu TIDAK terperinci dan Quran itu TIDAK sempurna.

Q4:105  Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu,………….

Q5:48 "Kami telah menurunkan Kitab kepada engkau (ya Muhammad) dengan (membawa) kebenaran, yang membenarkan Kitab yang hadapannya serta mengawasinya, sebab itu hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka, (dan berpaling) dari kebenaran yang telah datang kepada engkau………

Sebagai pesuruh Allah, Nabi hanya patuh kepada perintah Allah dan TIDAK mengadili dan menghukum dengan apa2 yg diluar dari hukum Allah seperti yg terdapat didalam Quran. Nabi juga disuruh bersaksi dengan ayat dibawah ini:-

Q6:114  Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab (Al Qur'an) kepadamu dengan terperinci?

Nabi juga disuruh berkata:-
Q6:50  "Katakanlah: ""…………. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. ………….".

Nabi hanya mengikut apa yg diwahyukan olih Allah kepadanya. Nabi hanya mengunakan Quran sahaja untok menjelaskan. Nabi tidak menguna apa2 yg diluar dari Quran (seperti yg didalam kitab Bukhari).

Inilah Sunnah Nabi yg sebenarnya, iaitu dia hanya bergantung kepada Kitab Allah sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 01:04 AM | Show all posts
salam,

Nabi Adam terlupa amaran Allah (kesalahan yang tidak sengaja) lalu memakan buah khuldi.

Seperti yg telah sy nyatakan ayat Q20:115 merupakan amaran dan larangan yg pertama  Allah berikan pada N.Adam dan amaran inilah yg N.Adam LUPA (dan bukan LUPA amaran tentang pokok Khuldi dan memakan buahnya).

Amaran ini diperintah olih Allah sebelum N.Adam dan Isterinya dibawa masuk kedalam syurga lagi. Larangan memakan buah Khuldi diperintah selepas N.Adam dan Hawa berada didalam syurga. Jadi terdapat DUA larangan yg Allah perintah kepada N.Adam.

Perintah yg PERTAMA:-
Q20:115  Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu),

Q20:115 (Y. Ali) We had already, beforehand, taken the covenant of Adam, but he forgot:

Mengikut ayat diatas, SEBELUM INI Tuhan telah mengambil perjanjian/perintah dengan N. Adam tetapi N. Adam LUPA.  Perkataan “Dahulu” dan “Beforehand” menunjuk ianya berlaku sebelum peristiwa pokok khuldi.

Apakah perintah yg N. Adam LUPA?
Q20:116 "Dan (ingatlah) ketika Kami berkata kepada malaikat: ""Sujudlah kamu kepada Adam"", maka mereka sujud kecuali iblis. Ia membangkang."   

Q20:117  "Maka kami berkata: ""Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi istrimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari surga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka."

Pada permulaan kejadian N. Adam, Tuhan telah mengingatkannya bahawa Iblis itu adalah musuh baginya. Dan Tuhan juga menyuruh N.Adam supaya berhati2 dengan Iblis supaya dia tidak terkeluar dari syurga kerana angkara Iblis.

Mengikut Quran inilah perintah Tuhan yg PERTAMA yg N. Adam LUPA. (Dan bukan LUPA lalu dengan TIDAK SENGAJA memakan buah khuldi.)

Perintah yg KEDUA:-
Q2:35  "Dan Kami berfirman: ""Hai Adam diamilah oleh kamu dan istrimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim."

Setelah dimasukkan kedalam syurga Tuhan telah melarang N. Adam dan Isterinya menghampiri pokok khuldi. Ini adalah larangan yg KEDUA.

Mengikut kamu Nabi Adam TERLUPA amaran/perintah KEDUA  Allah (kesalahan yang tidak sengaja) lalu memakan buah khuldi.

Mari kita kaji ayat2 Quran dan lihat sama ada N. Adam LUPA perintah yg pertama atau yg kedua.
Q7:20 "Maka setan membisikkan pikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka yaitu auratnya dan setan berkata: ""Tuhan kamu tidak melarangmu dari mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam surga)""."

Melalui ayat diatas kita dapati Setan telah mengingatkan N. Adam sebab2 kenapa Tuhan melarang dia mendekati pokok khuldi. Setan memberitahu N. Adam yg Tuhan melarangnya mendekati pokok itu kerana tidak mahu N. Adam menjadi malaikat atau kekal didalam syurga.

Q7:21  "Dan dia (setan) bersumpah kepada keduanya. ""Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua"","   

Q7:22  "maka setan membujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya…….

Q20:120  "Kemudian setan membisikkan pikiran jahat kepadanya, dengan berkata: ""Hai Adam, maukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?"""   

Q20:121  Maka keduanya memakan dari buah pohon itu,

Setan memberitahu N. Adam Allah melarangnya mendekati pokok khuldi kerana tidak mahu N. Adam menjadi malaikat dan tinggal kekal selamanya didalam syurga. Setan mengingatkan N. Adam tentang larangan Allah.

Quran menceritakan yg setan mengingatkan N. Adam tentang larang Allah, jadi macam mana kamu bolih katakan yg N. Adam TERLUPA larangan itu??

Bagaimana N. Adam bolih LUPA amaran Allah sedangkan setan MENGINGATKANNYA?? Ini menunjukkan bahawa N. Adam SEDAR perbuatannya.

Ayat Q7:21-22, Q20:120-121 menceritakan bagaimana setan telah berjaya menipu N. Adam dengan tipu daya sehinggan N. Adam memakan buah khuldi.

Mengikut Quran N.Adam tidak LUPA ((amaran Allah (kesalahan yang tidak sengaja) lalu memakan buah khuldi)) tetapi dia dan isterinya telah memakan buah khuldi kerana TIPU DAYA setan.

Allah dari awal lagi telah mengingatkan N. Adam supaya berwaspada dengan Iblis/setan tetapi dia LUPA dan mengambil setan sebagai penasihat.

N. Adam tidak LUPA dengan amaran Allah tentang pohon khuldi tetapi N. Adam LUPA amaran Allah bahawa Iblis/setan adalah musuhnya yg nyata.

Dan akhir sekali Tuhan mengingatkan N. Adam DUA laranganNya itu.
Q7:22"……….."Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: ""Sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?"""  


Berkenaan ILMU ALLAH dan perkara Ghaib, kita tak mampu guna akal kita. Jika berlaku perselisihan pendapat melalui akal kita maka wajarlah bertanya kepada yang arif (ahli) dalam Az-Zikr (Al-Quran).

Bila kita tak mampu gunakan akal kita maka itulah tandanya ayat2 Mutasyabihat.                                                         

Perkara Ghaib seperti Roh dan sebagainya ia tergulong didalam ayat2 Mutasyabihat, jadi tak perlulah kita nak ambil tahu. Tuhan sendiri menyuruh kita tinggalkan ayat2 tersebut (Q3:7).

Perkara yg Ghaib tidak ada seorang pun yg tahu kecuali Allah, jadi ADA kah orang2 yg ARIF tentang perkara ini??
Q6:50 "Katakanlah: ""………, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib ..……."  

Q7:188  "Katakanlah: ""……. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudaratan. …. ………""."   

Q17:85 "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: ""Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit""."   

Nabi disuruh berkata yg dia tidak tahu perkara2 yg ghaib termasuk tentang Roh.
Kalau  Nabi pun tidak tahu perkara2 ghaib maka ADA kah orang2 yg ARIF dalam perkara ini??
Adakah mereka2  ini lebih pengetahuannya dari Nabi??

Q6:59  "Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri,

Q10:20 ………Maka katakanlah: "" Sesungguhnya yang ghaib itu kepunyaan Allah…….

Q27:65  "Katakanlah: ""Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah"",

Perkara yg ghaib adalah kepunyaan Allah. TIDAK ADA siapa pun yg tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 01:18 AM | Show all posts
salam,

Sekiranya Al-Quran itu juga Al-Hikmah dan dikira satu, kenapa digunakan kalimah 'WA' = yang bermaksud DAN?


Sekiranya sy menulis “rujuk kepada email saya dan soalan saya”, adakah ianya DUA benda yg berbeza?? Tentu tidak sekali.

Dan sekiranya ’alkitaba waalhikmata’’ merujuk kepada DUA benda yg berbeza maka dengan mengikut logic kamu pada ayat Q57:25 kita ada satu lagi kitab yg diturunkan olih Allah. Sebab didalam ayat itu Allah menyebut “alkitaba waalmeezana”.                        


Tuhan juga berkata kepada N. Isa:-
Q5:110…… AAallamtuka alkitaba waalhikmata waalttawrata waalinjeela ....…

Q5:110 ……..; dan (ingatlah) di waktu Aku mengajar kamu Kitab, Hikmah, Taurat dan Injil,                   

Q3:48   WayuAAallimuhu alkitaba waalhikmata waalttawrata waalinjeela

Q3:48  Dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al Kitab, Hikmah, Taurat dan Injil.

Adakah ayat2 diatas bermakna Allah mengajar N. Isa 4 perkara yg berlainan dan berbeza??
Tentu tidak sekali. Kumpulan ayat2 diatas digunakan hanya untok menerangkan SATU benda dan bukan MEMBEZAKAN. Al Kitab, dan Hikmah adalah huraian/perihal kepada Taurat dan Injil.


Mari kita lihat seterusnya, yang mengandungi kalimah 'Al-Hikmah':                                                        
Q17:39  Itulah sebahagian hikmah yang diwahyukan Tuhan kepadamu.

ذَٲلِكَ مِمَّآ أَوۡحَىٰٓ إِلَيۡكَ رَبُّكَ مِنَ ٱلۡحِكۡمَةِ

Al-Hikmah itu adalah sesuatu yang diturunkan kepada manusia secara terus, BUKAN sebagai Kitab.


Tuhan berfirman:-
Q10:1  Alif Laam Raa. Inilah ayat-ayat Al Qur'an yang mengandung hikmah.

Q36:2  Demi Al Qur'an yang penuh hikmah,

Q43:4  Dan sesungguhnya Al Qur'an itu dalam induk Al Kitab (Lohmahfuz) di sisi Kami, adalah benar-benar tinggi (nilainya) dan amat banyak mengandung hikmah. (Sebahagian “Hikmah”nya disebut pada ayat Q17:23-38)

“Al Hikmah” itu merujuk kepada Al Quran itu sendiri kerana ianya mengandungi penuh dengan Hikmah.

Q2:269  Allah menganugerahkan al hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugrahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugrahi karunia yang banyak.

Kalimah “ siapa yang Dia kehendaki” didalam ayat diatas menunjukkan yg Allah menganugerahkan “Al Hikmah” kepada sesiapa yg Dia hendak dan bukan kepada Nabi2 dan Rasul2 sahaja. Jika Hikmah ini adalah Sunnah maka orang2 biasa yg dikurniakan Hikmah ini akan ada Sunnah masing2. Dan adakah kita kena mengikut Sunnah2 ini??

Ayat2 Quran menunjukkan dengan jelas bahawa “Hikmah” itu adalah rujukkan kepada Quran itu sendiri. Tidak ada satu ayat pun didalam Quran yg menyebut dengan terang dan jelas bahawa “Hikmah” itu adalah “Sunnah” atau “Hadith Nabi”.

Sekiranya Sunnah dan Hadith Nabi itu menjadi prinsip dan asas peganggan serta keimanan sesaorang muslim mengapa Tuhan yg maha Mengetahui dan lagi Bijaksana tidak memperjelaskannya dengan sejelas2nya??

Menurut Allah Ibu Al Quran (perkara pokok) adalah dari ayat2 Muhkamat (ayat2 yg terang/jelas dan mudah difaham)-Q3:7.
Sekiranya Sunnah/Hadith hanya berselindung disebalik kalimah “Hikmah” adakah itu dinamakan ayat2 Muhkamat??

Allah berfirman lagi:-
Q18:1 "Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al Qur'an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya;"  

Kalimah ‘IWAJ’ (bengkok) dalam ayat ini bermaksud distorted atau deviate dalam Bahasa Inggeris. Sekali lagi kita dapati Allah mengakatakan ayat2Nya tidak ‘kabur’, terang/jelas dan tidak susah difaham maknanya. Apakah Tuhan bercanggah dengan ayat2Nya sendiri?? Nauzubillah.

Mengenai kalimah Hadith dan Sunnah ianya banyak digunakan didalam Quran tetapi tidak satupun ianya merujuk kepada “perkataan” ataupun “perbuatan” Nabi.

Q33:62  Sebagai sunah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum (mu), dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnah Allah.

Q48:23  Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunatullah itu.

Q45:6  "Itulah ayat-ayat Allah yang Kami membacakannya kepadamu dengan sebenarnya; maka dengan Hadith (perkataan) manakah lagi mereka akan beriman sesudah (kalam) Allah dan keterangan-keterangan-Nya."   

Q39:23  Allah telah menurunkan Hadith (perkataan) yang paling baik (yaitu) Al Qur'an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang…………………..

Kalimah “Hadith” dan “Sunnah” tidak mungkin digunakan didalam Al Quran untok merujuk kepada Hadith dan Sunnah Nabi (seperti dalam kitab Bukhari). Ini kerana didalam Quran kalimah2 Hadith dan Sunnah digunakkan hanya untok Allah.

Q77:50  Maka kepada Hadith apakah selain Al Qur'an ini mereka akan beriman?

Q7:185  …………………Maka kepada Hadith manakah lagi mereka akan beriman selain kepada Al Qur'an itu?

Melalui ayat2 diatas Allah bertanya kepada kita  adakah “Hadith2” yg lain kita nak beriman ???
Barangkali ada orang yg akan berkata ADA, seperti didalam kitab Bukhari.

Tetapi Tuhan menegaskan Hadith disisi Allah hanya lah Qurannya sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 08:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 17-1-2011 08:24
salam,
Sebab sy bertanya kerana kamu mengandaikan ayat diatas bermaksud “sekiranya kita tidak tahu, ia ini dalam bab Ugama, tanyalah pada yg arif/pakar/ustaz/alim ulama”.
Tapi dalam kontek ayat Q16:43 ianya tidak bermaksud demikian. Kamu mengambil sebahagian dari ayat tersebut dan meninggalkan yg lain.
ramsys Post at 15-1-2011 00:44


Salam...

Kamu begitu pasti? Sedangkan antara Al-Kitab dan Az-Zikr pun kamu tidak menjelaskan persamaan dan perbezaan! Adakah kamu mengambil sebahagian dari ayat tersebut dan meninggalkan yg lain, sedangkan menuduh saya berbuat demikian?

Kamu tidak kemukakan apa2 bukti dari Quran untok menyokong statement kamu yg Rasul memberi penerangan melalui Hadith dan Sunnahnya (seperti didalam kitab Bukhari).

Adakah Rasul akan mengunakan Quran untok menerangkannya ATAUPUN mengunakan Hadith (seperti didalam kitab Bukhari )??


Riwayat hadith bukan dari Bukhari semata-mata. Persoalan berkaitan HADITH tu lebih luas skopnya, SAMPAI PERSOALAN RUKU' yang saya tanya kamu sebelum ini pun kamu belum jawab, dan kini sibuk pertikai hadith lagi. Kalau maku mahu tolak hadith (tak kira lah Bukhari atau yang lain), maka jawab soalan saya di sini:

http://mforum2.cari.com.my/viewt ... page%3D1&page=5

BACA: Berkaitan Hadith: Rasul bukan guna Bukhari untuk menerangkan ayat Allah. Riwayat Sahih Bukhari tu riyawat bersanad tentang Sunnah Nabi dalam bermacam-macam hal ketika Nabi masih hidup mahupun telah wafat.

Setelah kamu berjaya jawab persoalan tu, kita akan bincang lebih lanjut soal Hadith.

Soalan LAMA saya masih anda belum jawab.
Bagaimana anda Ruku' dan siapa yang anda ikut dalam Ruku' anda?

Q16:64  Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur'an) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan…………………

Q16:89 ………Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur'an) untuk menjelaskan segala sesuatu …………..


Ayat2 diatas menjelaskan bahawa Kitab (Quran) diturunkan kepada Nabi supaya dia bolih MENGUNAKANNYA untok menjelaskan sekiranya berlaku perselisihkan. Menurut Allah, sekiranya berlaku perselisihan Nabi disuruh mengunakan Quran untok menjelaskannya.
Ini bermakna Nabi tidak mengunakkan apa2 yg diluar dari Quran untok menerang dan menjelaskan sesuatu perselisihan.

Ayat Q16:89 menjelaskan bahawa Quran akan memperjelaskan segala sesuatu jadi ianya dengan sendiri menolak kononnya Nabi ada memberi penjelasan yg diluar dari Quran. Sekiranya Quran itu menerang segala sesuatu maka perlu kah kepada Hadith2 seperti yg terdapat didalam kitab Bukhari??


Anda masih mahu guna ayat Al-Quran tertentu dan meninggalkan ayat yang lain? SILA JELASKAN:

Dia-lah yang mengutus di kalangan orang-orang yang ummiyyin seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata, (Al-Jumu'ah, 2)

Walaupun Al-Quran cukup menjelaskan, siapa yang mengajarkan Al-Quran? Masih berselindung dengan ayat-ayat yang kamu pegang dan menolak ayat yang lain?

Dan sekiranya Nabi ada mengeluarkan penjelasan2 yg diluar dari Quran (seperti didalam kitab Bukhari) maka ia bermakna Quran itu TIDAK menjelaskan segala sesuatu. Quran itu TIDAK terperinci dan Quran itu TIDAK sempurna.


Sekiranya orang macam kamu boleh tafsir Al-Quran ikut suka hati, semua orang kafir pun boleh buat macam kamu buat dan masing-masing memutar-belitkan Al-Quran.

Terdapat perintah Ruku' dalam Al-Quran.

Soalan LAMA saya masih anda belum jawab.
Bagaimana anda Ruku' dan siapa yang anda ikut dalam Ruku' anda?

Nabi hanya mengikut apa yg diwahyukan olih Allah kepadanya. Nabi hanya mengunakan Quran sahaja untok menjelaskan. Nabi tidak menguna apa2 yg diluar dari Quran (seperti yg didalam kitab Bukhari).

Inilah Sunnah Nabi yg sebenarnya, iaitu dia hanya bergantung kepada Kitab Allah sahaja.


Dia-lah yang mengutus di kalangan orang-orang yang ummiyyin seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka (1) Al-Kitab dan (2) Al-Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata, (Al-Jumu'ah, 2)

Sesiapa yang tidak menurut Al-Kitab dan Al-Hikmah yang DIAJARKAN oleh Nabi NESCAYA sesungguhnya mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.166910 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list