|
DUGAAN
Suasana di sekeliling begitu sepi sekali. Kesepian yang menjurus kepada kengerian dalam seribu tanda tyanya.
Hadi tahu banyak lagi dugaan yang akan datang. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak tertidur biarpun rasa mengantuknya amat terasa. Sesaatpun dia tidak boleh terlalai. Otaknya ligat berputar, mengatur strategi untuk memenangi pertempuran yang bakal terjadi.
“Satu-satunya cara untuk memusnahkan mereka semua adalah dengan menghancurkan ketua mereka, Jin Bertiga itu.” Kata Hadi kepada Engku Damit.
“Selalunya, pada waktu bulan tidak muncul beginilah mereka akan berada di pulau ini tetapi kali ni tak ada pula.” Keluh Engku Damit. Di wajahnya terukir keresahan.
“Mereka tahu kita ada di sini. Sengaja mereka hantar puaka-puaka tentera mereka untuk memusnahkan kita. “
“Sampai bila kita nak tunggu, anaknda?” Tanya Engku Damit.
“Saya akan cuba menyeru mereka untuk muncul.” Kata Hadi. Dia sendiri tidak yakin usaha itu akan berjaya. Walau apapun, dia tetap akan mencuba.
Hadi memulakan semadinya. Kali ini dia memakan masa yang agak lama. Konsentrasinya agak terjejas, entah mengapa. Berkerut-kerut kelihatan dahinya cuba mencari ketenangan.
“Ya Allah, berikan aku ketenangan hakiki.” Bisik hati Hadi. Setelah melakukan pernafasan berirama, beristighfar dan selawat barulah Hadi berasa tenang.
Dalam semadinya itu, Hadi mendapati Jin Bertiga itu berada di dimensi yang cukup hampir dengan alam nyata. Dimensi merah yang begitu kotor dan busuk itu merupakan persinggahan mereka sambil meninjau apa yang berlaku di Pulau Semberani. Hadi cuba berhubung dengan mereka tetapi tidak kesampaian. Entah apa sebabnya dia sendiri tidak tahu. Daripada pengamatannya, Hadi yakin mereka akan turun ke Pulau Semberani pada bila-bila masa sahaja. Bagaimanapun, ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Hadi berasakan seperti ada tenaga negatif lain yang lebih hebat berlegaran di dimensi itu.
“Tenaga apa pula ini? Getarannya begitu kuat sekali.” Fikirnya. Puas dia cuba untuk mengesan punca tenaga itu tetapi masih gagal. |
|
|
|
|
|
|
|
getarann yg kuatt..ciss ade jin di situu..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tahan citer pokcik.......![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Bro x ada sambungan nyee ker....tgh syok nieeee...plsss.... |
|
|
|
|
|
|
|
pakcik, saya tanya kawan saya dia kata mmg ada jurus2 cam gituh. tapi saya pun nak jadik pakcik juga ler ![](static/image/smiley/grapeman/13.gif)
![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
go.. go.. go.. pakcik azred..:pompom::pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
:pompom::pompom: makin rancak ![](static/image/smiley/default/3drool.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
:pompom::pompom: makin rancak ![](static/image/smiley/default/3drool.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
....salam pu3fiona, ilahkhatibrani, johari aris, eyealong, shrekfiona, adzyla.....makacih semua atas semangat yg diberikan . Maafkan keterlamabatan menyambung cite coz pokcik ni kais pagi makan pagi..., kono carik makan sano sini...., kadang2 tu otak jem gak he he ![](static/image/smiley/grapeman/23.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
270# azredclaw66
salam pokcik....hehehe...tkpe...pelan2 k :pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah puas mencuba, Hadi kembali ke frekuensi normal.
“Bagaimana anaknda?” soal Engku Damit seperti tidak sabar-sabar lagi.
Hadi menggeleng-gelengkan kepalanya. Wajahnya dibasahi peluh yang merenek keluar. Dia menarik nafas sedalam dalamnya dan melepaskan nafas dengan satu dengusan yang kuat dan padu.
“Sukar untuk menghubungi mereka tapi rasanya mereka akan datang pada bila-bila masa saja lagi. Tambahan pula, banyak anakbuah mereka kecundang di tangan kita.” Kata Hadi.
“Elok kita jangan tidur, mana tau mereka akan muncul bila kita lalai,” ujar Engku Damit lagi.
“Benar tu, ayahnda. “ Hadi membuat sedikit senaman ringan bagi menyegarkan tubuhnya yang semakin lesu itu. Ungku Damit dan anakndanya berdua itu duduk dalam 'semadi jaga'. Bersedia dalam mantap ketenangan.
Malam yang gelap pekat tanpa cahaya bulan itu punya banyak rahsia yang tidak terungkap. Apa sahaja boleh terjadi. Bila-bila masa. Dingin semakin mencengkam.
Fikiran Hadi kembali menerawang kepada kisah-kisah yang pernah dilaluinya sejak mendalami dunia metafizik. Pernah satu ketika, dia mengikuti bapanya memulihkan gangguan yang menimpa di sebuah banglo besar kepunyaan seorang ahli politik terkenal di pinggir Kuala Lumpur. Ahli politik itu memang kenalan lama bapanya. Telah lama mereka tidak berjumpa sehinggalah Dr. Salam menerima panggilan telefon daripadanya. Dia meminta Dr. Salam turun ke rumanya di Kuala Lumpur. Kebetulan pula, Dr. Salam mempunyai satu sesi ceramah di Pusat Belia Antarabangsa di Cheras pada hujung minggu itu.
“Habis ceramah, kita terus ke Taman Melawati. Abah pernah ke rumahnya lima tahun lepas. Rasanya masih ingat lagi jalan ke sana.” Kata Dr. Salam kepada Hadi dalam perjalanan ke Pusat Belia Antarabangsa itu.
Dr. Salam, sangat dikenali sebagai pengasas program ‘Amazing Mind Power’ iaitu program pemantapan minda yang digunapakai di banyak negara di dunia. Programnya itu menggarapkan teknik-teknik pengoptimuman reaksi neuron. Kadangkala Dr. Salam dijemput ke luar Negara untuk menyampaikan ceramah dan mengadakan bengkel-bengkel ‘Amazing Mind Power’nya itu. Bidang Metafizik tersangat luas, mencakupi kesemua perkara dalam kehidupan seperti kepercayaan agama, perkembangan mental, kesihatan, emosi, spiritual, fizikal dan lain-lain lagi. Walaupun di Malaysia bidang ini belum mendapat tempat sepatutnya, di negara-negara luar terutama negara maju, bidang ini merupakan antara yang paling popular sekali, Dalam satu pungutan suara di Amerika, lebihkurang 75% penduduknya memberi pengiktirafan padu kepada bidang ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila rancak, kena slowkan tempo dan rancakkan balik![](static/image/smiley/grapeman/08.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyaaaaa...bersambung lagi cite niee...baru nak stim heheheeee....![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
275# pu3_fiona
hehe..pu3 ni funny lew...
** TT, lagi..lagi..saya maw.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by azredclaw66 at 11-2-2010 20:20
Dr. Salam tidak jemu-jemu berjuang agar bidang Metafizik diiktiraf sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.
Masalah yang wujud dalam masyarakat kita ialah apabila diajukan mengenai Metafizik, mereka hanya fikir ia berkaitan dengan metos, tahyul, lagenda, makhluk asing dan sebagainya sahaja sedangkan kenyataannya lebih dari itu. Malah bidang Metafizik adalah bidang pengajian yang tertua di dunia sebenarnya. Secara amnya, metafizik adalah sains yang mengkaji perkara-perkara yang tidak Nampak tetapi wujud , umpamanya kebahagiaan, kesihatan. pemikiran, kerohanian, agama dan sebagainya.
Ketika tiba di perkarangan rumah agam yang bernilai ratusan ribu ringgit itu, Hadi berasa hairan kerana keadaan rumah itu agak suram dan gelap walaupun terlihat kilasan cahaya kekuningan api lilin atau pelita . Rumah tersebut berada di puncak sebuah bukit dan sedikit jauh daripada jiran lain. Hadi melihat di bawah bukit, keadaan terang benderang dengan neon bergemerlapan. Sesekali dia seperti terdengar sayup-sayup suara tangisan.
Dr. Salam merenung anaknya sambil membuat isyarat agar berdiam diri sahaja. Mereka bergerak ke pintu pagar ber’chrome’ yang masih kelihatan berkilauan dalam kesuraman cahaya.
“Assalamualaikum! “ Suara Dr. Salam memecah keheningan kawasan itu.
Sesusuk tubuh muncul tiba-tiba di belakang mereka berdua.
“Waalaikumsalam. Allah jua memberi jalan keluar dari kesusahan.” Ucap warga emas yang berseri-seri cahaya wajahnya. Dia merenung mereka berdua sambil tersenyum. Dengan berjubah dan berserban putih, lagaknya seperti seorang ulamak. Beliau terus berlalu dan menghilang di sebalik rimbunan belukar di seberang jalan. Dr. Salam dan Hadi seperti terpukau dan tidak sempat bertindak apa-apapun.
“Ini Dr. Salam kan?” Seorang wanita dalam usia tiga puluhan membuka pagar sambil tersenyum walaupun kelihatan payah sekali. Dia membawa lampu suluh besar tetapi tidak dihalakan ke wajah dua orang tetamu itu.
“Saya kenal rupa doctor dari koleksi gambar suami saya. Errr, saya Ruby, isteri Salleh." Dia kelihatan gugup sambil membawa tetamunya yang masih berada dalam keadaan terpinga-pinga bergerak ke mahligai suram itu. |
|
|
|
|
|
|
|
aaaaahhhhhh bersambung lah pulak!!!!!!!
tak per... tak per... pakcik punya pasal, Along tunggu ![](static/image/smiley/grapeman/20.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka dipersilakan duduk di ruang tamu yang begitu indah sekali. Sofanya diperbuat daripada kulit dan lantai mozeknya dilapik permaidani Parsi yang tebal. Lampu 'chandelier' yang besar dan indah tergantung berkilauan di siling. Setiap penjuru ruang tamu itu dinyalakan sebatang lilin.
"Er..., mana Salleh?" soal Dr. Salam.
"Nanti kita jumpa dia tapi..., saya perlu terangkan dahuku apa sebenarnya yang berlaku.." jawab Ruby dengan perlahan. Matanya terpaku pada potret besar suaminya di dinding ruang tamu itu.
"Kenapa? Salleh sakit ke? Baru kelmarin dia telefon saya suruh ke mari." balas Dr. Salam yang juga sedang memerhatikan potret bear itu.
Lama juga Ruby berdiam diri dan dalam kesamaran itu Hadi yakin dia terlihat airmata Ruby sedang menitis.
"Kenapa Ruby?"
"Tentu Dr. hairan kenapa rumah ni gelap saja. Ini semua berkaitan dengan keadaan Salleh. Dia sedang menderita sekarang....," kata Ruby.
Dr. Salam tidak mencelah. Dahinya berkerut memikirka sesuatu. Dia membiarkan Ruby menghabiskan ceritanya. Hadi sekadar memerhatikan sahaja.
"Salleh disihir...., dah berbulan tak boleh kena cahaya terang. RUpanya juga dah tak seperti manusia yang sempurna..." |
|
|
|
|
|
|
|
Dr. Salam masih berdiam diri dan membiarkan Ruby bercerita lagi. Hadi berasa gelisah tiba-tiba seperti ada sesuatu yang memerhatikan mereka ketika itu.
"Ini semua berlaku selepas kami mengambil seorang tukang kebun yang datang meminta kerja di sini tiga bulan dahulu..." RUby memperlahankan suaranya sambil matanya melilau ke sana sini seolah-olah takutkan sesuatu.
Dr. Salam memberi isyarat kepada Hadi untuk membina 'perisai kalimah' sebagai ikhtiar mengelak sebarang serangan atau intipan mana-mana pihak.
"Teruskan Ruby, tak perlu takut. Tuhan ada kan..." Dr. Salam memberi semangat.
"Dia membahasakan dirinya Wak Joyo. Sejak dia bekerja di sini, berbagai perkara pelik terjadi."
"Seperti apa Ruby?"tanya Dr. Salam.
"Kami tak pernah nampak Wak tu bekerja waktu siang. Tapi setiap pagi, kawasan rumah dah siap dibersihkan. Batas bunga pun sentiasa basah seperti sering disiram. Wak Joyo tu pun hanya keluar waktu senja dan malam. Asyik kurungkan diri di rumah pekerja di belakang tu. Jarang sekali dapat bercakap dengan dia. Ada malam-malam tertentu kami terbau asap kemenyan dan dengar bunyi mengerang dari rumah pekerja tu. Satu malam Salleh pergi menyiasat......" Ruby terdiam seketika sambil mengesat airmatanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|