|
M3: Citra Bahasa, Penyerlah Nusantara [Next Task: 17 Dec]
[Copy link]
|
|
Reply 247# sixret
ow ow.. ow ow.. tidak..
bru pasan, ptot laa sume benda die tau ttg situ.. situ pelat kedah laa...
urmm pastu thread yg lepas2.... ayat die juga scukup rasa x de ganas2 punya... SAH !!! SAH !!! |
|
|
|
|
|
|
|
memandangkan takde org pilih lagi, kesian pulak. I pilih cloudnine_mm untuk yg ke-2 :lovel ...
eddysheddy Post at 23-8-2011 18:40
Eddy iols setuju...nanti biler cloudnine dh kasik teka tekikita discuss jawapn..then pantun iols buat n kasik uols tgk dulu deh...ngeh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cinta_ungu
tq ungu Panel yg sgt best
azharazhar91 Post at 23/8/2011 22:56
same2 kasih gak azhar..korang pun mmg best |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 3
“Mak, abah, Aamir pergi. Assalamualaikum,” kata Aamir kepada Mak Limah dan Pak Zainal yang tercegat di muka pintu selepas Aamir bersalam dengan kedua-duanya.
“Waalaikumussalam. Ada dah semua? Kau tu nak pegi setahun, bukan sehari dua,” kata Pak Zainal. Mak Limah hanya memandang lesu. Seolah-olah hilang kata-kata.
“Ada dah bah. Rasanya semua dah masukkan tadi,” balas Aamir.
Aamir menyorong begnya, dia melambaikan tangan. Ramlan telah sedia di dalam kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux menunggu di luar rumah. Aamir masuk ke dalam kenderaan itu. Selepas melepaskan hon, Toyota Hilux itu menderu pergi.
Aamir melihat dari cermin sisi. Dia masih melihat ibu dan ayahnya masih di pintu. Mereka seolah mahu bersuara tetapi tertahan. Lama kelamaan pandangan semakin kecil apabila kenderaan bergerak semakin menjauh.
“Mak, abah, maafkan Aamir,” getusnya.
Ramlan memandang Aamir. “kau kenapa?”
“Eh, tidak ada apa. Nanti singgah Petronas depan tu, aku nak beli benda,” kata Aamir.
Sementara itu, di depan pintu rumah, Mak Limah merangkul erat pinggang Pak Zainal dan menyendeng lehernya ke bahu Pak Zainal. Mak Limah menangis teresak-esak sehingga terjatuh serkup kepalanya sekali gus kepalanya yang hampir botak terdedah.
Pak Zainal menenangkannya.
“Ini juga keputusan awak,” kata Pak Zainal.
----
Selepas kira-kira lima jam perjalanan melalui laluan balak di pos Tuil Cameron Highlands, kereta Toyota Hilux Ramlan berhenti. Ada lima buah lagi kenderaan jenis serupa yang turut serta dalam konvoi itu. Salah sebuah daripadanya memuatkan pelbagai ubat-ubatan.
Ramlan turut dari kenderaan tersebut dan menemui Puan Jamaliah dan lapan orang sukarelawan yang lain yang menggeledah barang-barang makanan.
Aamir masih di dalam kereta sambil membaca surat khabar yang dibeli di stesen minyak tadi.
Tiba-tiba suasana jadi bising. Anak-anak orang asli yang nampaknya masih kecil berlari-lari kea rah kumpulan konvoi. Dengan berkaki ayam, mereka seolah-olah tidak mengendahkan apa jua yang dipijak. Mereka kelihatan begitu teruja untuk menyambut kumpulan konvoi itu yang ibarat `rusa masuk kandang’.
Mereka mengerumuni Puan Jamaliah yang sedar mengedarkan buku-buku roti.
Keletah anak-anak orang asli itu membuatkan Aamir asyik seketika.
“Ya, di sinilah aku akan temui ketenangan” naluri Aamir terbetik.
Tiba-tiba terdengar rungutan Ramlan.
“Eh, habislah. Memang tidak ada line langsung,” kata Ramlan yang menghala telefon bimbit Blackberrynya ke sana ke mari. ‘Masaklah kita, tiga bulan kat sini. Hutan dalam ni,” katanya.
“Kat Sabah, Sarawak nanti pun sama kot,” celah Aamir.
‘Gila,” ucap Ramlan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sixret at 23-8-2011 23:23
Reply 266# cinta_ungu
ayoyo.camana cu tahu senarai nama yg pegi ni? anjat boboi nengok.{:1_126:}
akak pegi 2 malam 26 dan 27. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cinta_ungu
ayoyo.camana cu tahu senarai nama yg pegi ni? anjat boboi nengok.{:1_126: ...
sixret Post at 23/8/2011 23:19
saye tgk kat database CARI |
|
|
|
|
|
|
|
eddy punye mmg slot identiti betul..
siap iklan haaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 250# cinta_ungu
jgn lupa bg markah sekali tau
(berapa agaknye tu) |
|
|
|
|
|
|
|
uwekkk tu bukan kak zie atau ct..aku pernah berbual ym ngan die, guna nama sebenar
die cuma peminat ct mcm kita gak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 234# azharazhar91
perghh... cepatnya siap...
kitorg gigih nak konfemkan jawapan... |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 4 (anggap perbualan adalah dalam bahasa Melayu)
Aamir berjalan laju-laju melintasi pintu-pintu bertulis nama-nama yang cukup sukar untuk disebut itu. Dalam hatinya ada simpan rasa geram yang meruap-ruap. Kehadirannya di pejabat pensyarah itu disulami rasa amarah. Mulutnya berkali-kali mengucap “Mustahil”
Dia berhenti di satu pintu. Tertulis sebaris nama. “Olga Pavlova”. Dia mengetuk pintu agak kuat. Pintu dikuak. Seorang wanita berusia awal 40-an membuka pintu.
“Oh kamu, Aamir Sharafudin Zainal, masuklah” kata Olga amat mengingati nama itu.
Bau lempeng pirozhki, sup solyanka dan krim masam smetana bercampur dengan wain menyebu hidungnya. Terasa loya tekaknya. Aamir terbatuk.
Olga masih cantik walau sudah agak berusia. Tubuhnya langsing dan gerak gerinya menggoda. Bibirnya merah menyala melengkapi wajahnya yang putih melepak. Rambutnya ikal hitam pekat. Walaupun dia seorang pensyarah berpengalaman yang cukup disegani dan pakar rujuk dalam farmaseutik namun dengan rupa parasnya yang rupawan, dia masih menjadi kegilaan waima di kalangan anak didiknya.
“Saya ingat awak tidak akan jejak ke bilik saya,” katanya.
“Puan Olga. Saya datang cuma mahu bertanya. Apa yang awak dah buat pada saya?” jerkah Aamir.
“Oh, tentang tu. Sengaja” kata Olga mengenyit mata.
“Saya sudah agak. Puan sengaja gagalkan saya untuk dua subjek tu kan?! Saya tahu!” kata Aamir.
“Hahahahaaha,” Olga ketawa terbahak-bahak. Dia duduk sambil menyilangkan kakinya. Kepalanya menggeleng-geleng.
“Aamir, Aamir… Awak memang patut dapat E,” kata Olga sambil ketawa lebih nyaring dan kuat.
Aamir terdiam. Dia menghela nafas sebelum menyambung…
“Puan, ini semua pasal hal itu ke?
“Ya, siapa suruh awak tolak ajakan saya. Sebagai pelajar awak mesti ikut kemahuan saya. Awak terimalah balasannya!,” kata Olga menjegilkan biji matanya.
“Puan, empat tahun saya belajar bersungguh-sungguh dan ini tahun terakhir saya. Saya tidak sanggup melalui setahun lagi untuk mengulang subjek. Saya mahu pulang ke negara saya. Saya tidak mahu mengecewakan mak dan ayah saya yang mahu melihat saya berjaya. Saya rindukan mak ayah saya. Saya tak sanggup puan. Saya sudah bersiap sedia untuk pulang.
“Hahahahahaha.. rindukan mak ayah? saya tidak sangka ada pelajar saya seperti awak,” sambil wanita itu menuang wain merah ke dalam gelas tinggi.
“Kalau hari tu awak tolak untuk bersama saya. Yang ini, mari cuba?” Kata Olga sambil menyuakan wain itu ke arah Aamir.
Aamir semakin bengang dengan perangai wanita yang merupakan pensyarahnya itu.
“Saya tidak mahu!” kata Aamir.
“Kalau awak tidak mahu terimalah hakikat yang awak gagal. Hahahahaahahaha,’ kata Olga.
“Saya boleh buat aduan kepada dekan Sergei Prokofiev atau yang lebih tinggi,” kata Aamir yakin.
“Awak ugut saya. Berani awak? Siapa yang hendak percaya cakap awak. Saya pensyarah yang cukup berpengaruh. Saya pemenang hadiah Nobel kebangsaan. Awak?” kata Olga semakin menyakitkan hati Aamir.
“Kerana awak degil terima lah hakikat yang awak akan gagal selama-lamanya. Sekarang cuti semester, jumpa semester depan nanti ya. Jumpa untuk setahun lagi. Hahahaha,” kata Olga.
Aamir semakin geram. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya. Dia menerpa ke arah Olga dan mencekik wanita itu kuat-kuat.
Wanita itu berhenti bernafas.
Aamir melepaskan tangannya dari leher Olga. Aamir kaget.
“Ya Allah, apa dah aku lakukan. Aku sudah bunuh orang” katanya.
Aamir terasa seperti seluruh alam berputar. Dia tak tahu apa yang perlu dilakukan. Dia lantas keluar dari bilik itu.
Mayat Olga terkulai layu di atas meja.
--
“Hello, travel agency Moscowtravel. Saya telah menempah dengan syarikat cik minggu depan 23 Ogos 2009 ke Kuala Lumpur, Malaysia dengan penerbangan KLM Royal Dutch. Bolehkah kalau saya awalkan keesok? Ada kecemasan” Aamir cuba melawan cungap.
“ Esok? Terlalu awal. kami boleh usahakan tapi tidak boleh janji walaupun polisi kami membenarkan. Anda juga akan dikenakan caj yang agak tinggi 10,000 ruble. Kamu ok?
“Boleh. Apa sahaja.
“ Ok. Sebentar. (Selepas 5 minit) Ada kekosongan. Esok pukul 9 malam. Ok? Jadi tambang penerbangan awal 52,000 ruble campur 10,000 ruble. Semua sekali 62,000 ruble. Ok?
“Ok!!” kata Aamir selepas mencongak lebih kurang RM6,000 untuk pulang ke Malaysia esok.
Esoknya, dari lapangan terbang Sheremetyevo, Aamir pulang ke tanah air. Dia menempuh 20 jam yang cukup meresahkan lagi menyesakkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by eddysheddy at 24-8-2011 08:47
Episod 5
Tiga bulan kemudian
Aamir leka memeriksa kesihatan orang-orang asli di balai raya Pos Hendrop. Kelihatan wanita orang-orang asli datang berbondong-bondong dengan mendukung anak masing-masing dengan anduh kain yang diikat pada leher.
Tiba-tiba Puan Jamaliah menghampiri Aamir.
“Aamir ada sepucuk telegram untuk anda,” ujar Puan Jamaliah.
Aamir melihat kehairanan lalu mengambil telegram tersebut dari Puan Jamaliah.
Dia membaca telegram ringkas tersebut yang merupakan pesanan daripada kakak saudaranya, Maisarah, atau lebih tepat lagi Dr. Maisarah.
“Aamir, Kak Sarah ni. Mohon Aamir pulang segera. Mak Lang Limah sedang nazak - 22 Disember 2010.”
Aamir lihat tarikh itu, telegram ini sudah dua hari berlalu. Aamir seakan mahu pitam mendengar perkhabaran itu. Peluh jantan memercik dahinya.
Sempatkah?
Aamir tidak ada jalan lain. Dia tidak boleh terus bersembunyi. Dia perlu pulang melihat keadaan ibunya.
--
Aamir menangis di perkuburan. Tangannya mendakap erat batu nisan. Tanah yang dikambus masih merah. Dia menjerit `ibu, ibu maafkan Aamir’ berkali-kali.
Aamir telah terlambat. Ibunya telah menghembuskan nafas yang terakhirnya malam semalam. Aamir sedih kerana tidak sempat menatap wajah ibu tersayangnya dan memohon ampun atas silap dan salah. Dia tidak sempat melihat jasad mahupun jenazahnya pun.
Walaupun Aamir tahu, dan kita semua tahu, Aamir tidak berniat mengguris hati ibunya. Segala yang berlaku adalah takdir yang cukup memeritkan yang tertulis untuk Aamir seorang anak muda yang ikhlas mahu berbakti dan menjadi anak kebanggaan kedua ibu bapanya namun diduga dengan tindakan seorang manusia keparat yang menyebabkan dirinya hilang neraca pertimbangan.
Bapa Aamir memandang hiba anaknya dan memegang bahu Aamir.
“Ibu menderita kanser payu dara. Kira-kira dua bulan selepas Aamir pergi melanjutkan pelajaran di Rusia, ibu telah didiagnosis penyakit itu dan doktor menyifatkan ibu telah berada di peringkat yang agak parah dan dijangka hanya boleh hidup kurang daripada lima tahun. Ibu sengaja merahsiakannya kepada Aamir kerana tidak mahu Aamir risau dan pelajaran terganggu.
“Bila Aamir balik, tinggal kurang setahun lagi untuk ibu dijangka menemui ajalnya. Ibu masih berahsia kerana ibu tidak mahu merisaukan Aamir yang kelihatan sedia runsing. Aamir tidak perasan ibu sentiasa mengenakan serkup kepala? Ibu Aamir sebenarnya sudah kehilangan rambut setelah menjalani pelbagai rawatan. Ibu menemui Maisarah setiap dua bulan. Kau ingat Maisarah? kakak saudara kau yang menjadi pencetus semangat untuk kau mengambil bidang perubatan dan berazam untuk menuruti jejaknya,” kata Pak Zainal.
Aamir semakin menangis.
“Sudahlah anak, ibumu sempat berpesan. Walau apapun yang kau lakukan, ibu tahu, dia dapat merasakan kau tidak sengaja menyakiti hatinya. Dia sempat memaafkan kau.”
Aamir memejam matanya. Dia dapat merasakan salju kasih sayang bondanya. Dia membuka mata.
Siren kereta polis berbunyi menghampiri tanah perkuburan. Semakin lama semakin kuat menendang gegendangnya.
Aamir sedar esok dia akan menjadi tajuk berita.
Habis. |
|
|
|
|
|
|
|
eh, ada pun part last..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|