|
maaf nak tanya sini...betul ke kalau kita baca surah yassin ayat 1-9 then ketuk lantai...kalo ade bunyi cicak it means ade makhluk ghaib di situ???? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply safamm
Itu pasal saya terangkn saudara, jgn semudah menuduh sesuatu haram tanpa kajian da ...
evilcooler Post at 19-11-2011 00:23
itu laa yg saya tanyakan.. apakah pertanyaan perawat pada pesakit bila perawat nk melakukan ritual bakar bata tu???
Pulangkan sihir?? Balas balik ?? atau apa ayat nye?? |
|
|
|
|
|
|
|
la kenapa tak tanya kat perawat tu sendiri kenapa ? ish2
dah tentu2 ayat2 yg dibaca m ...
madmualij Post at 19-11-2011 01:25
yelaa tp kenapa perawat tu tak bagi amalan ayat pendinding??
kan bagus dibaca ayat Alquran tu hanya untuk mengagungkan Allah pencipta kita..
sapa laa kita hanya hamba seorang hamba disisi Dia Yang Maha Esa...????
Jgn letakkan ayat melebihi tuan punya ayat ustaz |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 263# safamm
Cuba la tanya pada yang arif dan pengamalnya. Kenapa tanya saya?
Awak tahu x kaedah membakar bata ni seelok2nya di buat oleh pesakit itu sendiri atau warisnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Tukarlah bakar bata ... kita goreng pasir garam pulok .... gaul dgn buah berangan ... sambil makan sambil berangan |
|
|
|
|
|
|
|
semua kaedah pakai jin dia jer yg x pakai jin...... wahahaahahha........... |
|
|
|
|
|
|
|
contoh 1
ermmm...Kena pelempang 2 kali, dah pun aku rasa nak balas...ada lagi ker zaman sekarang ...
razman_el Post at 18-11-2011 17:29
aku nak bagi contoh gak:
contohnyer gini, ade sorang mat rempit malam malam dia preeemmmm proooommm depan rumah kiter anak kecik yg tengah tidor pon boleh terkejut, tiap2 malam, tambah2 malam jumaat hehehe, sudah semestinyer kiter marahkan.
menganggu ketenteraman kiter sekeluarga, lagi pon memang niat mat rempit tu nak mengacau kiter ngan ekzoss dia tuh.
pastu disebabkan marah tadi dan rase teraniaya kiter pon berdoa, mase nak bakor rokok sebab tension "Ya Allah aku minta agar supaye mat rempit yg mengacau aku tadi tuh terbakor motor dia macamane aku bakor rokok nih"
Nak dijadikan ceriter doanyer termakbul, malam esoknyer mat rempit tu pon preeeeemmmm depan rumah dengan gaye superman hehehe pastu kebaboooommm terbakor motor mat rempit tadi bukan stakat motor dengan mat rempit tu skali jadi satay hehehe.
soalannyer berdosa tak kiter , sememangnyer kiter cakap aku mintak motor je terbakor hehehe tapi sunnah alam jangan lupe. |
|
|
|
|
|
|
|
Sblm membuat hukuman bakar bata adalah sihir ... rasanya baik fahami dulu makna sihir. Apa itu sihir? Balik kepada asas. |
|
|
|
|
|
|
|
Rata2 mangsa sihir terseksa hidup, ada sampai tak boleh solat, bercerai & anak pinak tak terurus. Setengahnya menanggung derita 10-20 tahun akibat santau, busung. Kebanyakkannya bila dah berubat, di tambah dos baru. Sebab tu hukum orang melakukan sihir ni dibunuh kerana sudah syirik.
Bila dah dibuat permohonan kepada Allah swt, takkan makhluk jin je yg datang tolong. Berlambak lagi makhluk Allah yg boleh menjalankan tugas tersebut. Ilmu Allah tu luas, tak terbatas.
Kena tengok jugak siapa yg endorse kaedah bakar bata ni. Ustaz Harun Din, saya rasa masa kebanyakan kita tak lahir lagi, dia sudah mendalami ilmu agama & perubatan Islam. Seorang yg diakui keilmuannya didalam dunia akademik pengajian Islam. Dr Amran Kasimin pun sama.
Kena lah berfikiran terbuka. Jangan kerana merasakan kita je betul, kita menidakkan kebenaran. |
|
|
|
|
|
|
|
Sblm membuat hukuman bakar bata adalah sihir ... rasanya baik fahami dulu makna sihir. Apa itu sihir ...
te_peng Post at 19-11-2011 08:24
sila2 bro te-peng bagi dulu definasinyer yer...tujuan kiter berforum bukan nak cari musuh tapi untuk bertukar2 pendapat,berkongsi ilmu,tegur menegur dll pokoknyer untuk kebaikan bersama.
sila2 bro te-peng. mulakan dulu yer. kawe nih bodoh tak pandai starang habuk pon. |
|
|
|
|
|
|
|
acong kalo kawe lempang awok agok2 awok lempang balik ke,atau tumbuk muke kawe nih a ...
gammbir33 Post at 19-11-2011 08:27
ish....... nko nie kan...... kalo ko lempang, aku lempang laa balik dgn manja........ |
|
|
|
|
|
|
|
org yg kena sihir menderita terlentang
family habiskan masa, tenaga sana sini bwk gi berubat
org yg menyihir termasuk bomoh dan pengupahnya senang lenang lepak depan TV |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by robotech at 19-11-2011 17:10
CIRI-CIRI PUSAT RAWATAN ISLAM YANG BAIK
gambar hiasan Tuan Guru Dato' Dr Haron Din pengasas Pusat Rawatan Islam Darussyifa
1) Menggunakan alquran dan hadis dalam kaedah rawatan
- kaedah rawatan dan doa-doa adalah dari alquran dan hadis yangboleh dirujuk kepada kitab asalnya dan kitab perubatan Islam karangan ulama-ulama.
2)Kaedah rawatan bersih dari unsur syirik dan tiada kaedah rawatan yang boleh mendatangkan fitnah.
a) Tidak menggunakan tangkal seperti yang disarankan oleh Tuan Guru Dr.Haron Din
b)Tidak menggunakan kaedah yang boleh mendatangkan fitnah atau menyerupai syihir seperti bakar bata, tukul paku ke dinding untuk ubati sakit gigi,atau rawatan cara tidur yang boleh disalahgunakan.
3)Menggunakan kaedah dari ulama Islam dengan berhati-hati.
Kaedah dari ulama semata-mata jika digunakan tanpa berhati-hati boleh mendatangkan fitnah.
contoh: 1)Ada sebahagian ulama membolehkan perawat lelaki menyentuh badan pesakit wanita, tetapi kena berhati-hati kerana sentuhan yang berlebihan dan agak lama boleh mengundang nafsu syahawat,terutama jika perawat lelaki masih gagah dan pesakit wanita muda dan cantik.Dalam proses mengeluarkan jin kaedah tarikan keluar menggunakan tangan sambil membaca ayat kursi/atau zikir lain boleh menimbulkan fitnah jika:
i)jin ditarik keluar dari arah perut melalui dada terus ke kerongkong dan mulut pesakit. Sentuhan yang lama dan mungkin terkena buah dada pesakit.
ii)jin yang di tarik keluar dari peha ke kaki juga mengambil tempoh yang lama dan mengundang nafsu kerana boleh menyebabkan kain terselak atau ghairah pesakit wanita kerana disentuh di kawasan sensitif
Sebenarnya ada kaedah alternatif yang boleh dibuat untuk mengeluarkan jin seperti bekam,makan kurma 7 ulas sehari dll. Dari pengalaman saya kaedah tarikan ini sangat kurang mendatangkan hasil yang memuaskan
contoh2)Kaedah pukulan. Kaedah pukulan dengan rotan atau kayu nona dan sebagainya sepatutnya tidak menimbulkan masalah kepada pesakit .Ini kerana pukulan yang berlebihan boleh menyebabkan trauma atau rasa cuak kepada pesakit untuk datang berubat.Begitu juga jika ingin memukul pesakit di bahagian lengan atau kaki tidak perlu membuka lengan atau kain pesakit. Penyakit gangguan jin/sihir biasanya mengambil masa yang lama untuk sembuh walaupun ada kes-kes yang tidak lama. Ini kerana dengan menggunakan kaedah Islam perubahan sikap pesakit adalah amat penting untuk membantu kesembuhan seperti bertaubat,menutup aurat dengan sempurna,tidak melakukan syirik dengan pergi berjumpa bomoh, menambah pembacaan quran dan zikir, solat tahajjud dsbgnya.Ini adalah faktor yang lebih penting daripada dia mendapat kesembuhan segera tetapi masih kekal dengan perbuatan buruk dan syiriknya
contoh3)Tidak perlu bagi perawat Islam memandikan pesakit wanita apalagi dengan menyuruh mereka membuka tudungnya.Kenapa perlu memandikan mereka seolah-olah mereka tidak boleh dimandikan oleh suami atau adik-beradik atau anak mereka?Kebanyakannya bomoh yang memandikan pesakit wanita dan hasilnya banyak berlaku kes pencabulan .Jika kita memberi ruang kepada perawat Islam berbuat seperti ini tidak mustahil tidak lama lagi akan berlaku kes perawat Islam mencabul pesakit pula
4) Tidak mencampur-adukkan kaedah Islam dan perbomohan, sehingga sukar dibezakan kaedah Islam dan kaedah bomoh.
Untuk memudahkan pembaca blog dan pesakit membezakan kaedah ini maka kita perlu menakrifkan dengan jelas apakah kaedah perbomohan
Sebahagian rawatan penyakit dengan kaedah perbomohan:
1)rawatan jarak jauh-menggunakan qadam untuk mengurut/merawat gangguan sihir
2)merawat semua jenis penyakit fizikal-biasanya keperluan barang ubat/herba tidak jauh berbeza dengan rawatan Islam,doa atau ayat alquran yang dibacakan mungkin sama, cuma ada tambahan bacaan atau seruan yang hanya diketahui oleh bomoh berkenaan
3)buang saka-ilmu kaut jin, buang jin cara instant
4)terkena santau
5)gangguan makhluk halus seperti jin atau syaitan
6)mandi bunga
7)pagar rumah
8)pagar kebun
9)pedinding keluarga
10)susuk,nombor ekor,seks, rumahtangga dan lain-lain mengikut kategori bomoh
Kaedah-kaedah rawatan/ilmu yang digunakan oleh bomoh:
1)Teknik berhubung dengan alam ghaib,bercakap dengan jin,puteri bunian dan meminta pemberian barang aneh atau sakti
2)tenaga dalam,tenaga batin,prana
3)buka mata ketiga,pancaindera keenam
4)silat ghaib,silat seru,ayat 4
5)ilmu qadam(khodam),-untuk terbang,mengintip,membawa barang aneh dari alam jin dll
6)pengisian qadam dalam batu cincin untuk penunduk,pelaris,pemanis- berhati-hati membeli batu cincin yang dikatakan hidup atau boleh memurahkan rezeki,penunduk binatang bisa dsbgnya.
7)ilmu parang terbang,keris terbang
8)pengisian ilmu urutan,urutan jarak jauh,urutan batin,urut patah
9)ilmu kebal,susuk gagah,angkat barang yang sangat berat
10)ilmu pancing ikan
11)belajar silat dari mimpi,juga belajar ilmu perubatan atau urut oleh guru yang datang ketika tidur/mimpi
12)ilmu merdu suara-untuk menyanyi,azan,main seruling,memikat wanita
Sumber: http://www.rawatanislam.org/2010/05/ciri-ciri-pusat-rawatan-islam-yang-baik.html |
|
|
|
|
|
|
| |
|