|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
nicky saje jek nk menyelitkn diri kt sini.....
rafflesia76 Post at 11-7-2012 17:42
ala ala abe zul yg nak enterprem jugak dlm cerita sendirikk... |
|
|
|
|
|
|
|
nicky p maner ni? meowwwww......nak susu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak puas lagi minum susu rupanya...
Disebabkan nicky MIA, kita bakor r ...
ladyFinger12 Post at 12-7-2012 16:32
bini bilk sebelah.. pastu nicky meow tuh sibuk nak tido sekatil ngan fandi tu jugakkk |
|
|
|
|
|
|
|
bini bilk sebelah.. pastu nicky meow tuh sibuk nak tido sekatil ngan fandi tu jugakkk
cmf_conan Post at 12-7-2012 16:40
betul tu conan....si nicky tu kn dok menggatal nk meleser2 ngan fandi kn....sure time fandi nk start ngurat2 bini dia, time tu jgak le si nicky tu dtg terkangkang2.... mintak dibelai kekdahnye..... |
|
|
|
|
|
|
|
adehhh takleh blah betul imaginasi
cmf_conan Post at 12-7-2012 17:44
salam n morning....conan, ni imaginasi yg jujur tau....mmg nicky suker wat camtu.... |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum and morning semua ...
mau gi klinik arini .. cucuk baby .. hehehe ...
nicki .. sambung byk2 taww ...
balik nanti mau bacha ... heheheh
|
|
|
|
|
|
|
|
miyauuuu miyauuuuuuuu nak friskiess laparrrr nyauuuu
genchi Post at 12-7-2012 11:20
Nak priskis? Beli sendirik!
P/s: Nicki tak mamam priskis...taste dia ikan kembung rebus je... |
|
|
|
|
|
|
|
bini bilk sebelah.. pastu nicky meow tuh sibuk nak tido sekatil ngan fandi tu jugakkk
cmf_conan Post at 12-7-2012 16:40
Hang jeles ka Conan? > Nicki The Cat yang tanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 270# hotmum
Kirim salam kat Asraf... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 263# prettyuglybabe
Coming.... |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 14
“Kandungan Fifi sudah pun masuk minggu ke lima belas. Panjang baby Fifi sekarang, lebih kurang…11.5 sentimeter. Jantung dia pun dah semakin kuat. Kadang-kadang, Fifi akan rasa sakit sikit pada bahagian rahim sebab baby jadi makin besar sebab rahim Fifi mengembang. Ini gambar baby Fifi”
Perbualan yang terakam dengan Dr. Suhaila siang tadi kembali berputar di kepalanya. Sofea Raihana memandang lagi gambar 3 dimensi, gambar penghuni yang tinggal di dalam rahimnya. Gambar itu diberikan oleh Dr. Suhaila, doktor sakit puan yang memeriksanya di Pusat Perubatan Naluri. Sejak awal lagi, mama membawa dia menjalani pemeriksaan di klinik yang terletak di Wangsa Maju itu. Fifi tahu, mama memilih pusat rawatan itu adalah kerana Dr. Suhaila itu adalah rakan baik mamanya.
Perasaannya bercampur di antara sedih, marah, sayu. Namun, sejak dia melihat gambar itu, ada satu perasaan lain yang melanda hatinya. Tidak pernah dia merasakannya sebelum ini. Rasa seperti terharu apabila melihat gambar bayinya sendiri. Juga ada rasa teruja.
“Patutnya, berat Fifi dah bertambah sekarang ni tapi Aunty tengok, Fifi makin cengkung. Kenapa?”
“Fifi tak ada selera”
“Tak boleh macam tu, Fifi. Fifi kena ingat, Fifi mengandung. Sekarang ni, Fifi kena jaga makan. Kena banyak makan sayur, makan buah. Banyakkan makan makanan yang ada karbohidrat. Susu pun kena minum, untuk bekalan kalsium. Kalsium penting untuk pembinaan tulang dan gigi baby, dan untuk Fifi juga. Kalau Fifi kurang kalsium, Fifi senang kena osteoporosis. Lagipun, kalsium ni dapat mengelakkan kaki cramp masa tidur. Fifi kena jaga diri”
“Fifi dah boleh rasa baby tu bergerak tau”
Baby bergerak…
Fifi menuju ke arah cermin meja soleknya. Dia melihat cermin. Bermula dari wajahnya, kemudian turun ke bawah.
“Sama je…” Fifi berkata sendiri. Perutnya masih kelihatan rata. Perlahan-lahan, Fifi meletakkan tangannya di atas perut. Menekan secara lembut. Dia cuba mencari gerakan yang di katakan oleh Dr. Suhaila.
“Tak ada pun..” Fifi terasa sedikit kecewa. Dia ingin merasa bagaimana bayinya bergerak.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nina!
“Hello…babe”
“Nina. Apa cerita? Kau kat mana?”
“Aku kat Zouk”
“Kau telefon aku sebab nak beritahu yang kau ada kat Zouk? Baik tak payah call”
“Aku nampak Shah!”
Fifi terdiam.
“Kau nampak Shah?”
“Iya…aku nampak dia”
“Nina…Kau mesti tolong aku. Aku nak jumpa Shah”
“Tolong apa? Macam mana kau nak jumpa dia?”
Fifi terdiam lagi. Keningnya berkerut.
“Kau tunggu aku kat situ…aku datang sekarang…”
“No no no… are you out of your mind? Papa kau mana kasi kau keluar rumah?” Suara Nina kedengaran panic.
“Papa aku tak ada. Dia pergi Langkawi”
“Err…laki kau?”
“Ah…pedulilah dengan dia. Please Nina, aku nak jumpa Shah. Kau tunggu aku kat situ” Nina mendiamkan diri.
“Nina…please”
“Okaylah. Aku tunggu”
“Thanks Nina, thank you so much” Talian di matikan. Fifi segera menukar bajunya. Setelah selesai, dia memandang wajahnya sekilas di cermin.
Shah…
Fifi mencapai telefon bimbit dan beg duitnya lalu di masukkan ke dalam beg tangan. Fifi membuka pintu biliknya perlahan-lahan, terhendap-hendap memerhatikan keadaan.
Senyap je..mama mesti ada dalam bilik…
Lantas dia keluar dari biliknya terus turun ke bawah dengan segera.
******************************************** |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 14
“Kandungan Fifi sudah pun masuk minggu ke lima belas. Panjang baby Fifi sekarang, leb ...
Nicki_Meow Post at 13-7-2012 09:48
err.... si boyot nak pergi Zouk ke? :@
Mesti Abe Fandi halang kan? Maka bermulalah titik perkenalan pergaduhan yg bakal mencetuskan api cinta |
|
|
|
|
|
|
|
“Sofea” Fifi hanya sedepa saja dari keretanya apabila terdengar seseorang memanggil namanya. Dia berpusing ke belakang.
Alamak! Apa dia buat kat sini?
“Awak nak pergi mana ni?” Lembut nada suara lelaki itu bertanya. Fifi hanya mendiamkan diri. Dia kembali berpaling ke arah keretanya.
“Sofea Raihana”
“Isk..apa dia?”
“Awak nak pergi mana? Sekarang kan dah malam..” Fandi bertanya lagi. Pelik juga dia melihat tingkah laku Fifi. Tiba-tiba saja Sofea hendak keluar pada waktu malam hari. Kelihatan gelisah dan tergesa-gesa. Dan, di waktu Datuk Yusuf tiada di rumah.
“Can you stop asking me questions? And please stop being nosy! Suka hati I lah nak pergi mana pun” Fifi menjawab kasar. Butang kunci kereta sudah di tekan.
“Sofea!” Fandi memegang lengan Fifi.
“Don’t you dare touch me!” Fifi menolak Fandi sekuat hati. Fandi yang tidak dapat menjangka tindakan Fifi terdorong ke belakang. Tidak menunggu lebih lama, Fifi mengambil kesempatan itu membuka pintu keretanya lalu masuk. Pintunya segera di kunci, tidak mempedulikan Fandi yang mula mengetuk-ngetuk cermin kereta. Tanpa menghiraukan apa-apa lagi, Fifi mengundurkan kereta. Butang pintu pagar automatic di tekan lalu dia keluar dari situ.
“Fandi…!” Fandi menoleh. Datin Haryati sudah menerpa keluar.
“Fandi…Fifi nak pergi mana tu?” Fandi hanya mampu menarik nafas dan menggelengkan kepala.
“Fifi… Ya Allah. Fifi...” Datin Haryati sudah mula menangis.
************************************************* |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|