|
farahanafarah posted on 28-11-2012 10:37 AM
betul2
cuma klu boleh jgn dibuang dulu Salina tue
biar dia dera Lisa
then satu hari masa dia buat onar kat Lisa
si TD nampak terus
hah masa tue brlah TD kata
"U r Fired"
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 28-11-2012 10:39 AM
hampeh deme nie
jap nak post lagi 1 before g class...
|
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 28-11-2012 10:39 AM
baekkkkkkk punya bossss...hahahha
nak wat camner klu x nnt diaorg dok sibuk berkuntum kat PC ana nie
dulu pakai laptop ok gak
nie pakai PC x memasal bos besor tanya wat apa kat bilik cik puan tue
maka akan kantoilah aktibiti ana selama nie
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 16
Tengku Dennis menolak daun pintu dan melangkah masuk. Hatinya panas dengan sikap mamanya yang tidak habis-habis memaksanya untuk berkahwin. Pandai-pandai hendak mencarikan jodoh untuknya pula tu. Sebab itulah dia malas mahu pulang ke rumah keluarganya. Kalau tidak cakap pasal kahwin apabila di pulang ke rumah, memang tidak sah.
Keadaan bilik yang suram menghairankan Tengku Dennis, baru pukul 4 petang. Tak kan sudah tidur. Tengku Dennis melaras kembali cahaya lampu tidur di sisi katil. Dapat dilihat dengan jelas wajah Lisa yang tertidur pulas. Dia segera menangggalkan baju dan menuju ke bilik mandi. Baju Lisa yang bergumpal dan basah lencun di dalam sinki menarik perhatian Tengku Dennis.
Tak kan Lisa mandi dengan baju, fikirnya. Agak curiga namun malas mahu mengambil tahu hal yang remeh Tengku Dennis segera membasahkan badan. Setelah siap mandi dan berpakaian, dia memerhati ke sekeliling bilik. Di satu sudut terdapat 2 bakul yang berlainan warna untuk meletakkan pakaian kotor. Warna putih untuk cucian tangan dan warna biru untuk cucian mesin. Senang bagi housekeeping untuk menguruskan pakaiannya.
Kebiasaannya baju cucian tangan akan digosok dan digantung manakala baju untuk cucian mesin akan dilipat. Bakul itu sudah agak penuh, Tengku Dennis rimas melihatnya lantas nombor housekeeping ditekan supaya datang mengutip baju kotor. Tidak lama kemudian pintu biliknya diketuk. Seorang pekerja yang memakai tag nama Ain tersenyum apabila pintu dibuka.
“Masuklah…bawak semua baju dalam bakul tu pergi laundry. Macam biasalah.” Tengku Dennis memberi arahan. Ain hanya mengangguk sambil mengerling ke arah katil sewaktu melintasinya.
“Lagi satu, ada baju basah dalam sinki kat dalam bilik air, awak pergi ambik.”
“Baik Tengku…” balas Ain sopan. Setelah semua baju-baju kotor di asingkan ke dalam plastic laundry, dia melangkah ke pintu bilik untuk keluar. Ketika melalui Tengku Dennis yang sedang menonton televisyen, Ain berhenti. Terdetik dihatinya untuk mengetahui keadaan Lisa memandangkan gadis itu bukan main lagi berbungkus dengan selimut.
“Errr…Tengku, Cik Lisa okay ke?” tanya Ain takut-takut. Dia tidak biasa berbual dengan bosnya itu, maklumlah hanya bekerja dibahagian housekeeping.
Tengku Dennis mula tayang muka pelik.
“Apa maksud awak dan mana awak tau nama dia Lisa?” soalan berbalas soalan. Ain teragak-agak untuk menjawab. Ternyata dia tersalah cakap, tidak patut bertanya apa-apa sepatutnya namun kerana sikap Lisa yang peramah membuatkan Ain senang dengan gadis itu dan rasa ambil berat itu muncul dengan sendiri.
Tengku Dennis masih menanti jawapan pekerjanya itu.
“Adakah perkara ini ada kaitan dengan baju Lisa yang basah tu?” soal Tengku Dennis lagi. Ain hanya mengangguk. Tengku Dennis mula berdiri, ada sesuatu yang tidak kena yang telah berlaku dan dia tidak tahu.
“Sekarang cerita pada saya satu persatu apa yang awak tau,” soal Tengku Dennis. Matanya tajam memandang pekerjanya yang menunduk.
Habis barang dalam pejabatnya di bangunan Hotel Emperor dibaling. Pekerja yang berada di luar kecut perut dengan amukan bos mereka yang menggila. Masing-masing langsung tidak berani bersuara. Mereka tahu punca kemarahan Tengku Dennis ialah Salina. Gosip tentang Tengku Dennis dan Lisa makin tersebar luas di Hotel Emperor, ditambah lagi dengan amukan Tengku Dennis apabila mengetahui Salina telah menolak kekasihnya itu ke dalam kolam renang.
Masing-masing mula membuat spekulasi. Ada yang memuji Tengku Dennis seorang yang prihatin dan penyayang kerana begitu mengambil berat tentang kekasihnya. Tidak kurang juga yang mengutuk dan mengatakan Lisa bukan kekasih Tengku Dennis tetapi perempuan simpanan kerana tinggal sebilik dengan lelaki itu.
Salina pula sudah selamat dipecat oleh Tengku Dennis. Sepatah perkataan pun tidak dibenarkan keluar dari mulut Salina. Dia percaya dengan semua cerita Ain kerana dia kenal siapa Salina yang sebenarnya. Perempuan itu sememangnya berhati busuk dan bukan perkara yang mustahil jika perempuan itu menolak Lisa ke dalam kolam. Selepas Ain bercerita secara terperinci tentang apa yang berlaku Tengku Dennis segera menghampiri Lisa yang sedang tidur.
Muka gadis itu yang berpeluh dan tidurnya yang sedikit gelisah membuatkan Tengku Dennis segera melekapkan tangan ke dahi gadis itu. Ternyata telahannya benar, Lisa diserang demam. Semakin membuak-buak amarah dalam dada Tengku Dennis melihatkan keadaan gadis itu. Tidak dapat dibayangkan seandainya gadis itu lambat diselamatkan tadi.
Tengku Dennis segera mengarahkan pekerjanya mencari Salina dan menyampaikan pesan bahawa dia ingin berjumpa dengan perempuan itu di pejabatnya di Hotel Emperor. Tanpa rasa bersalah, Salina datang berjumpanya. Riak wajahnya langsung tidak mengandungi perasaan takut atau bersalah, hanya selamba. Mungkin dia tidak menyedari Tengku Dennis sudah tahu apa yang terjadi dan Salina juga tidak tahu siapa Lisa yang sebenarnya.
Teruk Salina ditampar Tengku Dennis, Adam dan Bob yang melihat hanya mampu memandang. Baginya Salina patut diberi pengajaran. Selama ini Tengku Dennis bersabar dengan karenahnya, kali ini lelaki itu sudah tidak mampu bersabar. Tindakan Salina tadi mampu menyebabkan Lisa terbunuh. Sejak dari zaman Salina bekerja sebagai setiausaha Tengku Dennis lagi perempuan itu sering menimbulkan masalah. Sudah diturunkan pangkat pun masih tidak insaf.
Amarah Tengku Dennis sudah sampai ke kemuncaknya, segala rayuan dari Salina sudah tidak dipedulikan. Salina diberhentikan kerja berkuatkuasa serta merta, tanpa apa-apa pampasan. Jika Salina mahu membawa kesnya ke mahkamah, dengan rela hati Tengku Dennis menerimanya. Dia sudah tidak peduli, baginya Salina sudah melampaui batas.
“Bos…ni bubur dengan panadol yang bos suruh beli tadi.” Bob meletakkan beg plastik berisi bubur ayam McDonald dan sepapan panadol di atas meja pejabat Tengku Dennis kemudian berlalu pergi. Lamunan Tengku Dennis terhenti di situ.
Tengku dennis mencapai bubur dan ubat tersebut, terasa ingin cepat sampai ke bilik. Tidak betah meninggalkan Lisa yang demam, bersendirian dikamar. Jika demamnya masih tidak kebah setelah diberi ubat, gadis itu perlu dibawa ke hospital.
Para pekerja yang sibuk berbual kelam-kabut pulang ke tempat masing-masing apabila Tengku Dennis keluar dari biliknya. Takut diherdik bos mereka yang mood nya tidak berapa baik. Setelah kelibat Tengku Dennis menghilang, mereka kembali mengumpat. Ada saja spekulasi yang dikeluarkan berkaitan dengan pemecatan Salina. Ada yang gembira ada yang tidak senang dengan alasan Tengku Dennis tidak professional. Kerana girlfriend, pekerja dibuang. Tetapi majoriti menyokong tindakan Tengku Dennis kerana ramai yang meluat dengan perangai Salina yang perasan bagus.
Pantang bos tidak ada, mulalah dia berlagak mahu jadi bos. Salina juga kurang ajar dengan pekerja bawahan, baginya pekerja bawahan langsung tidak layak berkawan dengannya. Macamlah gaji dia dan jawatan dia besar sangat. Mereka berterusan bercerita tanpa menyedari ada yang memasang telinga. Ada yang bersedia untuk menangguk di air yang keruh dan bersedia untuk membalas dendam.
Dia akan memastikan Tengku Dennis menyesal dan merayunya kembali. Lelaki itu perlu diajar supaya tidak terlalu sombong dan bongkak. Dia tersenyum sinis, mindanya ligat merencanakan rancangan yang akan menyusahkan hidup Tengku Dennis. Dia tidak akan sesekali berdiam diri.
p/s : okay, cek nak p class dah..bye semua...permisi...silalah umpat keji ye..
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 28-11-2012 10:41 AM
nak wat camner klu x nnt diaorg dok sibuk berkuntum kat PC ana nie
dulu pakai laptop ok gak
nie ...
sekali bos besar pun layan porem tapi sesenyaplah cam bos tecik buat..
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 28-11-2012 10:40 AM
cuma klu boleh jgn dibuang dulu Salina tue
biar dia dera Lisa
then satu hari masa dia buat onar ...
dah buang dah salina tuh, buat semak jek...tapi salina tetap akan ada dimana.mana...jangan risau ana...
|
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 28-11-2012 10:32 AM
haha..lain macam jek
Ahahah....x tau motip gambo tuh...x tau nk kata...mukan gambo blue ya...cuma gambo budk macm minta derma jek...tulisn cina lg...
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 28-11-2012 10:36 AM
nak wat camner si Lisa nie kan ala2 anak rimau
sbb tue asyik nak melawan aje
Tp adakala macm ank rimau mnja gak...ahaks...
|
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 28-11-2012 10:46 AM
sekali bos besar pun layan porem tapi sesenyaplah cam bos tecik buat..
kalau bos besar masuk poremnie mmg abislah ana jadinya
tp yg ana taw dia mmg x masuk
mahu kena piat dgn minik dia nnt
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 28-11-2012 10:54 AM
Tp adakala macm ank rimau mnja gak...ahaks...
tue anak rimau dah demam jadinya
si singa yg mengaum pun jadi x keruan
|
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 28-11-2012 10:47 AM
dah buang dah salina tuh, buat semak jek...tapi salina tetap akan ada dimana.mana...jangan risau a ...
habislah. ..... sally kompom berkomplot nak kenakan td...yg jadi mangsa lisa...
nape la td x bagi bilik lain kat lisa....huhuhuhuhu...aiyoooo
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 28-11-2012 10:59 AM
tue anak rimau dah demam jadinya
si singa yg mengaum pun jadi x keruan
Sian lisa....huhu...ada watk baru lg ke?..sapa yg nk wat huru hara lak kali ni...sush2..TD tawen aje ngan lisa...habis citer...
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 28-11-2012 11:07 AM
Sian lisa....huhu...ada watk baru lg ke?..sapa yg nk wat huru hara lak kali ni...sush2..TD tawen a ...
rasanya yg tgh mengendap tue si salina kot
sbb farah kata salina akan berada di mana2
|
|
|
|
|
|
|
|
redsentra posted on 28-11-2012 11:05 AM
habislah. ..... sally kompom berkomplot nak kenakan td...yg jadi mangsa lisa...
nape la td x ba ...
hehe..klau bg bilik asing tak jadi konflik pulop hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
cepat2 la kasi kawen TD ngn LIsa...
Sape yg pasang telinga tuh...
kasi tarik telinga dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Cik_Andak posted on 28-11-2012 01:53 PM
cepat2 la kasi kawen TD ngn LIsa...
Sape yg pasang telinga tuh...
kasi tarik telinga dia...
sabaq luuuhhhhh...mana leh kawen lagi...hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 28-11-2012 10:54 AM
Ahahah....x tau motip gambo tuh...x tau nk kata...mukan gambo blue ya...cuma gambo budk macm minta ...
ingat beluuuu tadik..kehkeh
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 28-11-2012 10:58 AM
yup salina akan kembali merasuki kehidupan TD dan Lisa akan sama2 terjerumus
suka beno ana ...
dah macam cerita hantu pulak...merasuk bagai..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|